Rabu, 24 April 2013

ROGOL DAN ZINA...BUANG ANAK...SALAH SAPE....TAK LAKSANA HUDUD SALAH SAPE....SAPE YANG MENGHALANG HUDUD

Umno N.Sembilan dan Malaysia tumpu kempen di Paroi
Posted on Wednesday, April 24 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Pada Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 , PAS di Negeri Sembilan hanya memenangi satu kerusi DUN sahaja iaitu di Paroi dalam Parlimen Rembau. Hj Mohamad Taufek Abd Ghani pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan telah menewaskan calon Umno.

Kini dalam PRU-13 tahun 2013 , semua jentera Umno tertumpu di Paroi, untuk memastikan kemenangan Umno di Paroi.

Dato Seri Mohamad Hasan selaku Pengerui Barsian Nasional N.Sembilan dan juga calon Umno DUN Rantau yang begitu yakin Umno akan menang besar di DUN Rantau, DUN Chembong dan DUN Kota tertumpu kempennya di DUN Paroi.

Khairy Jamaluddin yang merupakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, calon Umno Parlimen Rembau juga begitu yakin akan mendapat undi yang banyak di DUN Rantau, DUN Chembong dan DUN Kota, juga tertumpu kempennya di Paroi bersama bapa mertuanya Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Ini terbukti dengan berita-berita kempen di laman web http://n9kini.com/ , hampir majoritinya ialah di DUN Paroi.

Apa khabar pengundi dan petugas Umno di DUN Chembong, DUN Rantau, DUN Kota, DUN Lenggeng, DUN Pilah, DUN Johol, DUN Senaling, DUN Klawang serta lain-lain DUN seluruh Negeri Sembilan selain DUN Paroi?

Layari laman sesawang Pakatan Rakyat Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

 


" Najib belanja RM4,364 setiap pengundi
Posted on Wednesday, April 24 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: setisab

"
Dr Bridget Welsh
Bridget Welsh
Dr Bridget Welsh, seorang Profesor Madya Sains Politik menulis dalam artikelnya di Malaysia berkata, perangkaan tersebut datang daripada analisa beliau dalam 4,000 sumber berita sejak 2009 dan kajian terhadap tiga bajet dan bajet tambahan dari 2010 sehingga 2013.

“Saya secara konservatif menganggar bahawa pentadbiran beliau (Najib) telah membelanjakan RM57.7 bilion bermula dari hari beliau menjadi Perdana Menteri sehingga sebelum Parlimen dibubarkan dalam insentif pilihan raya,” tulis Bridget.

Bridget berkata, Najib telah membelanjakan RM46.7 bilion dalam pembangunan sasaran berjanji dan RM11.0 bilion dalam program 1Malaysia.

“Dua komponen terbesar ini adalah bersifat pengagihan sasaran politik dan perbelanjaan 1Malaysia. Langkah-langkah ini berunsur politik, kerana bukan sahaja mereka dicanang dalam bentuk politik, ia juga disebarkan sebagai sebab-sebab untuk mengundi BN di peti undi nanti,” kata beliau.

Bridget berkata, perbelanjaan terbesar bukannya datang daripada RM5.6 bilion yang digunakan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tapi di atas langkah-langkah populis yang lain seperti kenaikan gaji dan pembinaan sekolah menggunakan duit daripada pejabat Perdana Menteri.

“Dalam erti kata lain, anggaran itu mencadangkan bahawa pentadbiran Najib telah membelanjakan kira-kira RM4,363 setiap pengundi setakat ini.

“Setakat ini, ini adalah pilihan raya termahal di Malaysia. Memandangkan bahawa wang juga diperuntukkan kepada calon-calon untuk kempen, lebih banyak wang akan digunakan,” beliau memberikan amaran.

Najib, kata beliau, sekarang boleh dikatakan terlibat dalam pilihan raya termahal di Asia Tenggara.

Sebelum ini, ada satu laporan Maybank bertarikh 19 Mac menyatakan bahawa Jabatan Perdana Menteri telah membelanjakan sebanyak RM36.1 juta untuk menaikkan imej pentadbirannya di mata rakyat menerusi pengiklanan.

I pun tak sangka U, U gitu-gitu, nyampah aku..."


 3 calon DUN dari Masjid Jamek Ampangan, Seremban
Posted on Wednesday, April 24 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Antara yang menarik perhatian dalam PRU-13 kali ini di Negeri Sembilan ialah tanpa disedari dan dirancang tiga orang calon yang bertanding di peringkat DUN adalah dari Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng atau juga dikenali sebagai Masjid Jamek Ampangan, Seremban.

Yang pertama ialah Ustaz Nor Azman bin Mohamad, yang merupakan bekas Imam Masjid Jamek Ampangan, juga Ketua Penerangan PAS N.Sembilan yang bertanding di DUN Johol.

Yang kedua ialah Tn Hj Ghazali Mohd Shom, yang merupakan ahli kariah dan ahli lembaga pengarah Koperasi Masjid Jamek Ampangan, juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Seremban yang bertanding di DUN Kota.

Yang ketiga pula ialah Nazir Masjid Jamek Ampangan, Tuan Haji Abu Ubaidah bin Dato’ Haji Redza yang bertanding mewakili Umno di DUN Ampangan.

Sedikit sejarah mengenai masjid ini :

Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng, Ampangan dibina pada tahun 1840-an sewaktu Dato' Klana Petra Kawal menjadi Undang Luak Sungai Ujong sebelum dibaik pulih oleh Dato' Klana Petra Sendeng ketika menjadi Undang Luak Sungai Ujong pada tahun 1850-an. Pada tahun 1920, semasa pentadbiran Dato' Klana Petra Maamor bin Kasim masjid ini dibina semula dengan batu-bata.

Pada tahun 1995, nama masjid ini ditukar kepada Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng atas nasihat Dato Klana Petra Mubarak bin Dohak. Tapak asal masjid ini diwakafkan oleh Allahyarham Tok Mukim.

Layari laman sesawang:

PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com

PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com

PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com"


 Zulkifli Noordin dicekik?
Posted on Wednesday, April 24 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: laniismaa

"ZulNordin_CekikGambar yang menjadi bahan gurauan di Facebook. Bagaimana Zulkifli Noordin dicekik, sambil menyelam sambil minum air, sambil ci?m sambil cekik.

Agak betul juga, dah terkepit urat leher Zulkifli Noordin. Dua-dua tangannya mencekik leher calon Najib untuk Shah Alam. Gaya apa begini, ci?m sambil mencekik leher!!

ZulNordin_Cekik1

Berkenaan gambar di atas Anwar ada berkata, ““Sudah semestinya kamu boleh membayar penyokong MIC untuk keluar dan cium tangannya, tapi itu tidak penting.”

Apa yang pasti, 104 ahli MIC keluar parti di Shah Alam. “Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti… seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama,” kata Supayah Naib Pengerusi MIC Shah Alam.

Insyaallah…karier politiknya bakal tak kehaluan apabila di’cekik’ di Shah Alam. - Lagi.MY

Senarai 13 artis karat UMno kempen BN Kedah"


Rogol anak kandung, bagi pil perancang elak hamil
Wartawan Sinar Harian
24 April 2013
KUALA PILAH - Ibarat haruan makan anak, itu tindakan seorang lelaki yang tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak 2011 hingga 4 April 2013.

Lebih menjijikkan bapa berusia 46 tahun itu dikatakan sanggup memberi mangsa ubat perancang kehamilan sebelum mangsa didatangi haid dan melakukan hubungan kelamin bagi mengelak mangsa hamil.

Bagaimanapun insiden itu terbongkar selepas mangsa, yang berusia 14 tahun menceritakan kejadian menimpanya itu kepada rakan sekolah sehingga sampai ke pengetahuan guru sekolah berkenaan.

Atas tindakan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah (IPD) pada 8 April  lalu ditemani oleh pihak sekolah.

Mangsa merupakan anak keempat dari tujuh beradik itu nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan perangai bapa kandung yang dipercayai merogolnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, remaja terbabit mendakwa dirogol sejak 2011 sehingga April lalu.

“Bertindak atas maklumat, suspek yang berusia 46 tahun berjaya ditahan di rumah ibunya di Kampung Ibol pada 19 April 2013. Suspek yang tidak bekerja itu ditahan reman tujuh hari sehingga 26 April ini.

“Polis difahamkan, suspek menetap di Kampung Ulu Bendul bersama isteri dan anak-anaknya. Kemudian melakukan perbuatan terkutuk di rumah ibunya di Kampung Ibol di bilik stor bawah rumah. Memilih tempat itu kerana tiada orang di situ dan ibu suspek  uzur,” katanya.

Azmi berkata, kes itu masih dalam siasatan pihak polis dan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk menjalani pemeriksaan.

“Pihak polis masih lagi menjalani siasatan lebih terperinci dan mangsa bersekolah seperti biasa.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 , Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan,” katanya.

Difahamkan, suspek mempunyai memiliki lima anak perempuan dan dua lelaki.


Penganggur didakwa merogol
Wartawan Sinar Harian
24 April 2013
Raja Muhammad Azrol
Raja Muhammad Azrol dibawa ke Mahkamah Majistret, semalam.
KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dakwaan merogol seorang gadis bawah umur, pada 7 April lalu.

Bagaimanapun, Raja Muhammad Azrol Raja Anuar, 19, dari Kampung Gong Kala, Pasir Puteh, Kelantan, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Berdasarkan pertuduhan, Raja Muhammad Azrol didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 15 tahun empat bulan di rumah tidak bernombor di Kampung Gong Tengah, Merang, Penarik, kira-kira jam 2 hingga 3 petang, pada 7 April lalu.

Raja Muhammad Azrol didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R Azmi di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala Raja Muhammad Azrol tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah Raja Muhammad Azrol direkodkan, Rozianti menetapkan 14 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen bagi melantik peguam dan membenarkan Raja Muhammad Azrol diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Gadis 13 tahun dirogol lapan lelaki
Wartawan Sinar Harian
18 April 2013
KUANTAN - Kerisauan ibu bapa gadis 13 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah sejak 5 April lalu berakhir apabila anaknya itu pulang ke rumah 10 hari kemudian.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila mendapat tahu anak mereka dirogol lapan lelaki. Susulan pendedahan gadis tersebut, keluarga terbabit membuat laporan polis kira-kira jam 10 malam 15 April lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, berdasarkan keterangan pelajar itu, dia keluar rumah pada 5 April lalu kerana mengikut kawan.

Menurutnya, sepanjang ‘bebas’ dari kawalan keluarga, gadis itu memberitahu dia hanya berada di sekitar bandar Kuantan dan berkenalan dengan beberapa lelaki.

“Kita agak terkejut apabila gadis itu mendedahkan dia melakukan hubungan seks dengan lapan lelaki berusia antara 20 hingga 30-an itu pada tarikh, masa dan lokasi berbeza.

“Gadis itu memaklumkan dia baru mengenali semua lelaki tersebut dan tiada maklumat lanjut tentang mereka kecuali nama panggilan sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sharifuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol,” katanya.

Pecah Berita! Letupan Bom Di Ceramah '3000' BN Nibong Tebal,Gambar Mangsa Hampir Mati Kini Tersebar!!

 Kuala Lumpur - by @tiewnama
letupan 'maha kuat' dalam ceramah '3000' hadir dalam siri ceramah BN di nibong tebal telah
menyebabkan kecederaan PARAH, lapor sebuah blog lucah nombor 1 Barisan Nasional.

letupan itu menyebabkan sampah berterbangan sehingga terpercik dan mengotori beberapa buah kenderaan, mujurlah serpihan bahan letupan itu tidak mengenai saya," katanya.  
pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow pula menyifatkan insiden itu mencemar nama baik demokrasi dan mahu segala bentuk amalan politik yang menjurus ke arah keganasan dihentikan serta-merta.  
kita tidak mahu semasa tempoh berkempen ini ada rakyat atau pengundi yang cedera, dan saya nasihatkan semua parti bertanding dapat mengawal emosi penyokong kerana kita tidak mahu peristiwa sebegini berulang lagi,
berikut pula ialah komen Calon BOLEH KE MENANG BN bagi Parlimen Nibong Tebal ini




laporan ajensi berita fakap EP di nibong tebal,
seorang lelaki penyokong BN mengalami cedera parah dan di masukkan ke unit 
rawatan rapi dengan mendapat 2000 jahitan kerana terkena serpihan bomb yang 
meletop kuat hingga menggegarkan seluruh pulau pinang malam tadi,

mangsa telah mengalami trauma kerana letupan itu, kecederaan parah di dalam 
gambar di atas ini yang di alami oleh pemuda BN ini telah menyebabkan syarikat 
insuran terpaksa membayar rm 4 juta untuk kos rawatan susulan. - Dr @tiewnama. kah3



by @tiewnama - 3 ribu hadir ceramah BN Nibong Tebal malam tadi? kah3 
biar BETIK? kah3  

Tiada ulasan: