Sabtu, 27 April 2013

BILA PENGANUT AGAMA LAIN...DAN MENGAKU BERZINA ....NAK BICARA TENTANG ISLAM ....APA TAULIAHNYA SERTA MORALNYA....KITA PUN TAK KOMEN AGAMA LAIN

Gred 41 ke bawah tak perlu bayar cukai - Husam

Harakahdaily, 27 Apr 2013

(TG Nik Aziz bersama Husam dan tetamu lain di atas pentas malam tadi)

PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa memberi jaminan bahawa kakitangan awam bergred 41 ke bawah tidak pelu membayar cukai jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Katanya, ianya sesuai dengan tuntutan agama Islam yang mengajar bahawa cukai hanya dikutip dari golongan kaya sahaja.

"Apa yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh buat, gred 41 ke bawah tak pelu bayar cukai jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Dalam Islam cukai hanya untuk orang kaya sahaja," katanya ketika berceramah di hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir di Presint 3 di sini malam tadi.

Turut hadir malam tadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta calon PKR Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Selain itu, Pakatan Rakyat juga kata Husam akan menurunkan cukai bandar di Putrajaya yang sekarang ini sangat membebankan masyarakat di sini.

"Di Putrajaya ini cukai bandarnya adalah paling tinggi di Malaysia. Orang-orang kaya datang mengadu minta turunkan, orang yang berpendapatan rendah pun minta diturunkan.

"Saya kata insya Allah kita akan turunkan cukai bandar di Putrajaya ini," kata beliau lagi.

Sementara itu beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan caj 4 peratus pinjaman perumahan dan kenderaan bagi kakitangan awam.

Katanya perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan sejak mengambil alih pentadbiran negeri itu pada tahun 1990.

"Kalau Pakatan Rakyat menang memerintah Malaysia, dasar Tok Guru Nik Aziz di Kelantan akan kita gunakan di seluruh negara.

"Caj 4 peratus pinjaman akan kita hapuskan, Di Kelantan kita dah buat, tak bankrap pun" ujarnya.

Seperkara lagi yang turut ditawarkan Husam adalah penurunan harga sewa kedai di Putrajaya.

Katanya, ramai di kalangan peniaga di Putrajaya merungut ekoran harga sewa kedai yang terlalu mahal.

"Kita boleh turunkan harga sewa kedai ini kerana bangunan disini dibina oleh Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holding menggunakan wang negara wang Petronas.

"Kita hapuskan peranan orang tengah," katanya.



Puluhan ribu hadirin berdoa di Presint 3, malam tadi.

Prejudis Soi Lek: Apakah BN harus disokong lagi?

Harakahdaily, 27 Apr 2013
KUALA LUMPUR: “Apabila Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah sama kerana mereka adalah pemimpin yang hanya bercakap soal Islam berbanding Najib yang menekankan ekonomi, maka kami berpendapat itulah semangat yang sebenar yang melatari BN,” kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Katanya, sikap prejudis Soi Lek terhadap Islam menggambarkan penyertaan MCA dalam BN adalah lantaran BN tidak mahu meletakkan agenda Islam sebagai agenda terpenting.

Justeru, ujarnya BN hanya bersepakat bahawa Islam hanyalah urusan ritual dan bersifat peribadi dan tidak boleh dibawa dalam urusan pentadbiran negara.

Beliau menambah, Soi Lek yang mengatakan Pak Lah hanya bercakap mengenai Islam Hadhari dan Anwar dilihat sebagai seorang yang mempunyai sentimen Islam yang kuat akan menjadikan orang bukan Islam dipaksa menerima semua program Islam di negara ini.


"Pak Lah adalah sama seperti Anwar, mereka tidak tahu tentang ekonomi, mereka hanya bercakap mengenai doa," kata Chua yang dipetik Malaysiakini.

Bagi Mohd Azmi, jelas kenyataan Soi Lek menggambarkan sikap negatif beliau terhadap program-program Islam di negara ini.

“Kami mempersoalkan inikah gambaran sikap parti-parti komponen BN berkaitan dengan agenda Islam yang diperkenalkan dalam pembangunan Malaysia?” kata beliau.

Jika benar, katanya maka Umno sebagai tunjang kepada BN harus menyatakan sikap yang jelas dalam isu itu.

Justeru, katanya dengan menyamakan Anwar dan Pak Lah yang dilihat Soi Lek mempunyai program Islam yang lebih dari Najib, maka umat Islam harus menilai dengan serius apakah BN harus disokong lagi untuk  berkuasa di kerajaan pusat.

“Jika BN diberi mandat seterusnya, maka sikap tidak mengizinkan program Islam menjadi program utama dalam negara akan menjadi ciri kerajaan BN,” katanya.

Mohd Azmi berkata, Presiden MCA nampaknya cuba mentafsirkan Islam setakat mana yang patut dilaksanakan di negara ini dan Umno terpaksa mengikut kehendak MCA dalam soal ini.

Katanya lagi, soal ekonomi dan Islam tidak boleh dicampuradukkan seperti yang difahamkan oleh Soi Lek bahawa itulah yang Najib lakukan sekarang dan ini disokong oleh MCA.

Kini, tambah beliau jelas BN mempunyai parti komponen yang mempunyai sikap prejudis kepada Islam yang tinggi.

Lantaran itu, tegasnya umat Islam wajib beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS yang kuat agenda Islamnya jika kedudukan Islam mahu diperkukuhkan.

Husam iringi jenazah Shaharuddin hingga ke kubur

Harakahdaily, 27 Apr 2013
PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mengiringi jenazah bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak pagi semalam sehingga ke tanah perkuburan.

Allahyarham Shaharuddin, 58, ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi semalam.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20.

Solat jenazah di Masjid Putrajaya dihadiri kira-kira 2,000 jemaah.

Husam dalam kenyataannya melahirkan sedih yang amat sangat dengan kejadian ini.

"Saya merasa sangat terkejut dengan peristiwa pembunuhan Datuk Shaharudin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam di  Putrajaya  pagi ini. Negara kehilangan seorang pegawai berdedikasi yang bertugas memerangi jenayah. Saya berharap warga kastam tidak patah semangat untuk terus  melaksanakan tugas mereka.

"Saya berharap pihak berkuasa memandang berat insiden ini dan dapat mengesan pihak terlibat dengan segera," kata Husam dalam kenyataannya.

Bagi Husam, apa yang berlaku ini menunjukkan Putrajaya juga tidak selamat seperti  yang diharapkan.

"Saya ragu-ragu sama ada sistem CCC (communication control n command) dengan jaringan cctv benar-benar berfungsi atau tidak," katanya.

Penyokong PR di Saudi optimis kuasai Putrajaya

Harakahdaily, 27 Apr 2013



KUALA LUMPUR: Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang kini menetap dan mencari rezeki di Al-Jubail, Arab Saudi mendoakan agar Allah mengurniakan kemenangan kepada Islam.

“Insya Allah, PAS bersama-sama dengan parti komponen Pakatan Rakyat akan dapat memerintah Putrajaya bermula 6 Mei 2013 nanti, takbir, Allahu akbar,” tulis wakil mereka, Amiruddin Abdul Halim kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, selaku wakil para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang kini menetap di Arab Saudi menyeru kepada semua rakyat Malaysia di mana sahaja berada agar menunaikan kewajiban masing-masing untuk keluar mengundi dan memilih pemimpin yang diyakini akan memperjuangkan Islam secara syumul.

“Laksanakan tanggungjawab anda dengan keluar mengundi pada 5 Mei 2013 ini dan bagi semua rakyat Malaysia yang berada di perantauan, ‘Jom Kita Balik Mengundi’," tulisnya lagi.

Presiden MCA serang keIslaman Pak Lah

Harakahdaily, 27 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Barangkali inilah hasilnya apabila berkawan dengan Umno terlalu lama. Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang sudah kehabisan isu mengambil Tun Abdullah Badawi sebagai sasarannya untuk dihina sebelum digunakan untuk menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua pernah dipaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan di bawah pentadbiran Pak Lah ekoran skandal seksnya.

Setelah Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) melaporkan Anwar kini di depan popularitinya berbanding pemangku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Chua menyerang dengan mempersendakan pendidikan Pak Lah.

Beliau berkata Pak Lah berkelulusan agama dan oleh itu, tidak mahir dalam ekonomi.

"Apabila Pak Lah memimpin negara, setiap hari beliau akan bercakap mengenai Islam Hadhari, tetapi tidak pernah tentang ekonomi,” kata Chua.

Islam Hadhari adalah slogan Pak Lah ketika menjadi perdana menteri sebelum ditukarkan kepada 1Malaysia di bawah Najib setelah beliau diasak bersara oleh pergolakan dalaman Umno.

Chua berkata Anwar juga berlatarbelakangkan Islam seperti Pak Lah, Chua, yang sebelum ini dikritik kerana menghina Islam di depan awam, berkata cara Najib adalah berlainan.

"Pak Lah adalah sama seperti Anwar (atas), mereka tidak tahu tentang ekonomi, mereka hanya bercakap mengenai doa," kata Chua yang dipetik Malaysiakini.

Pada tahun 2008, semasa mengumumkan perletakan semua jawatan daripada parti dan kerajaan hanya beberap minggu sebelum pilihanraya umum ke 12 yang menyaksikan MCA tewas hampir di semua kerusi, Chua ketika itu menyatakan bahawa perletakan jawatan beliau adalah di dalam konteks Islam Hadhari.

“Saya bimbang sekiranya saya terus memegang jawatan di dalam kerajaan mahupun parti, ia akan menjadi beban kepada kerajaan dan juga parti, terutamanya dalam konteks Islam Hadhari dan politik sihat yang dicanang presiden parti saya (Datuk Seri Ong Ka Ting),” kata Chua, yang merupakan naib presiden MCA ketika itu.

Dalam kajian UMCEDEL terhadap 1,407 responden pengundi berdaftar yang dibuat pusat kajian itu, 43 peratus pengundi memilih Anwar sebagai Perdana Menteri berbanding 39 peratus untuk Najib.

Kajian ini telah dibuat selepas parliamen dibubarkan (3 April) hingga hari penamaan calon 20 April.

Tiada ulasan: