Selasa, 23 April 2013

ADA YANG MASUK...ADA YANG KELUAR...ADA YANG DISINGKIR...TENTU ADA YANG MENGIKUT...PATUT YANG JAHAT...SAMSENG...PENIPU...KAKI SONGLAP...KAKI MINUM..KAKI JUDI....KAKI PEMPUAN...KAKI RASUAH...KAKI BELASAH HAK RAKYAT KITA SINGKIR....MEREKA NI AKAN MEMUSNAHKAN PARTI....PERCAYALAH

Umno singkir 61 termasuk Kamilia, Herman Tino
5:10PM Apr 22 2013
Umno menyingkirkan seramai 61 orang anggotanya, termasuk timbalan ketua sayap Wanita Datuk Kamilia Ibrahim dan penyanyi pop 80-an Herman Tino, atas kesalahan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Lidah parti berkenaan, Umno Online menyebut, individu yang dipecat itu tidak akan diterima semula ke dalam Umno untuk selama-lamanya.

Laporan organ tersebut memetik kenyataan pengerusi jawatankuasa khas lembaga disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang berkata, keputusan itu dibuat mengikut fasal 201.10 perlembagaan parti itu.

“Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat,” katanya seperti dipetik laman berkenaan.

Kamilia menentang calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan juga calon PAS, Idham Lim dalam pertandingan untuk merebut kerusi Kuala Kangsar.
Herman, atau nama sebenarnya Masrun Tamsir pula menentang ketua bahagiannya Datuk Seri Noh Omar yang mewakili kerusi Tanjong Karang selama empat penggal sejak 1995.
Seorang lagi pencabar di kerusi tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, yang juga bekas guru, Mohamad Rashdi Deraman, 49.
Selain itu, Umno turut menyingkirkan bekas timbalan menteri pertanian Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor.

Ketua pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang juga disingkirkan.

Selain itu, Umno juga akan memanggil anggotanya yang menjadi pencadang dan penyokong calon terbabit, serta individu yang gagal menyerahkan borang pencalonan selepas diberi tanggungjawab untuk bertanding.

Tindakan itu diambil mengikut fasal 20.9 perlembagaan parti berkenaan menurut laporan Bernama.

Jumlah 61 orang anggota Umno itu merupakan lebih 20 peratus daripada sejumlah 270 orang calon bebas dalam pilihan raya kali ini – jumlah yang dianggap paling besar dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Sejumlah besar dari Umno itu tetap bertanding sebagai calon bebas walau diberi amaran berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti sejak perhimpunan agung parti itu berlangsung akhir tahun lalu.
Tangan Dr M dalam pencalonan 2 calon PERKASA

Langkah BN membariskan Naib Presiden PERKASA Datuk Zulkifli Nordin dan calonnya memberi laluan kepada presiden kumpulan pendesak Melayu Datuk Ibrahim Ali itu merupakan tanda-tanda kuasa mutlak bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Suatu hari nanti dia akan letakkan Ibrahim sebagai perdana menteri," kata ketua anggota parlimen DAP Lim KIt Siang dalam sidang media di Gelang Patah hari ini.

Beliau juga menyebut beberapa keadaan yang menunjukkan komponen BN yang lain tidak relevan bawah hegemoni Umno.

"Jelas sekali, PERKASA kini menjadi entiti ke-14 dalam BN. Apa pendirian MCA, Gerakan dan komponen parti yang lain? Adakah mereka setuju PERKASA menjadi parti tidak rasmi dalam BN?"
Najib: Lupakanlah, Zul Noordin sudah minta maaf

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini cuba memadamkan kemarahan ekoran kenyataan naib presiden PERKASA berhubung penganut Hindu dan mendakwa masyarakat India kini mula menerima bekas MP PKR itu.
Malah, ada di kalangan masyarakat India yang mencium Zulkifli, kata Najib yang menambah beliau menyokong pencalonan Zulkifli untuk kerusi parlimen Shah Alam.

"Lupakanlah kenyataan yang dibuatnya. Dia sudah meminta maaf. Biarkanlah," kata penyandang kerusi parlimen Pekan itu yang menekankan bahawa kenyataan kontroversi berkenaan dibuat ketika Zulkifli berada di dalam parti yang "kolot".

Tambahnya, Zulkifli berikrar untuk menjaga kebajikan orang India di kawasan tersebut.

"Orang India mahu kuil, sekolah. Beliau beritahu saya beliau akan dapatkan apa yang mereka mahu," kata Najib.
Calon BN Alor Mengkudu sedia berdepan bekas ketua

Calon BN bagi kerusi DUN Alor Mengkudu, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah tidak gentar, malah bersedia berdepan bekas ketuanya yang tampil sebagai calon bebas pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.
Ketika ramai yang menanti pertembungan antara Sharifah Maznah dengan calon PAS Ahmad Yahaya ada PRU ke-13, muncul Fadzil Hanafi, bekas anggota Exco kerajaan Kedah sewaktu di bawah BN, sebagai calon bebas.

Sharifah Maznah pernah bekerja sebagai penyelia kanan kawasan Parlimen Alor Setar bersama Fadzil Hanafi, ketika itu berkhidmat sebagai Exco kerajaan negeri pada 1999 hingga 2004 dan menjadi anggota DUN Tanjung Seri selama dua penggal (1999-2008).

"Fadzil dulu ketika bertugas bersama-sama, dia baik dengan saya. Itu ketika di situ tapi diharapkan hubungan itu masih baik sebab kami berdua bertanding di tempat yang sama," katanya kepada Bernama.

Sharifah Maznah berkata beliau sudah bersedia dengan segala persiapan untuk berkempen dan ceramah.

"Saya dah mula kempen pada malam penamaan calon lagi, semalam sahaja dah dua tempat saya pergi, salah satunya di Taman Saga, saya bersyukur mendapat sambutan yang baik," katanya.

Ditanya mengenai perancangannya untuk DUN Alor Mengkudu, jika terpilih sebagai wakil rakyat kawasan itu pada PRU13, beliau berkata antara perkara penting yang perlu diberi penekanan adalah pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

"Di Alor Mengkudu ini, banyak perusahaan IKS bagi wanita, mereka ini beroperasi di rumah sahaja. Saya lihat ramai yang menceburi bidang ini tetapi mereka tidak mendapat bimbingan khusus bagi meningkatkan lagi mutu pengeluaran yang dihasilkan mereka. Mereka perlukan satu bengkel bagi mempertingkatkan lagi perusahaan IKS mereka," katanya.

Sharifah Maznah berkata satu pusat latihan bimbingan dan kolej komuniti juga perlu ditubuhkan untuk belia muda.

"Tempat bimbingan untuk orang muda kurang, mereka perlukan satu pusat untuk mereka berkumpul bersama, melakukan aktiviti bersama sambil memberi bimbingan kepada mereka.

"Begitu juga sebuah kolej komuniti sebab sini kawasan kampung, memang cantik kalau boleh dibuat di sini, sebab dekat sini tiada apa yang dibuat untuk belia di kawasan ini," katanya.

- Bernama
Zul Noordin dakwa Pakatan main isu kaum

Parti pembangkang hanya pandai memainkan isu perkauman dan isu agama untuk menarik sokongan rakyat dan bertahan sekian lama dalam arena politik di negara ini dengan ideologi itu, kata Datuk Zulkifli Noordin.

Calon Barisan Nasional BN bagi kerusi Parlimen Shah Alam itu berkata sepanjang beliau bersama pembangkang dahulu, beliau telah dibutakan tentang kepentingan keharmonian kaum di negara ini dan disemaikan dengan fahaman sempit politik perkauman dan bersifat pelampau.

"Bukan setakat antara kaum, saya dahulu diajar membenci kaum sendiri. Bila bersama BN saya diajar politik keharmonian dan kasih sayang, kepentingan kepelbagaian kaum dan agama ini bersatu di bawah satu panji-panji bagi membangunkan Malaysia demi masa depan rakyat.

"BN yang telah membuka mata saya bahawa penyatuan antara kaum dan berbilang agama itu adalah sesuatu yang boleh dilakukan, ia bukan angan-angan," katanya kepada pemberita di Shah Alam malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas majlis makan malam bersama badan bukan kerajaan India dan masyarakat India Shah Alam yang dihadiri kira-kira 100 orang.

Turut hadir calon BN bagi DUN Batu Tiga, Datuk Ahmad Nawawi M Zin dan penasihat Persatuan Kebajikan Modal Insan Selangor, S K Subramaniam.

Sebelum ini Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa dipalit kontroversi apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyiarkan ceramah beliau yang mempersenda agama Hindu ketika dalam pembangkang kira-kira lapan tahun lepas namun beliau telah meminta maaf secara terbuka kepada masyarakat India.

Beliau berkata kontroversi yang melanda dirinya itu merupakan contoh jelas bagaimana pembangkang memainkan isu perkauman dan perbezaan agama untuk meraih sokongan politik untuk kepentingan diri.

"Mereka (pembangkang) tak cermin diri sendiri, ketika pencalonan tempoh hari pencadang dan penyokong saya terdiri daripada orang Cina dan India masing-masing daripada MCA dan MIC, begitu juga dengan Datuk Ahmad Nawawi. Tetapi mereka (calon, penyokong dan pencadang di Shah Alam) daripada satu kaum sahaja.

"Kita yang berbilang latar belakang memang kadang kala ada perselisihan faham, namun BN mengajar saya cara menyelesaikan masalah itu secara perbincangan dan penerangan serta meminta maaf dengan ikhlas hati. Ini sesuatu yang pembangkang tidak ajar saya," katanya.

Sementara itu, Subramaniam menyatakan keyakinan bahawa Zulkifli adalah calon terbaik bagi mewakili ketiga-tiga kaum utama di Shah Alam dan menegaskan bahawa kontroversi yang melanda Zulkifli itu adalah perkara lepas yang tidak sepatutnya diungkit kembali.

"Kami masyarakat India dan dalam agama kami diajar memaafkan mereka yang benar-benar ikhlas meminta maaf kepada kami dan insaf apa yang dia lakukan. Ini juga yang membuatkan kita rakyat Malaysia mampu hidup harmoni sejak lama dahulu," katanya.

- Bernama
Gelaran 'haram jadah' buat Zambry bengang
6:26PM Apr 22 2013
Pengerusi perhubung Umno Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak berpuas hati apabila digelar sebagai "haram jadah" oleh seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat di negeri itu.
"Haram jadah" merupakan ungkapan yang pernah dihamburkan oleh pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak sejak Mei tahun lalu.

Penyandang kerusi parlimen Pekan itu menghamburkannya kata-kata itu ke atas golongan peneroka Felda yang yang menentang penyenaraian FGV Holdings tetapi menerima durian runtuh RM15,000.

Zambry dalam laporan Bernama hari ini berkata, "haram jadah" merupakan "perkataan kotor" yang hanya akan disebut oleh "seseorang yang berhati kotor".

"Saya tak sanggup (keluarkan perkataan kotor sebegitu) untuk anak-anak saya dengar. Inikah wajah ahli politik yang kononnya memperjuangkan rakyat atas nama agama.

"Apakah agama Islam (membenarkan) menemplak,  mencaci dan menghina orang," katanya seperti dipetik dalam laporan berkenaan.

Laporan itu mendakwa, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggelarkan beliau sedemikian

gelaran "haram jadah" Calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering itu dalam satu ceramahnya di Kampung Batu Sembilan, dekat Changkat Jering, semalam.
Mat Taib dijangka sertai kempen bersama Anwar
11:33AM Apr 22 2013
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang berkempen untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam dijangka akan tampil sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

Menurut laporan Sinar Harian, Muhammad hadir ke majlis itu untuk menyatakan sokongan ke atas calon PKR bagi kerusi parlimen Hulu Selangor Khalid Jaafar dan juga Datuk K Ramachandran, calon parti berkenaan untuk kerusi DUN Batang Kali.

"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-Allah," kata Khalid seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Laporan itu menyebut, Muhammad hadir bersama hampir 2,000 orang di majlis anjuran Persatuan Bengkulu Malaysia di Sungai Choh, di Batang Kali itu.

Penyertaan Muhammad ke dalam Pakatan dijangka akan memberi peluang kepada Pakatan untuk mengukuhkan lagi serangan ke atas pentadbiran BN – khususnya berhubung skandal tanah yang berlaku semasa pentadbiran Muhammad sebagai menteri besar.

Muhammad dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai anggota PAS hari ini.

Penampilan bekas ketua perhubungan Umno Selangor itu mencuri perhatian ramai pihak selepas beliau memencilkan diri dari publisiti media selepas tewas dalam pertandingan untuk merebut jawatan timbalan presiden Umno pada 2009.
Mat Taib: Hanya PAS mampu bimbing ke arah Islam

Bekas naib presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata beliau percaya PAS merupakan satu-satunya parti yang boleh membimbing Malaysia ke arah Islam.
"Hanya PAS boleh bawa kesedaran," katanya dalam satu sidang media selepas menyerahkan borang keahliannya kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

NONE"Saya mesti menyokong parti yang boleh membawa kepada panduan (Islam)," tambahnya.

Bekas menteri besar Selangor itu mengakui bahawa BN telah membawa pembangunan di Malaysia, namun pembangunan itu, menurutnya, dijalankan "tanpa roh."

"Islam mesti berkembang dari bandar-bandar, seperti Mekah dan Medinah menjadi pusat penyebaran Islam ketika zaman Nabi Muhammad.

"Sepatutnya bandar-bandar menjadi pemancar kepada agama Islam"

"Lembah Kelang adalah Metropolis, sepatutnya menjadi panduan kepada (penduduk luar bandar)," katanya lagi.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, timbalan mursyidul am Datuk Haron Din serta dua naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Laporan hari ini menyebut, Muhammad yang berkempen untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam juga dijangka akan tampil sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

Tiada ulasan: