Selasa, 30 April 2013

BELAJAR PONDOK PERCUMA...LAHIRKAN ULAMAK2 TERSOHOR...DULU BELAJAR PERCUMA BANYAK MENJADI PEMIMPIN TERSOHOR...TARAK BACA PUNYA ORANG

Penganalisis: Pendidikan percuma tidak jadikan pelajar malas
RUZY ADILA IDRIS
30 April 2013
Penganalisis: Pendidikan percuma tidak jadikan pelajar malas
Dr Shaharuddin (kiri) mendengar hujah yang disampaikan oleh Dr Maszlee. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO
SHAH ALAM – Dasar pendidikan percuma diketengahkan oleh manifesto Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan menyebabkan pelajar pusat pengajian tinggi menjadi malas untuk belajar, demikian menurut seorang penganalisis hari ini.

Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, sebagai bekas penerima dermasiswa beliau mengakui tidak pernah berasa malas untuk belajar.
“Saya tidak malas pun. Yang saya tahu, masa saya belajar di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982, saya menerima dermasiswa, bukannya biasiswa.
“Saya juga dikecualikan dari membayar yuran dan mendapat lagi elaun sara diri,” katanya ketika menjawab soalan hadirin Wacana Sinar Harian Siri ke-19, bertajuk
Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Wacana kali ini turut menampilkan penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor sebagai ahli panel.
Wacana ini dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Selain pendidikan percuma, manifesto PR yang dilancarkan Februari lalu turut disertakan pemberian caj eletrik dan air lebih rendah, penghapusan tol serta pemberian rawatan kesihantan percuma bagi wad dua dan tiga di semua hospital kerajaan.

Shaharuddin menambah, sekiranya pemberian pendidikan percuma boleh dilaksanakan pada tahun 1980an, mengapa perkara sama tidak boleh dilaksanakan pada masa sekarang.

Mengakui ada dakwaan yang mengatakan bahawa pendidikan percuma sukar dilaksanakan memandangkan jumlah pelajar semasa adalah terlalu ramai, Shaharuddin menjelaskan dari sudut lain pendapatan negara ketika ini semakin meningkat.

“Jadi, suasana yang ada pada tahun 1980an itu masih boleh diteruskan.

“Kalau dulu boleh dilakukan mengapa sekarang tidak boleh?” katanya lagi.

Sementara itu, Maszlee pula berpendapat, terdapat perbezaan di antara pendidikan percuma dengan pencapaian yang dicapai negara seperti Jerman dan negara-negara

Scandinavian lain yang dapat memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya.

Namun jelas beliau, pemberian pendidikan percuma di negara-negara terbabit tidak menjadi isu sama ada ia akan menjadikan pelajar menjadi malas ataupun tidak.

“Apa yang perlu menjadi perhatian utama ialah kandungan yang diajar di universiti itu dan juga suasana sekeliling.

“Dalam kes ini, sistem pendidikan awal sebelum itu perlu diberi penumpuan ataupun pemilihan universiti itu satu isu lain,” jelas beliau.
Najib: Umno tidak akan tuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang

30 April 2013
Najib: Umno tidak akan tuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang
Najib (kanan) mengangkat tangan selepas meninjau projek jambatan kedua Pulau Pinang di Batu Maung, hari ini. - Foto Bernama
BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan Umno tidak akan menuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika Barisan  Nasional (BN) menang di negeri ini pada PilihanRaya Umum ke-13.

Najib berkata, ini kerana BN merupakan sebuah parti gabungan yang mempunyai persefahaman dan matlamat yang jelas.

"Dalam apa juga keadaan Umno tidak akan tuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kerana kita mahu buktikan BN sebuah parti yang ada persefahaman yang jelas. Matlamat kita juga jelas.

"Kita (BN) bukan macam pihak di sebelah sana yang tiada persefahaman sehinggakan berlaku pertembungan antara mereka," katanya semasa berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di tapak pasar malam Perkampungan Juru di sini hari ini.

Lebih 10,000 orang hadir pada majlis itu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen serta Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow.

Sementara itu, Najib menyeru penduduk Pulau Pinang terus menyokong BN agar lebih banyak pembangunan dapat diteruskan di negeri ini.

"Adakah kawasan ini akan memberi kemenangan kepada BN (disambut oleh orang ramai ya), adakah ini kubu kuat BN (ya)...terima kasih semua. Saya harap semua itu akan dibuktikan pada 5 Mei  ini," katanya.

Najib turut menyifatkan Teng yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah sebagai seorang yang berani kerana sangup bertanding di kawasan berkenaan.

"Jangan fikir Umno boleh control dia (Teng). Beliau seorang yang berani dan semua pemimpin parti komponen di negeri ini menyokongnya," katanya.

Pada PRU13 ini, kawasan DUN Bukit Tengah menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Teng yang mewakili BN, calon PKR Ong Chin Wen dan calon Bebas A.Mohan.- Bernama
ATM nafi bawa pengundi hantu ke Semenanjung

30 April 2013
Zulkifeli Mohd Zin
Zulkifeli Mohd Zin - Foto ehsan Berita Kini
LAHAD DATU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya ia membawa pengundi hantu, termasuk anggota tentera dan polis, dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini menyifatkan dakwaan itu sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu bagi mencemar imej pasukan keselamatan.

Beliau meminta pihak berkenaan supaya menghentikan perbuatan fitnah mereka yang tidak berasas itu yang dipercayai dibuat semata-mata untuk meraih sokongan semasa pilihan raya umum ini.

"Tuduhan melulu sesetengah pihak termasuk dakwaan kononnya ATM dipengaruhi parti politik dalam pilihan raya, menyebabkan imej ATM tercemar. Hentikan serangan politik yang tidak sihat dan jangan sekali-kali membabitkan ATM kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap negara dan rakyat," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Tan Sri Khalid Ibrahim kononnya ATM cuba membawa masuk pengundi hantu, termasuk anggota tentera dan polis dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Khalid pada sidang media baru-baru ini dilaporkan sebagai mendakwa terdapat penerbangan khas dari Sabah Sarawak yang mendarat di lokasi tertentu, bukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Tambang Rendah (LCCT) yang dikatakan membawa pengundi hantu berdasarkan kononnya risikanpakatan pembangkang.

Zulkifeli yang kesal dengan perbuatan itu berkata ATM merupakan institusi berkecuali yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik di negara ini.

"Sebagai badan profesional, kami menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan negara daripada sebarang anasir yang mengganggu ketenteraman awam.

"Atas tugas dan tanggungjawab itu juga ada antara anggota kita terkorban," katanya.- Bernama
Punca manifesto PR dapat sambutan
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
30 April 2013
wacana siri19
Wan Saiful Wan Jan mempengerusikan Wacana Sinar ke-19 Manifesto PRU13 BN vs PR. Ahli Panel (dari kanan) Dr Maszlee, Dr Shaharuddin dan Dr Mansor.
SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) lebih diterima rakyat berbanding yang dirangka Barisan Nasional (BN) kerana ia berjaya menyentuh hati mereka termasuk dalam soal hasil mahsul negara yang jelas tidak diagihkan seadilnya.

Menurut Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Profesor Dr Mansor Mohd Noor, sebab itu masyarakat lebih dekat dengan manifesto PR yang lebih memahami keperluan mereka.

"Hinggakan jumlah 10 peratus yang kaya ini menguasai 70 peratus harta negara hatta pendapatan negara.

"Jadi kita yang lain-lain ini sengih sahaja," ujar beliau pada siri Wacana Sinar ke-19 yang bertajuk "Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, setakat ini manifesto yang dibentangkan oleh PR juga tidak mampu menyelesaikan masalah utama negara.

"Masalah terbesar kita ialah kita gagal menguruskan kekayaan negara ini. Ini yang saya nampak Umno tidak faham kerana mereka ini parti pemerintah.

"Kedua-dua manifesto ini tidak menguruskan masalah. Ini hanya akan membankrapkan negara kerana akhirnya sumber yang ada ini terhad," ujar Mansor.

Disebabkan inilah ujarnya, kuasa rakyat begitu penting dalam menentukan kekayaan negara bukan hanya diagihkan kepada rakyat, namun pada masa yang sama digunakan bagi tujuan pembangunan negara.

"Kita sekarang ini hanya membazirkan sumber kita. Bagi saya kedua-dua pihak terlibat. Inilah yang menyebabkan kuasa rakyat lebih utama.

"Saya lebih yakin dengan kebijakan rakyat. Kita rugi sebenarnya kerana tidak tahu penyakit kita. Kita tak boleh biarkan yang kaya dan akhirnya rakyat menderita," ulas beliau lagi.

Minggu lalu, Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (Umcedel) yang berkongsi hasil kajiannya menunjukkan manifesto PR lebih memenuhi harapan rakyat berbanding manifesto BN.

Dalam kajian terhadap 1,407 responden pengundi berdaftar yang dibuat pusat kajian itu, 42 peratus dari mereka bersetuju terhadap manifesto PR dan hanya 36 peratus bersetuju dengan manifesto BN manakala 22 peratus memilih tidak pasti.

Kajian tersebut dijalankan bermula pada 3 April iaitu hari pembubaran Parlimen sehingga ke hari penamaan calon pada 20 April.

Antara tawaran paling memberi kesan kepada pengundi adalah tawaran penurunan harga minyak yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai pentadbiran negara.

Tawaran lain yang turut disokong pengundi termasuklah menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, penurunan caj elektrik dan harga air lebih rendah, penghapusan PTPTN, pemberian permit teksi individu serta gaji minimum.
Polis: Hanya Tian Chua buat laporan tentang dakwat kekal

30 April 2013
Tian Chua
Tian Chua
KUALA LUMPUR - Tinjauan Bernama mendapati dakwat yang dicalit di jari pengundi awal, masih kekal dan tidak hilang walaupun dibasuh beberapa kali dengan air.

Dakwat warna merah biji saga itu kekal dijari telunjuk sebelah kiri mereka setelah beberapa pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis, diminta oleh pemberita dan jurugambar membasuh tangan mereka.

Permintaan itu dibuat oleh media ekoran terdapat dakwaan kononnya dakwat tersebut mudah hilang apabila jari yang sudah dicalit itu dibasuh dengan air.

Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) SAC Zulkifli Mohamed pula ketika dihubungi petang ini berkata beliau tidak menerima aduan daripada 2,036 anggota polis yang mengundi awal hari ini berhubung dakwat kekal yang dicalit itu, hilang.

"Setakat ini, tangan saya beberapa kali dicuci, kesannya masih tidak hilang dan anggota (polis) saya pun sama," katanya.

Di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, seramai 3,963 anggota dan pegawai polis mengundi awal di dua pusat mengundi di sini hari ini.

Dalam pada itu, hanya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang, di sini, hari ini berhubung dakwaan kononnya penggunaan dakwat kekal tidak kekal.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata kepada Bernama, polis tetap menerima sesiapa saja yang membuat aduan polis dan akan menyiasatnya.

Laporan polis itu dibuat susulan laporan sebuah portal yang mendakwa dakwat kekal yang sepatutnya tidak hilang sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalitkan dijari, hilang menggunakan air dalam tempoh beberapa jam, oleh seorang anggota tentera.

Undi awal dijalankan hari ini melibatkan anggota tentera dan polis di seluruh negara dan penggunaan dakwat kekal, pertama kali digunakan pada pilihan raya di negara ini, bertujuan mengelak pemilih mengundi lebih daripada sekali walaupun selama ini tidak terdapat satu kes pun pengundi berbuat demikian.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata memandangkan laporan sudah dibuat, SPR menyerahkan polis menjalankan siasatan. - Bernama

Dakwat kekal hilang, surirumah buat laporan polis

Roketkini.com, 30 Apr 2013


( Isteri anggota tentera menunjukkan laporan polis yang dibuatnya)

KLUANG: Ekoraan, dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal  pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

(Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang)

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.



APCO 77 JUTA...CAMNE


Malaysia dicengkam hutang akibat politik rakus Umno BN
 
"


Muhyiddin: Kuasa asing masuk campur jika Anwar jadi PM

30 April 2013
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin menandatangani plak sebagai tanda merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yong Peng 2 di Yong Peng, Batu Pahat di hari ini.
BATU PAHAT - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara bakal berhadapan dengan ancaman besar jika pembangkang memerintah negara ini kerana ada kuasa asing yang bersedia masuk campur jika ketua pembangkang dilantik menjadi perdana menteri.
"(Jadi) jangan masuk kepada kubu pembangkang kerana di sebalik pembangkang ini ada kuasa-kuasa asing yang memang bersedia masuk ke Malaysia kalau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menjadi perdana menteri.
"Mereka akan mencampuri dasar mereka (pembangkang), program mereka dan ini bahaya sebab itu ALLAH nak tunjuk, dan parti pembangkang kini (pun)kian rapuh," kata timbalan perdana menteri ketika berucap merasmikan SJKC Yong Peng 2 di sini
hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Ir Wee Ka Siong dan Pengerusi Barisan Nasional Air Hitam Datuk Shamsolbari Jamali.
Sehubungan itu, Muhyiddin meminta rakyat bangkit dan bangun memberi isyarat kepada pembangkang bahawa rakyat mahu pertahankan negara ini daripada jatuh kepada pembangkang.
Katanya, negara juga berhadapan dengan ancaman besar kerana pembangkang bercita-cita mengambil alih pemerintahan negara tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri tidak bersatu.
"Saya baca dalam surat khabar hari ini, macam-macam berita...dia mula bergaduh sesama sendiri. Mungkin setahun dua dahulu dia simpan... nak keluar, tetapi mereka tahan, mereka tutup jangan cakap tetapi orang dia (DAP) kini sudah mula bercakap minta jangan sokong Pas," katanya.
Anwar sendiri, kata Muhyiddin, tidak pernah jujur dalam perjuangan politiknya menyebabkan ramai rakan-rakannya yang suatu ketika dahulu bersama-sama dalam PKR sudah mula meninggalkannya.
Timbalan perdana menteri berkata Pas pula sibuk hendak mewujudkan negara Islam dengan melaksanakan hudud tetapi sekutunya DAP menentang keras pelaksanaan hukum itu.
Pas juga hanya mampu membina sebuah masjid sepanjang tempoh memerintah Kelantan, katanya.
Beliau turut meminta rakyat berfikir panjang kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi (Ahad ini) untuk mereka menentukan kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Timbalan perdana menteri berkata kerajaan BN memerlukan undi rakyat untuk mempertahan negara daripada ideologi, fahaman, adat dan budaya yang bertentangan daripada yang berlaku selama ini.
Selain itu Muhyiddin berkata, pelabur asing turut menyuarakan kebimbangan jika sekiranya pembangkang menguasai negara termasuk Johor.
Mereka khuatir pelaburan mereka berbillion ringgit akan rugi jika sekiranya DAP menang di kawasan parlimen Gelang Patah, katanya.
Bagaimanapun sebagai Pengarah Pilihan Raya BN, beliau yakin BN mampu kembali memegang tampuk pemerintahan negara dan negeri Johor hasil kerja kuat jentera pilihan raya dan dasar transformasi yang dilakukan kerajaan. - Bernama

 Berita | Khairy Jamaluddin Mengaku Malaysia Ada hubungan Dengan Isreal

Oleh ALBA



Dalam satu temuramah, Khairy ketua Pemuda Umno telah "terlepas cakap" dan mengakui Malaysia memang ada hubungan dengan Israel... Jangan lepaskan peluang mendengar kata2nya...

Tiada ulasan: