Jumaat, 26 April 2013

ADAKAH BELIAU BERPRINSIP....HANYA CARI MAKAN...IKHLASKAH PERJUANGANNYA


Pensyarah dan pelajar marah, akhbar fitnah disebar dalam IPT

Muhammad Faeez Azahar
Apr252013

(Salman menunjukkan akhbar fitnah yang disebar dalam IPT di Perak)

IPOH: PAS Perak kesal tindakan pihak-pihak tertentu yang berkempen secara kotor dengan mengedar akhbar yang penuh dengan fitnah di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Perak.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, akhbar keluaran khas oleh Berita Harian dan Utusan itu penuh dengan cerita fitnah, perkauman yang dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat terutama PAS.

Jelasnya, PAS Perak telah menerima aduan daripada pensyarah dan pelajar-pelajar serta kakitangan IPT yang rasa tidak senang kehadiran serta penyebaran akhbar tersebut.

“Akhbar khas sempena pilihanraya ini tidak dijual kepada awam dan ianya disebar luas ke IPT dengan tujuan untuk meracuni pemikiran kakitangan serta pelajar demi kepentingan pihak-pihak tertentu.

“PAS hairan bagaimana akhbar yang tidak bertanggungjawab ini dapat masuk dan disebar luar ke semua IPT,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini semalam.

Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, Mohd Fitri Asmuni dan Safarizal Saleh.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak itu menjelaskan, akhbar tersebut sangat bahaya kerana mempunyai unsur-unsur hasutan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat.

Tegasnya, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang setelah peguam menilai semua berita tersebut.

PAS katanya mengutuk sekeras-kerasnya pengedaran ini kerana ianya terbukti akhbar yang dipenuhi cerita fitnah dan perkauman.

“PAS berharap semua parti dapat berkempen secara sihat seperti memperkenalkan calon, misi dan visi, serta manifesto untk rakyat, bukannya menyebar fitnah keji.

“Jadilah sebuah parti yang ‘gentleman’ mengikut undang-undang dan sistem demokrasi,” tegasnya lagi.

BN gagal tunai janji wujudkan MRSM di Temerloh

Khairil Abdul Rahim
Apr252013


TEMERLOH: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasrudin Hassan yang bertanding di Parlimen P.088 Temerloh, bertekad menjadikan daerah bersejarah ini sebagai pangkalan ilmu dan berkebajikan jika diberi mandat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, hasrat tersebut muncul setelah turun menyelami hati budi rakyat di daerah kedua terbesar di negeri Pahang ini apa lagi setelah mendengar kegagalan BN menunaikan janji pada PRU lepas untuk membawakan sebuah universiti dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Tetapi setelah meninjau, saya dapati kebajikan kepada rakyat yang amat perlu diletakkan keutamaan ialah pendidikan percuma semua peringkat, bersesuaian dengan tawaran yang termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) Pusat dan PR negeri Pahang.

“Seandainya diberi mandat saya akan usaha dan ikhtiarkan semua itu dapat dilaksanakan kerana tidak patut sekadar dilabelkan Temerloh Bandar Ikan Patin, tetapi lebih realistik Temerloh Bandar Ilmu dan Berkebajikan.

“Saya lihat Temerloh ini unik kerana ada pusat pengajian Islam tradisional, Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Malangnya menderita kerana dinafikan bantuan perkapita,” katanya dalam sidang media di bilik operasi P.088 semalam.

Tambah Nasruddin, beliau percaya bantuan yang cukup akan memartabatkan pusat pendidikan. Selain daripada itu, beliau menawarkan sebuah Maahad Tahfiz Sains jika PR mendapat mandat membetuk kerajaan.

Begitu juga dengan tuisyen percuma untuk peringkat rendah dan menengah sebagai bantuan supaya dapat peluang pendidikan terbaik menjadikan pelajar di sini setanding dengan pelajar-pelajar di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur.

“Buku jalanan, idea yang baik beri idea kepada saya wujudkan perpustakaan mobile, penambahan ilmu secara percuma untuk rakyat teramai,” katanya.

Dalam sidang media yang sama Nasruddin turut membantah penggunaan balai raya sebagai premis pilihan raya oleh BN.

Katanya, bangunan tersebut adalah premis awam yang tidak sepatutnya digunakan dan yang dapat dikesan setakat ini ialah Kampung Bangau dan Kampung Paya Keladan.

“Pihak PAS telahpun kemukakan bantahan kepada pemantau  SPR, polis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ini salah guna kuasa dan bertentangan demokrasi.

“Sepatutnya bertandinglah secara sihat dan matang, hormati etika demokrasi. Sepatutnya di padang sama rata jangan guna padang awam dan jentera kerajaan,” katanya.

Menjawab satu pertanyaaan, Nasruddin berkata hasratnya ingin melihat 40 peratus calon daripada golongan muda pada PRU kali ini, tercapai.

Katanya, itu penting bagi menghormati lebih 50 peratus pengundi muda seluruh negara.
PR dakwa Umno 'beli' bilik gerakan
Wartawan Sinar Harian
26 April 2013
Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mendakwa satu gerakan besar-besaran dilakukan Umno Selangor untuk membeli bilik gerakan Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu selain cubaan Barisan Nasional (BN) menabur wang kepada pengundi sewaktu berkempen.
Menurutnya, beliau menyeru rakyat di negeri ini membuat laporan dan memberi maklumat jika terdapat mana-mana calon, ejen mahupun penggerak parti politik menawarkan wang tunai ketika berkempen.
“Mereka boleh lapor kepada saya, SPR atau polis. Saya berharap Transparency International memantau isu ini supaya pilihan raya dijalankan secara adil dan bebas," katanya ketika sidang media di dewan Kediaman Exco Kerajaan Selangor di Seksyen 7, di sini semalam.
Sementara itu, beliau berkata, PR menyahut cabaran Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak untuk membentangkan kad laporan kecemerlangan pentadbiran negeri sepanjang lima tahun ini.
“Kita akan bentangkan kad laporan di Klang 1 Mei nanti sempena siri jelajah manifesto yang disertai Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.
“Kita alu-alukan kehadiran BN untuk menyaksikan pembentangan ini termasuk calon-calon menteri besar BN,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mempertikaikan niat sebenar Najib melancarkan kempen Sayangi Selangor.
“Jika beliau menyayangi Selangor beliau patut hormati semangat federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan yang mana kerajaan negeri dibenarkan mentadbir tanpa kongkongan dari kerajaan pusat.

“Kenyataan Najib jika BN dapat menakluki Selangor beliau sendiri akan pantau pentadbiran MB Selangor menunjukkan beliau tidak mempercayai calon MB Umno,” katanya.

BN kempen perkauman guna Jabatan Pelajaran

Hazayani Zakaria
Apr252013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa BN menggunakan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan Biro Tata Negara (BTN) untuk mewujudkan permusuhan kaum dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Mahfuz berkata, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah mengumpulkan guru-guru Melayu dari beberapa sekolah dalam satu program ceramah yang disampaikan oleh pegawai BTN.

Dalam program tersebut, penceramah membayangkan Melayu akan hilang kuasa apabila Pakatan Rakyat memerintah dan Singapura akan kembali menyertai Malaysia.

"Antara ungkapan dalam pertemuan tersebut ialah mereka mengatakan bahawa kalau Pakatan Rakyat menang ia akan membahayakan orang Melayu kerana kaum Cina akan menguasai negara Malaysia.

"Mereka membuat analisa selepas Pakatan menang pilihan raya, Singapura akan menyertai semula Malaysia.

"Kerusi Parlimen Singapura akan digabungkan dengan kerusi yang majoriti Cina di Malaysia dan menjadikan kekuatan politik orang Cina itu akan membesar," katanya pada sidang media di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Mahfuz menegaskan, kempen berbaur perkauman itu sangat berbahaya kerana akan menyebabkan kebencian Orang Melayu kepada Orang Cina.

"Kempen ini sangat berbahaya kerana menanam bibit permusuhan kaum khususnya supaya Orang Melayu mempunyai kebencian terhadap Orang Cina. Ini sangat berbahaya kepada politik Malaysia.

"Ini menunjukkan kempen Umno BN sampai kepada peringkat, apa pun matlamat mereka untuk kekalkan kuasa walaupun sampai peringkat pergaduhan kaum," tegasnya.

Justeru beliau mendesak semua pihak menolak politik kebencian kaum dan menghalang negara ini dikuasai oleh golongan yang bersifat perkauman.

"Saya mengajak seluruh masyarakat untuk menghalang politik perkauman daripada berkembang dan menghalang terbentuknya nagara perkauman.

"Jika BN terus kekal berkuasa dalam Malaysia bermakna terbentuklah kerajaan perkauman, kerajaan perkasa yang akan membawa permusuhan antara kaum," katanya.
Kereta anak perempuan calon PKR dibakar
 
NONEDua kereta milik anak perempuan calon PKR Dr Xavier Jayakumar terbakar apabila sekumpulan lelaki membaling bekas berisi minyak tanah di pintu masuk kediamannya di Klang Jaya, Klang, semalam.

Kejadian itu dipercayai sebagai satu lagi insiden bermotifkan politik.

Dalam kejadian pada jam 11 malam itu, ejen pilihan raya Sangetha Jeyakumar, 30, berada bersama bapanya di pusat khidmat Pakatan Rakyat untuk bermesyuarat selepas satu sesi ceramah.

Seorang jiran yang tidak mahu dikenali berkata, dua orang lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan parang, dalam sebuah kereta Kia Sephia berwarna perak, turun dari kereta itu dan memanjat pintu pagar rumah tersebut untuk masuk ke halamannya.

"Anjing saya mula menyalak semasa kedua-dua lelaki itu menjerit dengan kuat sebelum memanjat pintu pagar.

"Saya menjerit kembali untuk memberi amaran kepada jiran saya tetapi diancam oleh mereka supaya jangan masuk campur atau jika tidak, mereka akan membuang bekas berisi minyak tanah ktu ke dalam rumah saya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Suami, anak kecil dan amah ada di rumah

suami Sangetha, Dr Arnil Srimanne, 36, anak kecilnya berusia setahun dan pembantu rumah mereka berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

"Saya terdengar satu kekecohan dan menjenguk keluar melalui tingkap rumah saya apabila mereka menjerit lucah dan mengugut saya," kata Arnil.

Katanya, suspek kemudian memecahkan tingkap belakang kereta isterinya yang diletakkan di anjung depan sebelum mencurahnya dengan minyak tanah dan membakarnya.

Menurutnya, dalam keadaan tergesa-gesa kerana orang ramai telah berkumpul di situ, suspek melemparkan salah satu bekas berisi minyak tanah ke sebuah lagi kereta sebelum meninggalkan tempat kejadian," katanya.

Dalam masa beberapa minit, kereta bomba tiba untuk memadamkan api.

Ketika ditemui, Xavier (kanan) yang juga penyandang kerusi DUN Seri Andalas, berkata beliau percaya kejadian itu bermotifkan politik.

Katanya, kejadian berlaku terhadap anaknya kerana dia terlibat dalam politik dengan beliau.

Sementara itu polis yang tiba di tempat kejadian sedang menyiasat kes itu sebagai perbuatan membakar

Xavier akan mempertahankan kerusi itu pada 5 Mei ini dalam pertarungan lima penjuru dengan Ketua Pemuda MIC, T Mohan, P Uthayakumar daripada Parti Hak Asasi Manusia dan dua calon Bebas, KS Kottappan Suppiah dan Hanafiah Husin.

- The Malay Mail
'Saya tak cium Zul Noordin demi wang'
 
Lelaki yang menjadi mangsa kemarahan masyarakat India kerana mencium pipi Datuk Zulkifli Noordin pada hari penamaan calon, tidak kisah walaupun dilabel sebagai "Judas" (pengkhianat) kerana menyokong naib presiden PERKASA yang kontroversi itu.

NONEThe Malay Mail bertemu dengan N Devendren (kanan), yang mendakwa anggota MIC, yang sejak hari penamaan calon mendapat cemuhan meluas di media sosial ekoran tindakannya.

"Hidup mesti diteruskan, orang ramai terutamanya masyarakat India ada pandangan mereka tetapi akhirnya saya ada hak untuk pilih siapa yang saya rasa betul," kata ahli perniagaan 32 tahun yang masih bujang itu.

Devendren menafikan dakwaan beliau diberikan wang sebagai balasan menunjukkan sokongan kepada Zulkifli, yang bertanding atas tiket "Rakan BN" menentang penyandang Khalid Samad.

"Saya tak lakukannya untuk wang," katanya ketika ditemui di pusat kempen BN di Seksyen 23 di Shah Alam.
Kajiselidik: BN, Pakatan 'bersaing rapat' menjelang 5 Mei
 
Tinggal seminggu lagi menjelang hari pengundian, kajiselidik persepsi terbaru oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcede) menunjukkan BN dan Pakatan Rakyat bersaing rapat dan masing-masing dianggarkan mendapat 40 peratus sokongan rakyat.

NONEPengarah Umcedel, Prof Datuk Mohd Redzuan Othman (kanan) berkata perbezaan antara BN dan Pakatan dalam kajiselidik yang dijalankan antara 4 April - hari Parlimen dibubarkan - sehingga Sabtu lalu, hanyalah 5 peratus.

Bagaimanapun, Redzuan tidak mahu mendedahkan siapakah yang mendahului atau peratusan sebenar yang diperolehi dalam kajian Umcedel yang sebenar.

Menurutnya, peratusan pengundi yang belum membuat keputusan telah berkurangan daripada 21 peratus pada bulan Mac kepada 9 peratus pada bulan ini.

Katanya, pengundi Cina, yang sebelum ini merupakan majoriti dalam kumpulan 21 peratus itu, kebanyakannya telah memutuskan siapa yang hendak diundi.

Redzuan percaya pengundi yang belum membuat keputusan akan menurun kepada sifar peratus pada hari pengundian nanti.

Katanya, mereka akan didorong oleh beberapa hari terakhir kempen, sepertimana yang dilihat berlaku dalam pilihan raya umum 2008, di mana empat hari akhir kempen yang aktif oleh pembangkang telah mengakibatkan berlakunya tsunami politik pada 8 Mac.

Kajiselidik selama 18 hari itu merangkumi 1,407 responden di Semenanjung Malaysia sahaja. Mereka merupakan pengundi pelbagai peringkat umur dan tidak membabitkan pengundi di Sabah dan Sarawak.

Kajian ini telah dilakukan melalui temubual dengan responden, yang setiap satu memakan satu selama 30 hingga 45 minit.

Redzuan berkata terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi
pola pengundian pada 5 Mei. Hujan lebat pada waktu petang bermakna ramai yang tidak menghadiri sesi ceramah tetapi sebaliknya mendengar radio atau menonton televisyen.

'Pengundi lebih tertarik pada manifesto Pakatan'

Redzuan dan pasukan penyelidiknya juga mendapati pengundi lebih tertarik dengan apa yang ditawarkan oleh Pakatan, berbanding daripada BN.

br1m 2.0 launch by najib razak janji ditepatiEmpat puluh dua peratus responden berkata mereka lebih suka manifesto Pakatan, manakala 36 peratus memilih BN dan 22 peratus belum membuat keputusan.

Kajiselidik itu juga menunjukkan sokongan yang hampir sama daripada masyarakat Melayu kepada BN (38 peratus) dan Pakatan (37 peratus). Bagaimanapun, lebih ramai kaum Cina memilih Pakatan (61 peratus) berbanding dengan BN (25 peratus).

Masyarakat India yang menyokong BN adalah 53 peratus) berbanding 21 peratus yang menyokong Pakatan.

Bagaimanapun, Redzuan menjelaskan bahawa sokongan kepada manifesto itu tidak semestinya diterjemahkan kepada undi.

Redzuan berkata kajiselidik tersebut mendapati tuduhan Pakatan bahawa BN mengambil idea daripada manifestonya memberi kesan kepada persepsi rakyat.
Katanya, idea seperti mengurangkan harga petrol, menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan mengurangkan harga kereta sangat menarik kepadsa rakyat.

Kajiselidik itu juga mendapati bahawa meletakkan poster atau bendera mempunyai kesan minimum dalam mempengaruhi pengundi, dengan 66 peratus responden berkata tidak ada kesan ke atas mereka, manakala 29 peratus berkata bendera dan poster mempunyai kesan.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa Jelajah Merdeka Rakyat PKR menarik 19 peratus berbanding dengan kempen Janji Ditepati BN (16 peratus), diikuti Jelajah Negara Kebajikan PAS (10 peratus) dan Ubah DAP (4 peratus).

Daripada 1,407 responden, kata Redzuan, 49 peratus mengatakan mereka tidak menghadiri mana-mana ceramah.

Menurutnya lagi, kempen Janji Ditepati tidak berkesan kerana sebahagian responden, seperti para guru, mengadu bahawa mereka dipaksa menghadiri ceramah dan apa yang dicakapkan dalam kempen tersebut oleh BN itu tidak diikuti.

Redzuan menegaskan bahawa tempoh lapan hari lagi berkempen mulai esok, akan menentukan siapakah yang akan membentuk kerajaan baru.


Ramai Bangla dikesan di Klia - Lihat kaitan mereka dengan berita-berita tahun lalu
Posted on Friday, April 26 @ 09:34:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Gendang Perang

Bangla sudah mari. Dikesan di KLIA. Siapa boleh jelaskan bangla bangla ni datang untuk apa? Apakah berbaju hijau seolah olah uniform kerja kilang ni hanya untuk "mengaburi" mata oarang ramai?

Kemungkinan untuk mereka ini menjadi penghuni hantu adalah tinggi. Sewa khas terhadap kapalterbang MAS seperti dalam gambar dibawah amat meragukan. Kilang apa yang perlukan begitu ramai pekerja?

Ini adalah berita tahaun lalu yang gua fikir ada kaitan dengan kehadiran bangla di KLIA

Oleh Jahabar Sadiq

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Satu delegasi Malaysia akan melawat Dhaka esok untuk membincangkan membawa kembali rakyat Bangladesh untuk bekerja di pelbagai industri, terutamanya sektor perladangan kelapa sawit yang menghadapi kekurangan pekerja dengan cabaran persaingan dari Indonesia yang boleh menjejaskan prestasi ekonomi negara, kata pegawai-pegawai.

Putrajaya menghentikan kemasukan tenaga kerja Bangladesh hampir lima tahun lalu, akan tetapi, sekarang terdesak memerlukan pekerja asing, termasuk 40,000 hanya untuk sektor perladangan kelapa sawit untuk menuai tandan buah sawit dalam usaha untuk mencapai sasaran pengeluaran 19.3 juta tan minyak tahun ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S. Subramaniam akan mengetuai delegasi Malaysia untuk mengadakan perbincangan esok di Dhaka dengan membawa bersama majikan dan pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri bagi membincangkan pembukaan semula pasaran buruh kepada pekerja Bangladesh.

Ketua Pengarah Biro Pekerjaan,Tenaga Manusia dan Latihan Bangladesh Shamsun Nahar memberitahu bdnews24.com minggu lalu bahawa delegasi Malaysia mahu melihat prosedur pengambilan sebelum membuat keputusan muktamad dan menandatangani satu perjanjian untuk pekerja. Malaysia kini merekrut tenaga kerja dari 13 buah negara.

Pegawai Bangladesh berharap untuk menghantar 500,000 pekerja ke Malaysia selepas perjanjian itu ditandatangani. TMI

Selain itu pengakuan PM Bangladesh ini juga perlu diambil kira..sini



Bas untuk mengangkut peserta sukan Koman wei ... wakaka




Kredit gambar kepada KingJason

adios

Sumber: wasukalu.com



Calon PAS Dun Paka, bekas Penasihat TKO
Posted on Friday, April 26 @ 10:40:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ALBA



Ustaz Haji Saitiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya 1, Badan Perhubungan PAS Terengganu adalah seorang tenaga muda yang kian bangkit dan telah membina satu tapak pusat ilmu Islam di kg Pinang Merah sebelum ini adalah tanah gersang kubu kuat UMNO. Antaranya Madrasah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pusat Tahfiz, Anak Yatim, Orang Miskin, Masjid dll.


Orang Gila Aje Sokong UMNO - Ibrahim Ali

Posted on Friday, April 26 @ 10:23:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ALBA



Ibrahim Ali kata orang tak waraf gila sahaja yang sokong UMNO. Sekarang ini PERKASA nak beri sokongan kepada UMNO. PERKASA dah jadi GILA



Paparan lebih jelas




Tiada ulasan: