Khamis, 25 April 2013

ADA GILA PENGARUH...GILA SYOK SENDIRI@PERASAN......GILA KUMPUL HARTA TAK KIRA HALAL HARAM...ADA GILA MENIPU...GILA RASA LAMBAT MATI....MACAM2 GILA...ELOK KITA GILA JAGA AKIDAH...GILA JAGA HALAL HARAM....JANGAN MAIN BELASAH RASA MACAM TAK MATI2

Husam, Agus, Kit Siang dan Mat Taib
Posted on Thursday, April 25 @ 08:27:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Oleh Ahmad Lutfi Othman
Dalam kolum Simpul Mati, akhbar INIKALILAH terbitan 24-30 April lalu, saya merakamkan pengalaman dan gelodak rasa pada hari penamaan calon PRU13, khususnya semasa mengikuti dari dekat calon PAS di Putrajaya, Husam Musa.

Personaliti Naib Presiden PAS ini ternyata menimbulkan kegusaran jentera kempen BN, termasuk calonnya Tengku Adnan Tengku Mansor. Secara logiknya, Husam hampir pasti kalah, tetapi penampilannya di pusat pentadbiran negara itu dilihat bakal membongkar banyak isu yang terpendam di sana, sama ada  masalah seharian warga Putrajaya atau lebih digeruni Umno ialah akses anak kebanggaan Kelantan ini kepada sumber maklumat.


(Saya difahamkan kemudiannya bahawa jentera kempen PAS berdepan  pelbagai bentuk sabotaj dan aksi ganas-samseng, termasuk kesukaran untuk memasang bendera dan poster. Umno sengaja mendedahkan kepada dunia; tindakan barbarik tidak bertamadun penggerak partinya bukan hanya di kawasan pendalaman seperti penempatan Felda atau kampung tradisi tetapi membarah di kota-kota besar).
Umum mengakui ragam politik pada pagi Sabtu itu begitu meriah, menarik (juga mengejutkan) dan mencatat rekod bukan saja dari segi pertambahan jumlah calon Bebas, tetapi turut menyaksikan  pertembungan dalaman kedua-dua gabungan parti, BN dan Pakatan Rakyat.
Kemelut dalaman Pakatan cepat diselesaikan. Walaupun reaksi akar umbi di kawasan tertentu tidak mudah dikendurkan dalam masa singkat, namun ia jauh berbeda dengan krisis dalaman Umno yang berpanjangan dan juga perselisihan di antara parti-parti komponen BN, yang dijangka membawa natijah lebih buruk kepada prestasi BN pada 5 Mei nanti.
Seperti orang lain juga, saya agak terkejut dengan barisan calon "boleh menang" yang diputuskan Najib Razak sendiri. Sehingga hari ini saya belum dapat memahami mengapa Zulkifli Nordin boleh dipilih BN di Shah Alam, pusat pentadbiran negeri termaju.
Semakin payah saya mencari alasan bagaimana calon BN di Pasir Mas, Che Johan Che Pa boleh  memberi laluan kepada Ibrahim Ali. Zulkifli dan Ibrahim merupakan dua pemimpin utama Perkasa. Kalau diikutkan pengaruh, apalah yang ada lagi pada Ibrahim, calon Bebas yang pernah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, 2005? Melainkan saya terpaksa merumuskan bahawa semua itu  membuktikan pengaruh Dr Mahathir Mohamad begitu mencengkam dalam Umno.
Lim Kit Siang pula berkata, pemilihan Zulkifli dan memberi laluan kepada Ibrahim, menunjukkan Dr Mahathir mempunyai "kuasa mutlak" dalam Umno, termasuk "satu hari nanti beliau akan meletakkan Ibrahim sebagai perdana menteri". "Perkasa sudah menjadi parti komponen ke-14 dalam BN," katanya.
Apa pun, sebagai pengamal media, saya lebih suka meneliti situasi kempen, terutama jika ia bercanggah dengan amalan demokrasi, mencabuli adab dan peraturan serta mengetepikan etika. Paling penting, mengapa selepas dilipatgandakan tuntutan Bersih, termasuk melalui siri himpuna raksasa, namun amalan rasuah dan "beli undi" terus berleluasa semasa kempen, manakala akses media untuk parti-parti bertanding selain BN, semakin disekat.
II.
Petang Isnin lalu, selepas beberapa kali temujanji dengan penganalisis politik, Dr Mohamad  Agus Yusof tertangguh, dalam curahan hujan lebat saya gagahi juga ke rumahnya, di Bandar Baru Bangi. Saya ditemani pengendali kolum sastera-budaya Harakah, Ali Bukhari Amir.
Tentulah topik utama tertumpu kepada perkembangan mutakhir kempen PRU13. Semasa seronok bersembang, Dr Agus menjawab  panggilan telefon. Dari nada dan butir percakapannya, pensyarah kanan sains politik UKM ini seperti berbicara dengan wartawan.
"Banyak pertanyaan saya terima mengenai ramainya calon Bebas kali ini," katanya mengesahkan andaian saya panggilan itu daripada wartawan yang memburu berita. "Bagi saya, ia biasa saja. Yang hendak saya tekankan, kali ini rakyat tidak mahu bazirkan undi mereka, terutama kepada calon-calon Bebas."
"Ya, saya suka istilah itu, tidak berlaku lagi pembaziran undi walaupun ramai juga nama-nama besar yang bertanding sebagai calon Bebas," pintas saya.
PRU13, kata Dr Agus, adalah peluang terbaik untuk rakyat melakukan perubahan, dan ia bukan lagi persoalan mengenai calon-calon. "Maknanya, kali ini pengundi lebih mementingkan parti berbanding personaliti calon?" tanya saya. "Ya."
"Pilihan raya kali ini di antara dua parti besar, kedua-duanya, BN dan Pakatan, mempunyai potensi dan sumber yang tidak jauh berbeda, dengan aras padang permainan hampir sama rata," tambah Dr Agus. "Dan saya dapat rasa wujud kesedaran besar yang agak menyeluruh bagi mengubah kerajaan di peringkat persekutuan."

Ditanya pandangan profesor politik tertentu yang meramalkan BN mampu menang besar, termasuk memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen, Dr Agus segera membidas: "Usah berselindung di sebalik kedudukan sebagai ahli akademik, isytihar saja sebagai jurucakap parti, 'kan senang."
Beliau menyifatkan ada di kalangan mereka seperti ayam daging yang sudah dibiasakan dengan dedak. "Ayam ini, jika terlepas dari kurungan, tidak akan melarikan diri kerana ia menunggu dedak seterusnya walaupun tahu akan disembelih akhirnya," ujarnya.

Saya sejak lama  menghormati pandangan Dr Agus dan seringkali merujuk kepadanya terutama sebagai panduan untuk menulis komentar politik. Ada kelainan dalam ulasannya, tentunya disebabkan setiap analisisnya tidak dibuat sembrono, malah lebih penting, boleh dipertanggungjawabkan.
Saya perhatikan, walaupun beliau menyedari Pakatan Rakyat juga mempunyai kelemahan -- termasuk dalam pemilihan calon di negeri tertentu -- tetapi peluang mesti diberikan agar kepemimpinan negara dapat "disegarkan" dengan idea-idea dan dasar-dasar baru, yang akhirnya membawa keuntungan dan manfaat buat rakyat.
Agak kerap Dr Agus menegur laporan pemberitaan Harakah. Selain mahu melihat Harakah lebih berwibawa dan dipercayai pembaca, beliau prihatin dengan kesilapan-kesilapan kecil seperti ejaan dan tanda baca.
"Saya mahu Harakah selami masalah dan penderitaan rakyat, dekati golongan terpinggir yang tertekan dengan kenaikan kos hidup. Kita mahu formula penyelesaian yang lebih menyeluruh terhadap begitu banyak problem besar negara, bukannya ditangani melalui bantuan one-off," katanya sambil merujuk bermacam-macam insentif yang dihamburkan Najib. "Risda pun nak bagi bantuan."

Sebelum saya pulang, saya tanyakan sekali lagi 'soalan cepumas': "Dr yakin Pakatan boleh menang dan menguasai Putrajaya kali ini?" Segera beliau menjawab: "Ya."
III.
Penyertaan bekas Menteri Selangor, Muhammad Muhd Taib diharap dapat melonjakkan pengaruh PAS, terutama di kalangan orang Melayu di negeri termaju itu. Saya lebih tertarik dengan kenyataan bekas Naib Presiden Umno ini yang kelihatan selesa menyandarkan hujahnya kepada tuntutan agama.
Muhammad ternyata bersikap terbuka, tenang dan mengambil pendekatan sederhana.  Beliau sengaja memilih masa selepas hari penamaan calon bagi mengelak tohmahan mengejar jawatan, atau lebih tepat menjadi calon PRU13.
Apabila desas-desus tersebar seorang bekas menteri besar Umno akan menyertai PAS, Dr Haron Din menghubungi saya mengesahkan tokoh itu ialah Muhammad. Mungkin hubungan rapatnya dengan  Dr Haron Din turut memudahkan beliau membuat keputusan bijak.
Meneliti responsnya terhadap soalan media, saya kira Muhammad tidak mahu sengaja mencipta pertembungan dengan Umno.
“Saya tidak boleh kata Umno tak ada jasa, tapi sampai masanya mereka sudah tidak boleh lagi dah buat kerja dan sudah hilang upaya,” kata Muhammad. “Mereka dah jadi kurang upaya."
Sebuah akhbar memetik kenyataannya: Saya tidak mahu serang Umno kerana saya lama dalam Umno. Itu tidak adil. Umno sudah buat baik. Saya fikir Pas perlu diberi peluang. Bagi dia peluang."
Ya, satu lagi kunci kata yang saya minat, "bagi PAS peluang."
IV.
Calon DAP di Gelang Patah, Lim Kit Siang menyelar kempen perkauman BN, termasuk melalui iklan politk dalam akhbar The Star, dengan menyebar fitnah mengenai bungan parti itu dengan PAS.
Saingannya Abdul Ghani Othman cuba menakutkan masyarakat Cina, dengan menekankan dalam ceramahnya: "Jika Kit Siang menang, Hadi mungkin jadi PM.”
Kit Siang menyanggah kemas: "Jadi saya ingin tanya kepada MCA dan Ghani, apa salahnya jika pengundi Cina undi PAS, pengundi Melayu undi DAP, semua pengundi India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban mengundi PAS, KeADILan dan DAP? Apa salahnya jika kita rakyat Malaysia bersatu padu, bersatu hati dan saling faham-memahami."
Mengulas kempen MCA memburukkan DAP, Kit Siang berkata: "Saya kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan-iklan politik yang menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam. MCA sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan kepada kaum Cina bahawa ia tidak akan tunduk kepada orang Melayu dan Islam."
Dalam The Star baru-baru ini, iklan bertajuk “Why is DAP silent?” (Mengapa DAP berdiam diri?) mengutuk kerajaan negeri PAS-Pakatan Rakyat Kedah yang didakwa merobohkan tempat menyembelih haiwan, mengharamkan panggung wayang, mengharamkan persembahan seni oleh wanita dan mengharamkan sambutan Hari Valentine. Iklan akhbar MCA itu juga mendakwa kononnya PAS mahu menutup Bursa Saham dan Genting serta fatwa PAS dikatakan menjejaskan orang bukan Islam.
"Umno pula berdiam diri dan tidak berani mempertahankan Islam dan Melayu kerana mahu membiarkan MCA memperolehi undi kaum Cina melalui cara yang kotor dan keji ini," tegas Kit Siang.
Menyentuh momokan MCA terhadap pemerintahan PAS di Kelantan, Kit Siang mempunyai jawapan mantap: "MCA dan BN lupa bahawa rakyat Kelantan sejak 1990 sentiasa memilih PAS adalah kerana kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat adalah bersih, bebas rasuah dan adil kepada semua kaum.
"Kebebasan beragama di Kelantan adalah lebih baik daripada beberapa negeri yang diperintah oleh Umno-BN. Rakyat Kelantan sudah lama sedar bahawa pimpinan PAS-Pakatan Rakyat tegas menolak rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan."
Lega saya. Titik.


Pas tetap laksana hudud
Wartawan Sinar Harian
25 April 2013
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU- Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei ini walaupun ditentang parti komponennya, DAP.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagaimanapun hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang Islam tanpa melibatkan golongan bukan Islam.

“Hudud ini dalam agama Islam, juzud daripada Islam, sokong atau tidak ia adalah asam garam daripada al-Quran sendiri.

“Tentang hudud kita laksanakan pada orang Islam sahaja dan ia akan diluluskan oleh satu badan dipanggil kehakiman, bukan orang politik,” katanya kepada media selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh di sini, semalam.

Menurutnya, kelulusan daripada badan kehakiman pula bergantung kepada syarat tertentu sebelum ia benar-benar dapat dilaksanakan.

“Jika tak cukup syarat, maka turun hudud kepada takzim, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod sudah ditulis bertahun-tahun dulu,” katanya mengulas kenyataan Timbalannya, Datuk Haron Din yang menyifatkan persetujuan DAP menggunakan logo Pas bermakna parti itu (DAP) bersetuju dengan dasar Pas.
Noh: PKR, Pas dan DAP ibarat bersekedudukan
Wartawan Sinar Harian
25 April 2013
Noh Omar
Noh bersama Halimaton (kiri) di Majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas, semalam.
SUNGAI BULOH – Tiada kesepakatan dalam menggunakan lambang dalam pilihan raya membuktikan penggabungan PKR, Pas dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) diibaratkan seperti pasangan bersekedudukan tanpa nikah.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, keadaan tersebut menyebabkan mereka menggunakan logo parti masing-masing dan berbeza dengan BN yang berkongsi kuasa dan menggunakan satu lambang (dacing)
dalam pilihan raya.

“PR ini seperti orang yang bersekedudukan, duduk serumah, tidur sama, makan sama ini orang kata kahwin tidak sah sebab bersekedudukan tetapi tiada sijil nikah.

“Berbeza dengan BN, ada sijil nikah sebab itu apabila bertanding kita menggunakan dacing. Seperti di Subang, kita ada MIC, Gerakan dan juga Umno tetapi bertanding kita guna lambang dacing kerana hendak membela nasib rakyat,” katanya dalam ucapan di Majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas bersama rakyat anjuran Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Tani (Tekun) di sini, semalam.

Hadir sama, calon Parlimen Subang, A Prakash Rao; calon Dun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan, calon Dun Paya Jaras dan Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor.

Dalam ucapan tersebut katanya, kajian bank dunia mengakui Malaysia adalah negara nombor satu di dunia yang benar menyediakan kemudahan mikro kredit kepada rakyat dan menghasilkan ramai usahawan berjaya.
Ulama Pas, Umno berbeza
Wartawan Sinar Harian
25 April 2013
Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah
PASIR PUTEH - Pas tidak menafikan penglibatan ulama atau tokoh agama dalam Umno tapi peranan mereka berbeza dengan Pas yang menjadikan golongan itu sebagai ketua atau setidak-tidaknya sebagai penunjuk arah.
Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Umno mula mengakui pentingnya ulama dalam parti politik selepas puluhan tahun berlawan dengan Pas.

“Hari ini Umno bercakap nak perkasakan Islam di Kelantan, kita dah lama bagitahu benda ni tapi baru sekarang mereka sedar dan memilih tokoh ulama sebagai calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Bezanya ialah dalam Pas ulama sebagai ketua atau penunjuk arah tapi dalam Umno, ulama penumpang di belakang yang tidak mempunyai apa-apa fungsi,” katanya ketika berceramah pada majlis pengumuman awal Manifesto Pas Kelantan di Padang MDPP di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, calon Pas Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamed, calon Pas Dun Limbongan, Mohd Nazlan Mohd Hasbullah, calon Pas Dun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, calon
Pas Dun Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat dan calon Pas Dun Selising, Saipul Bahrin Mohamed.

Beliau berkata, Umno selama ini hanya pandai bercakap soal pembangunan seperti membuat jalan, jambatan dan sekolah.

“Kita tidak kata pembangunan itu tidak penting tapi pembangunan fizikal semata-mata akan menjadikan manusia berada dalam keadaan tidak menentu.

“Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengakui bahawa apa yang dilaksanakan Umno tidak mencukupi kerana tidak ada roh dalam pembangunan negara,” katanya.

Mohd Amar berkata, beberapa persoalan yang ditimbulkan Umno seperti Pas tidak melaksanakan pembangunan, Kelantan menghadapi masalah air dan penghijrahan rakyat kerana ketiadaan peluang kerja tidak susah untuk dijawab.

“Kita nak tahu definisi pembangunan itu sendiri kerana Kelantan juga ada pembangunan, sekiranya tidak ada maka soal itu kena tanya kepada Umno sendiri kerana itu semua tanggungjawab kerajaan pusat.

“Isu masalah air pula, kita nak tanya negeri mana yang tidak menghadapi masalah air di negara ini, lihat sahaja di Johor yang mana kerajaan terpaksa memberikan pinjaman RM2 bilion, lihat pula di kawasan Perdana Menteri di Pekan, Pahang, ia lebih serius daripada yang dihadapi rakyat Kelantan.

“Kita mengakui ada masalah tapi kita sudah berusaha mengatasinya sehingga masalah itu kini berjaya dikurangkan,” katanya.

Dalam isu penghijrahan rakyat Kelantan kerana ketiadaan peluang kerja, beliau berkata, rakyat negeri ini memang gemar berhijrah.

“Mereka mengamalkan mobiliti sosial sehingga mereka berjaya di negeri orang dan di Kelantan sendiri juga ada orang luar berhijrah, bukan orang Kelantan sahaja yang bekerja di negeri ini,” katanya.
 Jangan lupa proses pengiraan undi
Posted on Thursday, April 25 @ 05:50:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: janggidost

"Setelah segala usaha dilakukan dan dilipat gandakan untuk menghalang para PATI dari menjadi pengundi, menghalang hantu keluar siang untuk mengundi, kita seru para petugas PR supaya persediaan rapi juga di buat untuk proses pengiraan  undi. Seribu macam kemungkinan boleh berlaku. terutama jika ada kiraan semula yg boleh makan masa sehingga ke malam. Stand by generator atau apa saja bentuk cahaya untuk menghadapi kemungkinan black out"


 PRU 13 : Mukaddimah huru hara...tanya Mahathir.
Posted on Thursday, April 25 @ 05:49:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Satu letupan berlaku di Pulau Pinang ketika GERAKAN sedang mengadakan program ceramahnya. Kejadian yang berlaku jam 10 malam itu disahkan polis sebagai bertaraf professional dan tidak bertujuan membunuh.Hanya untuk menakutkan dengan bunyian yang kuat.

Siapa yang melakukan ?

Tolong tanya Dr Mahathir. Barangkali dia tahu kerana dia yang selalu war-warkan PRU 13 ini akan huru hara. Dia ada pengalaman di Sabah dulu semasa Berjaya tewas.Muhyiddin juga mungkin tahu.

Dr Mahathir dan Muhyiddin kata, PRU 13 huru hara.

Hanya Najib beri jaminan peralihan kuasa secara aman dan demokrasi.

PRU 13 : Mukaddimah huru hara...tanya Mahathir."


 Terbaik dari Dr Maza, UBAH!!
Posted on Thursday, April 25 @ 05:48:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: laniismaa

"DrAsriPesanan terbaik dari Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin untuk pilihanraya kali ini. Ubah, ubah dan ubah…. & ubah, ubah dan terus ubah, 6 kali Dr Asri menulis perkataan UBAH.


..hijrah telah menjadi lambang kejayaan dalam sejarah Islam..hijrah bermaksud berubah kepada sesuai yang lebih baik..manusia yang normal akan sentiasa berubah kepada yang lebih baik tanpa henti..ubah, ubah dan ubah sehingga mencapai kemuncak kebaikan..air yang bertakung akan rosak..kuasa yang terlalu lama bersarang akan menjadi penyakit yang merbahaya…kita tidak percaya penuh kepada mana-mana parti, tetapi kita percaya bahawa terus berubah dapat menjadikan kita memperolehi yang terbaik..ubah, ubah dan terus ubah sehingga dapat yang terbaik… – FB DrMaza
Dalam artikel beliau tentu banyak lagi perkataan ubah yang beliau gunakan. Bagi yang tak faham, cuba-cubalah fahamkan dengan cara yang terbaik apa yang disuarakan oleh Dr Asli. Jom ubah sekarang!!

PS :Berminat dengan info-info Laniismaa, Tuan-puan....silalah LIKE EkELEH.COM, terima kasih."

Tiada ulasan: