Sabtu, 27 April 2013

PATUT KERAJAAN BERKUASA PENUH TAK PAYAH JANJI...SEBAB ADA KUASA PENUH...LAKSANA SAJA...YANG BELUM DAPAT KUASA PERLU BERJANJILAH

Ketua Umno bahagian Jerai ada Sebotaj daripada Pengikutnya!
Posted on Friday, April 26 @ 19:46:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Ulasan FS



Parlimen Jerai menunjukkan tanda-tanda BN akan kalah teruk akibat disebotaj oleh orang UMNO dikalangan penyokong Datuk Mohd Suhaimi. Daripada risikan sumber mengatakan perkara ini sudah menjadi jelas kerana sambutan kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom calon BN di situ di lihat hambar.

Walaupun Datuk Mohd Suhaimi menafikan bahawa dia merancang semuanya tetapi dia tidak menolak penyokongnya membuat sebotaj. Pecah tunggu lerai sahaja di kawasan Jerai kata ramai dikalangan ahli UMNO.



Malaysiakini ada menerbitkan berita tentang perkara ini.

Ketua Umno bahagian Jerai Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata beliau tidak menolak kemungkinan keputusan pucuk pimpinan tidak memilihnya menjadi calon parlimen Jerai menyebabkan wujudnya 'elemen' sabotaj oleh penyokongnya dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Menurutnya, kemungkinan elemen itu, antaranya 'membalas dendam' atau menutup bilik gerakan oleh penyokongnya khususnya di kawasan kampung yang sentiasa menyokongnya selama empat tahun kebelakangan ini.

Jerai Umno chief Mohd Suhaimi Abdullah"Kalau kita kata tidak ada sabotaj itu, bohonglah. Saya juga sendiri jadi (kuih) bengkang. Di atas ada api dan di bawah ada api. Bila mana saya bertemu rakan-rakan, mungkin ada mata-mata menganggap saya berkempen untuk mensabotaj. Tapi, Insya-Allah setakat ini tidak ada.

"Saya berpesan (kepada jentera) supaya tidak ada elemen-elemen ini, kerana kita hendak memenangkan parti, bukan memenangkan calon.

"Elemen sabotaj memang ada. Tidak dapat dinafikan. Mungkin di kawasan kampung yang saya tak boleh pi (pergi) jumpa (cerita situasi sebenar)," kata Mohd Suhaimi (atas) ketika ditemui Malaysiakini semalam.

Mohd Suhaimi mengulas dakwaan pemilihan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai calon BN bagi parlimen Jerai akan menyebabkan wujudnya sabotaj dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Jerai mempunyai 74,583 pengundi yang terdiri daripada 79 peratus Melayu, 14% Cina, 6 peratus India dan lain-lain 0.59%.

Dalam pilihan raya 2008, calon PAS Mohd Firdaus Jaafar menang dengan majoriti 2,299 undi. Kali ini beliau sekali lagi mempertahanan kerusi itu, berdepan Jamil yang juga ketua penerangan Umno Kedah.

NONEBagi mengatasi elemen sabotaj itu, Mohd Suhaimi telah memberi penjelasan kepada semua 53 pengarah dan setiausaha pusat daerah mengundi (PDM) mengapa beliau tidak dicalonkan dan menenangkan penyokongnya.

"Saya (juga) kata, kita teruskan perjuangan, saya tidak berkecil hati dan gundah gulana. Hidupkan semula (bilik gerakan), jangan ada yang tutup dan saya minta mereka 'reach out' orang yang saya pi (pergi jumpa) dulu," katanya.

Berhubung pemilihan Jamil sebagai calon, Mohd Suhaimi berkata beliau melakukan "pengorbanan dengan memberi laluan" kepada beliau berdasarkan keputusan terbaik yang dibuat oleh pucuk kepimpinan parti.

 Manifesto Pakatan Rakyat Lebih "Menguntungkan Keluarga Saya"
Posted on Friday, April 26 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: matuse68

"

Dari kaca mata seorang Perancang Kewangan, saya dapati bahawa Manifesto Pakatan Rakyat lebih "Menguntungkan Keluarga Saya" dari segi.


Dari kaca mata seorang Perancang Kewangan, saya dapati bahawa Manifesto Pakatan Rakyat lebih
1-Penurunan Harga Minyak daripada RM1.90 kepada RM1.50 (Jimat sebanyak 21%). Sebulan kami membelanjakan sekurang-kurangnya RM 1,000.00 untuk petrol Ron95 bagi sebuah Persona, sebuah Hilux & sebuah motosikal untuk berulang alik Kajang-Somban/Kajang-PJ/Kajang-Melaka/Kajang/Perak. Ini bermakna kami akan jimat RM210.00 setiap bulan melalui minyak.
 
2- Penghapusan Tol. Pada bulan Mac-13 sahaja kami telah membelanjakan RM600 untuk tol bagi perjalan di atas. Tetapi secara purata setiap bulan kami membelanjakan sebanyak RM400.00 untuk tol. Jika tol dihapuskan kami akan jimat lagi RM400.00 sebulan daripada Tol.
 
3-Penghapusan Hutang PTPTN. Sebagai penerima bantuan PTPTN ketika belajar di UKM, saya membuat bayaran balik melalui potongan gaji sebanyak RM 150.00 sebulan. Jika Ketiga-tiga Penjimatan ini dijumlahkan, bermakna Keluarga Saya Mempunyai lebihan sebanyak RM 210+RM400+RM150 = RM760.00 sebulan. 
 
Jika lebihan ini kami simpan selama setahun, kami akan mempunyai simpanan tambahan sebanyak RM760 X 12 = RM9,120. Dengan jumlah bulan/tahunan sebanyak ini, macam-macam perkara berfaedah boleh kami lakukan.
 
Bagaimana dengan anda? Sekarang, Kirakan berapa pula yang anda boleh jimat. Ini Kalilah!!!
 
Info Terkini Layari: INI KALILAH
 
 Yusuf Al Qaradawi: Anwar Ibrahim paling layak jadi PM
Posted on Friday, April 26 @ 19:32:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Sumber KeadilanDaily 

LEMBAH PANTAI 26 APRIL: Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.


surat terbuka
Pelancaran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.
Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama.
Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.
 
Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi:
“Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim, berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.
Sheik-Yusuf-QaradawiBeliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini. Paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara pada marhalah yang cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya pada semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati sepanjang masa yang lalu.”
Nik 2Sebelum pelancaran itu, Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini beliau akan menyampaikan ceramah di Shah Alam.
(Kenyataan ini dikeluarkan parti KEADILAN)


 Keputusan PRU di Kedah 'predictable'
Posted on Friday, April 26 @ 19:17:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Aspan Alias
Hari ini hari kedua saya di Kedah dan saya nampak dengan jelas, kerajaan teraju PAS di Kedah akan kekal dan hampir kesemua kawasan Parlimen di negeri ini akan dimenangi oleh PAS dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Malahan kerusi yang disandang oleh UMNO di kawasan-kawasan DUN pun hanya menunggu masa untuk diambil alih oleh PAS.

Saya tidak mempunyai perkiraan secara saintifik, tetapi apa yang jelas UMNO sudah terlalu jelas diketepikan oleh rakyat negeri jelapang padi ini. Kehadiran dua orang setiausaha politik Perdana Menteri yang tersenarai sebagai calon BN tidak memberikan kesan positif untuk BN malahan menjadi semangat bagi rakyat Kedah untuk melakukan perubahan yang dinanti-nantikan mereka.


Tidak ada sesiapa dapat mengagak apa yang akan dicapai oleh Mukhriz Mahathir dan ramai rakyat Kedah bertanya kenapa dalam banyak-banyak kawasan DUN, UMNO memilih untuk meletakkan beliau di kawasan Air Hitam. Orang-orang UMNO yang saya terjumpa semuanya bertanya, kenapa Mukhriz tidak diletakkan sebagai calon di Kuah misalnya. Saya nampak persoalan sebegini menunjukkan dengan jelas yang pekerja parti UMNO sendiri mempunyai perasaan kurang yakin Mukhriz akan berjaya memenangi kerusi ini.

BN meletakkan Othman Abdul sebagai calon BN di Pendang berdasarkan beliau adalah orang yang mempunyai 'grassroot' di sana. Tetapi mengikut orang orang tempatan Pendang, mereka beranggapan yang Othman Abdul sudah lama meninggalkan kawasan ini dan kehadiran beliau tidak disenangi oleh pimpinan UMNO Bahagian Pendang sekarang ini. PAS pula meletakkan Mohamad Sabu sebagai calon untuk berhadapan dengan Othman Abdul. Maka keputusannya nanti adalah ‘predictable’ dan Mohamad Sabu akan mendapat kemenangan yang lebih besar daripada kemenangan yang dicapai oleh Dr Hayati, bekas ahli Parlimen PAS yang tidak bertanding untuk memberi laluan kepada Timbalan Presiden PAS itu.

Penglibatan ramai muslimat PAS dalam PRU kali ini sudah menunjukkan yang PAS adalah jauh lebih diyakini untuk menang kerana mana-mana pihak yang disokong oleh kaum wanita, pihak itulah yang akan meraih lebih undi dari pihak yang lain itu.

Walaubagaimana pun kita masih mempunyai sembilan hari untuk melihat keputusan yang sebenarnya. Tetapi mengikut 'mood' yang ada di akar umbi, UMNO akan tetap menghadapi kekalahan dan beberapa kerusi yang disandang oleh UMNO sekarang ini pun akan banyak yang terjatuh ke tangan PAS.

Begitulah keadaan di sini dan sebagaimana yang saya katakan tadi keputusan pilihanraya kali ini adalah ‘predictable’.  
 
 BUKTI GEMPAR yang telah berlaku di Masjid Putrajaya tadi...Wajib tengok
Posted on Friday, April 26 @ 19:02:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: DUKUNPASIR

"
Kehadirannya tidak dihebah oleh media, kunjungannya juga tidak mendapat perhatian berita ,tapi sambutan yang diterima tidak dijangka....sambutan yang diberi adalah ikhlas ...penghormatan dari rakyat yang sangat meruja kan semangat buat kita........


Inilah yang berlaku di Masjid Putrajaya tadi semasa solat Jumaat.......Inilah satu bukti yang membawa satu KEBANGKITAN rakyat.......Ianya bukan video edit,ianya juga bukan gambar rekaan kerana ianya dikongsi oleh pengguna FB yang teruja,sebak dan terharu dengan kehadirannya yang walau sentiasa dalam keuzuran......

NAH SAKSIKAN KEHADIRAN TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ NIK MAT DI masjid PUTRAJAYA...........
 
 Minyak, Barang, Tol, PTPTN dll turun/mansuh ... Siapa untung?!
Posted on Friday, April 26 @ 18:47:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: adi_jagat

"Pendekatan untuk menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai hujah dangkal kadang-kadang menampakkan betapa ceteknya cara kita berfikir dalam menjelaskan kepada rakyat isu-isu kepentingan rakyat yang menjadi tumpuan mana-mana manifesto dalam setiap pru sebelum ini. Kita sekarang diambang pru13 tetapi cara dan kaedah kita deliver isu-isu seolah2 kita masih di zaman penjajah atau baru merdeka! Zaman di mana para pemimpin merasakan apa saja yang dihujahkan akan melopongkan rakyat marhein mendengarnya dan terus akur  dengan lapang dada.

 Dalam isu penurunan harga minyak, barang keperluan, pemansuhan tol dan juga PTPTN mengapa kita begitu beria2 mempertahankan dengan dalih dan alasan walhal impact tindakan tersebut memberi kelegaan dan keselesaan taraf hidup rakyat terbanyak. Kita boleh rugi ratusan juta malah berbillion dalam pelaburan2 sebelum ini (semua dah maklum) tetapi terlalu berkira apabila untuk kepentingan rakyat. Rakyat masa kini beruntung menerima imbuhan-imbuhan menjelangnya pru13 yang tak mungkin dinikmati dalam 12 kali pru yang lalu! Perlu diingatkan rakyat kini cukup tertekan dan merana dengan bebanan kos hidup berbanding 20thn lalu (?) walhal kononnya kita juga menghampiri negara berpendapatan tinggi dan dengan pelbagai wawasan dan transformasi.
   Sepatutnya isu orang kaya yang untung tak timbul bila asas yang kita letak untuk kebajikan rakyat. Kenapa nak salahkan orang kaya? Siapa sebenarnya orang kaya... apakah kaya kalau dah ada sebuah kereta dan sebuah rumah? Atau kaya bila gaji di atas rm3000 sebulan? Atau kayakah kita jika bekerja 30 tahun dengan dibelengu hutang2 sehingga selepas pencen akibat kekangan dan keperluan hidup di zaman serba maju ini. Lebih parah bila menanggung hutang ratusan ribu pembelajaran 2-3 org anak yang berijazah tanpa kerja!! Kalau ya pun orang kaya untung... naikkan saja cukai2 korporat, cukai2 orang kaya untuk diagihkan semula secara samarata kepada yg lain. Kita tak perlu ada Ijazah Ekonomi pun nak fikir hal yang sebegini. Sampai bila kita nak menganggap rakyat hari ni masih dungu dan tak boleh berfikir. Sama-samalah kita berharap pemimpin2 akan datang lebih proaktif dan produktif dalam memikul amanah rakyat yang memilih kita. Slogan dan kata manis saja tidak cukup... Orang kampung pun dah tahu. Moga pru13 ini akan banyak mematangkan pemimpin2 kita tanpa mengira ideologi dan politik dalam tadbir urus negara ini.

 SATU BUKTI setiap rakyat perlu tengok....
Posted on Friday, April 26 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: DUKUNPASIR

"

Siapa kata semua mahukan keganasan? Siapa kata kita tidak boleh BERSAMA cuma disebabkan ideologi taik gigi berpolitik?? Nak penulis buktikan .....


Setiap rakyat mahukan kedamaian walau ada jurang politik ......setiap rakyat menolak unsur unsur keganasan....

TAPI ........

MAMPUKAH kita lakukan aksi yang harmoni dan penuh toleransi seperti gambar dibawah ini??


 Mengapa Artis Pandai Berceramah
Posted on Friday, April 26 @ 15:38:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: ahmadhadeed

"Kita merasa pelik macama mana artis yang masuk PAS boleh berceramah dengan baik dan UMNO cuba sedaya upaya cuba membunuh keperibadian mereka dengan berbagai sindiran. Salah satu sindiran nya, artis ini bila masuk PAS terus jadi Ustaz dan Ustazah. Ini jawabnya https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gdS0FeRrqhc#! 



Pernahkah kita dengar budak dari sekolah Inggeris di Malaysia tahun 70 an menjadi Pendakwah yang gigih menyebarkan Islam dan ada yang dengan keazaman mereka yang tinggi menjadi pemidato dan pekerja Islam yang berkesan menyeru rakyat kepada Allah dan perubahan Islam.
Mereka datang dari sekolah yang tidak mengajar mereka  subjek Islam khusus saperti Tafseer, Sunnah Seerah Fikh  dan Aqeedah tetapi mereka  jatuh cinta pada Islam di UK dan USA bukan di Kaherah dan Moroko. Mengapa orang boleh jatuh cinta pada Islam dalam kegelapan dunia di SOHO dan New York. Jawapan nya senang saja, berlian akan bersinar di tempat yang gelap dan Islam sebagai berlian akan bersinar didalam kegelapan maksiat.
Pelajar luar negeri datang dengan berbekalkan amalan solat dan puasa saja di alas pula dengan nasihat nasihat ayah dan guru quran.Namun apabila mereka telah melihat betapa masyarakat jahiliyah modern di England dan New York yang  menolak Islam gagal mengurus masyarakat, mereka jatuh cinta dengan Islam,  Mereka mengangap Islam lah formula Ilahi untuk mengurus masyarakat manusia bukan nya ideologi ciptaan manusia UMNO atau manusia sekular lain, Mereka membaca buku Islam terjemahan Melayu dan Inggeris yang di karang oleh pemikir Islam yang ikhlas saperti Maududi Hassan al Bana Syed Qutb Pak Nasir dan Fathi Yakan dan berikrar pada Allah dalam solat malam mereka untuk hidup dan mati dengan islam.
Itu lah apa yang berlaku pada artis yang menyertai PAS. Yang beza nya Jahiliyah modern yang mereka lihat ada lah di celah lorong Kuala Lumpur dan di hotel mewah tempat orang orang besar berlegar.Artis saperti orang lain adalah golongan terpelajar tetapi secara kebetulan mereka memilik penghibur sebagai karier hidup mereka,Apabila artis melihat gelagat pembesar negara dan kroni BN yang angkuh sombong, mencuri duit rakyat, menyalah guna kuasa--membuat mereka terkedu hati.Tambah lagi apabila berlakun di kampung dicelah batas padi yang hapak dan di sebalik tunggul getah yang  yang berkulat busuk dan memahami kesusahan orang kampung. Mereka membuat refleksi dan itu lah yang di sebut oleh artis Abu Bakar Omar lebih kurang bila saya melihat anak muda di hidangkan oleh UMNO dengan hiburan songsang, saya memikir apa akan jadi pada anak cucu saya akan datang jika kerajaan yang ada terus memerintah.

"


Mana cerdik....Muhyiddin atau Rakyat?
Posted on Friday, April 26 @ 15:14:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: tokpepijat

"Cerdiknya Muhyiddin......

Muhyiddin bagi pangkat E kepada Kerajaan Kedah untuk penggal 2008-2013
-maknanya Kerajaan BN yang tinggal hutang dan banyak korupsi dapat pangkat A+.

Muhyiddin kata calon PAS di Johor tidak pandai isi borang.
-cerdiknya Muhyiddin kerana percaya kepada berita palsu



Muhyiddin kata Husam dibuang ke Putrajaya
 -Muhyiddin tidak sedar kedatangan Husam ke Putrajaya untuk membuka pintu kota Putrajaya!

Muhyiddin cabar PR bagi 200 produk macam BN
-Satu produk PR sama dengan 200 produk BN.

Muhyiddin kata mana ada kerajaan di dunia bagi semua free kepada rakyat
-bagi Muhyiddin kerajaan terbaik adalah kerajaan yang perbanyakkan cukai, menaikkan harga minyak  dan membina tol paling banyak macam BN........cerdiknya Muhyiddin

Cerdiknya Muhyiddin

Tiada ulasan: