Selasa, 30 April 2013

ADA YANG BODOH TAHAP GABAN...ADA YANG BODEK TAHAP GABAN...ADA YANG CARI DUNIA TAHAP GABAN...ADA YANG PENIPU TAHAP GABAN

Debat Gombak Setia: Wakil Umno gagal hadir

Harakahdaily, 30 Apr 2013

(Hasbullah [kiri] bersama YDP PAS Gombak ketika menunggu ketibaan calon BN, namun sampai habis tidak datang)

GOMBAK: Bertempat di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, sepatutnya berlangsung debat antara calon PAS iaitu Ustaz Hasbullah Ridzwan dan calon Umno Datuk Said Anuar bin Said Ahmad malam ini.

Debat yang bertajuk “Agenda Gombak Setia” ini dianjurkan oleh Pemuda PAS Gombak.

Namun, peluang penduduk tempatan ingin menyaksikan perdebatan terbuka antara dua orang bakal wakil rakyat itu tidak tercapai kerana calon dari Umno itu gagal hadir.

Majlis yang bermula jam 9.00 malam itu akhirnya ditamatkan sekitar jam 11.00 malam selepas hanya calon PAS yang berucap.

Dalam ucapannya, calon PAS iaitu Ustaz Hasbullah Ridzwan memperkenalkan diri kepada khalayak dan menyatakan harapannya agar suasana politik di Malaysia suatu hari nanti menjadi lebih matang dan bertanggungjawab.

“Tujuan diadakan program seumpama ini ialah kita mahu membudayakan suasana politik yang matang. Hujah mestilah di lawan dengan hujah. Rakyat pula hadir sebagai menuntut hak sebagai pengundi untuk mengetahui apakah manifesto dan khidmat yang ditawarkan oleh kedua-dua belah pihak,” ujar Ustaz Hasbullah.

Dalam ucapannya juga, beliau menyentuh peri pentingnya rakyat memilih pemimpin yang amanah, yang menegakan keadilan dan kesaksamaan.

Beliau memetik ayat al-Quran dari Surah an-Nisa bagi mengambarkan seruan tersebut.

“Manifesto Pakatan Rakyat bukan bersifat pemberian sementara tetapi pemberian jangka panjang. Manifesto datangnya dari suara hati rakyat, bukan sekadar untuk memancing undi.
"Oleh sebab itu, Umno Selangor tersilap cetak pada salah satu kain rentangnya yang menyatakan akan memberikan 20 liter air percuma. Sedangkan Kerajaan PR beri 20 meter padu percuma setiap bulan,” katanya.

Beliau turut mengulangi tawaran PR seperti penghapusan saman AES, menurunkan harga kereta, menurunkan harga petrol, membina rumah mampu milik, menhapsukan tol dan lain-lain lagi.

(Hasbullah ketika bercakap kepada media)

Ucapan beliau diselanng seli oleh tepukan gemuruh para hadirin yang hadir.

Sebagai mengisi kekosongan wakil Umno, YDP PAS Gombak, Ustaz Salahuddin Nasir turut menyampaikan ucapan.

Beliau mengimbau kembali sikap Umno yang sejak dulu takut berdebat secara bersemuka.
Contohnya dalam isu kafir mengkafir yang pernah berlaku suatu masa dahulu – akhir Umno berselindung di sebalik penyimpan mohor besar raja-raja dan debat tentangnya dibatalkan.

Ustaz Salahuddin turut menyeru agar penduduk Gombak setia memberikan undi kepada Ustaz Hasbullah bagi mewakili DUN Gombak Setia.



Kenali calon anda bagi DUN N17 Gombak Setia


Perihal

Ustaz Hasbullah Ridzwan adalah Ketua Pemuda PAS Selangor dan merupakan anak jati kelahiran Selangor yang lahir, dibesarkan dan menetap di Gombak.

Biografi

LATAR BELAKANG

1. Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
2. Lahir pada 3 Julai 1975
3. Usia - 38 Tahun
4. mempunyai empat  orang adik beradik
5. Berasal dari Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak

PENDIDIKAN

1. SRK Taman Selayang
2. SMKA Maahad Hamidiah Kajang
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang
4. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
5. Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
6. Fakulti Dakwah & Ilmu Komunikasi di Universiti Islam Negeri Sultan Shariff Kasim Riau

PERKAHWINAN
Berkahwin dengan Ruhaiza Binti Mohamed dan dikurniakan empat orang anak.

PENGALAMAN POLITIK

1. Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor (2009 sehingga kini)
2. Memangku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak (2012 sehingga kini)
3. Naib Yang Dipertua PAS Kawasan (2011-2012)
4. Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak (2001-2007
5. Pengerusi Tetap PAS Cawangan Kg Nakhoda (2011-2013)
6. Timbalan Pengarah MTD Batu Caves (2004-2011)
7. Setiausaha PAS Kaw¬asan Gombak (2009-2011)
8. Setiausaha Kerja PAS Kawasan Gombak (1999-2004)
9. Setiausaha PAS Cawangan Kg Nakhoda (1998-2009)

KEGIATAN KEMASYARAKATAN

1. Ahli Majlis Perbandaran Selayang
2. Nazir Masjid Jamek Kg Nakhoda
3. Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Kafa Al Humaira Kg Nakhoda
4. Pengerusi Badan Khairat Kematian Kg Nakhoda
5. Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Selangor
6. Pengerusi Pusat Asuhan Tunas Islam Gombak
7. Pengerusi Majlis Permuafakatan Tadika Selangor

VISI
Merealisasi Gombak Berkebajikan Dan Meneruskan Kecemerlangan

MISI
1. Memahami kehendak dan keperluan masyarakat setempat
2. Menyelesaikan masalah pembangunan prasarana setempat
3. Mengharmonikan perpaduan erat masyarakat majmuk.
4. Menyuburkan Gombak sebagai pusat pembangunan insan melalui institusi masjid dan pusat pendidikan setempat.
5. Menggiatkan kegiatan dan syiar Islam

Beliau juga boleh diakses melalui:

http://www.ustaz-hasbullah.blogspot.com/
https://twitter.com/ustazhasbullah

kapsyen:

1. Ustaz Hasbullah (kiri) dan Ustaz Salahuddin Nasir
2. Ustaz Hasbullah diwawancara oleh wartawan The Sun dan Selangorkini seusai majlis.


Takutnya kepada lambang PAS

Omak Kau, 30 Apr 2013



Tak pernah terfikir pun selama ini oleh rakyat berfikiran waras betapa takutnya UMNO/BN kepada PAS!!!!!

Sampaikan lambang PAS Bulan pun dikoyakkan...Apalah punya haprak dan brengsek UMNO/BN.

Padahal begitu banyak dacing di sebelah gambar itu tidak langsung diusik oleh pekerja ini.

 Artis Faizal Tahir Pula Di Belasah Ulama Umno Tun Faisal
Posted on Tuesday, April 30 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh tiewnama@erapasca.com

Semalam Faizal Tahir telah membelasah seorang Pencacai Barisan Nasional iaitu Norman KRU, tetapi hari ini mursidul am UNIT MEDIA BARU dari Barisan Nasional yang begitu banyak kurang bijaknya, iaitu Tun Faisal pula cuba membelasah Faizal Tahir.

Tetapi yang lebih hebat adalah, cara cara Faizal Tahir menjawab itu telah menyebabkan seluruh institusi kerajaan LANUN Barisan Nasional LUMPUH.

Kepada siapa yang faham... faham faham sajalah..

"TIADA LAGI ORANG YANG BIJAK DALAM BARISAN NASIONAL" - MAHATHIR





jawapan Faizal Tahir semalam untuk Norman KRU.




by @tiewnama - ''kami bawakan kepada anda bloger nombor 1 malaysia iaitu
bloger KICKDI FELA'' - Tun Faisal - persint 9 jam 9 malam 28-4-13. kah3

BLOGER NOMBOR 1 MALAYSIA? kah3..
yeke Tun Faisal Nombor 1? ye ke nie? kah3

Sumber: erapasca.com


  Husam buktikan Dr Mahathir dalam keresahan
Posted on Tuesday, April 30 @ 17:09:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Aspan Alias

Mahathir terlalu ‘emotional’ dan ‘personal’ terhadap Husam Musa serta memandang rendah terhadap calon PAS di Putrajaya itu. Mahathir sememangnya seorang yang angkuh tetapi saya tidak pernah terfikir keangkuhan bekas Perdana Menteri itu tiada batasannya. Saya ingatkan hanya Firaun sahaja yang berkata tiada siapa yang boleh menyainginya dalam dunia ini.

Mahathir cuba merendah-rendahkan Husam Musa dengan meminta Husam duduk diam-diam di Kelantan dan jika dah berjaya di Kelantan barulah minta izin untuk bekerja di Putrajaya. Siapa Dr Mahathir ini untuk menyekat Husam ke Putrajaya? Meminta Husam meminta izin sebelum ke Putrajaya itu menampakkan sikap ego besar bagi melindungi perasaan ‘desperate’ beliau sehingga sanggup bercakap begitu peribadi terhadap seorang warga negara sebuah Persekutuan yang lain.


Mahathir telah menunjukan ‘desperation’ beliau dengan begitu ketara. Husam tidak perlu menjawabnya, kerana pengundi Putrajaya akan menjawabnya tidak lama lagi. Husam hanya perlu berdiam diri. Anggap sahaja Mahathir itu sebagai seorang yang sedang sakit. Putrajaya itu bukannya kepunyaan Dr Mahathir dan beliau terlupa yang Putrajaya itu di bina di atas hasil Petronas dan bukannya hasil dari keluarga beliau.

Mahathir bercakap seolah-olah Kelantan itu terlalu miskin dan Husam wajar duduk di Kelantan diam-diam. Siapa Dr Mahathir untuk meminta Husam berdiam diri? Negara ini negara demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding di mana-mana. Kita boleh mengkritik lawan kita dalam politik tetapi kena adalah sedikit etika lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi pemimpin utama negara suatu ketika dahulu.

Sebenarnya Dr Mahathir ini tidak ada siapa yang boleh menolongnya untuk memulihkan status beliau sebagai seorang bekas pemimpin yang ulung. Kesilapan ini bukan kesilapan sesiapa tetapi kesilapan beliau sendiri. Beliau sendiri memilih untuk merasa resah gelisah dalam kehidupannya. Tiada siapa yang menyuruh beliau untuk melakukan kesalahan demi kesalahan semasa menjadi pemimpin utama negara dahulu.

Beliau sendiri yang suka untuk melakukan keganasan terhadap partinya dan dirinya sendiri. Beliau jugalah yang telah memecat hakim-hakim yang tidak bersalah. Kesalahan hakim-hakim Mahkamah Agong dahulu semata-mata hakim-hakim semasa itu bersikap adil dan terhormat. Mahathir tidak suka kepada hakim yang mengutamakan keadilan. Bagi Mahathir keadilan hanyalah jika keuntungan berpihak kepada beliau. Apabila beliau merasakan hakim akan memberikan ‘verdict’ yang tidak memihak kepada beliau, maka hakim itu akan mendapat penghakiman dari beliau pula.

Entah apa yang menyebabkan Dr Mahathir terlalu ghairah untuk mempertahankan UMNO itu sedangkan beliau sendiri pernah keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan di Sri Perdana dahulu. Kita juga tidak faham kenapa beliau tidak pula mahu UMNO bertanding di Pasir Mas dan meminta pula calon UMNO yang tidak menyerahkan kertas pencalunannya jangan diambil tindakan. Kita sedang menunggu tindakan UMNO terhadap Dr Mahathir kerana menyokong calon bebas. Mahathir sepatutnya di pecat bersama 61 ahli UMNO yang lain kerana bertanding bebas dan menjadi penyokong kepada calon-calon bebas itu.

Kenapa Dr Mahathir tidak di pecat? Kenapa UMNO biarkan Mahathir bermaharajalela tanpa sebarang sekatan daripada jawatankuasa disiplinnya?. Jika Dr Mahathir sendiri membunuh peluang UMNO untuk menang di Pasir Mas kenapa beliau beriya-iya sangat mempertahankan UMNO di Putrajaya? Kenapa Dr Mahathir mahu beriya-iya sangat untuk meruncingkan keadaan negara ini? Apa kah niat sebenar Dr Mahathir ini?

Apa salahnya jika UMNO kalah di Putrajaya? Adat pertandingan mestilah ada kalah menangnya. Dr Mahathir mahukan UMNO bersifat seperti beliau mengendalikan UMNO dahulu. Beliau tidak berani bertanding sekali lagi dalam pemilihan UMNO maka beliau terus mengharamkan UMNO itu. Apabila dirasakan akan kalah dalam pertandingan tinju beliau akan musnahkan pentas tinju itu dan akan membina pentas tinju yang lain. Jika dirasakan kalah dalam pertandingan bola sepak, beliau akan alihkan tiang gol ke mana beliau suka.

Mahathir mahukan semua manusia mengikut kehendak beliau dan jangan ada yang menentangnya. Mahathir telah mengalahkan semua musuh-musuhnya sehingga tiada siapa yang beliau hendak kalahkan lagi. Sekarang Mahathir sedang berhadapan dengan ‘nature’ dan saya merasakan jika semua orang membantu beliau sekali pun, beliau tidak akan dapat di selamatkan lagi. Beliau akan terus dengan keresahannya sampai bila-bila.

Sekarang kita doakan Mahathir ini agar beliau kembali berada dalam ketenangan hidup. Beliau ini sebenar-benarnya memerlukan pertolongan dari kita. Seperti yang saya sebut tadi tiada siapa yang boleh membantu beliau lagi selain dari kita berdoa untuk beliau mendapat ketenangan yang amat-amat beliau perlukan sekarang ini.

Ini menjadi pengajaran kepada pihak Pakatan Rakyat jika di berikan mandat untuk berkuasa. Perdana Menteri gantian nanti janganlah melakukan kerja seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir semasa beliau berkuasa dahulu. Jika melakukan perkara yang sama keterlaluan maka zaman persaraan kehidupannya akan di himpit dengan perasaan seperti yang di alami oleh Mahathir sekarang ini.

Beringat-ingatlah. Jika keresahan ini boleh di alami oleh Dr Mahathir, ia akan juga dialami oleh sesiapa yang lain jika melakukan perlakuan yang sama seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu.
 Dakwat kekal: PAS minta penjelasan SPR
Posted on Tuesday, April 30 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Muhammad Faeez Azahar



IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.

Sumber: Harakahdaily
  Isu dakwat kekal hilang dan mencatat nama pengundi awal selepas mengundi
Posted on Tuesday, April 30 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Facebook TG Dato’ Dr. Haron Din



Pada hari ini, pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera dan saya telah menerima aduan berkaitan 2 isu:

1. Isu dakwat kekal hilang

Menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun. Oleh itu, petugas parti khususnya paca yang bertugas jika mendapati kejadian ini berlaku di tempat tuan/puan, sila buat laporan polis segera. Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis. Laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.

2. Isu mencatat nama pengundi awal selepas mengundi

Saya juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi. Sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti.

Oleh itu, amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.

Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan. Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara.

Justeru, saya memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera. Jika SPR enggan maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat. Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut.

Sekian

Dr Zulqarnain Lukman
Pengarah Perundangan
Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat

Sumber: Facebook Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


Tiada ulasan: