Sabtu, 27 April 2013

JATUH NAIK KERJA ALLAH...KITA BERUSAHA DAN BERDOA...KALAU ALLAH KATA JATUH...MAKA JATUHLAH TIADA KUASA LAIN DAPAT MENGATASI KUASA ALLAH SWT

Hentikan polemik hudud, fokus agenda bersama

Harakahdaily, 27 Apr 2013


KUALA LUMPUR: Semua pemimpin Pakatan Rakyat diminta tidak menjadikan hudud sebagai isu kerana ianya telah diselesaikan sebelum ini.

"Kita telah bersetuju untuk berbeza pendapat, bersetuju untuk tidak bersetuju.

"Oleh itu, ia tidak menjadi isu dan ia bukan dalam agenda bersama dalam Pakatan Rakyat," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) dalam sidang medianya hari ini.

Menurut beliau, semua pemimpin Pakatan telah mencapai kata sepakat mengenainya  dan akan memberikan tumpuan kepada perkara yang telah menjadi agenda bersama.

"Hudud memang menjadi agenda PAS sebagai sebuah parti Islam kerana ia sebahagian dari syariat Islam. Tidak ada seorangpun ahli PAS yang beragama Islam boleh menolak perkara ini.

"DAP juga mempunyai agenda mereka sebagai sebuah parti politik. Begitu juga PKR.

"Isu ini sudah selesai September 2011, kita ada buat kenyataan, kita akui DAP tak setuju dengan hudud, Islam tetap jadi dasar Pas, DAP hormatinya.

"Yang kita telah bersetuju adalah agenda bersama Pakatan Rakyat yang kita masukkan dalam manifesto bersama.. Ini yang sepatutnya menjadi fokus kita dalam pilihan raya ini," kata Mustafa dalam sidang medianya hari ini.


Video lucah


Mustafa juga memaklumkan, PAS telah membuat keputusan menyerahkan kembali kerusi Kota Damansara kepada PKR sebagaimana yang telah dipersetujui sebelum ini.

Berhubung dengan video lucah yang mengaitkan beliau, Mustafa berkata, beliau akan bertemu dengan Umno di mahkamah.

Ini kerana, beliau telah mendakwa Umno terlibat dalam penyebaran video itu dan Umno telah menafikannya dengan menyaman beliau dan dua pihak lagi.

"Saya katakan kita akan bertemu di mahkamah dan saya suka nyatakan saya sedikit pun tidak takut kepada Umno," kata Mustafa tegas.

Lahad Datu: Zahid diminta sebutkan nama

Anis Nazri, 27 Apr 2013
KUALA LUMPUR: PAS meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan bukti berhubung kenyataan kononnya tiga pemimpin pembangkang terlibat sebagai dalang di Lahad Datu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar), berkata Zahid perlu sebut siapa nama pemimpin terbabit, dan bukan hanya cakap kosong semata-mata.

"Siapa? Sebut nama dia. Kalau ada bukti, kena cakaplah.  Jangan main cakap saja, bagitau nama. Jangan cakap kosong," kata beliau pada satu sidng media, di Pusat Media PAS, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahid yang mendakwa kononnya tiga pemimpin pembangkang sebagai dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Zahid dilaporkan berkata segala butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut. 
'Saya mungkin yang dituduh dalang serangan Sulu'

Calon PKR di Penampang, Ignatius Dorrel Leiking malam tadi berkata, beliau mungkin salah satu daripada tiga pemimpin pembangkang dituduh sebagai dalang serangan Sulu ke Lahad Datu.

NONELeiking (kanan) memberitahu kira-kira 150 hadirin bahawa dua orang lagi mungkin calon PKR Subang, R Sivarasa calon dan calon PKR Batu, Tian Chua.

"Saya telah mendengar tentang (tuduhan) ini sebelum pembubaran Parlimen... Mereka tidak sebut nama, tetapi kita tahu bahawa salah seorang daripada tiga orang itu sepatutnya saya.

"Jadi, jika (Pakatan Rakyat) tidak membentuk kerajaan persekutuan dan kalah di Penampang, maka anda lihat saya masuk lokap ...

"Apa juga yang mereka mungkin lakukan, anda akan tetap di sini dan saya harap doa anda akan membantu kami," katanya.

Menurut Leiking, ketiga-tiga mereka mungkin menjadi suspek kerana mereka baru-baru ini telah pergi ke Manila.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa pemergian mereka itu bukan untuk merancang kejadian di Lahad Datu tetapi untuk mencari maklumat mengenai Manuel Amalilio, lelaki yang dituduh menipu ribuan rakyat Filipina

"Kami ke sana untuk mendapatkan bukti yang mengaitkan  Amalilio dengan Ketua Menteri (Musa Aman)," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai berkata Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
  
Zahid dilaporkan berkata, segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.


Calon bebas Sepang berazam mahu jatuhkan Mohd Zin

Salmiyah Harun, 27 Apr 2013

(Hanipa [tengah] bersembang dengan calon bebas [kiri sekali] Hanapiah Mohamad di Masjid Al-Ulum semalam)

SEPANG: Kehadiran dua calon bebas yang merupakan bekas ahli Umno di Parlimen Sepang bertekad mahu tumbangkan calon BN Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed.

Kedua-dua calon itu, dilihat melawan arus perjuangan Umno apabila dengan berani menjadi calon bebas dalam pilihan raya kali ini.

Dua calon bebas itu masing-masing adalah Ajk Umno Bahagian, iaitu Hanapiah Mohamad dan Datuk Suhaimi Mohd Ghazali
yang sebelum ini bertanding di Dun Dengkil.

Dalam tinjauan Harakahdaily di Parlimen Sepang semalam, Hanapiah dengan tegas mengatakan matlamatnya adalah untuk menjatuhkan Mohd Zin.

Ketika mengajukan soalan kepada Hanapiah, adakah tindakan beliau untuk memecahkan undi PAS atau BN?

"Satu sahaja, saya hendak jatuhkan Zin," tegas Hanapiah ketika ditemui sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Al-Ulum Kg Bukit Bangkong, Sungai Pelek.

Pada masa yang sama calon PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut menunaikan solat Jumaat di masjid yang sama dan mereka bertemu sebaik sahaja selesai solat.

Sebelum solat Jumaat, Hanipa sempat menyampaikan tazkirah selama 20 minit.

Di kesempatan itu, Hanipa dan Hanapiah mengambil peluang bersembang dan bertanya khabar terutama berkaitan kerja-kerja berkempen.

Menurut Hanipa, beliau turut bertanya Hanapiah sama ada beliau 'berlakon' untuk menjadi calon bebas dalam PRU ini.

Jelasnya, Hanapiah bersungguh-sungguh menyatakan yang mereka memang ada gerakan untuk menjatuhkan Zin.

"Memang kuat gerakan di dalam Umno untuk menjatuhkan Zin, malah Suhaimi pun ada gerakannya sendiri," kata Hanipa.

Hanipa percaya sistem pesanan ringkas (SMS) 'yang meminta pengundi di Sepang undi calon Pakatan Rakyat mula disebarkan adalah daripada Suhaimi.

"Saya percaya daripada dia, sebab dia ada mengaku. SMS sudah mula disebarkan," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Sebelum menunaikan solat Jumaat, Hanipa sempat menziarah kematian di Sungai Buah, Dengkil kemudian menghadiri ceramah kelompok di Putra Perdana sebelum bertemu pengundi di Bukit Canggang.

PRU kali ini, P.113 Sepang menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu dua calon bebas, calon PAS dan BN. Sepang mempunyai tiga Dun iaitu Dengkil, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek.

Hanipa merupakan seorang peguam dan kini beliau adalah Penasihat Undang-undang PAS.

Di mana wakil kerajaan di perkebumian orang no 2 Kastam?

Rizal Tahir, 27 Apr 2013
PUTRAJAYA: Calon PAS P125 Putrajaya, Datuk Husam Musa, melahirkan rasa kehairanan kenapa wakil kerajaan Persekutuan tidak ada pada hari pengkebumian jenazah Penolong Pengarah (Operasi) Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim.

Katanya, beliau turut melahirkan rasa sangsi sebahagian kakitangan kastam yang bertanya kenapa tidak ada wakil kerajaan yang hadir ketika menunaikan solat jenazah Allahyarham.

Menurut Husam kerajaan perlu menghantar walaupun hanya seorang menteri untuk memberi penghormatan terakhir kepada pegawai tinggi kastam yang berdedikasi itu.

“Saya yakin beliau adalah seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik.

(Husam ketika mengiringi jenazah dari masjid hingga ke tanah perkuburan)

“Kerana itu, seorang menteri kena hadir untuk memberikan penghormatan yang terakhir pada hari pengkebumian sebagai mewakili kerajaan,”ujarnya.

Kata Husam lagi, ketidak hadiran itu menghairankannya, sama sekali tidak menjangka perkara itu  berlaku.

Jelasnya lagi, nampaknya kerajaan hanya leka dengan politik dan berkempen, tetapi tidak mengendahkan insiden semalam.

“Slogan dahulukan rakyat hanya sia-sia sahaja dan tidak dipraktikkan,”ujarnya.

Husam turut mengemukakan cadangan sepintasnya dengan meminta kerajaan memberikan pelindungan insuran pada kakitangan supaya keluarga terjaga menerusi skim pelindungan insuran itu.

Katanya, dengan adanya skim berkenaan memberi jaminan pada kakitangan untuk menjalankan tanggungjawab itu sebaiknya.

“Perlindungan insuran akan membantu keluarga kakitangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini,”ujarnya.

Pada masa yang sama, kerajaan diminta menangani seberapa segera orang yang menjadi suspek yang menembak sehingga mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam itu.

Menurutnya, beliau menyampaikan hasrat itu bukan hanya kerana tanggungjawabnya sebagai calon PAS, sebaliknya memenuhi kehendak kakitangan Kastam sendiri yang memohon supaya beliau mengemukakan perkara itu.

(Husam [ditengah] bersama-sama membaca talkin untuk Allahyarham di tanah perkuburan)

Beliau berkata demikian pada sidang medianya sebentar tadi di sini.

Husam seterusnya berkata, sehingga pagi ini (ketika sidang media dibuat), belum lagi ada tangkapan dibuat.

Kejadian itu membuktikan keselamatan di 'smart city' ini  longgar sehingga perkara itu berlaku dan diragukan.

Pembunuhan itu juga membuktikan sendiket yang menentang undang-undang negara tidak lagi takut pada penguatkuasaan undang-undang negara malah ianya telah menunjukkan taringnya.

Beliau berkata, kejadian itu juga turut melahirkan rasa takut di kalangan petugas Kastam yang lain untuk menjalankan tanggungjawab mereka jika tidak dilindungi.

“Ancamana dadah dan anasir lain akan berleluasa di negara ini bila jenayah menjadi raja dan rakyat menjadi mangsa.

“Untuk itu tingkatkan peningkatan keselamatan di puterajaya kerana ianya lebih tinggi berbanding di tempat lain,”katanya.

Sultan Kelantan turun Gua Musang 2 mei

Muhammad Faizal, 27 Apr 2013
GUA MUSANG: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V akan mencemar duli menemui rakyat Gua Musang pada 2 Mei nanti.

Program Majlis Mesra Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V bersama rakyat itu akan bermula pada jam 11 pagi.

Jelas calon PAS untuk Parlimen Gua Musang, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (gambar) ini adalah julung kalinya Baginda turun menemui rakyat pada musim pilihanraya.

Namun menurut beliau prorgam tersebut bukannya melibatkan mana-mana parti politik dan ia adalah program yang dianjurkan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan.

"Program ini tidak melibatkan mana-mana parti politik dan ia adalah anjuran SUK.

"Dijangkakan lebih 15 ribu orang akan hadir termasuk Orang Asal," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Program tersebut diadakan di Padang Sivik Gua Musang mulai 11 pagi, akan turut dihadiri Menteri Besar Kelantan.

Beliau berharap agar seluruh penduduk yang berdekatan dapat meluangkan masa untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Baginda Sultan.

Pakatan tumpu jaga keselamatan semua

Anis Nazri , 27 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan menumpukan usaha bagi mempertingkatkan soal keselamatan semua pihak jika berjaya mengambil alih kerajaan.

Tumpuan itu berasaskan kepada aspek pencegahan dengan meletakkan lebih ramai anggota keselamatan bagi memantau dan mencegah kegiatan jenayah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar), berkata dengan meletakkan lebih ramai anggota keselamatan di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di kawasan panas, akan membantu mengurangkan kejadian jenayah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes terbaru membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak mati pagi tadi.

Tegas Mahfuz, jika Pakatan Rakyat memerintah, peranan dan tugas anggota keselamatan akan dinilai dan dikaji semula bagi memastikan mereka benar-benar bertindak profesional dalam menjalankan tugasan mereka.

"Selalunya apabila kes begini berlaku, ada yang memberi alasan kekurangan anggota untuk mengadakan rondaan secara kerap.

"Jika bilangan anggota menjadi masalah, kami Pakatan Rakyat mempunyai beberapa penyelesaian, antaranya mengambil lebih ramai anggota baru, selain memastikan mereka ditugaskan benar-benar mengikut keperluan rakyat," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Ini kerana, katanya terdapat anggota polis yang dilihat lebih menumpukan kepada tugas lain seperti memantau kegiatan Pakatan Rakyat, sedangkan lebih banyak keperluan lain yang lebih mendesak.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memohon pihak berkuasa untuk membuat siasatan rapi yang seadil-adilnya.

Beliau yang juga calon PAS bagi parlimen P125 Putrajaya turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian insan tersayang dan mengharapkan keluarganya menerima ujian ini dengan reda.

Dalam kejadian pagi semalam, Allahyarham dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Dengkil ditembak tiga das ketika kenderaannya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan berhampiran Balai Polis Putrajaya pada jam 8.15 pagi.

Allahyarham kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.

PAS diserang dengan banner fitnah

Basiron Abd Wahab, 27 Apr 2013

(Banner yang dipasnag untuk memfitnah PAS di kalangan orang Cina)

KUALA LIPIS: Para Petugas PAS diminta siap siaga mulai sekarang hingga hari mengundi 5 Mei untuk memantau tindakan sabotaj parti lawan yang menaikan banner berunsur fitnah terhadap pakatan rakyat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata, pihaknya mengesan beberapa banner yang di pasang di kawasan parlimen Lipis, Raub dan kawasan-kawasan lain berunsur provokasi untuk menakut-nakutkan pengundi Cina supaya tidak mengundi PAS.

Katanya banner berbahasa Cina itu mempunyai maksud berbau perkauman. Ia dipercayai di pasang oleh parti lawan. Pihak Pakatan Rakyat menarikan sekeras-kerasnya banner tersebut milik Pakatan.

Berikut adalah kenyataan penuh Roslan Zainal.

PAS Pahang mengajak seluruh rakyat Malaysia bekerjasama dan berganding bahu memastikan Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) berlangsung dengan aman dan demokratik.

Rakyat wajar menolak perbuatan dan pihak yang masih primitif dengan amalan politik sabotaj dan fitnah.

PAS Pahang amat kesal dengan perbuatan pihak tertentu yang cuba mensabotaj PAS dan Pakatan Rakyat (PR) melalui cara menaikkan kain rentang atau banner fitnah di beberapa tempat di dalam kawasan parlimen Lipis, Raub dan beberapa daerah lain.

Banner tersebut (seperti) di dalam gambar dicetak logo PAS, DAP, dan PKR berserta dengan gambar Presiden PAS dan mesej di dalam bahasa Cina yang maksudnya untuk menakut-nakutkan pengundi Cina supaya tidak menyokong PAS.

PAS dan PR Pahang menafikan sekeras-kerasnya mencetak atau menggantung banner berkenaan.

Penggunaan logo-logo parti seperti di banner tersebut merupakan suatu fitnah jahat dan tidak bertamadun.

Sebarang penyiaran bahan berkaitan mestilah mendapat kelulusan Bilik Gerakan parti di peringkat negeri dan kawasan parlimen.

PAS Kawasan Lipis dan DAP Raub telah menurunkan semua banner tersebut dan telah membuat laporan polis.

Petugas PAS dan PR digesa supaya sentiasa siap siaga (alert) mulai sekarang sehingga ke hari mengundi pada 5 Mei 2013 untuk memantau dan mengekang sebarang tindakan sabotaj dan tidak demokratik seperti tersebut.

Tiada ulasan: