Selasa, 30 April 2013

PATUT SERANG YANG MEMUSUHI ISLAM DAN YANG MEMUSUHI ALLAH SWT

Harakahdaily diserang

Harakahdaily, 30 Apr 2013
Salam kepada semua pelayara Harakahdaily,

Malam tadi, Harakahdaily telah diserang dengan memasukkan berita yang menghina Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Ia berlaku kira-kira jam 3.05 pagi dan bertahan di laman ini kira-kira 10 minit.

Namun begitu berita ini telah dicopy oleh pembuatnya dan disebarkan ke merata tempat dengan menyatakan ia disiarkan oleh Harakahdaily.

Harap faham apa motifnya iaitu untuk melaga-lagakan sesama Pakatan Rakyat dengan cerita rekaan itu.

Doakan untuk kejayaan kita semua dalam pilihan raya ini.

--- Editor Harakahdaily



Penerbangan bawa pengundi Sabah ke Selangor?

Hazayani Zakaria, 29 Apr 2013


KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi mendakwa terdapat penerbangan yang disediakan kepada rakyat Sabah ke Selangor bagi tujuan membuang undi pada 5 Mei ini.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh daripada seorang kakitangan sebuah syarikat penerbangan.

"Daripada sumber dalaman pihak penerbangan sendiri, memang wujud penerbangan yang disediakan khusus untuk mereka di Sabah untuk ke Selangor," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga calon Parlimen Titiwangsa turut berkata, pihak PAS masih menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan bagi mengelakkan mereka mengundi pada 5 Mei ini.

"Kita tak tahu apa status mereka sekarang ini. Tapi kalau benar mereka ini pengundi hantu yang digunakan untuk mengundi BN di Selangor, kita kesal dengan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pilihan Raya dalam perkara ini," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.

Bagaimanapun, Khalid yang juga menteri besar berkata, kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT).

Sementara itu, Zamri juga menegaskan, Juham tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-udang sekiranya mendapati wujud warga asing yang turut mengundi pada hari tersebut.

"Kalau memang ternyata mereka warga asing yang diberikan kad pengenaan semata-mata untuk mengundi, kita ada kuasa menahan mereka daripada berbuat demikian," katanya.

Beliau juga menggesa SPR mengambil tindan segera dalam tempoh berbaki sebelum berlangsungnya hari pengundian.

"PAS harap SPR ambillah tindakan sewajarnya bagi memastikan demokrasi di negara ini benar-benar terlaksana," katanya.
Khalid Samad disangka Zul Noordin di Klang
 
Pemimpin PAS Selangor Khalid Samad, yang mempertahankan kerusi Shah Alam melangkah masuk ke kedai farmasi di tengah-tengah kota perniagaan masyarakat Cina di Klang, sambil memperkenalkan dirinya sebagai calon.

NONEPemilik kedai berjalan ke kaunter secara hati-hati, sebelum bertanya kepada Khalid sama ada beliau dan orang dalam poster di luar adalah individu yang sama.

Poster itu bertulis "Pilih Zul Noordin" -- musuh politik Khalid daripada BN. Sebahagian daripada Klang termasuk bawah kawasan Parlimen Shah Alam.

Khalid, yang memakai kopiah sama seperti Zulkifli dalam gambar itu segera menafikannya, sebelum ketawa sebentar.

"Ini dacinglah (BN), saya bulan (PAS)," katanya.

Lelaki itu kemudian menghampiri Khalid, tanpa rasa resah, dia menghulur tangan untuk bersalaman.

"azlanOh, you daripada bulan. Saya pasti undi you," katanya yang ternyata menyenangkan hati Khalid.

Ketika ada cakap-cakap tentang kebimbangan masyarakat Cina terhadap parti Islam, sentimen itu bagaimanapun tidak kelihatan semasa majlis turun padan Khalid pada Khamis lalu.

"Ini kalilah," kata lelaki Cina pertengahan umur yang sedang bersarapan di kedai kopi, ketika calon PAS itu memperkenalkan dirinya.

arlimen Shah Alam mempunyai 14 peratus pengundi India, di samping 69 peratus Melayu dan 15 peratus India.

Dalam pilihan raya umum lepas, calon PAS Khalid Samad merampasnya daripada calon Umno Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti 9,314.

Khalid mendapat 33,356 undi manakala Abdul Aziz mendapat 24,042 undi.

Dakwaan paip keluar angin tidak berasas

Aslani M, 29 Apr 2013
KOTA BHARU: Dakwaan penduduk kononnya empat bulan mereka berdepan masalah tekanan air rendah di Kampung Pengkalan Nangka, Tumpat dianggap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak berasas.

Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanapi Mahmud berkata, tekanan air di kampung terbabit tidak menghadapi masalah sehingga sekarang.

“Kakitangan AKSB Tumpat datang ke kampung tersebut hari ini dan mendapati air keluar seperti biasa, tidak seperti didakwa seorang penduduk dalam sebuah akhbar hari ini.

“Gambar yang disiarkan dengan menyebut air tidak keluar sebenarnya di hadapan pos kempen BN di Kampung Pangkalan Nangka,” katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang penduduk, Che Mohd Irwan Abdul Latif mendakwa masalah tekanan rendah sering berlaku di Kampung Pengkalan Nangka pada waktu puncak.

Menurutnya apabila dibuka paip hanya keluar angin dan bil air tetap meningkat.

Ir Hanapi berkata, bekalan di Tumpat disalurkan daripada loji rawatan air di Kelar, Pasir Mas dengan kapasiti 18 juta liter padu sehari (MLD) sekarang.

Katanya, jumlah itu akan dipertingkatkan kepada 25 MLD selepas loji baru di Wakaf Bharu siap sepenuhnya.

Menurut beliau loji tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Julai hadapan bagi meningkatkan lagi bekalan air kepada pengguna di seluruh jajahan Tumpat.

Jawi dan politik

Ahmad Tajdid, 29 Apr 2013
SIAPA tak kenal Pengarah Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), Dato' Che Mat Che Ali.

Populariti beliau tiada kena mengena dengan kecemerlangan tugas atau sifat amanahnya dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah. Che Mat lebih dikenali sebagai orang yang kerap kali berada di tempat yang salah pada masa yang salah.

Beliau dikesan berada di Masjid Wilayah Persekutuan menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 ketika Saiful Bukhari Mohd Lazim melafazkan sumpah laknat kerana mengaku dil*wat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kelibat Che Mat juga dikesan di Masjid Amru Al-As, Taman Dato' Senu, Kuala Lumpur pada 29 April 2011 ketika trio Dato' T - Dato' Eskay, Dato' Shuib Lazim dan Tan Sri Rahim Tamby Chik - bersumpah laknat kononnya individu yang dirakam beraksi lucah dengan seorang wanita Cina yang disebarkan mereka ialah Anwar Ibrahim.

Kelibat Che Mat dalam dua majlis sumpah mubahalah itu mengundang tanda-tanya. Ini kerana sebagai Pengarah Jawi, pengurusan dua masjid yang terletak dalam Wilayah Persekutuan itu secara langsung berada di bawah kuasa beliau.

Che Mat juga antara tiga individu yang disaman Anwar Ibrahim kerana didakwa campurtangan dalam kes siasatan qazaf membabitkan Saiful Bukhari. Malah ada bukti yang menunjukkan wang Baitulmal digunakan untuk membayar yuran guaman tiga orang defendan yang antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Khir Baharom.

Ketika hari penamaan calon pilihan raya umum (PRU) ke-13, 20 April lalu, kelibat Che Mat dilihat di pusat penamaan calon bagi kawasan Parlimen Jerai. Apa urusan Che Mat di situ juga menjadi tanda tanya kerana bidang kuasa Che Mat sebagai Pengarah Jawi hanyalah di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Mungkin Che Mat hadir untuk memberikan sokongan kepada bekas bos beliau, Jamil Khir Baharom yang bertanding di atas tiket BN.

Baru-baru ini, Che Mat muncul lagi. Kali ini beliau membuat sidang akhbar khas mengumumkan kesediaan Jawi untuk menyaman calon PAS Parlimen Putrajaya, Dato' Husam Musa kerana didakwa "menyebarkan fitnah" menuduh jabatan itu memecat serta-merta ahli jawatankuasa (AJK) Surau Abdul Rahman Auf di Presint 11, Putrajaya.

Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berkata, satu laporan polis dibuat 26 April lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung dakwaan Husam itu.

"Husam buat fitnah, memang dia buat fitnah kepada Jawi, kepada penjawat awam. Saya akan saman dia dan saya akan lapor polis kerana difitnah," katanya kepada pemberita.

Isu pemecatan itu disiarkan melalui laman sosial facebook Husam P125 Putrajaya yang menyatakan 'AJK Surau dipecat serta merta kerana benar Calon P-125 Putrajaya berta'aruf'.

Nampaknya Che Mat begitu prihatin dengan nama baik Jawi walaupun tindakannya selama ini tidak banyak membantu memelihara nama baik Jawi di kalangan masyarakat umum.

Sama-samalah kita menanti keterangan-keterangan saksi berhubung isu pemecatan AJK surau berkenaan. Walaupun Che Mat cuba menafikan insiden pemecatan itu, sumber memaklumkan bahawa suara azan tidak lagi kedengaran di surau tersebut untuk beberapa waktu, selepas AJK surau dipanggil menghadap Jawi.

Pembabitan pegawai-pegawai tinggi Jawi dan Jakim dalam kempen-kempen politik BN bukanlah suatu perkara yang asing. Bekas Ketua Pengarah Jakim, Brig Jen (B) Dato' Abdul Hamid Zainal Abidin pernah dibantah majoriti jemaah Jumaat Masjid Negara sewaktu kempen PRU 1999 kerana membaca khutbah berbau politik. Sebahagian besar jemaah melaungkan takbir dan menunaikan solat secara berasingan kerana tidak puashati dengan sikap Zainal yang memperalatkan mimbar untuk kempen politik BN.

Selepas insiden pemberontakan jemaah di Masjid Negara itu, Zainal dilantik Senator dan menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2001-Mac 2004). Tugasnya menjaga hal ehwal agama termasuk Jakim dan Jawi. Selepas menang di kawasan Parlimen Parit Buntar pada PRU 2004, Zainal dilantik Pengerusi MARA.

Mimbar Jumaat khususnya di Wilayah Persekutuan pada PRU ke-13 ini juga tidak lekang daripada kempen politik. Selama dua minggu berturut-turut (19 dan 26 April), para jemaah disogokkan dengan khutbah berbau politik yang disediakan Jakim.

Jadi sebenarnya, susah untuk mengasingkan Jakim dan Jawi dari politik apatah lagi jika wujud individu-individu seperti Che Mat dan Zainal. Masing-masing punya cita-cita politik.

MUngkin Che Mat juga berangan-angan untuk menjejaki laluan kerjaya Zainal (kini Tan Sri Dato' Seri). Itupun jika BN masih kekal di Putrajaya selepas 5 Mei ini.

Antara lembu RM250 juta dan runtuhnya stadium RM290 juta

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, 29 Apr 2013
Antara Projek Lembu NFC RM250 juta dan skandal runtuhnya Stadium Sultan Mizan bernilai RM290 juta. Ikan bilis ditangkap, Jerung-jerung masih bebas:

Isu NFC mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang di bentangkan di parlimen menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya. Isu tersebut menjadi semakin panas selepas beberapa ahli Parlimen serta pimpinan Pakatan Rakyat telah mendedahkan bukti wujudnya penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Sementara itu, dalam kes Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang runtuh pada pada 2 Jun 2009, seorang jurutera perunding Wan Manan Wan Ali telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Beliau didakwa atas tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Isu Stadium Sultan Mizan yang dianggap 'tercanggih' di Pantai Timur telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu. Perasmiannya disempurnakan oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008 dalam satu upacara yang gilang gemilang. Malangnya baru hanya setahun digunakan stadium tersebut telah runtuh dan tidak dapat digunakan sehingga sekarang.

Secara faktanya, projek ’kebanggaan’ kerajaan negeri di bawah kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya dijangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta. Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada lebih RM 292 juta.

Projek Mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada 3 ’kontraktor kroni’ utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn. Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk ’Space Frame’ ini adalah syarikat SOWON PTE. LTD. dari Korea Selatan.

Namun pada 2 Jun 2009 trajedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Sebahagian daripada bumbung utama stadium kebanggaan ini telah runtuh. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini. Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam ’Tempuh Tanggungan Kecacatan’ dan pihak kontraktor sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan.

Satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini telah ditaklimatkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia. Semua punca keruntuhan telah dikenalpasti olh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC dan telah diserahkan juga kepada kerajaan negeri.

Namun sehingga kini, ramai kalangan yang tertanya-tanya, siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap skandal keruntuhan yang memalukan ini? Walaupun begitu banyak laporan telah dibuat kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), hanya seorang konsultan bertaraf ’jutera Perunding’ yang boleh dianggap sebagai ’bilis kecil’ telah diseret ke mahkamah. ’Jerung-Jerung besar’ yang telah mengaut laba berganda dari projek pembinaan stadium yang bernilai hampir RM300 juta ini masih lagi bebas berfoya-foya dengan keuntungan yang mereka dapat.

Sekurang-kurangnya dalam kes projek lembu NFC, setelah diasak dengan laporan kepada pihak polis dan SPRM serta pelbagai ’pendedahan’ akhirnya ’jerung besar’ yang beristerikan seorang Menteri terpaksa dikorbankan pihak Peguam Negara dan diseret ke mahkamah. Berbeza dengan kes skandal Sultan mizan, walaupun semua punca keruntuhan telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian Kerjaraya (JKR) dan telah ditaklimatkan kepada PAC Parlimen, namun setelah lebih 3 tahun laporan lengkap telah disiapkan oleh pihak JKR, kenapakah masih belum ada ’Jerung-Jerung Besar’ yang didakwa dan diseret ke Mahkamah?

Bayangkan stadium Sultan Mizan yang runtuh yang nilainya jauh lebih besar dari skandal lembu NFC. Semua pihak seolah-olahnya mahu ’cuci tangan’ dan meletakkan seluruh bebanan kesalahan kepada seorang jurutera ‘bilis kecil’ yang dikambing-hitamkan’. Apakah tragedi akan hanya tinggal satu kenangan yang terus menjadi ’titik hitam’ dalam sejarah negeri Terengganu Darul Iman sendiri? Ke mana perginya ’kontraktor kroni’ dan kepimpinan Bekas Menteri Besar Dato Sri Ahmad Said? Yang nyata, stadium tersebut jelas merupakan satu lagi ‘Projek Kebanggaan Kerajaan Barisan Nasional’.


UBAH TERIK NI. SELAMATKAN GANUKITE. SELAMATKAN MALAYSIA.

Tiada ulasan: