Selasa, 23 April 2013

JADI KUDIS KE DENGAN BELIAU SEORANG...BANYAK LAGI AHLI AGAMA...MALAH LAGI HEBAT KERANA BERAMAL DENGAN ILMU....BUKAN CINTA DUNIA SERTA PANGKAT

Tak Ada Kaitan Dengan Isu Video Seks: Ahli Politik Dan Kembar Retis Mereka
Posted on Tuesday, April 23 @ 18:09:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh FS

Bila keluar video seks, ramai pembaca bercakap pasal klon, seiras atau kembar serupa. Tapi tak ramai yang boleh membukti secara klinikal bahawa apa yang dibicarakan. Analisis demi analisis dibuat.

Saya terjumpa satu analisis kreatif oleh facebooker berkenaan ahli politik yang mempunyai kembar seiras dengan pelakon/artis. Mari kita lihat sejauh mana analisis ini boleh menghiburkan kepenatan berpolitik anda!

Ahli politik dan kembar mereka yang berkecimpung di dalam dunia seni. Paling LOL kami rasakan Ambiga dan Sultan Sulu . Kah kah kah.



Laporan asal Facebook




 Nasib Baik Mamat ini tak jadi calon PKR
Posted on Tuesday, April 23 @ 14:22:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh FS



Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini. Katanya lagi, Pas walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.


Dr Juanda dan Dr Hassan membantu kempen UMNO @ BN di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur malam tadi.

Sebelum ini ramai orang marah kepada PAS kerana PAS tak boleh bertolenrasi dengan PKR untuk kerusi Kangar. Perlis. Ramai penulis-penulis mencemoh PAS termasuk Mohd Sayuti Omar atas tindakan PAS.

Sedang mereka tidak sedar bahawa PAS berbuat demikian bagi menyelematkan Pakatan Rakyat daripada calon yang tidak dikenalpasti secarah halus kedudukannya. Calon tangkap muat sekadar untuk menuntut pembahagian kerusi dengan memberikan tokoh masyarakat supaya kelebihan berada pada tuntutan tersebut amat membahayakan kedudukan Pakatan Rakyat apabila menang nanti.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman juga membuat kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen Kangar dalam pilihanraya umum 5 Mei nanti.

Dia juga mengesahkan kedudukan seorang lagi calon dari PAS, Baharuddin Ahmad yang tidak akan bertanding setelah pertikaian mengenai siapa yang menjadi wakil Pakatan Rakyat timbul sebelum ini.

Tapi alhamdilillah atas kebijaksanaan kepimpinan Pakatan Rakyat dan atas desakan daripada maklumat dalaman PAS bahawa Dr Jaunda masih tidak mempunyai komitmen yang jitu dalam menghadapi pilihan raya nanti, akhirnya PAS bertanding di 3 parlimen di Perlis.

Alhamdulillah juga akhir terbukti Dr Jaunda adalah insan yang tidak boleh dipercayai... 









 Harapan Mat Taib dan ramai lagi terhadap PAS
Posted on Tuesday, April 23 @ 14:48:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Roslan SMS

Saya baru sahaja mengikuti video klip ucapan Tan Sri Muhammad Taib selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS sebenatar tadi. Saya kira ucapan beliau tidak banyak lari dari ucapan seorang lagi Ketua Bahagian Umno yang pernah menyerahkan borang sama kepada Pesuruhjaya PAS ketika itu sejurus PAS menang melalui PR di Selangor iaitu Kapt (B) Zahar Hashim.

Dan saya percaya begitulah juga harapan mereka yang lain yang menyertai PAS dari zaman ke zaman. Mereka semua mahu lihat Islam dimartabatkan melalui PAS. Mereka yakin hanya PAS yang mampu memperjuangkan Islam di Negara ini.

Bagi Tan Sri contohnya, yang pernah menjadi MB Selangor selama 11 tahun sebelum ini, negeri Selangor ini benar sudah menjadi negeri maju. Kata beliau sampai masanya perubahan dilakukan supaya negeri yang dinamik membangun ini ada pengisian rohnya. Dan roh negeri Selangor ini kata beliau hanya boleh diisi dengan roh ISLAM.


Dan kata beliau lagi tidak ada parti yang mampu mengisi roh ISLAM ini selain parti yang memperjuangkannya iaitu PAS. Beliau mahu melihat PAS nanti, apabila memiliki kuasa, melaksanakan segala arahan dalam al Quran sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad s.a.w.


Itulah "expectation" atau pengharapan beliau dan saya yakin ratusan ribu malah mencecah juta pengundi yang bakal keluar mengundi PAS terhadap PAS. Para pemimpin PAS memikul amanah besar bagaimana merealisasikan pengharapan Tan Sri dan mereka seumpama beliau.


Kita mahu lihat Islam kembali bersinar sebagaimana yang telah berjaya dibina dan didirikan oleh Rasulullah saw. Sekiranya menang semoga pimpinan PAS memenuhi impian ini yang merupakan doa dan harapan yang hidup dan ramai yang telah mendahului kita dalam perjuangan yang penuh liku dan cabaran ini.


 DS NAJIB pun tak percaya pada Ummi Hafilda
Posted on Tuesday, April 23 @ 15:56:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: DUKUNPASIR

"

Dah jadi satu kemestian agaknya setiap kali nak Pilihanraya,akan ada orang yang melakukan sumpah untuk mengukuhkan lagi dakwaan terutamanya melibatkan MORAL pemimpin.

 Yang terbaru Sumpah sambil memegang Al- Quran oleh Ummi Bohongda bagi menagih simpati orang ramai agar mempercayai KISAH SKANDAL ANWAR DAN Shamsidar Isteri kepada  Azmin yang sedarah dengannya....."

Mungkin esok lusa bila dah dekat nak mengundi akan ada lagi sumpah oleh Saiful , Rahim Tamby dan Eskey.....kita tunggu dan lihat saja.
Bukankah ini merupakan satu bonus untuk merampas kerusi yang dipegang Azmin Ali termasuk Anwar sekali.....senang senang aja boleh dapat 2 KERUSI dengan meletakkan Ummi Bohongda sebagai calon UMNO.

Itu penulis baru kira dari Ummi, belum kerusi yang akan dimenangi oleh Rahim dan Eskey lagi.......TAPI KENAPA SESUMPAH INI TIDAK TERCALON KALI NI.....sedangkan merekalah YANG KITA LIHAT KELIBATNYA DALAM MEDIA UTAMA NEGARA....Mereka lah yang sibuk kesana kemari memberikan ceramah ...

JAWAPANNYA........KERANA DS NAJIB SENDIRI PUN TAK PERCAYA kan manusia manusia ini walaupun telah bersumpah...........



 Sifir PANDIR Umno
Posted on Tuesday, April 23 @ 16:00:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Jika PTPTN mansuh, negara bangkrap
Jika harga kereta turun, negara bangkrap
Jika tol hapus, negara bangkrap
Jika minyak turun, negara bangkrap

Jika Najib dapat komisen RM500 juta, negara maju dan makmur.
Jika Rosmah beli handbag ternama, negara maju jaya.
Jika bil air dan api naik, rakyat nikmati kemakmuran dan kesenangan.
Jika pendatang  IC dan jadi ahli UMNO, negara aman damai tak terhingga.
Jika Menteri UMNO dan BN kaki rasuah, rakyat pasti gembira dan  tumpang bangga.

Sifir PANDIR Umno"


 Ada Lagi Pemimpin Umno Akan Masuk PAS
Posted on Tuesday, April 23 @ 17:12:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh malaysiandigestKUALA LUMPUR: Bekas pemimpin veteran Umno Datuk Tamrin Abdul Ghafar mendakwa ada lagi pemimpin tertinggi Umno yang akan  mengikuti jejak langkah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai PAS.
Tamrin berkata, individu itu merupakan seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno senior yang kecewa kerana tidak dicalonkan bertanding  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


"Dia tak gembira dengan keputusan itu dan ada kemungkinan besar dia akan masuk PAS dalam masa terdekat," katanya dalam sidang  media di sini hari ini.

Anak mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba itu berkata, hasrat pemimpin MT Umno dinyatakan semasa pertemuan  singkat pada minggu lalu.

Katanya, pemimpin Umno itu turut mendakwa ramai rakan-rakannya yang tidak dinamakan bertanding atas tiket Umno sedang  berbincang secara serius untuk memberi sokongan secara terang-terangan kepada calon Pakatan Rakyat.

Sementara itu, dalam kenyataan bersama Muhammad, Tamrin menyeru ahli Umno khasnya 61 pemimpin Umno yang dipecat kerana  bertanding atas tiket Bebas memberikan undi kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13.

“Kami berdua dengan rendah diri dengan ini menyeru semua rakan-rakan yang masih berada dalam Umno untuk bersama-sama kami  membuat perubahan.

“Kami yakin masa depan sudah tidak ada dalam Umno. Dengan corak dan pendekatan politik yang ada, Umno sudah tertinggal di arus
perubahan negara dan dunia,” katanya.

Katanya semua calon Umno yang terpilih itu terdiri daripada mereka yang tidak layak, bermasalah dan mempunyai agenda kepentingan  peribadi.

Disebabkan itu, Tamrin menjangkakan banyak kerusi Parlimen yang dimenangi BN sebelum ini akan kecundang ke tangan Pakatan  Rakyat.

Beliau turut meramalkan tindakan BN yang memindahkan Datuk Mukhriz Mahathir daripada Parlimen Jerlun ke kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) Ayer Hitam sebenarnya ingin membunuh karier politik anak mantan Perdana Menteri itu.

“Sepatutnya kerusi yang selamat untuk Mukhriz adalah DUN Kuah di Langkawi kerana ada sentimen Mahathir yang telah membangunkan  Langkawi.

“Kawasan Jitra (Kayu Hitam) itu kawasan kuat PAS. Dua PRU yang lalu PAS menang.

“Memang ada unsur cubaan nak pekena dia sebab ada kumpulan lain yang nak jadi Menteri Besar juga,” katanya.


  Perangkaaan: Adakah Ummat Islam Hilang Kuasa bila PR Menang?
Posted on Tuesday, April 23 @ 17:52:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ahmadhadeed

"

Pihak UMNO (BN) banyak memainkan isu hilang kuasa politik Ummat Islam dalam kain rentang dan akhbar dengan mengguna orang ugama dan pondok. Adakah ini bertepatan dengan statistic atau ia hanya cubaan akhir menipu pengundi Muslim. Inshaalah saya cuba mengupas ini dengan menggunakan perangkaan yang saya analisa sendiri dari data SPR dengan menggunakan perisian computer dan meramal samaada PR akan menang atau tidak.

Jumlah kerusi parlimen yang di pertandingkan ialah 222 kerusi. BN  dan DAP PAS dan PKR berebut untuk mendapatkan kerusi ini untuk memerintah dan bagi PR untuk  mengguling kerajaan rasuah dan corrupt BN. BN telah mencuri duit rakyat selama 55 tahun dan semua tidak mahu lagi menyambung perbuatan jahat ini selama 5 tahun lagi. Dari jumlah 221 kerusi ( tolak Pasir Mas bebas) BN menyenaraikan 130 calun Muslim dan 91 calon bukan Muslim. Kita mesti ingat bahawa kita mesti mengelakkan double counting kerana DAP, PKR non muslim   akan berlawan dengan calon non muslim MCA, MIC dan PAS, PKR muslim  akan melawan UMNO. Oleh itu kita boleh anggap 130 kerusi Parlimen akan di rebut oleh UMNO dan PAS/PKR calon muslim dan 91 kerusi direbut oleh MCA MIC dan DAP/PKR calon non musim. Berikut adalah perincian nya ( lihat data di bawah)
Andaikanlah  sentiment penggundi Cina mahukan perubahan tinggi dan 70 peratus menggundi DAP atau calon non muslim PKR maka undi DAP ialah 32 dari 47 kerusi di tandingi ( tolak 4 calon melayu DAP)dan calon PKR non Muslim akan mendapat 24 dari 34 kerusi di tandingi . PAS pula kalau di anggap 50 peratus pengundi  akan mengundi PAS, maka PAS mendapat 36 kerusi parlimen dari 72 yang di tandingi. PKR calon Muslim pula di anggap menang 50 percent juga maka kerusi Muslim PKR ialah 33 dari 65 kerusi ditandingi. Ini bermakna UMNO mendapat 61 kerusi dari 130 kerusi  kawasan muslim yang di tandingi. MCA MIC dll pula akan menang 35 kerusi.
Adakah PR akan menang? Jawabnya ya..PR akan ke Putra jaya.
Dari jumlah yang dikira PAS akan dapat 36 kerusi parlimen, DAP 32 kerusi dan PKR 57 kerusi. Jumlah nya ialah 125 kerusi dan ia melepasi 111 kerusi yang di perlukan untuk membentuk kerajaan melainkan SPR membatalkan nya atau dharurat di ishtihar.
Adakah Ummat Islam menjadi kuasa politik kecil apabila PR menang. Jawab nya ..tidak. Kalau di campur kerusi Parlimen PAS 36.. PKR muslim 33 maka jumlah nya 69 berbanding  56 kerusi gabungan DAP , PKR bukan muslim. Maka kata kata UMNO dan BN bahawa kuasa politik ummat Islam bila PR menang terhakis adalah BOHONG.
Adakah akan berlaku bertukaran pelembagaan ..jawabnya tidak. Selain dari mesti di lulus di Dewan Negara, jumlah Kerusi Parliament Ummat Islam ( termasuk umno) ialah 130 dan non muslim 91.
Perlu di maklum bahawa analisa ini adalah untuk menjawab tipu daya UMNO yang ingin terus menipu ummat islam dan orang Melayu tanpa belas kasihan dan tanpa jemu jemu. Di samping itu ia berlandas kepada andaian andaian tertentu mengikut penganalisis.
 Saya juga memohon ampun dari Allah swt jika apa yang saya tuliskan ini akan memudharatkan Ummat Islam. Ya Allah ampunlah hamba Mu yang lemah ini, sesungguhnya aku hanya berjuang untuk menegakkan ugama Mu dan mencegah munkar yang sudah berada pada tahap bongkak dan angkuh


 parti           calon musim      calon non  jumlah
BEBAS 56 23 79
BERJASA 9 9
BERSAMA 1 1
BN 130 91 221
DAP 4 47 51
KITA 1 1 2
PAS 72 72
PCM 2 2
PKR 65 34 99
SAPP 8 8
STAR 9 19 28 

swp   ( 6 non muslim)


Tiada ulasan: