Selasa, 30 April 2013

BAGAIMANA PASANGAN BELUM KAWIN@COUPLE2 TAK KAWIN LAGI...BERPEGANG2 TANGAN...DUDUK SUNYI2....TAK PANTAU KE...BOLEH JAWAB KE....DIAKHIRAT NANTI

Dakwat kekal... tidak kekal

Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.

Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.

NONESeorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.

"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.

"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.

Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusog ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat.

"Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya.

JAIS pantau masjid dari ceramah politik
7:15PM Apr 30 2013
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyusun anggota seragamnya daripada pelbagai bahagian bagi membuat pemantauan berterusan di majlis dan surau dalam negeri itu daripada terlibat dalam aktiviti berunsur politik, termasuk ceramah.

azlan Pengarah jabatan itu Marzuki Hussin berkata, pihaknya juga menasihati seluruh anggota jawatankuasa masjid dan surau di Selangor supaya tidak membenarkan perkara itu, selari dengan titah Sultan Selangor yang melarangnya.

Beliau juga berkata, bahagian penguatkuasaan JAIS juga sudah membuka bilik gerakan yang akan beroperasi antara jam 7 petang hingga 10 malam bermula semalam bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.

Selain itu, menurut Marzuki, pihak yang memiliki maklumat atau ingin membuat aduan juga boleh menghubungi terus jabatan itu melalui telefon.
Musa Hassan nafi anggotai Majlis Keselamatan Pakatan
7:28PM Apr 30 2013
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan dakwaan pakatan rakyat beliau menyertai parti itu, dan menganggotai Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

NONEMusa menegaskan beliau hanya memberi nasihat keselamatan dari semasa ke semasa apabila diminta oleh parti itu atas kapasitinya berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang keselamatan.

"Saya hanya diminta untuk beri nasihat keselamatan, jika diperlukan, dan bukan terlibat secara rasmi dalam majlis keselamatan mereka," katanya kepada Bernama.

Semalam media melaporkan Musa menyertai MPKPR sebagai penasihat berikutan beberapa insiden keganasan politik sejak kebelakangan ini.

Pakatan rakyat melancar MPKPR pada 31 Mac lepas.

- Bernama
Setelah 5 tahun, isteri PI Bala pecahkan kesunyian

VIDEO | Bahagian 1 | Bahagian 2
Hampir lima tahun selepas meninggalkan negara ini, balu kepada bekas penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam, A Santamil Selvi, akhirnya memberikan wawancara pertamanya kepada media.

Menurutnya, beliau didorong mengambil langkah itu selepas menerima panggilan telefon individu tidak dikenali yang menawarkan wang dan peluang pendidikan untuk anak-anaknya sebagai pertukaran dengan "bukti" bahawa PKR membayar suaminya untuk membuat kenyataan bersumpah.

NONEIni berlaku setelah baru sahaja terdapat SMS palsu disebarkan bulan lalu yang mendakwa beliau akan mengadakan sidang media bagi mengisytiharkan suaminya dibayar oleh peguam, kata Selvi kepada Malaysiakini dan KiniTV pada Jumaat lalu.

"Selepas Bala meninggal, mereka buat tawaran dan saya tak boleh terimanya. Ini sebabnya saya beri wawancara ini. Sebelum ini, saya tak pernah fikir untuk diwawancara, tetapi saya tak boleh terimanya lagi," katanya merujuk kepada gangguan berterusan itu.

"Ini sebabnya kenapa saya mahu beritahu rakyat apa sebenarnya berlaku pada saya," kata Selvi sambil menegaskan suaminya tidak dikuasai sesiapa pun.

Lima tahun lalu, Selvi juga tidak menyangka apa yang berlaku apabila melihat suaminya muncul di kaca televisyen pada 3 Julai 2008.

Bala, pagi itu, memanggil sidang akhbar di ibu pejabat PKR dan mengumumkan akuan bersumpah pertama yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

'Nik Aziz pemegang amanah tanah RM4j di KB'
4:41PM Apr 30 2013
Datuk Nik Aziz Nik Mat bukan pemilik, tetapi hanya pemegang amanah bagi 14 lot tanah 1.76 hektar bernilai RM4 juta yang dipertikaikan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali, kata Pemuda PAS Kelantan.

Ketua penerangannya Ahmad Fadhi Shaari menjelaskan, kesemua lot rezab Melayu dengan milikan selama-lamanya (perpetuity) itu sebenarnya milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dibeli terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga 2007.

Bagaimanapun, jelas Ahmad Fadhi, oleh kerana PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938, perbadanan itu menamakan Nik Aziz selaku pengerusi PMBK sebagai pemegang amanah.

Bagi mengesahkan keputusan itu, kata Ahmad Fadhi lagi, Surat Ikatan Amanah bertarikh 5 November 2007 dimeterai yang mensyaratkan Nik Aziz melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK.

"Berasaskan kepada fakta-fakta ini, YAB Tuan Guru (Nik Aziz) bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya (Ibrahim)," kata Ahmad Fadhi.

Utusan: Di balik imej zuhud
Utusan Online hari ini melaporkan, di sebalik imej zuhud, Nik Aziz yang juga mursyidul Am PAS memiliki lot tanah itu yang dikatakan boleh melebihi RM10 juta jika statusnya ditukar daripada pertanian kepada komersial.

Memetik Ibrahim, laman itu juga melaporkan, isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang dipajakkan 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.

NONEKesemua tanah atas nama Nik Abdul Aziz itu didakwa didaftarkan selepas 1990 ketika beliau memegang jawatan menteri besar.

Sambil mengaku terkejut, Ibrahim mempersoalkan bagaimana tanah itu diperoleh ketika Nik Aziz bertugas sebagai penjawat awam dan ketua kerajaan.

Ibrahim berkata, pendedahannya bukan bertujuan memfitnah kerana berkemungkinan tanah itu dimiliki menerusi cara yang betul dan sah tetapi hanya mempersoalkan dari aspek moral.

Beliau juga mencabar anak anak menteri besar Nik Abduh yang menentangnya di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum kali ini memperjelas bagaimana bapanya memiliki tanah itu.
Najib, Anwar riuhkan pekan sunyi Saratok

Pekan sunyi Saratok - kira-kira 60 kilometer dari Sarikei - tiba-tiba berubah dengan kemunculan dua pemimpin penting negara yang bermusuh secara politik, iaitu Datuk Seri Najib Razak (bawah) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEKedua-dua mereka hadir untuk merancakkan lagi pertarungan antara William Mawan Ikon di pihak BN - yang juga calon pilihan - dengan Ali Biju, calon dan ayam tambatan baru PKR Sarawak.

Ali yang tidak berapa dikenali dalam arena politik Sarawak sebelum ini mencuri tumpuan apabila tidak disangka-sangka mengejutkan Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Peter Nyarok Entrie.

Peter yang sudah lama menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, dalam pilihan raya negeri 2011 itu tewas di tangan Ali.

Kali ini, Ali akan berdepan dengan Mawan sebagai presiden SPDP sendiri dan gergasi politik Sarawak di kerusi Parlimen Saratok, yang tidak dipertahankan penyandangnya Jelaing Mersat.

NONEBagi PKR, pertaruhannya bagi memastikan Ali sebagai Bumiputera pertama Sarawak yang bakal memasuki parlimen dengan mengalahkan tokoh Dayak. Justeru, tidak aneh jika Najib dipanggil untuk memperkasakan BN negeri.

Anwar (atas) pula telah turun di Kabong pada Jumaat lalu di mana beliau bercakap tentang dakwaan rasuah di Sarawak yang menjadi batu penghalang kepada pembangunan negeri.

"Inilah kali pertama dalam sejarah kita mempunyai peluang untuk mengalahkan BN dan menggantikan mereka sebagai kerajaan persekutuan," ucap Anwar.

Tiada ulasan: