Isnin, 22 April 2013

MERDU SUARANYA...PANDAI NYANYI

Warga Amerika tertarik dengan kempen PAS DUN Kota
Posted on Monday, April 22 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns
"Rembau 21 Apr 2013 – Ketika PAS DUN Kota dan PKR Parlimen Rembau mengadakan majlis minum petang dan ramah mesra calon DUN Kota bersama pengundi di Bilik Gerakan tiba-tiba 3 orang pensyarah dari universiti tempatan dalam tugasan untuk memerhati gerak kerja pilihanraya parti-parti di Malaysia telah singgah apabila memerhatikan ramai yang hadir.

Salah seorang pensyarah berkenaan adalah merupakan warga Amerika Syarikat. Mereka bertanyakan apakah strategi Pakatan Rakyat di DUN Kota kepada calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom dan Sdr Rozmal Malakan selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau.

Menurut Hj Ghazali, pendekatan PAS ialah pendekatan mesra pengundi, di mana beliau keluar bertemu pengundi bermula dari solat subuh berjemaah di beberapa masjid hinggalah ke solat isya berjemaah di masjid lain.

Di samping bersarapan dan minum petang bersama pengundi serta kempen rumah ke rumah. Hj Ghazali berkata, beliau menghormati calon parti lawan, dan tidak menyerang peribadi calon lawan.

Apabila ditanya isu tempatan di DUN Kota, Sdr Rozmal menjelaskan bahawa antara isu tempatan ialah isu pampasan tanah adat yang tidak berpatutan, isu hospital Rembau dan beberapa isu lain. Kehadiran para pengundi ke majlis tersebut adalah di luar jangkaan memandangkan inilah pertama kali Bilik Gerakan Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan di UPU Kendong.

Lagi gambar-gambar program bersejarah berkenaan pas-n28-kota.blogspot.com

"



KANTOI! Artis Malaysia Dikecam Di Internet Sokong Perdana Menteri!

Posted on Monday, April 22 @ 09:30:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Jalan Pulang



Tak sampai 24 jam proses penamaan calon selesai semalam, beberapa artis terkenal bertaraf antarabangsa terus dikecam hebat kerana menyatakan sokongan secara terbuka kepada BEKAS perdana menteri, Najib Razak.

Mendahului senarai tentunya 'Gadis Bond Malaysia' Michelle Yeoh yang turut hadir di majlis makan malam mega di Pelabuhan Klang anjuran seorang taikun yang rapat dengan Najib.

Michelle dalam ucapannya meminta hadirin yang majoritinya kaum Cina supaya terus menyokong Najib kerana dia layak 'untuk terus mentadbir negara'.

Ucapan dan sokongan secara terbuka menyebabkan Yeoh teruk dikecam terutamanya di laman sosial Facebook milik Najib, 'Ah Jib Gor' malam tadi.

Kenyataan secara terbuka Yeoh turut menyebabkan hadirin yang sudah tiba agak lewat terus meninggalkan majlis malah ada sesetengahnya belum lagi menikmati jamuan yang disediakan.

Yeoh yang perasan akan hal tersebut terus menyampaikan ucapannya dengan mengharapkan sokongan kaum itu terus kekal kepada Barisan Nasional (BN) kononnya hanya parti itu sahaja yang boleh menyelamatkan negara.

Yeoh turut dikecam pengguna internet kerana di sebalik memainkan watak penting sebagai pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dia langsung tidak nampak pemerintahan Najib sebenarnya mirip junta tentera negara itu yang menekan rakyatnya supaya terus menyokong rejim zalim di Asia Tenggara itu.

Hal yang sama turut dialami superstar dari Hong Kong, Alan Tam yang turut mengadakan persembahan di Pulau Pinang anjuran MCA malam tadi.

Alan yang tidak mengetahui makna konsep 1Malaysia Charity Dinner, majlis sama yang dihadiri Yeoh turut menjadi sasaran pengguna Facebook miliknya hingga terpaksa menjelaskan mengapa dia membuat persembahan malam tadi.



Dia yang tidak mengetahui sokongan kaum Cina terhadap BN semakin lemah memohon maaf atas kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hti dengan sebarang tawaran persembahan di Malaysia selepas ini.

Pengguna Facebook bagaimanapun memuji pendirian seorang lagi artis antarabangsa Hong Kong, Gigi Leung yang tidak 'bersekongkol' membuat persembahan bersama Alan atas faktor yang tidak dapat dielakkan.


Leung yang dipuji lebih 6,000 peminatnya melalui komen di laman sosial yang sama turut meminta supaya peminatnya memahami 'keputusannya' dipercayai sudah dinasihatkan beberapa rakannya supaya membatalkan persembahan di hadapan lebih 12,000 orang yang membanjiri perkarangan Padang Kota Lama itu.

Artis band popular Taiwan, Mayday juga membatalkan persembahan mereka dan turut dipuji pengguna laman Faebook kerana berani membatalkan persembahan di sebalik sokongan kaum itu terhadap BN kekal di bawah 20 peratus di sleuruh negara.

Peminatnya di negara ini meminta supaya kumpulan terkenal itu membuat persembahan hanya setelah rejim BN ditumbangkan selepas 5 Mei nanti.

Mayday yang akur dengan permintaan peminatnya terus membatalkan kehadirannya dan dipuji lebih 14 ribu pengikut kumpulan itu di laman peminat mereka di Facebook.

Tidak hairanlah mengapa kempen Najib akhir-akhir ini sering tidak mendapat sambutan dan jika ada pun ia lebih kepada memancing undi dari menyelesaikan isu rasuah dan salah guna kuasa yang membelenggu pentadbiran negara.

JALAN PULANG



.....

 Kenali Calon-Calon PAS Di Parlimen Jerantut
Posted on Monday, April 22 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber FB Jerantut Baru

Biodata Calon-Calon PAS Di Parlimen Jerantut

DR. HAMZAH BIN JAAFFAR
Calon Parlimen Jerantut

Dilahirkan di Kg. Batu Balai, Jerantut (1965)
Pernah menuntut di Fakulti Dakwah, Universiti Al Azhar, Fakulti Pendidikan UIA (Diploma),
UKM dan Open International University Of Colombo.-
University Of Orizona. (Universiti Berkembar-Jarak Jauh)

Pernah bertugas sebagai Tenaga Pengajar Jab. Dakwah,
Universiti Malaya & Supervisor Guru Pelatih Fakulti
Pendidikan, UIA.
Seorang Ahli Perniagaan dan Aktivis Parti.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang (2007 hingga kini),
AJK Lajnah Politik Dewan Ulamak PAS Pusat,
YDP PAS Kawasan Jerantut (sejak 2007) dan
Pengerusi Majlis Pakatan Rakyat Jerantut.
Pernah muncul sebagai Panel Al Kulliyah TV3 dan
Rancangan Dinamik Radio 1 RTM (1998-2000)

USTAZ YOHANIS BIN AHMADCalon DUN Pulau Tawar

Dilahirkan di Kg. Kedondong, Pulau Tawar (1978)
Pernah menuntut di Universiti Al Azhar dan memiliki
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Dakwah (Hadis).
Berpengalaman sebagai Pengurus Pentadbiran Firma
Guaman MK Othman & Co, KL dan Trainer di East
Management & Consultant KL.
Pen. SU Lajnah Tanah PAS Pusat, Exco Dewan Pemuda
PAS Pahang, Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS
Pahang, Ketua Pemuda PAS Jerantut.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Pahang (ANAK)
dan bekas Setiusaha PERKIM Selayang Baru.

Mohd Zakhwan Ahmad Badaruddin
Calon DUN Tahan

Dilahirkan di Kg. Lada, Jerantut (1979).
Pernah menuntut di Darul Quran, Arhab Yemen
dan Ma’ahad ‘Ali Lit Taujih Wal Irsyad, Sana’a,
Yemen (B.A. Dakwah).
Pendakwah dan aktivis parti sepenuh masa
di Jerantut.
AJK PAS Jerantut merangkap Pengarah (PAS)
DUN Tahan dan SU Dewan Pemuda PAS Jerantut.
Bekas Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman.
& Presiden Persatuan Pelajar Darul Quran. Dilahirkan di Kg. Lada, Jerantut (1979).
Pernah menuntut di Darul Quran, Arhab Yemen
dan Ma’ahad ‘Ali Lit Taujih Wal Irsyad, Sana’a,
Yemen (B.A. Dakwah).
Pendakwah dan aktivis parti sepenuh masa
di Jerantut.
AJK PAS Jerantut merangkap Pengarah (PAS)
DUN Tahan dan SU Dewan Pemuda PAS Jerantut.
Bekas Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman.
& Presiden Persatuan Pelajar Darul Quran.




Suasana hari penamaan calon P.081 PARLIMEN JERANTUT

Sumber: Facebook Jerantut Baru
  Bideo PANAS calon Be End yang hepi sedang menyanyi tersebar [Saksikan...]
Posted on Monday, April 22 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Shalehudin



Lagu kempen? Zul Nordin untuk parlimen Shah Alam.


Haha.... hodoh sungguh rupanya bila si Zul Kulim menyanyi. Promo diri sendiri kot untuk pancing undi.

Masak la ko Zul oiii, la ni orang dah sedar yang hang ni parasit politik. Dok kat mana pun berkudis gak yang hang tinggalkan. Orang Shah Alam semua dah tau dan pengajaran terakhir bakal hang terima 5hb May nanti... tungguuu...


Salahgunakuasa yang melibatkan pihak tertinggi dalam Jabatan Pelajaran Kelantan
Posted on Monday, April 22 @ 09:22:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Mohammad Faizal Che Yusof

Berikutan suatu maklumat yang telah diterima daripada orang awam, pihak Pemantau Rakyat bagi negeri Kelantan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kota Bharu berkaitan salahgunakuasa yang melibatkan pihak tertinggi dalam Jabatan Pelajaran Kelantan, Pegawai Pelajaran daerah pasir Puteh, SPR Kelantan dan SMK Kamil, Pasir Putih.

Tn. Hj Abu Samah Bin Hassan yang selesai membuat laporan polis pada jam 1:00 pagi, 19 April 2013 lalu turut diiringi 30 orang aktivis-aktivis Pemantau Rakyat yang telah menyertai bengkel pemantauan pilihan raya bertemakan "Pemantau gempur pencabul demokrasi" (gambar selesai membuat laporan polis).

Tindakan salahguna kuasa tersebut telah berlaku pada 2 April 2013 (selasa) pada jam 230-500 ptg bertempat di Dewan Besar SMK Kamil, Pasir Puteh, Kelantan, yang melibatkan seramai 271 kakitangan SPR. Program yang dinamai Wacana Strategik Pembangunan Minda Personel telah disalahguna dengan pengisian kempen UMNO dan Barisan Nasional, seterusnya memburukkan Pakatan Rakyat. Dalam program tersebut, para kakitangan SPR telah dihasut jika mengundi Pakatan Rakyat, kuasa melayu akan terhakis. Dan pelbagai kempen yang amat tidak wajar dan berpatutan.
Suatu yang amat menjijikkan dalam system demokrasi bilamana mereka yang terlibat mengendalikan pilihan raya umum terlibat langsung dengan kempen politik dan dipaksa mengundi parti tersebut.
Sehingga hebahan media ini dikeluarkan, pihak Pemantau Rakyat terus menerima bukti bertulis dan rakaman program-program salahguna dan hasutan yang melibatkan pegawai tinggi dan kakitangan awam.
Kami tegas untuk sedaya mungkin memastikan PRU 13 dilangsungkan dengan sehabis bebas dan adil. Kami juga memberi amaran keras kepada seluruh agensi awam untuk tidak dipergunakan oleh parti-parti politik khususnya UMNO dan Barisan Nasional bagi mengekalkan sikap profesyenal dan tidak berpihak agensi-agensi awam.
Dengan bukti bertulis dan rakaman yang diterima, pihak Pemantau Rakyat akan memanfaatkan setiap saluran undang-undang yang ada bagi mengekang aktiviti-aktiviti pencabulan demokrasi ini dari terus berlaku pada masa hadapan.
Setiap rakyat termasuklah kakitangan awam hendaklah dihormati hak-hak mereka selaku warga Negara dalam membuat pilihan tanpa dipengaruhi dengan unsur-unsur tidak berpatutan serta pelbagai ugutan.

(Mohammad Faizal Che Yusof)
(Ketua Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan)
 Panduan Ringkas Solat Sunat Istikharah
Posted on Monday, April 22 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Shafiqolbu

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah.

Di antaranya;

Rasulullah SAW bersabda: “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Cara Solat Istikharah

a. Lafaz niatnya:



Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

b. Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).

Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).

Atau;

Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).

Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c. Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:



Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

d. Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e. Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f. Membaca doa solat sunat Istikharah:



g. Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT.

Misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”

h. Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i. Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Sumber; shafiqolbu.wordpress.com/
 Bekas MB Selangor Mat Taib muncul di majlis Pakatan
Posted on Monday, April 22 @ 08:34:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Berita Oleh: imamsurau

"Muhammad bersama Khalid (kanan) pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh semalam.

BATANG KALI - Kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh dekat sini, yang diadakan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung, mengejutkan banyak pihak.

Kemunculan beliau sekali gus mengesahkan laporan sebelum ini bahawa seorang bekas menteri besar akan menyertai komponen Pakatan Rakyat.

Menurut calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli Pas di Ibu Pejabat Pas Pusat hari ini.

"Saya melihat pengunjung hampir 2,000 orang yang hadir di majlis Jamuan Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini.

"Sambutan diterima cukup hangat daripada penduduk sekitar," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bengkulu Malaysia yang turut dihadiri Presidennya, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan turut hadir ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Choh.

Turut hadir, calon kerusi Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib yang merupakan bekas Adun Batang Kali dan pernah menang tanpa bertanding sebanyak dua kali di kawasan itu.

"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-ALLAH," katanya.

Muhammad merupakan bekas menteri Kabinet dan Naib Presiden Umno.

sumber"
  Dayangku Intan Yakin Boleh Kalahkan Azalina Othman
Posted on Monday, April 22 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Malaysian Digest



“Bukan saya mahu cakap besar tetapi saya tidak bimbang menentang Azalina. Kalau nak ikut, nama saya juga besar tetapi saya lebih kepada dunia hiburan manakala Azalina sebagai ahli politik. Itu bezanya kami", - itu kata penyanyi terkenal 80-an.

Beliau bakal menentang penyandang Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Penyanyi berusia 47 tahun itu berkata, jika Azalina berasa kuat atas kapasitinya sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan, dia pula akan meraih sokongan kerana dikenali sebagai penghibur.

Dalam perjuangannya beliau berhasrat berhasrat memperjuangkan nasib penduduk di kawasanberkenaan yang dianggapnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain ingin mengubah kehidupan artis supaya menjadi lebih baik sekiranya memenangi kerusi berkenaan.

Katanya, artis-artis masih hidup dalam kemiskininan, tiada insuran selain mahu menuntut agar pembayaran royalti kepada pelakon dapat disegerakan.

Selain mendedahkan keputusannya menyertai parti pembangkang juga di dorong rasa kecewa terhadap dunia seni apabila kehidupan mereka tidak dipedulikan.

“Jika saya sebagai artis berasa kecewa dengan situasi kehidupan saya itu, saya percaya rakyat juga kecewa dengan apa yang mereka lalui hari ini,” jelasnya yang masih lagi aktif bergelar penyanyi walaupun bergelar ahli politik.- mStar online
Sumber: malaysiandigest.com
  Kenapa Berlaku Pertindihan Calon PAS & PKR?
Posted on Monday, April 22 @ 07:11:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ALBA



Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Menjelaskan Kenapa Berlaku Pertindihan Calon Antara Pas Dan PKR Di Beberapa Kerusi



Paparan lebih besar


Tiada ulasan: