Khamis, 25 April 2013

SEMSENG NI...MUNGKIN DISEBABKAN....TAKUT KALAH...TAKUT RAHSIA2 BOCOR...DIUPAH...TAKUT MUSUHNYA MENANG....TAKUT RAKYAT MENYOKONG....NAK BUAT HURA-HARA....TAK BERPELAJARAN DLL....AKHIRNYA RAKYAT JADI BENCI DAN MENYAMPAH

Kumpulan ganggu ceramah DAP, jurugambar ditumbuk

PULAU PINANG Seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina ditumbuk di telinga ketika satu pergelutan tercetus antara sekumpulan lelaki yang memakai baju-T 1Malaysia dengan penyokong DAP di Pulau Pinang malam tadi.

photographer hit by 1malaysia motocyclist 240413 reporter hitKejadian itu berlaku pada kira-kira jam  9.30 malam apabila
kira-kira 50 lelaki bermotosikal dengan memakai baju-T biru 1Malaysia didakwa cuba mengganggu ceramah yang diadakan oleh DAP di pusat gerakan PAS di Bukit Gelugor malam tadi.

Kumpulan lelaki tersebut dilihat membawa bendera BN apabila mereka tiba di tempat tersebut.

Mereka mula mengeboo dengan kuat orang ramai yang hadir dan cuba memasuki kawasan ceramah itu tetapi dihalang oleh penyokong DAP.

Perbalahan kecil berlaku antara mereka dan ketika itu berlaku, jurugambar Sin Kam Weng dari akhbar China Press ditumbuk di telinganya.

Laporan polis dibuat

Sin, 24, kemudiannya membuat laporan di balai polis berhampiran Jelutong pada jam 10.41 malam. Dia ditemani ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Prem Anand Kumar.

Dalam laporan polisnya, Sin berkata apabila pergelutan berlaku, dia cuba untuk mengambil gambar tetapi telah ditumbuk di telinga kanan.

photographer hit by 1malaysia motocyclist 240413 02Menurutnya, lelaki yang menumbuknya itu memberi amaran
kepadanya supaya jangan mengambil sebarang gambar.

Sim berkata, dia memberitahu lelaki itu bahawa dia hanya mahu mengambil gambar apa yang berlaku, dan lelaki itu kemudiannya meninggalkan kawasan ceramah itu.

Ketika dihubungi, penyandang kerusi DUN Seri Delima, RSN Rayer yang merupakan salah seorang penceramah di situ malam tadi, mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku.

"Kami terpaksa membatalkan ceramah itu atas sebab-sebab keselamatan," katanya sambil menambah bahawa  Pengerusi DAP, Karpal Singh turut dijadualkan berucap tetapi ianya dibatalkan.

Kekecohan itu berlaku ketika ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo sedang berucap.

 Gempar : Enjin Jet Hilang Di Ganti Dengan Enjin Motorsikal
Posted on Thursday, April 25 @ 09:30:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya






 Cakap memang mudah dan sedap
Posted on Thursday, April 25 @ 10:05:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: anaabdullah

"Cakap memang mudah. Lidah tidak bertulang. Bukan setakat mudah, malahan sedap. Sedap rasanya dan sedap di dengar.

Pendengaranya menjadi sedap malahan lebih sedap apabila dengar perkataan “ PAS memerintah semula Terengganu PRU 13 ini”.


Ia akan lebih sedap lagi apabila rata rata setuju dengan kata kata pas memerintah semula Terengganu PRU 13 ini, 
Tak enak di dengar, Lebih labih lagi ada sesetengah mempertikaikan dan tidak yakin PAS boleh menang pada PRU 13 ini miskipun disertai faktanya sekali.
Cakap menang dan pas boleh memerintah semula Terengganu memang menjadi kelaziman penyokong PAS sejak sekian lama.
Kebanyakan percakapan mereka setakat ini tidak ada fakta. Cakap pakai baham rambang ikut sedap mulut, termasuk pucuk kepimpinan PAS Negara dan negeri yang pernah bertindak demikian.
Apabila ditanya mana faktanya mereka diam tidak boleh memberi jawapan yang konkrit yang BN tumbang pada PRU 13.
Ada yang jawap, kita mahu beri semangat kepada jentera parti untuk bekerja bersungguh sungguh untuk jamin kemenangan di pihak Kita.
Jentera parti bersamangat, tetapi tahukah anda bahawa semangat yang pada mereka lebih banyak berkumpul di markas markas. Tidak lebih daripada itu, sedangkan kerja kempen rumah ke rumah harus diutamakan.
Mereka yang berkumpul di markas markas waktu malam hanya asyik buat andaian DUN Telok Pasu kita menang. DUN Batu Rakit kita menang.Mana faktanya? tidak ada.
Yang peliknya percakapan mereka itu tiada fakta kes. Cakap ikut sedap mulut, kerana lidah tidak bertulang, bercakap mudah.
Untuk menang PRU 13 ini bukan mudah, kerana 4. 3 juta pengundi sudah dibeli. Hal ini jangan buat mudah, kerana orang miskin yang dapat RM 500 itu mustahil akan mengundi pakatan rakyat.
Lainlah jika mereka itu pengundi rasional. Berapa peratus pengundi rasional berbanding dengan pengundi citarasa.
Berapa peratus orang jahat berbanding dengan orang baik. Oleh itu, kerja kempen rumah kerumah tidak boleh diabaikan kalau mahu menang, macam BN sekarang ini.
Kempen rumah ke rumah dijadikan program utama disamping menyebarkan cerita lama "pangkah pas masuk syurga" dan "zaman dulu susah tak macam zaman sekarang ini".
Inilah kata kata yang dijaja oleh perayu undi BN. Kata kata tersebut laku dijualnya, kerana sudah ada kata kata balas, setiap orang islam pasti masuk syurga selepas diazab dulu.
Sehubungan dengan itu, yang paling utama kita kena kenalpasti factor kelemahan parti kita dan factor kekuatan parti lawan dan jangan lupa kita juga kena kenalpasti factor kelemahan parti lawan dan factor kekuatan parti kita agar kita tidak ambil mudah dengan apa yang dihadapi.


 Penduduk di Rembau tidak puas hati isu pampasan tanah
Posted on Thursday, April 25 @ 10:06:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: amkns

"Antara isu utama yang menyebabkan ramai pengundi di DUN Chembong dan DUN Kota tidak puas hati terhadap kerajaan sebelum ini ialah isu pampasan tanah. Mereka membandingkan pampasan tanah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini untuk beberapa projek terlalu murah sehingga RM1.20 sekaki (RM52,272 seekar) sedangkan kerajaan Negeri Sembilan pula menawarkan harga yang terlalu mahal untuk tapak hospital Rembau iaitu RM22 sekaki (RM958,320 seekar).

Telah banyak tanah adat, tanah penduduk kampung di DUN Chembong dan DUN Kota diambil oleh kerajaan sebelum ini untuk projek landasan kereta api berkembar, projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja,  projek skim bekalan air di Titian Bintangor dan projek laluan paip gas.  
Justeru itu penduduk kampung di DUN Chembong dan DUN Kota mengharapkan calon-calon PAS yang bertanding di kawasan ini mempertahankan hak penduduk kampung dengan memberi pampasan tanah yang setimpal untuk projek-projek pembangunan yang dirancang pada masa hadapan sekiranya mereka terpilih menjadi wakil rakyat nanti. 
Maklumat lanjut isi pampasan tanah penduduk Rembau ini di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/04/penduduk-di-rembau-tidak-puas-hati-isu.html




 BRIM: Sebuah Adegan Yg Paling Aku Takuti
Posted on Thursday, April 25 @ 10:36:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Munir

Waktu tengah duk buat e-filing income tax yang due hujung bulan ini dua tiga malam lepas, saya terperasan sesuatu – pasal duit EPF.

Biasalah, bila nak isi borang income tax, antara maklumat yang perlu dimaklumkan ialah jumlah potongan EPF/KWSP untuk tahun berkenaan. Memang, pihak syarikat ada menyediakan statement yang berkaitan, tetapi nak bagi puas hati saya counter-check dengan penyata rasmi yang diterima daripada pihak KWSP melalui pos dua bulan yang lepas.

Bila saya lihat penyata EPF saya ini, saya rasa sedikit teruja, walau pun jumlahnya belum sampai sejuta, tapi Alhamdulillah dah melangkaui setengah juta (RM500 ribu lebih), kira setengah-jutawanlah saya ini, ha ha ha.


Masalahnya, angka RM500,000 lebih ini hanyalah sebuah angka, hanyalah sebuah figura yang tercatat di atas sehelai kertas yang bernama PENYATA KWSP. Walaupun penama itu adalah diri saya, tapi duit itu buat masa ini adalah hak KWSP. Boleh tengok dan boleh tayang kat merata internet, tapi tak boleh sentuh.

Sesekali, meleleh air liur juga tengok angka ini, tapi setakat meleleh air liur saja, tak boleh buat apa – ibaratkan ada makanan lazat di depan mata, tapi tidak dibenarkan menyentuh atau pun merasa makananan tersebut, macam itulah lebih kurang analoginya.

Hari itu, ada sahabat nasihat saya suruh bawa keluar, melabur kat skim insuran/public mutual/trust fund dan yang satu waktu dengannya. Saya tak berani nak bawa keluar sebab saya tak berapa yakin dengan pelaburan-pelaburan ini. Mungkin sebab perit pernah kena tipu dengan Skim Pelaburan PLSB apa ke nama tu, sampai habis beribu-ribu hilang melayang begitu saja – di zaman Muhyidin Yasin jadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri ke apa dulu. Sejak itu, saya serik nak melabur dah; tak yakin dan tak konfiden. Lebih baik letak dalam EPF – LAGI SELAMAT!!

Itulah tanggapan saya,sehinggalah saya pi dengar ceramah PRU malam tadi, tak jauh dari rumah saya ini.
Saya dengar Penceramah itu kata:

“Tuan-tuan dan puan-puan, tahu kah tuan/puan bahawa duit BRIM yang depa duk brainwash orang-orang kampung kata itu duit Datuk Najib, Duit UMNO, SEBENARnya sebagiannya adalah duit yang kerajaan pinjam dari Simpanan EPF tuan/puan, simpanan EPF anak-anak tuan/puan, simpanan EPF menantu tuan/puan, yang sepatutnya disimpan untuk masa depan mereka, bukannya diberi pinjam ikut suka”

Tahukah tuan/puan, berapa jumlah duit yang kerajaan UMNO/BN ini pinjam dari EPF?

“RM144.5 BILLION!!” – Seratus Empat Puluh Empat point Lima Billion Ringgit.

Tu dia haih – NALA PUNYA BANYAK!!!

Saya balik search Internet nak confirm, memang betoi pun seperti dalam keratan berita di bawah:

(Jawapan bertulis dalam sidang Parlimen – RM144.5 Billion)

Saya jadi terkedu bila Penceramah itu tanya:

“RM144.5 Billion tuan/puan, MAMPUkah kerajaan UMNO/BN bayar semula hutang-hutang itu nanti sedangkan sekarang ini pun jumlah hutang kerajaan sudah melebihi RM500 Billion?”

Macam tu kalu, duit aku yang RM500,000 lebih itu macam mana?

Boleh tahan sampai umur pencen ka?

Saya duk risau kot-kot kalau bila sampai time saya nak keluarkan duit EPF saya itu nanti, tiba-tiba tengok dalam akaun, duit RM500,000 lebih itu cuma tinggal RM500 saja.

Bila saya tanya kat pegawai berkenaan, macam mana boleh jadi macam itu, nanti pegawai itu cakap:

“Habis kat BRIM encik – yang RM500 ini kira encik punya BRIM lah!!”

Mampuih!!

Sekian, kisah BRIM: Sebuah Adegan Yang Paling Aku Takuti.


moniermatdin@yahoo.com
24.4.13
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com


 Kerana Sekor Katak Soi Lek Hina Islam Lagi!!!
Posted on Thursday, April 25 @ 10:44:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: notan

"Assalamualaikum,, Chua Soi Lek, patut ditangkap dan dibicarakan kerana biadap kepada ugama Islam yang menjadi ugama resmi negara. Di mana UMNO yang mendakwa menjaga ugama, di mana JAWI yang selama ini menjadi alat UMNO?

CSL sudah terlalu biadap dan menghina Islam tanpa sedikitpun teguran atau sekatan dari UMNO.Kalau dulu dia hina hukum hudud, sekarang menjelang PRU dia hina lagi Islam kerana sekor katak yang bertanding di Shah Alam.

Zulkifli adalah kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pernah menjadi peguam pemimpin Pakatan Rakyat itu.

"Beliau telah bertanding di bawah PAS (sebelum ini). Beliau dan PAS adalah kawan yang sangat baik, oleh itu ketika berada dalam PAS, kemungkinan besar beliau menerap nilai-nilai dan budaya PAS.

"Dan hari ini dia telah insaf dan bertaubat dan saya terima taubatnya itu" kata Chua (kiri) dalam satu
sidang akhbar ketika berkempen untuk calon MCA bagi Parlimen Pandan, peguam Gary Lim petang ini.


CSL ingat Islam sama macam kristian.Paderi boleh ampunkan dan terima taubat orang serta CSL nak berlagak sebagai paderi ugama ISLAM.Ini adalah penginaan yang tidak boleh diampunkan lagi.Di mana Perkasa yang hebat menentang penggunaan kalimah ALLAH, kerana menggunakan kalimah taubat juga tidak sepatutnya dibenarkan kepada orang bukan Islam macam CSL itu.

Kebetulan orang yang diterima taubatnya oleh CSL itu ialah katak Zul Nordin, naib presiden Perkasa, jadi WAJIB @ Najib Perkasa isytihar perang terhadap CSL.CSL sudah hina Islam, bukan sekali tapi berkail kali lebih teruk dari penghinaan golongan yang mahu gunakan kalimah ALLAH dari kalangan bukan Islam.CSL sudah menonjolkan dirinya sebagai musuh Islam.
Di samping itu nilai nilai dan budaya PAS itu apa? Orang Islam tahu nilai nilai dan budaya PAS ialah nilai nilai dan Budaya Islam yang sebenarnya, bukan nilai nilai dan budaya yang diamalkan oleh Zul Nordin.Di sini CSL berbohong kerana mendakwa Zul Nordin  pernah bertanding di bawah PAS, kerana PAS tidak pernah membenar dia bertanding atas sebab nilai nilai dan budaya yang diamalkannya tidak mengikut nilai nilai dan budaya Islam.
Zul Nordin bukan seorang  yang telah insaf dan bertaubat mengikut ajaran Islam.CSL tak tahu apa apa mengenai ajaran Islam tetapi sombong bercakap pasal insaf dan taubat.Orang macam Zul Nordin kalau dikatakan insaf dan bertaubat oleh seorang Islampun jelas bohong, apatah lagi orang bukan Islam macam CSL yang pernah jadi pelakon porno negara bercakap mengenainya malah kata katanya itu boleh menimbulkan kemarahan orang Islam kerana terasa terhina.
Kalau tak tahu pasal Islam jangan pandai pandai cakap pasalnya.Silap cakap ia menjadi penghinaan kepada ugama yang sepatutnya dihormati.


 Menjawab Isu 12 Masjid
Posted on Thursday, April 25 @ 11:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya



Tiada ulasan: