SABAH Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji-janji Pakatan Rakyat umpama 'madu beracun' yang didakwanya gagal dipenuhi oleh pakatan pembangkang itu.

Oleh itu, ia ia bukannya pilihan antara madu atau racun, katanya ketika menyentuh lagu 'madu dan racun' yang dijadikan lagu kempen oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEIa merupakan sebuah lagu pop popular tahun 1980-an dendangan penyanyi Indonesia Arie Wibowo.
Menerusi lagu itu, Anwar mengibaratkan Pakatan sebagai madu dan BN
sebagai racun.

Berucap di perhimpunan kira-kira 5,000 orang di Keningau hari ini, Najib berkata janji-janji pembangkang seperti madu beracun dan "bukan pilihan antara madu atau racun."

Najib meminta rakyat supaya jangan terpedaya dengan janji-janji tersebut kerana mendakwanya semuanya nampak baik tetapi di dalamnya mengandungi 'racun'. Baca berita penuh]
Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga calon Parlimen Keningau. 
Menyentuh mengenai kerusi Parlimen Keningau, Najib menyifatkan Pairin sebagai pemimpin yang mempunyai prinsip dan tidak mementingkan jawatan, lapor Bernama.
   
NONESebaliknya kata Najib, Pairin yang  digelar 'huguan siou' atau ketua  suku kaum Kadazandusun dilihat amat mengutamakan keperluan rakyat.
   
"Seharus pemimpin begini yang kita perlu pertahankan...kalau saya yang bukan orang Kadazan boleh hormat huguan siou, tak kan orang Kadazan tidak boleh hormat," katanya.
   
Najib juga berharap masyarakat Keningau akan memberi sokongan padu untuk calon BN bagi kerusi Parlimen Keningau dan tiga Dewan Undangan Negeri di bawahnya.
   
Keningau mempunyai 43,691 pengundi dengan majoriti kira-kira 66 peratus merupakan kaum Kadazandusun Murut.
   
Tiga DUN di bawah Parlimen itu ialah Tambunan yang ditandingi Pairin, Bingkor yang diwakili calon muka baharu Kennedy Jie John dan Liawan oleh Datuk Sairin Karno.
Zaid Ibrahim bantu pulih imej anti-Melayu DAP
 
VIDEO | 3.55 min
JOHOR Pakatan Rakyat Johor kini mensasarkan kawasan pengundi Melayu dalam suasana kempen yang menjengah masuk ke pusingan kedua, untuk memadamkan persepsi anti-Melayu, khususnya ke atas parti DAP.

Malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri besar sementara, Datuk Abdul Ghani Othman sejak sebelum penamaan calon lagi cuba menggambarkan kempen DAP sesuatu yang akan merosakkan keharmonian antara kaum di negeri itu.

Pakatan tidak boleh memandang mudah monopoli politik BN, selain kelemahan akar umbi dan jentera publisiti Pakatan serta imej anti-Melayu DAP, khususnya ke atas pemimpinnya Lim Kit Siang.

Lalu, DAP bersama PAS pada malam tadi menganjurkan ceramah yang bertemakan perlindungan Pakatan Rakyat ke atas Islam, institusi beraja dan Melayu di Taman Nusantara – satu kawasan dalam kawasan Gelang Patah.

Kawasan kediaman baru itu, yang banyak didiami penjawat awam yang bekerja di pusat pentadbiran Kota Iskandar dan juga golongan Cina yang bekerja di Singapura, termasuk dalam kawasan Nusa Jaya yang ditandingi naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

Turut ditampilkan dalam ceramah kepada kira-kira 1,000 orang yang hadir itu ialah bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid tidak membuang masa untuk membantu memadamkan dakwaan anti-Melayu yang dilemparkan ke atas Lim.

“Saya sudah amat lama mengenali Kit Siang, di dalam dan di luar Parlimen.

“Saya kenal dia sebagai MP yang berani. Saya tidak pernah dengar dia menyerang Islam atau memperkecil-kecilkan pemimpin Melayu di Parlimen, tidak pernah,” kata Zaid.

Sebaliknya, Lim akan membangkitkan isu urustadbir, rasuah, katanya.

“Dulu, jika Mahathir (Mohamad) berjaya meyakinkan orang Melayu bahawa Kit Siang menentang hak orang Melayu, itu satu penipuan.

“Bagaimana dia boleh menentang hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan? Tidak boleh,” katanya.
Anwar tetap akan bersara jika Pakatan tewas
 
Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum kali ini.

Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Anwar berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.

Tambahnya, beliau juga mungkin akan menerima tawaran untuk mengajar di insititusi pengajian tinggi Eropah kerana beliau minat mengajar.

Ini merupakan kali kedua Anwar mengumumkan perkara itu sejak tahun lalu.

Anwar, kini 65 tahun, menjadi ikon pembangkang sejak tahun 1998 apabila dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri atas tuduhan liwat dan rasuah.

Mahkamah mengenepikan sabitan kesalahan untuk kesalahan liwat itu.
Taib tak berminat cakap tentang persaraan
 
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak berminat untuk bercakap tentang tarikh persaraan, walaupun beliau berjanji pada bulan April 2011 untuk berundur dalam masa dua tahun.

Ketika ditemui di sebuah majlis di Sibu hari ini, Taib ditanya mengenai rancangan persaraannya, tetapi beliau sebaliknya menjawab dengan soalan lain.

"Anda mahu saya bersara? Bila anda akan bersara? Anda beritahu saya," katanya.
"Saya putuskan bilakah masa terbaik untuk berundur."

Sepanjang kempen pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2011, Taib dibelenggu dengan persoalan bila beliau akan berundur dan ia menjadi isu utama kempen Pakatan Rakyat.

Taib, kini 76, telah menerajui Sarawak selama 32 tahun dan merupakan ketua menteri yang paling lama dalam sejarah Malaysia.

Ekoran desakan berterusan sewaktu kempen pilihan raya negeri, Taib akhirnya dilaporkan berkata, beliau akan berundur dalam masa  dua tahun.

Tetapi selepas BN Sarawak memenangi pilihan raya negeri dengan majoriti yang sangat meyakinkan, Taib dilaporkan membayangkan bahawa beliau akan berundur pada "pertengahan penggal".
Mat Taib tak layak sertai Pas, kata Karpal
MOHD ISKANDAR OTHMAN
24 April 2013
Karpal Singh
Karpal Singh
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berpendapat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pemimpin yang mempunyai rekod lampau yang buruk tidak layak diterima sebagai ahli komponen parti PR.

"Itu pandangan peribadi saya kerana rekod dia (Mat Taib) tidak baik sepanjang bersama Barisan Nasional (BN).

"Hanya orang yang ada rekod baik sahaja harus diterima dalam mana-mana parti termasuk BN mahupun PR," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyertaan tokoh itu dalam Pas Isnin lalu.

Karpal turut mencurigai tindakan Mat Taib untuk bersama Pas dan mengganggap penyertaannya itu tidak ikhlas.

"Motif dia menyertai Pas adalah kerana dia tidak dapat apa dia mahu. Bukan ikhlas... saya rasa dia menyertai Pas," katanya.
Karpal tersembam atas pentas
Wartawan Sinar Harian
24 April 2013
Karpal Singh
Karpal Singh
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh jatuh tersungkur dari kerusi rodanya ketika ingin menyampaikan ceramah di hadapan penyokongnya di Taman Jajar, Jalan York di sini malam tadi.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 malam itu terjadi ketika beliau diangkat oleh beberapa pembantunya ke atas pentas sebelum terjatuh ke lantai pentas.

Bagaimanapun, salah seorang pembantunya segera mengangkatnya semula dan Karpal meneruskan ceramahnya di hadapan kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Anaknya, Jagdeep Singh Deo yang turut hadir pada ceramah berkenaan berkata, Karpal tidak mengalami sebarang kecederaan dan boleh meneruskan ceramahnya dengan baik.

“Tidak ada sebarang kecederaan dan bapa saya boleh duduk semula di kerusi rodanya dan terus berceramah kira-kira sejam.

“Tidak ada isu dalam kejadian yang berlaku dan kini beliau berada dalam keadaan stabil tanpa perlu ke klinik mahupun hospital,” katanya.

Karpal yang ditemui pada sidang medianya di sini hari ini menganggap kejadian itu perkara kecil.

“Saya OK sahaja, cuma ada benjol sedikit di dahi akibat kejadian itu.

“Itu hanya jatuh (kejadian) kecil sahaja tetapi yang akan jatuh besar adalah Barisan Nasional pada 5 Mei nanti,” katanya.
Karpal: DAP sah guna logo Pas, PKR
Wartawan Sinar Harian
19 April 2013
Karpal Singh
Karpal Singh
KUALA LUMPUR - DAP mengesahkan akan bertanding menggunakan logo Pas pada pilihan raya umum kali ini.

Ini berikutan kegagalan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menarik balik notis terhadap DAP seperti yang dituntutnya, semalam.

Ketika dihubungi media, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, keputusan itu diambil kerana "tiada tanda-tanda surat itu akan ditarik balik oleh RoS."

“Kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding menggunakan lambang Pas di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak,” ujar beliau dipetik Roketkini.com.

RoS menghantar notis petang kelmarin mengatakan status Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP tidak diiktiraf walaupun pada paginya bersetuju menangguhkan siasatan terhadap DAP sehingga selepas pilihan raya umum.

Berikutan tindakan yang disifatkan bermotif politik itu, Setiausaha Agung Pas dan PKR bersetuju mengeluarkan watikah membenarkan penggunaan logo parti itu bagi membantu DAP.