Isnin, 29 April 2013

JANGAN BERPOLITIK MACAM BUDAK2...BERPOLITIK MACAM ZAMAN DUDUK ATAS POKOK...SEDARLAH SIKIT NI 2013 BUKAN ZAMAN DULU2

Najib datang ke Selangor untuk pecahkan masyarakat

Harakahdaily, 29 Apr 2013
SHAH ALAM: Kedatangan  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap berkempen di Selangor tidak mendatangkan kebaikan kepada Selangor tetapi telah memecahbelahkan perpaduan antara kaum.

Ini jelas apabila Najib  cuba mempertahankan slogan 1Malaysia tetapi pada masa yang sama mengiktiraf Perkasa, sebuah NGO perkauman melampau bila mana meletakkan Naib Presiden Perkasa, Datuk  Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam, kata Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Najib bukan sahaja  mewujudkan ketegangan kaum, beliau juga secara tidak bermoral terus  menaburkan janji kepada rakyat selangor, tambah beliau.

"Lebih teruk lagi janji yang cuba beliau tabur adalah atas perkara yang gagal diselesaikan oleh Umno Selangor untuk puluhan tahun tetapi telah  diselesaikan oleh Pakatan selama 5 tahun khususnya projek terbengkalai Alam Perdana dan Bukit Botak.

"Adalah melucukan apabila Najib tiba-tiba datang ke Alam Perdana dan menaburkan janji serta memberi maklumat salah seolah beliaulah "hero"; sedangkan penduduk tempatan telah bekerjasama dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menyelesailan masalah mereka," tegas Khalid.

Bagi beliau, tindakan Najib juga menjadi bahan ketawa penjawat awam di Selangor kerana hakikatnya mereka yang telah bertungkus lumus bekerja untuk menyelesailan projek terbengkalai tersebut.

"Berat untuk saya katakan di sini  ini bahawa saya tidak menjangka Najib akan merendahkan martabat dan kredibiliti  sebagai Perdana Menteri Kerajaan Sementara.

"Nampaknya Najib benar-benar terdesak dan akan melakukan apa sahaja untuk memenangi Selangor," tegasnya.

Dihalau dari Pesta Buku kerana pakai topi PAS

Harakahdaily, 29 Apr 2013

(Kerana pakai baju dan topi ni di halau dari Pesta Buku yang dibuat di bangunan Umno)

KUALA LUMPUR: Seorang pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dipaksa keluar dari kawasan pesta semata-mata kerana ia memakai topi berlambang PAS dan baju T NGO yang melawan BN.

Alasannya hanya satu, dia memakai topi dan baju T itu di dalam bangunan Umno, PWTC tempat berlangsungnya Pesta Buku itu.

Peristiwa yang memalukan negara ini berlaku pada hari Sabtu, 27 April 2013 pada jam lebih kurang 1.30 petang.

Berikut adalah cerita penuh mangsa ini.

Salam PERUBAHAN buat warganegara MALAYSIA.

Ketika ini di PWTC sedang berlangsung PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013.

Alhamdulillah, saya berkesempatan ke sana untuk mendapatkan buku-buku yang terkini. Apa yang ingin saya kongsikan dengan pembaca harakah di sini bukanlah perihal pesta buku sebaliknya pengalaman yang saya alami di pesta buku.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama pihak Harakah dan pembaca yang lain mengenai KEGOYANGAN UMNO BE END....


Pada hari Sabtu, 27 April 2013..pada jam lebih kurang 1.30 petang, saya mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 di PWTC.

(Inilah pakaian Firdaus sehingga di halau dari Pesta Buku)

Selepas memasuki bangunan PWTC saya terus ke dewan Tun Hussein Onn di mana terletaknya ‘booth’ PTS publisher.

Saya telah berjumpa dengan seorang staf PTS dan memberi beliau satu senarai buku yang saya kehendaki lalu beliau menolong saya dengan mencari buku-buku tersebut.

Dalam masa 15-20 minit saya menunggu, terpacak berdiri di dalam ratusan/ribuan pengunjung, saya didatangi oleh 2 org ‘security’ PWTC.

Seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai pihak security PWTC dan beliau meminta saya mengikut mereka. Berikut adalah perbualan saya dengan security tersebut :


security 1 : kami pihak security PWTC..kami nak mintak encik ikut kami sekejap.

saya : Eh..kenapa pulak?

security 1 : kita cakap kat luar dewan. Encik bawak sekali barang-barang encik tu. Encik ni peserta ke pengunjung?

saya : saya pengunjung...dan tengah tunggu seorang staf PTS carikan buku saya..tapi kenapa pulak saya kena ikut encik?

Pada masa itu kedengaran dalam ‘waklie-talkie’ beliau “ bawa dia keluar..bawa dia keluar” dan saya mendengar security 1 tadi menjawab “kami dah jumpa dia & kami dah nak bawa keluar”.
Saya mula berasa sangsi dengan security tersebut tetapi cuba berfikiran positif.

security 1 : takpe, encik ikut kami sekejap je, kita borak kat luar.

Saya pun mengikuti security 1 keluar dari dewan tersebut dan security 2 mengikut saya dari belakang. Tiba di luar dewan :


security 1 : abang tahu ini bangunan umno kan?

saya : tau..tapi ape kaitan dengan saya?

security 1 : abang tak boleh pakai ‘snow cap’ Pas & baju ni kat dalam bangunan ni (beliau merujuk pada baju yang saya pakai yang tercetak “kebangkitan rakyat” beserta 4 lambang NGO iaitu R (royalti), BERSIH, STOP LYNAS, dan FELDA)

saya : kenapa tak boleh? pakai baju macam ni pun salah ke? lagipun saya datang ni untuk ke pesta buku, bukan ke perhimpunan umno. Lagipun, tak ada peraturan cara atau jenis berpakaian untuk datang ke pesta buku kan?

security 1 : saya tau..tapi ini arahan dari atas bang. kalau ikutkan, kami pun tak ada masalah.

security 2 : macam ni lah...abang bukak snow cap tu & tukar baju dulu kat luar, pastu abang boleh masuk balik.

saya : saya boleh bukak snow cap ni sebab saya hormatkan tuan rumah, tapi saya tak ada baju spare.

security 1 : kalau macam tu abang kena keluar la...kami diarahkan untuk iring abang keluar.

saya : ok..saya boleh keluar, tapi saya nak beli buku-buku yang saya nak dulu.

security 1 : ok..kami akan temankan abang.

Saya masuk semula ke dalam dewan dan berjumpa dengan staf PTS tadi yang tengah memegang beberapa buah buku yang saya nak beli.
Kemudian saya beratur di kaunter bayaran sambil diperhatikan oleh 2 orang security tersebut.

Saya menganggarkan dalam 10-12 org yang sedang beratur untuk membuat pembayaran.

Kemudian security 2 pergi ke salah satu kaunter dan memanggil saya untuk membuat bayaran.

Jadi saya telah memotong giliran mereka yang tengah beratur! kesian mereka..namun apakan daya...bukan kemahuan saya...saya dipaksa untuk SEGERA KELUAR DARI BANGUNAN PWTC!

Setelah selesai membuat bayaran, security tadi tanya saya hendak keluar ikut pintu mana? saya beritahu saya nak keluar ikut pintu yang saya masuk tadi, iaitu pintu utama.

Mereka mengiringi saya berjalan menuju ke pintu tersebut. Sepanjang berjalan, saya tergelak kecil sambil mengeleng kepala dan berkata kepada mereka “saya rasa kelakar bila orang atasan encik berdua ni takutkan baju & snowcap”...

Lalu jawab mereka...”kami tak boleh nak kata apa-apa bang...kami pun kerja dengan diorang....harapkan undi je la yang jadi rahsia kami...kami mintak maaf banyak-banyak kat abang...kami ikut orang atas aje bang.”

“Takpe...saya faham...saya tak marah atau berdendam pun dengan encik...saya tahu encik menjalankan tugas...”

Sampai je luar bangunan PWTC, mereka bersalam-salaman dengan saya dan meminta maaf sekali lagi..saya terus keluar sambil tersenyum panjang..tidak pernah terlintas dalam benak saya akan kejadian seumpama itu boleh berlaku...hanya kerana baju dan snowcap....

Pertama kali diiringi keluar oleh pihak security ketika mengunjungi pesta buku gara-gara baju kebangkitan rakyat & snowcap PAS...sungguh memalukan buat BE END kerana takutkan 2 benda tersebut yang hanya diperbuat daripada benang kapas...yang DIPAKAI OLEH SEORANG RAKYAT MERDEKA yang HIDUP DI DALAM NEGARA DEMOKRASI & MAHUKAN PERUBAHAN DALAM PEMERINTAHAN SEKARANG YANG KORUP!!...

Ironinya...jika seseorang itu berpakaian tidak sopan, mendedahkan aurat, ataupun berpakaian menyebelahi pemerintah yang korup...itu dibenarkan......

Beginikah contoh parti POLITIK yang kononnya mempertahankan ISLAM dan Melayu yang sering dilaung-laungkan menerusi media massa mereka selama ini??

iNi KALiLAH!

saya, yang benar...

Ahmad Firdaus bin Ab Malek

Putrajaya: Majlis Profesor Negara mesyuarat tergempar

Harakahdaily, 29 Apr 2013


(Majlis Profesor Negara ketika dilancarkan oleh Najib)

KUALA LUMPUR: Kebimbangan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kerajaan sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Profesor Negara mengadakan mesyuarat tergempar di Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya, seorang rakannya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan hal ini kepada beliau.

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya,  ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," tulis Lutfi dalam kolumnya di Harakahdaily.

Beberapa hari sebelum itu, tulis Lutfi, pensyarah kanan UKM, Profesor Dr Mohamad Agus Yusoff juga melahirkan keyakinan BN akan tumbang kali ini.

"Semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama," tulis Lutfi.

"Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama," tulis Lutfi lagi.

Sementara itu, berita angin bertebaran memaklumkan kerja-kerja membersih 'kekotoran' sedang aktif dibuat di Putrajaya.

Apakah benar atau tidak, ianya tidak dapat dipastikan.

Klik di bawah untuk membaca tulisan Lutfi sepenuhnya.


Mengintai Putrajaya di Perak: Cerah masa depan!

 

Semua kerusi tindih selesai, tumpu hadapi BN

Harakahdaily, 29 Apr 2013
PETALING JAYA: PAS dan Pakatan Rakyat (PR) hari ini menegaskan kontroversi pertindihan kerusi membabitkan tujuh kawasan ditandingi komponen perikatan itu telah selesai sepenuhnya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, semua kerusi bertindih sudah pun selesai termasuk kerusi Parlimen Labuan, Dun Sungai Acheh dan satu lagi kerusi Dun Kota Damansara.

"Tumpuan kami sehingga 4 Mei ini ialah untuk mengerahkan ahli dan penyokong menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

"Tumpuan kami ketika ini untuk mengajak rakyat untuk bersetuju dengan manifesto yang telah dibentangkan oleh PR," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke.


PAS dan PKR bertindih tujuh kerusi semasa penamaan calon 20 April lepas.

Pada 22 April, PAS dan PKR mencapai persetujuan kerusi Perliman Labuan, DUN Sungai Aceh dan Panti diserahkan kepada PKR.

PAS pula mengambil DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera di Terengganu manakala DUN Kota Damansara akan dibincangkan lagi dengan pihak terlibat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang media Sabtu lepas memaklumkan keputusan telah dicapai menyerahkan kerusi Kota Damansara kepada PKR kerana ia adalah milik PKR sejak awal.

Mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan keputusan yang dicapai sebelum ini.

Kenapa berlaku 7 nama pengundi pos berulang

Salmiyah Harun, 29 Apr 2013
KUALA LUMPUR: PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan berhubung tujuh nama pengundi pos yang berulang dalam daftar pemilih pengundi pos pada 23 April lalu.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusuf berkata, mereka telah menerima laporan terdapat nama-nama pengundi pos yang muncul dua kali di Parlimen Temerloh.

Katanya perkara tersebut disedari oleh petugas PAS dan segera membuat bantahan apabila ada cubaan untuk mengeluarkan sekali lagi kertas undi kepada nama-nama tersebut.

"Di Temerloh, PAS berjaya mengesan sekurang-kurangnya tujuh nama pengundi pos yang berulang.

"Persoalan yang timbul apakah ini.hanya merupakan kesilapan yang tidak disengajakan di pihak SPR, atau ianya cubaan untuk mengeluarkan undi pos secara tidak sah atas tujuan tertentu?" soalnya dalam sidang media di Pusat Media PAS.

Jelasnya, SPR sentiasa mendabik dada bahawa daftar pemilih yang digunakan untuk pilihan raya di Malaysia adalah sempurna dan bebas dari sebarang manipulasi.

Namun, insiden yang berlaku ini termasuk beberapa pendedahan yang dibuat sebelum ini, katanya ianya jelas menunjukkan terdapat kelemahan di dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR.

PAS Pahang akan membuat laporan polis berhubung perkara ini dan mendesak supaya siasatan dijalankan di samping SPR mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan daftar pemilih yang masih diragui.

"Kami percaya perkara begini bukan sahaja berlaku di Temerloh, tetapi juga berlaku di tempat-tempat lain di mana mungkin wakil-wakil parti tidak menghantar wakil untuk memantau proses pengeluaran undi pos,"katanya.

Musa Hasan dilantik Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan

Nazri Abdullah, 29 Apr 2013


(Musa [dua dari kiri] bersama Tan Sri Md Hashim dalam sidang media hari ini)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini bersetuju untuk dilantik sebagai Penasihat kepada Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini selepas bertemu dengan Pengerusi MPKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

"InsyaAllah saya kan bantu tapi sekali lagi nak saya sebut bahawa saya tidak terlibat politik. Siapa nak nasihat saya, saya akan bagi untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Saya akan berikan nasihat terbaik untuk menentukan tidak ada sesuatu masalah keselamatan akan berlaku daripada kedua-dua belah pihak," katanya.

Ditanya skop nasihat yang akan diberikan, beliau berkata ianya lebih kepada bagaimana untuk berkerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa.

Beliau yang juga Patron, Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) berkata, beliau sangat prihatin terhadap isu keselamatan negara dan melahirkan harapan agar proses kuasa berlaku secara aman.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini.

Ianya termasuk isu letupan dalam satu ceramah di Nibong Tebal serata beberapa siri perbuatan khianat ke atas markas pilihan raya kedua-dua belah pihak.

"Saya prihatin isu ini kerana kita nak pilih sebuah kerajaan dan pemimpin bukan nak bergaduh. Saya berharap penyokong tidak akan mengganggu gugat mana-mana parti yang mahu berkempen.

"Saya juga ingin menasihatkan polis agar adil dalam siasatan terhadap kedua-dua pihak, jangan ambil bahagian dalam mana-mana politikal parti," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan agar parti-parti yang bertanding memaklumkan kepada pihak polis untuk sebarang ceramah yang diadakan.

"Dengan ancaman letupan ini saya rasa polis perlu lebih memantau. Mungkin selepas dimaklumkan akan dibuat ceramah, polis akan menghantar anggota lebih awal untuk memastikan kawasan itu selamat untuk digunakan," katanya.

Abang calon BN Dun Selama sertai PAS

Muhammad Faeez Azahar, 29 Apr 2013

Nor Ghani menggulung bendera BN sebagai simbolik menyertai PAS.

IPOH: Kejutan besar berlaku di Dun Selama apabila abang kepada calon BN yang bertanding di Dun itu, Datuk Mohd Daud Mohd Yusof mengambil keputusan menyertai PAS.

Nor Ghani Mohd Yusof, 57, menyerahkan borang keahliannya kepada calon PAS Dun Selama, Mohd Akmal Kamaruddin serta calon PAS Parlimen Larut, Datuk Fauzi Shaari dalam satu majlis di Sungai Bayor, Selama, kelmarin.

Beliau melakukan simbolik menggulung bendera Umno dan BN di hadapan kira-kira 1,000 hadirin sebelum menyerahkan borang keahlian.

Nor Ghani berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS.

Katanya, beliau telah memikirkan perkara itu agak lama sebelum mengambil keputusan itu ditambah lagi adiknya adalah calon BN di situ.

“Ini bukan satu keputusan yang mudah, namun kerana Islam, saya buat keputusan ini.

“Saya ambil masa agak lama (untuk menyertai PAS) dan sekarang baru saya ambil keputusan menyertai PAS secara sah,” katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan akan membantu  sedaya upaya jentera berkempen menarik masyarakat demi merealiasasikan kemenangan sulung PAS disitu.

Jelasnya, beliau menyokong penuh calon PAS, Ustaz Akmal yang melawan dengan adiknya dalam pilihanraya ini dan beliau menyifatkan anak muda itu sangat berwibawa.

“Walaupun dia (Akmal) berlawan dengan adik saya sendiri, tapi saya yakin kemenangan akan memihak kepada PAS, kerana rakyat ketika ini sangat mahukan perubahan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Akmal ketika diminta mengulas kemasukan Nor Ghani berkata, beliau menyambut baik tindakan itu dan disifatnya satu anugerah daripada Allah.

Katanya, keputusan itu sudah memberi kesan besar kepada BN khususnya calon BN.

“Saya mengalu-alukan kemasukan beliau (Nor Ghani) dan berharap ianya akan menyuntik semangat ahli dan jentera untuk terus berkempen serta berjuang sehingga hari mengundi,” jelas Akmal lagi.

Tiada ulasan: