Jumaat, 26 April 2013

MAKIN KUAT TIBAI PAS@PR...MAKIN RAMAI MASUK PAS DAN SOKONG PR

BN kempen perkauman guna Jabatan Pelajaran

Hazayani Zakaria, 25 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa BN menggunakan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan Biro Tata Negara (BTN) untuk mewujudkan permusuhan kaum dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Mahfuz berkata, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah mengumpulkan guru-guru Melayu dari beberapa sekolah dalam satu program ceramah yang disampaikan oleh pegawai BTN.

Dalam program tersebut, penceramah membayangkan Melayu akan hilang kuasa apabila Pakatan Rakyat memerintah dan Singapura akan kembali menyertai Malaysia.

"Antara ungkapan dalam pertemuan tersebut ialah mereka mengatakan bahawa kalau Pakatan Rakyat menang ia akan membahayakan orang Melayu kerana kaum Cina akan menguasai negara Malaysia.

"Mereka membuat analisa selepas Pakatan menang pilihan raya, Singapura akan menyertai semula Malaysia.

"Kerusi Parlimen Singapura akan digabungkan dengan kerusi yang majoriti Cina di Malaysia dan menjadikan kekuatan politik orang Cina itu akan membesar," katanya pada sidang media di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Mahfuz menegaskan, kempen berbaur perkauman itu sangat berbahaya kerana akan menyebabkan kebencian Orang Melayu kepada Orang Cina.

"Kempen ini sangat berbahaya kerana menanam bibit permusuhan kaum khususnya supaya Orang Melayu mempunyai kebencian terhadap Orang Cina. Ini sangat berbahaya kepada politik Malaysia.

"Ini menunjukkan kempen Umno BN sampai kepada peringkat, apa pun matlamat mereka untuk kekalkan kuasa walaupun sampai peringkat pergaduhan kaum," tegasnya.

Justeru beliau mendesak semua pihak menolak politik kebencian kaum dan menghalang negara ini dikuasai oleh golongan yang bersifat perkauman.

"Saya mengajak seluruh masyarakat untuk menghalang politik perkauman daripada berkembang dan menghalang terbentuknya nagara perkauman.

"Jika BN terus kekal berkuasa dalam Malaysia bermakna terbentuklah kerajaan perkauman, kerajaan perkasa yang akan membawa permusuhan antara kaum," katanya.

Bekas Naib Canselor pula sertai PAS

Anis Nazri dan Hazayani Zakaria, 25 Apr 2013


(Bekas Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion [dua dari kanan] mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS)

KUALA LUMPUR: Seorang lagi tokoh masyarakat mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS hari ini sebagai penyataan sokongan kepada Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.

Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail bin Samion, adalah bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNN) menyerahkan borang permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Turut serta di majlis yang diadakan di Pusat Media PAS itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz ketika mengalu-alukan kemasukan Ismail, berkata lonjakan ini akan memberi ruang kepada mana-mana bekas tentera untuk tampil berani bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat.


(Datuk Ismail menyerahkan borang kepada Datuk Mustafa hari ini)

"Bukan sahaja bekas tentera, malah anggota tentera yang masih berkhidmat pun perlu bersama-sama berani membuat perubahan. Sehubungan itu, saya menyeru yang lain, khususnya TUDM untuk menjejaki langkah Datuk Ismail ini," kata beliau kepada wartawan.

Mustafa pula menyifatkan kemasukan Ismail itu merupakan satu gambaran kesedaran yang menyeluruh di kalangan rakyat yang mahukan perubahan.

"Saya melihat kemasukan daripada kalangan bekas pegawai kerajaan, sama ada tentera ataupun sivil, ia satu gambaran kesedaran yang menyeluruh untuk membuat perubahan," kata beliau.

Beliau juga berharap dengan kemasukan Ismail ini akan memperkemaskan lagi jentera kempen Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah.

Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah pada 23 Nov 1951, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion (TUDM) merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan).

Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.
Apabila Akademi dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan, pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama. Beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA.

Selain daripada itu, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting lain di dalam berbagai sektor industri dan kejuruteraan Malaysia.

Beliau juga sangat aktif dalam menyokong aktiviti-aktiviti Industri Pembinaan dalam sebagai seorang penilai panel (2005 hingga 2010).

Beliau juga merupakan salah seorang daripada perintis bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam menilai dan mencadangkan penerima anugerah The CEO of the Year dan The Prominent Award.

Beliau pernah mewakili Institusi Jurutera (IEM) di dalam Lembaga Panel Tatatertib, Peguambela & Peguamcara (2010 hingga 2012) dan juga sebagai ahli PEMUDAH Selangor (2010 hingga 2012).

Mempunyai seorang isteri, Datin Khalijah Hashim dan dikurniakan 4 orang cahayamata. Ayah beliau, Samion bin Mohamad, adalah salah seorang bekas anggota tentera yang terkorban ketika Kedah diserang komunis pada tahun 1954. Ibu beliau bernama Aminah bt Ishak.

Penyertaannya ke dalam PAS hari ini melambangkan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dengan dengan baik dan mendapat sokongan dari teknokrat negara.

Ceramah pertama bekas NC di Datuk Keramat

Hazayani Zakaria, 25 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir Ismail Samion akan menyampaikan ceramah sulungnya di Datuk Keramat malam ini selepas menyertai PAS pagi tadi.

Beliau akan berceramah bersama calon PAS P119 Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada jam 9.30 malam ini.

Ismail menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut pagi tadi dengan disaksikan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar.

Ismail merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan).

Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.

Apabila Akademi dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan Nasional pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama.

Beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA.

BN dan Pakatan punyai peluang sama - UMCEDEL

Nazri Abdullah, 25 Apr 2013


(Hasil kajian terbaru UMCEDEL yangd dikeluarkan hari ini...Melayu, berpendidikan, kakitangan awam dan pengundi kali pertama bakal penentu)


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat berpeluang untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) kali ini apabila kajian menunjukkan sokongan rakyat terhadap mereka terus meningkat.

Kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendedahkan sokongan terhadap kedua-dua pihak, Pakatan Rakyat dan BN kini bersaing rapat dengan beza margin tidak sampai 5 peratus.

Tanpa mendedahkan angka peratusan sokongan, Pengarah UMCEDEL Prof Datuk Dr Ridhuan Othman berkata, kedua-dua parti mempunyai peluang sama rata.

Namun katanya ia tetap bergantung kepada tempoh masa 10 hari lagi yang berbaki untuk berkempen.

"Kedua-dua parti punyai peluang, bergantung kepada 10 hari yang ada ini.

"2008, siapa sangka dalam masa tiga hari boleh beelaku tsunami politik," katanya pada sidang media hari ini.

Terhahulu beliau membentangkan hasil kajian yang dibuat pada 3 April iaitu hari pembubaran parlimen sehingga 20 April iaitu hari penamaan calon.

Kajian itu menunjukkan majoriti rakyat Malaysia sudah membuat keputusan parti mana yang mereka akan pilih, kecuali hanya sembilan peratus yang tidak pasti.

Menurut Dr Ridhuan, dengan keadaan sokongan terhadap Pakatan dan BN pada tahap seimbang, golongan sembilan peratus inilah yang akan menentukan kemenangan.

Dalam perinciannya, beliau mendedahkan golongan sembilan peratus ini adalah majoritinya Melayu, berpendidikan, kakitangan awam dan merupakan pengundi kali pertama.

Calon PAS Manir dapat pasukan kempen dari luar negara

Anis Nazri, 25 Apr 2013


(Hilmi [kanan sekali] bertemu dengan pengundi di kawasan DUN Manir)

KUALA LUMPUR: Majlis Perwakilan PAS Western Australia (PRC WA) telah melancarkan satu 'fanpage' di Facebook bagi membantu jentera PAS di DUN Manir, Terengganu.

Menerusi laman itu PRC WA akan berkempen melalui maya serta memberikan tenaga pemikir sepanjang tempoh berkempen ini.

Presiden PRC WA, Abdullah berkata pemilihan DUN N22 Manir itu berasaskan kepada sokongan penuh kepada calon PAS di kerusi tersebut, Ustaz Hilmi Harun.

>Sokongan itu juga, katanya diterjemahkan dengan mengambil Dun Manir sebagai 'Dun Angkat' bagi memberikan fokus untuk berkempen bagi pihak Hilmi.

Justeru, katanya biarpun jarak yang memisahkan mereka untuk berkempen di Manir, penubuhan 'fanpage' itu akan digerakkan semaksima mungkin dari Western Australia yang berpusat di Perth.

Menurut Abdullah, PRC WA mempunyai pengalaman peribadi dengan Hilmi yang pernah mengikuti pengajian di peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang sains politik di Perth, Australia.

Mengimbau kembali saat bersama Hilmi di Perth, Abdullah berkata ketabahan dan kecekalan Hilmi dipandu dengan keazaman dan keyakinan diri yang cukup tinggi untuk membawa perubahan kepada bangsanya.

Ketika di Perth, tambah Abdullah, Hilmi sering ditemui pada aktiviti kemasyarakatan, malah sering membantu komuniti Melayu yang berada dalam kesusahan.

Justeru, atas pengalaman peribadi yang dilalui bersama Hilmi, PRC WA menyatakan sokongan penuh ke atas pencalonan Hilmi di Manir sebagai penerus mata rantai perjuangan Islam di tanah air.

'Fanpage' Facebook itu, kata Abdullah boleh dicapai melalui http;//facebook.com/manirkite.

Orang kuat Umno di Jelawat sertai PAS

Atiff Idris, 25 Apr 2013


BACHOK: Menjelang 10 hari tarikh pembuangan undi, semakin ramai ahli dan penyokong Umno di Kelantan meninggalkan parti Melayu bersimbol keris itu.

Malam tadi 10 ahli Umno di Kampung Kuin Pasir, Dun Jelawat mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai PAS pada program ceramah.

Tengku Mahyudin Tengku Husin yang mengetuai anggota keluarganya menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan disaksikan ribuan yang hadir. (Gambar atas)

Tengku Mahyudin yang lebih mesra panggilah Ayah Ku  berkata, beliau meninggalkan Umno kerana sedar parti itu sudah jauh menyimpang daripada landasan perjuangan asal.

“Umno sekarang diibaratkan sebagai sebuah kapal yang hampir karam,” katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.

Hadir sama calon parlimen Bachok, Ustaz Marzuk Shaary, calon Dun Jelawat, Abdul Azizz Kadir, bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zulkifli Zakaria, Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Hamid Derani dan Pengerusi Pondok Al-Islahiyyah Ustaz Zulkarnain Yusof. 

Berucap pada ceramah tersebut Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, kita mesti ubah pentadbiran kepada Islam yang jelas lebih adil kepada semua manusia.

“Dengan berpandukan Islam, manusia ditambat dengan agama.  Ia menjadi benteng mengelakkan kita daripada melakukan sebarang perkara yang bercanggah dengan ajaran Nabi Muhammad saw.

“Cerita kita berbalah dengan Umno sebenarnya telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad saw, di mana satu kumpulan mengikut ajaran Nabi dan sekumpulan lagi menentang,” ujarnya.

Marzuk pula berkata, sekiranya kita membelakangi al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian, di akhirat kelak kita akan menerima pembalasannya.

Abdul Azizz Kadir mengajak orang ramai merenungi kembali apa yang terdapat di Kelantan sebelum 1990, di mana penuh dengan hiburan, jualan arak secara terbuka dan premis judi.

Peguam percuma untuk yang diambil tindakan kerana hadiri ceramah PAS

Harakahdaily, 25 Apr 2013
KUALA LUMPUR: PAS hari ini memberikan jaminan akan membela kakitangan awam yang dikenakan tindakan disiplin kerana menghadiri program calon pembangkang.

Di dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“PAS hari ini memberi jaminan kepada mereka yang teraniaya, terutamanya kakitangan awam yang diambil tindakan disiplin kerana mendengar ceramah dan menyertai program calon PAS P-125 Putrajaya Datuk Husam Musa dan mana-mana calon Pakatan Rakyat yang lain, akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS/Pakatan Rakyat,” tegas Mustafa dan Tuan Ibrahim.

PAS, kata mereka, mendapat laporan bahawa ramai kakitangan awam dikenakan pelbagai ugutan dan tekanan oleh  Ketua Jabatan masing-masing dan ahli politik BN kerana menghadiri ceramah dan program calon parti pembangkang.

Mustafa dan Tuan Ibrahim turut berkata politik kotor dan peras ugut sedemikian harus dihentikan segera.

“Rakyat dan kakitangan awam berpeluang menamatkan semua ini dalam 10 hari akan datang. Undilah dengan bijak dan undilah untuk perubahan demi Malaysia yang lebih demokrasi dan makmur,” tambah mereka.


KENYATAAN MEDIA


Pasukan Guaman PAS akan bela sesiapa yang diambil tindakan disiplin kerana menghadiri ceramah Datuk Husam Musa

PAS mendapat laporan bahawa ramai kakitangan awam dikenakan pelbagai ugutan dan tekanan oleh  Ketua Jabatan masing-masing dan ahli politik BN kerana menghadiri ceramah dan program calon Pakatan Rakyat.

PAS hari ini memberi jaminan kepada mereka yang teraniaya, terutamanya kakitangan awam yang diambil tindakan disiplin kerana mendengar ceramah dan menyertai program calon PAS P-125 Putrajaya Datuk Husam Musa dan mana-mana calon pembangkang yang lain, akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS/Pakatan Rakyat.

Politik kotor dan peras ugut sedemikian harus dihentikan segera. Rakyat dan kakitangan awam berpeluang menamatkan semua ini dalam 10 hari akan datang.

Undilah dengan bijak dan Undilah untuk perubahan demi Malaysia yang lebih demokrasi dan makmur.


Dato’ Mustafa Ali
Setiausaha Agong PAS

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat


25 April 2013

Bekas pemain bola sepak negara jadi duta DHPP

Harakahdaily, 25 Apr 2013

Dari kiri: Radhi, Saramsak, Nasir bersama kepimpinan DHPP Padang Terap.

PADANG TERAP: Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria mendapat respons yang amat baik dengan penyertaan dan pelantikan bekas pemain bola sepak negara, Saramsak Kram sebagai Duta Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Padang Terap.

“Beliau mempunyai peminat yang cukup ramai. Sebagai pemain bolasepak kebangsaan dan pemain Kedah, beliau adalah wakil massa Siam yang santai,” ujarnya yang juga calon PAS bagi Parlimen P.007 Padang Terap.

Beliau percaya penyertaan Saramsak dari kaum Siam itu di dalam DHPP kawasan akan melonjakkan jentera Pakatan Rakyat Padang Terap untuk menghadapi PRU13 ini.

Nasir mengumumkan penyertaan Saramsak itu pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan DHPP Padang Terap, kelmarin.

Penyandang kerusi Parlimen Padang Terap itu berkata, kehadiran bekas pemain negara dan Kedah, Radhi Mat Din pada majlis itu amat bermakna.

Begitu juga, katanya dengan sokongan kuat Enam a/l Chai Keow selaku Pengerusi DHPP Padang Terap dan Nai On Serta CB Yuan dari DHPP itu.

Mengulas penyertaan bersama PAS, Saramsak berkata perjuangan Pakatan Rakyat senada dengannya untuk membela rakyat.

Justeru, beliau menggunakan masa berkempen PRU13 yang masih ada untuk mendekati masyarakat Siam.

Sokongan padu pelajar di luar negara terhadap PR

http://wasukalu.blogspot.com, 25 Apr 2013
Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara tanpa rasa takut kepada pemerintah yang akan mengambil tindakan terhadap mereka apabila mengetahui bahawa mereka menyokong parti selain BN. Segala ketakutan era lalu sudah dibuang jauh ke dalam longkang. Seperti rakyat Malaysia lain mereka juga sudah sedar akan hak mereka.
Beberapa gambar di bawah menunjukkan beberapa lokasi di Mesir yang menjadi latar bagi pelajar-pelajar Malaysia bergambar dengan bendera PAS. Selain itu, gambar terakhir menunjukkan pelajar-pelajar Malaysia di Acheh turut menyokong PR.



























Tiada ulasan: