Jumaat, 26 April 2013

BAGI ALLAH TAK DE YANG MUSTAHIL...PR KALAHKAN BN PUN BOLEH....TU KETENTUAN ALLAH SWT...ORANG BERGELAR YB2 KITA GADUH2 WAT PE...BERPOLITIK CARA SIHATLAH

Mustapa: BN Kelantan tidak mustahil menang 30 kerusi Dun

26 April 2013
mustapa_mohamed
Datuk Seri Mustapa Mohamed.
PASIR PUTEH - Barisan Nasional (BN) Kelantan tidak mustahil membuat kejutan lebih besar kemungkinan memenangi 30 kerusi dewan undangan negeri (Dun) pada pilihan raya umum 5 Mei ini, kata Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata ia di luar sasaran awal sebanyak 23 daripada 45 kerusi Dun yang akan dimenangi memandangkan sambutan positif rakyat sejak hari penamaan calon Sabtu lepas, yang di luar dugaan sama sekali.
"Perubahan itu amat ketara terutama di Pasir Puteh apabila ramai anggota Pas dan PKR menyertai Umno sama ada secara senyap atau terbuka," katanya kepada pemberita selepas berucap pada perjumpaan khas dengan lebih 1,000 anggota jentera Umno Parlimen Pasir Puteh di Cherang Ruku di sini malam tadi.
Turut hadir calon BN Parlimen Pasir Puteh Tuan Mustaffa Tuan Mat, calon Dun Limbungan Mohd Rujhan Salleh, calon Dun Semerak Zawawi Othman, Calon Dun Gaal Redzuan Stapha dan calon Dun Selising Zulkifli Ali.
Beliau berkata perubahan itu hasil kerja kuat seluruh jentera BN selama dua tahun terutama di Pasir Puteh di bawah program 'Selamat Tinggal Pas' dan 'Gelombang Merah' sehingga berjaya menarik penyertaan antara 40,000 hingga 50,000 rakyat pada satu-satu majlis.
Mengenai pengundi yang berada di luar Kelantan, Mustapa berkata pendirian mereka juga banyak yang sudah berubah memihak kepada (BN) hasil kerja kuat Umno setiap bahagian yang lebih tersusun dengan mengadakan perjumpaan bagi mendekati mereka.
Pada pilihan raya umum 2008, Pas menang 38 kerusi Dun, BN (enam) dan PKR (1) namun pada pilihan raya kecil Galas 2010, BN memperoleh satu lagi kerusi.
Bagi kerusi parlimen pula dua kerusi parlimen milik BN, Pas (lapan), PKR (3) dan Bebas (1). - Bernama
Bos kastam mati ditembak 3 das di kepala, leher
11:05AM Apr 26 2013  
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, ditembak mati pada jam 8.15 pagi ini ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Menurut laporan media, mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di Putrajaya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi.

Beliau dilapor sebagai berkata, allahyarham bersama pemandu dalam perjalanan dari rumah di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.

"Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala," Ku dipetik sebagai berkata.
'Mereka ditanam di sini, di Tanah Merah'
 
Pada suatu hari pada bulan lalu, penduduk Kampung Binaong di Keningau menerima SMS daripada individu yang tidak dikenali.

"Ia bertulis bahawa empat penceroboh Sulu ditanam di sini (Keningau) tetapi jangan beritahu sesiapa. Saya tidak tahu siapa yang kirim kepada saya, jadi saya cepat-cepat padam," kata seorang wanita.

NONETetapi kemudiannya, jirannya pula menerima SMS yang sama.

"Ia buatkan saya sakit hati. Sudah 10 wira kita terkorban kerana orang ini dan kita tanam mereka di sini.

"Saya dengar ia kerana tiada sesiapa yang menuntut mayat itu dan banyak lagi ditanya di bahagian lain di Sabah," katanya.

Walaupun tahu tempat perkuburan Islam tempat penceroboh dikatakan ditanam, wanita ini tidak ingin melihatnya sendiri.

"Siapa tahu, mungkin anggota keluarganya akan tengok."

NONESemasa lawatan Malaysiakini ke Kadazandusun Murut itu pada Rabu lalu, banyak juga penduduk yang dengan mudah dapat menunjukkan arah ke perkuburan itu.

Khabar angin tentang pengebumian penceroboh di situ juga dibangkitkan dalam ceramah oleh ketua Star dan calon Keningau Jeffrey Kitingan di Kampung Baginda.

Dalam ceramah Jeffrey pada Rabu malam, kira-kira 150 orang yang hadir mendakwa bahawa penceroboh ditanam di tempat yang dekat dengan tempat itu dalam jarak berjalan kaki.

"Mereka ditanam di sini, di Tanah Merah!" kata mereka, merujuk kepada tanah perkuburan di Kampung Padang Tembak.

NONEMemetik sekutu Pakatan Rakyat Ketua APS Paul Kadau, akhbar Harian Ekspres melaporkan mayat itu terpaksa melalui enam kampung di Keningau sebelum sampai ke perkuburan Kampung Padang Tembak.

Beliau dipetik sebagai menjelaskan awal bulan ini, dalam budaya mereka, kerajaan perlu membayar 'sogit' (seperti pampasan) untuk menolak bala.
 
 
 VIDEO Panas artis Azhar Sulaiman serang PR
Posted on Friday, April 26 @ 12:15:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: DUKUNPASIR
"Dikalangan artis yang lantang menyuarakan pendapat dan pandangan mereka berkaitan politik ialah Abby, Bob Lokman dan Haire yang mewakili Pakatan Rakyat.....Dipihak BN pula ,Ac Mizal, Zed Zaidi ,Nurul...tapi agak terkejut juga bila nama Azhar Sulaiman disebut sebagai salah seorang jurucakap pihak BN. Itu hak dia...sama juga pihak disana kena hormati hak artis yang bersama pihak disini...tak perlu dimaki atau dihina ....kerana ianya sudah termaktub dalam sebuah negara demokrasi dan sepatutnya kita sama sama suburkan demokrasi untuk menjadi RAKYAT YANG BIJAK .....bijak dalam segalanya.
Sebelum penulis lampirkan petikan video pelakon Azhar Sulaiman ini,lihat dulu posting beliau dan komen komen ALA PERANG pendapat!




 
Kamilia tampil mohon maaf
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
26 April 2013
Kamilia Ibrahim
Kamilia Ibrahim
SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, semalam, tampil memohon maaf atas tindakannya bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.
Menerusi video yang dihantar kepada media, Kamilia turut menjelaskan alasannya bertanding atas tiket Bebas kerana beliau tidak dipilih sebagai calon oleh parti.
“Saya memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan tindakan saya. Saya jadi calon Bebas kerana tidak dipilih dan diberi watikah pencalonan oleh parti yang saya anggotai.
“Mengikut sistem demokrasi negara ini, saya boleh menawarkan diri sebagai calon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.
Menurutnya, beliau mengambil keputusan bertanding di kerusi Parlimen agar dapat memperjuangkan hak wanita dan mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini.
Dalam pada itu, Kamilia juga yakin akan mendapat sokongan pengundi di Kuala Kangsar.
“Saya faham masalah penduduk Kuala Kangsar kerana sering turun padang sejak tujuh tahun lalu. Fakta ini dapat membantu saya dalam PRU13 ini,” katanya.
Kamilia merupakan antara 58 ahli Umno yang dipecat daripada parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Beliau akan menentang calon Pas, Dr Khalil Idham Lim Abdullah dan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad.
Warga emas cedera ditumbuk selepas bertikam lidah isu politik
ROSDALILAH ZAHARI
26 April 2013
Warga emas cedera ditumbuk selepas bertikam lidah isu politik
Mohd Shukri (kanan) pada sidang media di IPK Perak, semalam.
IPOH - Kerana mulut badan binasa. Itulah yang terjadi pada seorang peniaga warga emas apabila ditumbuk seorang lelaki ketika sedang menikmati sarapan di sebuah kedai makan di Pekan Kuala Kurau, pagi kelmarin.
Warga emas berusia 63 tahun itu dipercayai ditumbuk suspek selepas berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua berkaitan politik.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa sedang bersarapan seorang diri sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba membuat provokasi berhubung parti politik yang disokong mangsa.
“Pertengkaran itu berlaku beberapa minit sebelum suspek bertindak menumbuk muka mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di pipi sebelah kiri.
“Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kurau berhubung kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga setahun, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak, semalam.
Hadir sama, Jurucakap Pilihan Raya Umum Polis Kontinjen Negeri, Superintendan Maszely Minhad.
Sementara itu, dalam kes berasingan di Gerik, sekumpulan empat lelaki dipercayai ahli sebuah parti datang ke Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Kampung Kerunai dan didakwa bertindak memarahi petugas yang berada di bilik berkenaan.
Menurutnya, kumpulan lelaki terbabit berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan sebuah poster yang digantung sekitar kawasan berkenaan.
“Mereka didakwa menyerang petugas berusia 26 tahun itu dengan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak.
“Bagaimanapun, polis berjaya meleraikan pertengkaran tersebut bagi mengelakkan perkara lebih buruk daripada berlaku,” ujarnya.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Shukri berkata, sebanyak 17 kes dilaporkan dan empat kertas siasatan dibuka serta 144 ceramah diadakan di seluruh negeri sehingga jam 4 petang semalam.
“Jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan adalah sebanyak 193 kes sejak pembubaran Parlimen pada 3 April lalu,” katanya

.Pilih Yang Mana Satu
Posted on Friday, April 26 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"

Pakatan Rakyat (PAS/PKR/DAP), dapat Pendidikan Percuma di Kolej/Universiti, Hapus PTPTN atau Barisan Nasional dapat Komputer Riba Percuma untuk Pelajar Sekolah Rendah/Menengah

Kalau undi Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) , PTPTN akan dimansuhkan yang dikatakan melibatkan wang negara RM 25 billion.

Kalau undi Barisan Nasional, semua pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan diberi komputer riba percuma.

Katakanlah jumlah pelajar sekolah di Malaysia dianggarkan seramai 5,304,201 orang. Jika sebuah komputer riba berharga RM3,000 , ini bermakna ianya akan melibatkan wang negara sebanyak RM 16 billion.

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT - PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA, HAPUS PTPTN PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam.PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat.

AKU JANJI BN - SEMUA PELAJAR SEKOLAH MUNGKIN DIBEKAL KOMPUTER RIBA PADA 2014

8 Apr 2013 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, kerajaan akan melihat bagaimana untuk membekalkan komputer riba kepada setiap pelajar sekolah di seluruh negara mulai tahun hadapan. Beliau berkata, perkara itu mesti dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia adalah komitmen kerajaan untuk melaksanakan janji-janjinya."


 Pas tetap tanding Kota Damansara, sifatkan PSM lupa daratan
Posted on Friday, April 26 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"PETALING JAYA – Pas Kawasan Subang menyifatkan tuduhan dilemparkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kononnya parti itu menceroboh kerusi Dun Kota Damansara sebagai melampau.

Timbalan Yang Dipertuanya, Roslan Abu Bakar berkata, kenyataan dan tuduhan tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pengerusi parti.

Menurutnya, PSM kini dilihat seolah-olah ‘lupa daratan’ dan asalusulnya sebelum ini.

“PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.



Ridzuan (dua, kiri) bertemu dan beramah mesra dengan pengundi-pengundi di sekitar Subang Perdana, semalam.

"PSM harus ingat ketika itu Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun itu, jadi saya harap Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim boleh cuba ingat-ingatkan kembali tentang sejarah ini,” katanya ketika mengulas mengenai tindakan PSM melabel Pas penceroboh seperti yang disiarkan akhbar ini semalam.

Roslan berkata, sebelum kawasan Dun Kota Damansara dipecahkan menjadi sebahagian Parlimen Subang, Pas sudah bekerja dan bertanding di kawasan itu mewakili Dun Paya Jaras dan Dun Bukit Lanjan.

“Kami ada mandat dari pucuk pimpinan, jadi PSM harus memahami hakikat bahawa Pas tetap akan bertanding di kawasan Dun ini atas permintaan pengundi dan kajian yang dilakukan sebelum ini demi kemenangan Pakatan Rakyat,” katanya.

Dalam pada itu calon Pas Kota Damansara, Ridzuan Ismail, 34, berkata, sejak lima hari berkempen, beliau sudah turun ke hampir semua kawasan di Dun itu.

Beliau ketika ditemui di Subang Perdana semalam berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Kota Damansara jika diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di situ.

“Banyak perkara akan saya beri perhatian terutama melibatkan isu kebajikan dan menyelesaikan masalah infrastruktur seperti jalan berlubang serta kemudahan awam yang perlu dipertingkatkan atas permintaan penduduk di sini,” katanya.

sumber"



2 kereta dibakar di Klang, henti politik ganas

Harakahdaily, 26 Apr 2013
KLANG: Dua buah kereta dibakar di dalam kawasan Parlimen Kota Raja dan salah seorang mangsanya adalah anak calon PKR di Sri Andalas, Dr Xevier Jayakumar.

Sehubungan itu, calon PAS Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) mendesak siasatan segera perlu dibuat dan dihentikan politik ganas.

Sebelum ini, satu letupan bom berlaku di dalam satu majlis anjuran BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Namun, hanya seorang sahaja yang mendapat cedera ringan di kakinya.

Polis yakin ia dibuat bukan untuk mencederakan sesiapa tetapi ada tujuan lain.



Sokongan India



(Dr Mariah bersama penyokongnya di kalangan masyarakat India)

Sementara itu, Dr Mariah terus mendapat sokongan dari pelbagai peringkat masyarakat khasnya di kalangan masyarakat India.

Beliau terus menerima sokongan tidak berbelah bahagi sebagaimana yang beliau dapat dalam pilihan raya 2008 lalu.

Dalam PRU 2008, Dr Mariah mendapat majoriti undi paling besar di kalangan calon PAS.

Beliau mengalahkan S. Vigneswaran calon BN dari MIC dengan majoriti 20,751 undi.

Tiada ulasan: