Sabtu, 27 April 2013

BILA KHIANAT TELAH DIBUKTIKAN....FAKTA TAK BOLEH DIPADAM DAN DISOROK...MAKA PADAHNYA KENA TERIMALAH...KITA YANG CIPTA MASALAH KHIANAT ITU...BILA TERBONGKAR...AMBIK KAU

Kemana penduduk Putrajaya malam ini, Presint 9 atau Presint 19?

Harakahdaily, 27 Apr 2013

(Poster ceramah di Presint 19 malam ini)

PUTRAJAYA: Ke mana penduduk Putrajaya malam ini? Ke Presint 9 bersama Tun Dr Mahathir atau ke Presint 19 bersama Ustaz Azhar Idrus?

Inilah menjadi dilema penduduk Putrajaya hari ini berikutan kedua-dua program besar yang dianjurkan serentak  itu.

Di Presint 9, Mahathir akan datang untuk Ceramah Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi.

Tindakan ini dilihat oleh banyak pihak sebagai 'panggilan kecemasan' oleh War Room BN bagi menyelamatkan kerusi Putrajaya yang sedang karam.

Padahal sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah datang dan menegaskan calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa akan hilang wang deposit dalam pilihan raya kali ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, calon BN Putrajaya dengan bongkaknya berkata, Husam akan hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya ini.

Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut.

Di Presint 19 pula, Ustaz Azhar akan bersama dengan ustaz Nazmi Karim, Dr Kamaruzaman Yusof akan memberikan kuliah mereka.

Turut serta adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor, YM Raja Idris. 

Harakahdaily disekat selepas memotong Utusan?

Harakahdaily, 27 Apr 2013


(Carta yang dikeluarkan oleh Alexa.com mengenai trafik ke Harakahdaily, Utusan dan Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Adakah Harakahdaily diserang setelah jumlah pembacanya telah melintasi Utusan Malaysia?

Mengikut carta Alexa.com, Harakahdaily telah memotong Utusan untuk tempoh seminggu dari segi jumlah pembacanya. Trend itu bermula sejak penamaan calon.

Dengan ini, Harakahdaily menjadi laman berita ketiga paling popular di Malaysia selepas Malaysiakini.com dan TheStar.com.my.

Dalam tempoh ini juga, para pembaca tiada masalah mengakses portal Utusan Malaysia milik Umno.


(Trend pembaca untuk tiga laman web sejak 6 bulan lalu)

Manakala laman-laman web berita seperti Harakahdaily dan Malaysiakini menjadi semakin susah diakses.

Kedua-dua laman berita ini juga diserang oleh DDOS (distributed denial of service).

Umno-BN juga kelihatan terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk mendekati pengundi walaupun sudah menguasai media perdana sepenuhnya.
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan bertandang menyelamatkan Putrajaya malam ini setelah kehadiran Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mendapat sambutan luar biasa warga Putrajaya semalam.

Apakah semua ini berkait?

Diharap politik kotor sedemikian dapat dihentikan segera supaya rakyat mendapat maklumat yang cukup untuk mengundi.

"Kempen kita ialah supaya rakyat mengundi dalam keadaan maklumat yang cukup. Mungkin mereka masih mahukan rakyat mengundi dalam keadaan tidak tahu seperti pilihanraya-pilihanraya yang dulu.

"PAS menyeru warga maya untuk terus menyebarkan maklumat kepada rakan-rakan dan ahli keluarga sebelum hari mengundi 5 Mei ini," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Fokus PRU13, jangan sibuk cabut kemuncup

Harakahdaily, 27 Apr 2013
KUALA TERENGGANU: PAS mengarahkan semua jenteranya memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya umum akan datang kerana peluang  untuk PAS menang amat besar.

"Kita sekarang sedang hadapi pilihan raya jadi kena fokus. Masa ini tak perlu cabut kemuncup kat baju atau stokin kita, fokus kepada nak sumbat gol.

"Ini tak, penjaga gol pun dok sibuk sabut kemuncuk sampai orang sumbat gol pun tak sedar," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika memberi taklimat kepada jentera penerangan PAS Terengganu 5 Februari lalu.

Beliau bersama 80 ahli rombongan sedang dalam siri konvoi penerangan menjelajah seluruh negara menjelang pilihan raya ke-13.

Hari itu adalah hari kedua jelajah selepas mereka berada sehari suntuk di Kelantan sebelumnya.

Keesokannya konvoi yang diketuai Tuan Ibrahim ini akan ke Pahang pula selepas selesai program di Terengganu hari.


Program konvoi ini akan bersambung balik hujung minggu depan ke selatan pula bermula dengan Negeri Sembilan dikuti Melaka dan Johor.

Turut serta dalam sessi taklimat hari ini adalah semua AJK Penerangan PAS peringkat negeri dan kawasan.

Turut menyertai konvoi adalah Setiausaha Penerangan PAS Pusat, Misbahul Munir Masduki, AJK, Nuridah Salleh, Drs Khalil Idham Lim dan Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Tuan Ibrahim mengaku ada sebahagian jentera PAS tidak fokus dengan membincangkan isu-isu dalaman yang sebenarnya bukan isu.

Untuk kepentingan jamaah, katanya, PAS kena fokus untuk menang dalam pilihan raya ini kerana pilihan raya ini adalah peluang terbaik untuk PAS dan Pakatan Rakyat menang.

Menurut beliau, orang Cina berdasarkan servey sekarang sudah 83 peratus menyokong Pakatan Rakyat.

Oleh itu, katanya, peluang terbuka luas untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya dalam pilihan rayam

Dalam majlis itu, Tuan Ibrahim memberikan peringatan kepada petugas PAS agar mengamalkan tiga perkara bagi melancarkan kemenangan PAS iaitu
Ikhlas dalam perjuangan, sabar dalam menghadapi perjuangan dan solat malam (tahajud) untuk mendekatkan diri kepada Allah.

"Juga sentiasa memohon ampun kepada Allah kerana kita bimbang tidak menang kerana dosa ahli kita," kata Tuan Ibrahim.

Selain taklimat, rombongan juga menyertai pelbagai program dari kuliah Subuh, hi tea, perlawanan bola, kuliah Maghrib dan ceramah umum.

100 anak muda P'jaya serah borang sertai PAS

Harakahdaily, 27 Apr 2013
PUTRAJAYA: Satu tamparan hebat buat Umno BN Putrajaya khususnya calon mereka Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila 100 anak muda di sini mengisytiharkan menyertai PAS malam tadi.

Borang keahlian mereka diserahkan wakilnya Norazmi Mohammad Nor kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disaksikan puluhan ribu yang hadir pada majlis ceramah di Presint 3 malam tadi.

Turut serta pada majlis ceramah itu malam tadi calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa, calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, Yang DiPertua PAS Putrajaya Ustaz Nazir Zakaria serta calon PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Bercakap kepada Harakahdaily selepas majlis itu, Norazmi berkata penyertaan beliau dan kawan-kawan yang lain ke dalam PAS kerana yakin dengan keikhlasan dan kebenaran perjuangan parti itu untuk membela rakyat.

"Kami anak-anak muda Putrajaya akan membantu Datuk Husam untuk kemenangan PAS di Putrajaya pada pilihan raya kali ini," katanya.

Ustaz Nazir ketika mengulas kemasukan anak-anak muda itu berkata, iai merupakan satu lonjakkan momentum kepada PAS Putrajaya dalam misi menawan pusat pentadbiran kerajaan itu.

"Ini adalah bukti bahawa anak-anak muda ini bersama  kita, dan kita yakin lebih ramai lagi diluar sana yang juga bersama kita sebagai penyokong senyap.

"Kita yakin akan berlaku perubahan besar pada pilihan raya kali ini," katanya.

Pembekal internet main politik, laman internet sukar dimasuki

Harakahdaily, 27 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Setelah diserang DDOS (distributed denial of service) sejak pembubaran parlimen, laman web Harakahdaily  susah diakses melalui beberapa perkhidmatan internet (ISP) Melaysia tertentu mulai dua tiga hari lepas.

Pihak IT Harakahdaily telah mendapatkan semua ISP yang terdapat di pasaran untuk mencuba akses ke laman web berita kami.

Cuma YES4G dan Time Internet sahaja, pihak IT Harakahdaily mendapati boleh melayari laman Harakahdaily tanpa masalah.

Manakala ISP-ISP yang lain seperti TM, Unifi, Streamyx, Maxis, Celcom dan Digi, pihak IT Harakahdaily mendapati akses ke laman web Harakahdaily terputus-putus. Minit ini ok, minit seterusnya tidak ok.

Dalam data Pageview Harakahdaily, pihak IT juga mendapati ada ‘line drop’ setiap minit. (Lihat gambar)

Perkara yang sama turut dialami Malaysiakini. Mengikut laporan Malaysiakini, laman itu percaya bahawa ISP sudah diarahkan mengurangkan akses pembaca atau sekatan akses ini dilakukan tanpa pengetahuan ISP.

“Kami di pihak Harakahdaily berharap sekiranya benar, taktik kotor ini dihentikan segera. ISP patut fokus tugas mereka iaitu memberikan khidmat terbaik kepada pelanggannya untuk melayari mana-mana website yang disukai tanpa masalah,” kata Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong.

Pihak Harakahdaily juga meminta bantuan pembaca yang susah mengakses Harakahdaily untuk membuat aduan kepada ISP masing-masing.

Selain itu, bagi yang mahir IT, boleh cuba menukar DNS masing-masing kepada DNS google.

Pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran pula menyarankan agar ISP elak bermain politik dan memastikan kakitangan mereka tidak mengikuti arahan yang tidak sah yang menjejaskan akses kepada rangkaian mereka.

"Mereka juga perlu memastikan gerbang bersama adalah bebas daripada gangguan dan sekatan," kata Premesh.

Nizar ajak pengundi tebus pengkhianatan calon lalu

Muhammad Faeez Azahar, 27 Apr 2013
IPOH: Tebus pengkhianatan, kekalkan kemenangan rakyat menjadi slogan kempen calon PAS Dun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau yang diamanahkan bertanding di Dun yang penuh kontroversi itu apabila wakil rakyat sebelum ini bertindak menjadi pengkhianat melompat parti hingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat jatuh pada tahun 2009 lalu.

“Saya yakin akan pertahankan kemenangan di Dun Changkat Jering sekali gus menebus pengkhianatan yang dilakukan oleh wakil rakyat sebelum ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Mantan Menteri Besar Perak itu, beliau melahirkan keyakinan itu dengan melihat sokongan rakyat kepadanya sangat sangat positif.

Nizar berkata, beliau tidak rasa kekok kerana rakyat di Dun itu sudah mengenali beliau memandangkan beliau telah berkhidmat disitu sebelum ini sebagai ahli parlimen Bukit Gantang.

Jelas Nizar, sokongan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat di situ tidak berkurang walaupun wakil rakyat sebelum ini telah mengkhianati suara mereka.

“Tindakan tersebut telah menyebabkan rakyat lagi marah kepada Umno kerana rakyat yakin perkara tersebut adalah propaganda Umno untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum itu,” jelasnya lagi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu yakin gelombang kebangkitan rakyat akan dapat dilihat pada pilihanraya ini dengan membuktikannya pada kertas undi nanti.

Tinjauan Harakahdaily yang bersama mengikuti kempen beliau baru-baru ini, ternyata rakyat Dun Changkat Jering sangat menerima beliau sebagai calon di situ.

Rakyat pelbagai kaum kelihatan teruja apabila didekati oleh Nizar ketika berkempen dan sifat ramahnya sangat disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Nizar yang pandai bertutur pelbagai bahasa juga sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada beliau untuk berinteraksi dengan rakyat berbilang bangsa.

Pada pilihanraya 2008 lalu, Calon PKR, Osman Jailu telah menang dengan majoriti 1109 undi menewaskan calon BN, Mat Isa Ismail.

Namun Osman bertindak keluar parti menjadi bebas hingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang sehingga berlakunya krisis politik di negeri Perak.

Kembalikan Pasir Mas kepada yang amanah

Salmah Mat Husain, 27 Apr 2013
PASIR MAS: Calon PAS P022, Ustaz Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, berkata sejak awal lagi beliau telah menduga akan berhadapan satu lawan satu di Parlimen itu walaupun mendapati calon Umno bakal bertanding.

Katanya, walaupun digemparkan calon BN akan turut bertanding, namun perkara sedemikian sudah dijangka tidak akan berlaku.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bertemu dengan para peniaga di Bandar Pasir Mas, semalam.

Beliau juga turut berpendapat, peluang yang diberikan pada calon bebas itu sebenarnya tidak menguntungkan Umno dan BN kerana latar belakangnya sendiri bukan mewakili parti itu.

“Kiranya perkara ini dibiarkan, sampai bila-bilapun Umno tidak akan ada calonnya sendiri,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut melahirkan rasa syukur kerana semua tenaga kerja parti memberi sokongan padu padanya.

“Saya telah mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat di sini sejak hari pertama saya mula turun sebagai calon di sini,”ujarnya.

Beliau juga berusaha untuk megambil balik Parlimen Pasir Mas yang telah dikhianati oleh mereka yang tidak amanah serta bertanggungjawab.

Ditanya apakah yang akan dilakukan sekiranya dipilih rakyat nanti, beliau berkata buat peringkat pertama akan meneruskan dasar kerajaan negeri.

Tiada ulasan: