Khamis, 2 September 2010

CUBA DAN FIKIRKAN

MENGAPA AKU MENINGGALKAN JEMAAH TABLIGH???

MENGAPA AKU MENINGGALKAN JEMAAH TABLIGH???

Aku berkelahiran dari negeri che Siti Wan Kembang. Walaupun begitu, aku dibesarkan di negeri Selangor Darul UMNO.

Kehidupanku semasa kecil banyak dihabiskan masanya di Selangor berbanding Kelantan. Ini disebabkan ibu bapaku merupakan orang yang telah lama menetap di Selangor.

Kehidupan di Negeri Kelantan bermula setelah aku berumur 13 tahun, dimana ketika itu aku menuntut ilmu agama di salah sebuah pusat pengajian Islam di sana.

Aku mengenali Jemaah Tabligh dari seorang kawan yang sama-sama belajar denganku. Dia telah mengajakku untuk keluar selama 3 hari di sebuah masjid di daerah Pasir Mas. Aku mula mempelajari kehidupan sebagai seorang pendakwah bercarakan Jemaah Tabligh.

Aku tidak mengerti, mengapa aku bersama-sama dengan jemaah tersebut. Aku memandangnya sebagai satu jemaah yang baik, kerana pada pandanganku ketika itu, Jemaah Tabligh merupakan satu-satunya jemaah yang betul-betul mengamalkan sunnah, disamping di “sumbat” di pemikiranku bahawa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan ke masjid-masjid merupakan amalan Nabi SAW dan para sahabat.

Aku aktif dengan gerakan Jemaah tabligh ini, sehinggakan aku belajar di Pondok Lubuh Tapah Pasir Mas. Aku masih ingat, seorang “karkon besar” dari Dusun Raja, iaitu markaz besar tabligh di kelantan telah datang berjumpa dengan Tuan Guruku, iaitu Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman, atau dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah Lubuh Tapah, untuk keluar selama 3 hari bagi berusaha kearah kesempurnaan Iman.

Amat mengejutkanku, respon dari Tuan Guru terhadap ajakkan itu amat buruk sehinggakan tuan guru telah mengambil sikap menghentam “karkon” tersebut.

Pada mulanya, aku agak tidak boleh menerima cara pendekatan tuan guruku itu, tetapi selepas dari itu, aku menerima alasan yang dikemukakan oleh Tuan Guru dengan hujjah firman Allah;

وأنذر عشيرتك الأقربين

Maksudnya;
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat”

(Surah As-Syuara’ : 214)

Mendengar hujjah dari tuan Guru, aku beranggapan itu adalah pandangan tuan Guru yang patut di hormati.

MARHALAH BAKISTANIYYAH

Aku tetap belajar di Pondok Lubuk Tapah, di situ aku mula mengenali PAS lebih dalam, ini kerana, Tuan Guru Haji Abdullah merupakan salah seorang bahan rujukan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dihormati, yang selalu datang ke Pondok menziarahi tuan Guru dan berbincang tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan pemerintahan negeri berlandaskan Agama.

Tuan Guru Haji Abdullah merupakan seorang Tuan Guru yang tidak lokek untuk menceritakan pengalamannya kepada anak-anak muridnya sehinggakan kami dapat belajar dari pengalaman beliau untuk menjadi bekal kami di kala pulang menyampaikan dakwah kepada masyarakat akan datang.

Antara pengalamannya yang diceritakan kepada kami adalah berkenaan persahabatan beliau dengan tuan Guru Nik Abdul Aziz yang merupakan menteri Besar Kelantan.

Aku mula berminat dengan Karisma kepimpinan tuan Guru Nik Abdul Aziz, yang didapati merupakan seorang Tuan Guru yang mendapat pendidikan Agamanya dari Negara India, Pakistan dan Mesir.

Disebabkan aku merupakan seorang “karkon”, aku mempunyai kawan-kawan rapat yang belajar di Pakistan. Daripada situ, aku mula bertanya kepada mereka tentang pengajian disana.

Sehinggakan aku berjumpa dengan seorang kawan yang memperkenalkanku dengan seorang pelajar yang masih belajar di Pakistan.

Aku pun menanam azam yang tinggi untuk belajar di sana dan akhirnya aku berjaya ke Pakistan dan menyambung pengajianku di Pakistan.

Aku bernasib baik, kerana aku ke Pakistan melalui persatuan Pelajar Islam di sana yang kepimpinannya terdiri dari orang yang berfikrah PAS, bukan ABIM, bukan Salafi dan bukan UMNO (laktanullah Alaih).

Kefahamanku tentang perjuangan Islam berwadahkan PAS semakin menjadi sebati didalam memahami perjuangan Islam ini, khususnya di Malaysia.

Walaupun begitu, aku tetap seorang karkon, yang masih beristiqamah dengan konsep dakwah Tablighiyyah ini. Aku sentiasa mengunjungi sebuah Universiti di Karachi yang bernama Jamiah Binuri Town yang disitu merupakan sebuah Universiti Islam yang kebanyakan pelajar Malaysia bermazhab tabligh ini belajar di situ.

Aku dijumpai seorang kawan dari Jemaah Tabligh, yang merupakan kawan lamaku semenjak di Malaysia lagi. Dia telah mengajakku meninggalkan perjuangan Islam berkonsepkan kepartian, ini kerana, kedatangan kita ke Pakistan, bukanlah untuk berpolitik, tetapi untuk belajar.

Aku menerima pandangan itu sebagai pandangan semata-mata, tetapi aku tetap tidak “beriman” dengan pandangan itu, kerana, walaupun masih belajar, tetapi memahami dakwah kepartian merupakan sesuatu kepentingan didalam gerakan Islam. Walaupun tabligh sudah lama bergiat menyampaikan Islam, tetapi tabligh belum mampu melaksanakan undang-undang Islam didalam system pemerintahan, ini menyalahi PAS, kerana, kejayaannya terbukti dengan memperkenalkan rang undang-undang Hudud kepada masyarakat, tutup kedai arak, judi dan sebagainya.

AKU MULA MEMBENCI TABLIGH

Didalam jangka lebih kurang 3 bulan selepas itu, aku telah menziarahi Jamiah Binuri Town buat kali keduanya. Kali ini, baru tembelang Jemaah Tabligh Malaysia di Pakistan terbongkar, ini kerana, aku dapati, boleh dikatakan 90 peratus dari mereka merupakan ahli Kelab UMNO Pakistan.

Kebencian makin memuncak, apabila didapati, kawan yang mendakwa kedatangan kita ke Pakistan bukan untuk berpolitik, tetapi untuk belajar, merupakan seorang ketua Kelab UMNO Pakistan.

Aku mula membenci Tabligh disebabkan dengan cirri-ciri kemunafikan dan kesyaitanan yang ada pada pejuang-pejuang Tabligh itu.

Kebencian itu menyebabkan aku mufaraqah dari jemaah tersebut dan aku sudah menjadi seorang yang “jamaat tabligh ko, bohot nafrat hota hai”, atau “orang yang sangat membenci jemaah tabligh”.

Di Pakistan, orang mula mengenaliku sebagai pengkritik keras kepada jemaah tabligh. Aku tidak kesah semua penganalan itu, yang penting, padaku jemaah tabligh ada sebuah jemaah yang sesat.

Dikala aku dikenali sebagai pengkritik jemaah tabligh yang kuat, Tok Guruku, iaitu Mufti As-Syaikh Salimullah Khan, iaitu ketua wefaq deobandi Pakistan didalam siri kuliahnya mengajar Bukhari, yang ketika itu aku sedang berada didalam kelas pengajian tersebut, telah menyatakan bahawa Jemaah tabligh adalah jemaah yang sesat, menyebabkan kritikanku kepada Jemaah tabligh itu semakin kuat.

Alasan yang diberikan oleh Syaikh adalah kerana, beliau pernah mendengar dari ucapan Bhai Wahab, iaitu ketua Tabligh sedunia pernah mengatakan bahawa Islam bangkit dengan tidak menggunakan Jihad.

Yang dikala itu, beliau sedang mengulas berkenaan hadis didalam bukhari yang membincangkan tentang Jihad fi sabilillah.

AKU BERDEBAT DENGAN TABLIGH MELAYU YANG BERKAHWIN DENGAN ANAK ORANG TABLIGH DARI AFGANISTAN

Setelah aku selesai menghabiskan pengajian tafsirku di “Bumi Debu” itu, aku pulang dengan membawa segulung sanad pengajian tafsir dari Guru tafsirku, iaitu Syaikh Zarwali Khan, hingga kepada Rasulullah SAW.

Aku berbangga, kerana pengajian tafsirku, bukanlah pengajian dari pembacaan dari kitab-kitab semata-mata, tetapi mempunyai hubungan kuat melalui sanad-sanad yang bersambung kepada Rasulullah SAW.

Semasa aku berada di Malaysia, aku mula dikenali sebagai pendakwah Bebas, sehinggakan aku mengajar disalah sebuah surau di kawasan lembah Klang, yang dikala itu, aku telah mengkritik amalan-amalan Jemaah tabligh.

Kritikan itu didengari oleh seorang karkon yang mendakwa bahawa kekuatan karkonya sehinggakan dia berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Afghanistan yang ayahnya merupakan “bara karkon tha” (seorang karkon besar).

Dia mempersoalkan hujah-hujahku sehingga berlaku perdebatan kecil diantaraku dan dia.

Kami berdebat tentang dakwaan sunnah atas amalan keluar fi sabilillah selama 3 hari, 40 hari dan 4 bulan itu.

Aku menyatakan, bahawa semua amalan itu bukan sunnah, bahkan ianya dibawah ketagori Ijtihad.

Sesuatu amalan ijtihad tidak boleh dikatakan sunnah, ini kerana, Rasulullah SAW bersabda;

من كذب علي متعمد فليتبوأ مقعده من النار


Maksudnya;
“Barangsiapa melakukan penipuan atasku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat didalam neraka[1]

APAKAH DALIL KELUAR 3 HARI, 40 HARI DAN 4 BULAN YANG DI HUJJAHKAN OLEH TABLIGH?

Bersambung……………..





[1] At-Taisir Bi Syarh Al-Jami’ As-Saghir : 2/441.



HUJJAH KELUAR 3 HARI, 40 HARI DAN 4 BULAN

DALIL KELUAR 3 HARI

Semasa pemerintahan Omar bin Al-Khattab menjadi Khalifah, seorang perempuan berjumpa dengan Omar yang ketika itu bersama dengan Kaab bin Sur.

Tujuan kedatangan perempuan itu kepada Omar adalah untuk membuat aduan tentang suaminya. Dia menyebut aduan tersebut dalam keadaan malu-malu, walaupun begitu, dia tetap berkata;

هو من خَيْرِ أَهْلِ الدُّنْيَا يَقُومُ اللَّيْلَ حتى الصَّبَاحِ وَيَصُومُ النَّهَارَ حتى يُمْسِيَ



Maksudnya;
“Dia (Suamiku) adalah sebaik-baik ahli dunia, dia mendirikan malam (qiamullail) hingga subuh, puasa pada siang hari hingga petang”

Mendengar aduan perempuan itu, Omar berkata;

جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَحْسَنْت الثَّنَاءَ

Maksudnya;
“Mudah-mudahan Allah membalas yang lebih baik kepada kamu. Sesungguhnya kemu telah membaikkan kepujian”

Mendengar kata-kata omar itu, perempuan itu dengan sedih berpaling pulang. Lalu Kaab berkata kepada Omar;

يا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ لقد أَبْلَغَتْ في الشَّكْوَى إلَيْك
Maksudnya;
“Wahai Amir Al-Mukminin, sesungguhnya kedatangannya (perempuan) itu untuk membuat aduan kepada kamu”

Lalu Omar bertanya;

“apakah aduan yang dia hendak buat”

Berkata Kaab; “berkenaan dengan suaminya”

lalu Omar berkata; “panggil perempuan tadi dan berhukumlah wahai Kaab terhadap perempuan itu”.

Kaab pada mulanya tidak mahu berhukum dengan katanya;

أَقْضِي وَأَنْتَ شَاهِدٌ

Maksudnya;
“Aku berhukum, sedangkan kamu menyaksikannya?”

Berkata Omar;

إنَّك قد فَطِنْت إلَى ما لم أَفْطَنْ له

Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu cerdik berkenaan perkara yang aku tidak cerdik”

Mendengar kata-kata itu, Kaab terus berhukum kepada perempuan tersebut dengan membaca firman Allah;

فَانْكِحُوا ما طَابَ لَكُمْ من النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ

Maksudnya;
“maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi : dua, tiga atau empat”

(Surah an-Nisa’ : 3)

Dan berkata;

صُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ وَأَفْطِرْ عِنْدَهَا يَوْمًا وَقُمْ ثَلَاثَ لَيَالٍ وَبِتْ عِنْدَهَا لَيْلَةً

Maksudnya;
“Puasalah selama tiga hari dan berbukalah (tidak berpuasa) untuknya (isteri) sehari, dirikanlah solat malam selama tiga malam, dan tidurlah disisinya (isteri) satu malam”

Mendengar dari hujjah Kaab bin Sur tadi, Omar berkata;

هذا أَعْجَبُ إلَيَّ من الْأَوَّلِ
Maksudnya;
“ini lebih aku taajjub berbanding yang pertama”

Lalu Omar terus melantik Kaab menjadi Qadhi di Basrah[1].

Dari kisah ini, golongan tabligh menyatakan dalil keluar 3 hari, seakan-akan keluar 3 hari adalah untuk solat malam dan berpuasa dan satu hari adalah untuk bersama Isteri.

DALIL KELUAR 40 HARI
Sabda Nabi SAW;

من صلى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا في جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ له بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ من النَّارِ وَبَرَاءَةٌ من النِّفَاقِ

Maksudnya;
“barangsiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari didalam jamaah, dan dia mendapat takbirah al-ula (bersama Imam), di tulis kepadanya dua kelepasan, iaitu kelepasan daripada neraka dan kelepasan daripada nifaq[2]

Menurut Abu Isa At-Tirmizi, hadis ini diriwayatkan daripada Anas secara mauquf dan aku (Abu Isa) tidak mengetahui seorang pun meriwayatkan hadis ini[3].

Dari hadis ini, golongan tabligh mengatakan dalil atas keluar 40 hari. Ini kerana, apabila berhimpun didalam masjid selama 40 hari, maka tidak tertinggallah 40 takbiratul ihram bersama-sama dengan imam.

DALIL 4 BULAN

Saidina Omar bin Al-Khattab semasa menjadi Khalifah pernah bertanya kepada anak perempuannya yang bernama Hafsah.

Omar berkata;

كم أكثر ما تصبر المرأة عن زوجها


Maksudnya;
“Berapakah waktu yang paling lama untuk perempuan itu boleh sabar daripada suaminya?”

Lalu menjawab Hafsah;

ستة أشهر أو أربعة أشهر

Maksudnya;
“Enam atau empat bulan”

Mendengar jawapan anaknya, Omar tersebut berkata;

لا أحبس أحدا من الجيوش أكثر من ذلك

Maksudnya;
“Aku tidak akan membiarkan seorang pun dari tentera-tentera (Islam) lebih daripada itu[4]

Dari atsar ini menjadi dalil dikalangan golongan tabligh akan keluar 4 bulan.

JAWAPAN DARI HUJJAH-HUJJAH GOLONGAN TABLIGH

Melihat segala hujjah-hujjah dari golongan tabligh, difahami, bukanlah bermaksud nabi sendiri yang keluar 3 hari, 40 hari atau 4 bulan. Tetapi mereka beristidlal sahaja daripada nas-nas yang tersebut.

Memahami dengan demikian, keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan, bukanlah sunnah seperti yang didakwa oleh golongan tabligh, ini kerana, Sunnah didefinisikan sebagai;

السنة شرعا هى ما بين به النبى (ص) كتاب الله بالفعل , فهى طريقته المتبعة فى بيان هذا الدين التى جرى عليها أصحابه قولا و فعلا و تقريرا و تركا

Maksudnya;
“Sunnah pada syarak adalah perkara yang Nabi SAW jelaskan berkenaan Kitabullah dengan perbuatan. Ianya merupakan cara yang diikuti pada penjelasan agama ini yang telah mengikutinya oleh para sahabat, samada dengan perkataan, perbuatan, taqrir dan tinggal[5]

Daripada definisi sunnah ini, fahamilah bahawa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan bukanlah sunnah seperti dakwaan golongan tabligh, bahkan ianya sekadar ijtihad yang terhasil dari nas.

Memandangkan keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan merupakan ijtihad dari nas, maka tidak boleh sekali-kali mengatakan bahawa ianya adalah sunnah, ini kerana, sabda Nabi SAW;


من كذب علي متعمد فليتبوأ مقعده من النار


Maksudnya;
“Barangsiapa melakukan penipuan atasku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat didalam neraka[6]

PENUTUP

Tulisan ini bukan bermaksud hendak menghalang orang-orang tabligh keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan. Tetapi ianya sebagai nasihat kepada golongan tabligh bahawa keluarnya itu mesti beri’tiqadkan sekadar untuk mentarbiyyah diri bagi menjadi orang yang melazimi dengan solat Jemaah, bukannya keluar itu merupakan perbuatan Nabi SAW.

Sekian

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com



[1] Kisah ini boleh dibaca di dalam kitab “At-Turuq Al-Hukmiyyah” :1/35 dan juga kitab “As-Siraj Al-Wahhaj fi Qada’ wa Al-Jihad : hlmn 80-81.
[2] Sunan At-Tirmizi : 2/7. hadis no : 241.
[3] Sunan At-Tirmizi : 2/7
[4] Tafsir Ibni Kathir : 1/269.
[5] As-Sunan Wa Al-Mubtadi’at Al-Mutaaliqah bi Al-Azkar wa As-salat : hlmn 10.
[6] At-Taisir Bi Syarh Al-Jami’ As-Saghir : 2/441.

Tiada ulasan: