Selasa, 23 April 2013

ADA YANG DAH TAK LAKU...ADA JUGA CAKAPNYA TAK LAKU LAGI...ADA JUGA MEMANG DARI DULU TAK LAKU2

PKR Terengganu beri laluan kepada calon PAS

Muhammad Faizal, 22 Apr 2013
KUALA TERENGGANU: Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mengumumkan memberi laluan kepada kesemua calon PAS untuk bertanding di tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Beliau juga turut memberitahu perkara itu telah dimaklumkan kepada calon PKR dan ia disambut baik oleh ketiga-tiga mereka iaitu Mohd. Shamsul Mat Amin (Bukit Besi), Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (Kota Putera) dan Ahmad Nazri Mohd. Yusof (Seberang Takir).

"Saya telah menerima keputusan ini pada jam 11 pagi tadi dan bersetuju memberi laluan kepada PAS untuk terus bertanding di ketiga-tiga Dun yang bertindih, ketiga-tiga calon PKR menyambut baik keputusan tersebut.

"Perkara ini diambil bagi memastikan jalinan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat itu di utamakan dan bukannya berbentuk agenda peribadi serta memastikan Barisan Nasional (BN) dapat kita kalahkan," jelas Azan (gambar) kepada Harakahdaily.

PAS telah meletakkan calonnya Roslan Ismail (Bukit Besi), Adam Mat Said (Kota Putera) dan Zakaria Dagang (Seberang Takir).

Pada sidang media di Pejabat Agung Pas pagi tadi, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut memberitahu, PAS akan menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Pertindihan kerusi antara PAS dan PKR melibatkkan satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dun, perkara itu diselesaikan dengan kerjasama dari parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

LAPORAN BERKAITAN


3 DUN T'ganu kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti kepada PKR

PAS P Pinang akur serah Sungai Acheh kepada PKR

Mohd Sabri Said, 22 Apr 2013
PULAU PINANG: PAS Pulau Pinang akur dengan keputusan menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh kepada PKR seperti mana yang telah diputuskan oleh PAS Pusat hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Saleh Man berkata, memandangkan persetujuan telah dicapai oleh kepimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat, maka semua pihak harus akur dengan keputusan tersebut.

Sehubungan itu juga katanya, jentera parti PAS dan PKR harus bergerak bersama dengan satu matlamat iaitu memastikan BN tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU13) kali ini.

"Saya sudah jalankan tanggungjawab bersama kepimpinan PAS Negeri untuk memastikan Dun tersebut ditandingi PAS. Tetapi, ia adalah keputusan pihak tertinggi dalam PAS yang tentunya mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi," ujarnya pada sidang media petang ini sambil menasihatkan semua pihak menerima keputusan tersebut.

Bagaimanapun, beliau turut menyeru agar pimpinan PAS Pusat segera turun padang bagi menjernihkan kekeruhan yang berlaku dan menjelaskannya khususnya kepada jentera dan anggota parti di Dun berkenaan.

"PAS Pusat sendiri perlu datang untuk menenangkan keadaan dengan menyatukan semua pihak terutamanya kedua-dua parti gabungan PR ini agar bersama menghalakan senapang ke arah musuh, dan bukan sesama sendiri yang akhirnya membawa kerugian kepada jemaah," katanya.

Kerusi Dun Sg Acheh adalah antara tujuk kerusi menyaksikan berlakunya pertindihan calon PAS dan PKR pada hari penamaan calon kelmarin.

Pagi tadi, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media mengumumkan cadangan PAS untuk menyerahkan kerusi Dun Sg Acheh kepada PKR.

Dua lagi kerusi yang turut diserahkan kepada PKR adalah Parlimen Labuan dan Dun Panti di Johor.

Sebagai timbal balas, PKR pula dicadangkan agar menyerahkan tiga Dun di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi Dun Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi sendiri.

Dengan keputusan terbaru itu, kesemua kerusi tersebut bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calaon Pakatan Rakyat dengan calon BN.

Muhammad Taib orang baru dalam PAS

Subky Latif, 22 Apr 2013
SEMINGGU sudah Dato Seri Nizar Jamaluddin menyebut adanya bekas Menteri Besar UMNO akan menyertai PAS.
Maka semua bertanya, siapa?

Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Idris Jusoh dari Terengganukah? Tun Khalil Yaakob yang jadi Gabenor Melakakah?  Shahidan Kassim  dan Tan Sr Hamid Pak Wan Tehkah?

Sekarang telah terjawab. Sehari selepas penamaan calon Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai jamuan rakyat anjuran Persatuan Bengkulu Malaysia di Sungai Choh yang dihadiri oleh calon dan penyokong  Pakatan Rakyat. Esoknya dia mengumumkan di Pejabat Agung PAS menyertai PAS.

Dia boleh mengumumkan tindakannya itu beberapa minggu dulu, tetapi dia tidak mahu dilihat menyertai PAS kerana hendak bertanding. Biar selesai penamaan calon, baru ia  diumumkan.

Kemasukannya tidak sama dengan kemasukan 100 orang ahli UMNO cawangan yang berlaku di sana sini. Tetapi kemasukan orang sepertinya, calon Timbalan  Presiden yang tidak terpilih, selain dari bekas  Menteri Besar sekian lama adalah Naib Presiden UMNO dalam team wawasan untuk beberapa penggal bersama dengan Tun Abdullah Badawi dan Najib. Dari tiga itu dia seorang  yang tidak jadi Perdana Menteri. Kemasukannya amat besar ertinya.

Mungkin tidak  sama dengan kemasukan Umar al-Khatab dan Khalid Ibni Walid ke dalam Islam, tetapi gemanya dekat seperti itulah.

Dipercayai banyak untungnya bagi PAS  dan Pakatan Rakyat.

Sebulan sudah  anak saya memberitahu, Tan Sri Muhammad ada perubahan besar. Dia ada menyumbangkan sesuatu kepada sebuah sekolah tahfiz Paya Jaras. Dia bercakap kepada guru-guru dan murid sekolah itu.

Dia bercakap tentang pentingnya kembali kepada kehidupan Islam sebenar dan dia memuji PAS sebagai wadah pejuangan Islam yang istiqamah.

Kata anak saya, cakapnya positif dan nampak sebagai sikap baru seseorang Islam.

Saya tidak menyangka dalam masa sebulan kemudian dia berada di Pejabat Agung PAS mengumumkan  dirinya menyertai PAS.

PAS adalah sebuah parti yang bukan sekadar untuk semua orang Islam tetapi dalam penamplan barunya ia adalah Islam Untuk Semua. Jika pada PAS kemasukan seorang penganggur atau seorang buruh biasa dianggap suatu yang penting besar ertinya, maka apa lagilah seorang yang pernah memegang sebuah kerajaan di negeri yang termaju iaitu  Selangor, tentulah amat besar kesan tempiasnya.

Kemasukkan bukan sekadar memberi untung besar kepada PAS tetapi ia men guntungkan  diri bekas menteri besar itu sendiri dan keluarganya serta orang-orang yang bersamanya. Kita tidak tahu apa kuntungan untuknya, tetapi tahulah Allah untuk memberi sesuatu kepada orang yang bekerja untuk  Islam   dan memberikan baki hidupkan kepada Islam.

Tiada siapa yang boleh mempengaruhinya untuk menyertai PAS. Dia telah berada dalam UMNO di bawah  sikit daripada kadudukan Dr. Mahathir dan setara dengan Tun Abdullah dan Najib. Dia tahu apa yang dibuat dan tiada orang boleh mencelah fikirannya.

Jika dia menang bertanding dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO, maka dia adalah Timbalan Perdana Menteri selepas itu.

Dari seorang yang begitu tinggi dalam UMNO dulu, kini dia menjadi  ahli PAS biasa. PAS yang belum berkuasa tidak menjanjikan apa-apa untuknya.  Dan dia pun tidak mengharapkan apa-apa. Dia datang untuk bersama-masa berkongsi pahit maung perjuangan PAS tidak berduit  dan tidak berkuasa. Yang ada pada PAS yang dipilih oleh Muhammad Muhd Taib ialah nama dan satu wadah yang suci untuk umat dan rakyat.

Iklan berbayar MCA vs iklan percuma Pakatan

Harakahdaily, 22 Apr 2013

(Iklan penyokong Pakatan [kiri] yang menjawab iklan komersial yang MCA siarkan dalam media-media tradisional mereka)

KUALA LUMPUR: MCA telah mengeluarkan iklan-iklan bersiri bertajuk satu undi kepada DAP adalah satu undi kepada PAS kononnya untuk menakutkan warga Tiong Hua.

Amat malang, iklan-iklan tersebut disambut sebagai bahan jenaka di Facebook.

“Iklan MCA ini macam nak bagitahu saya undi DAP adalah undi untuk PAS dan adalah undi untuk Pakatan Rakyat (PR). Macam suruh saya undi DAP. Saya tak dapat mesej mereka suruh jangan undi DAP kerana undi itu sampai ke tangan PAS.

"Yang saya dapat mesej kata undi kepada mana-mana parti komponen PR ialah undi kepada PR,” tulis seorang warga peminat Facebook Harakahdaily.

Sentimen itu juga dikongsi bersama masyarakat Tiong Hua di alam maya mengikut tinjauan Harakahdaily.

Hari ini, muncul pula satu iklan yang serupa seperti yang dilakukan oleh MCA di alam maya, tapi jauh lebih kreatif dan sampai mesejnya.

Mesejnya berbunyi – ‘Satu undi Umno-BN ialah satu undi kepada Perkasa.’

“Kuasa di belakang Umno ialah Perkasa. Ia adalah jelas Perkasa adalah sebahagian daripada Umno dan Umno ialah Perkasa dalam keadaan yang paling teruk,” tulis iklan yang percuma itu yang kini hangat dikongsikan di Facebook.

Awang Adek tersepit, buat tuduhan tanpa bukti

Atiff Idris, 22 Apr 2013
BACHOK: Calon BN di parlimen Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin dilihat benar-benar tersepit apabila berterusan melemparkan dakwaan fitnah terhadap PAS.

Semalam pula ketua Umno Bachok itu mendakwa kononnya pembangkang ditaja pihak asing dengan menyogok pengundi supaya menyokong parti terbabit.

Timbalan Yang Dipertua PAS Bachok, Hassan Mohamood berkata, Awang Adek dilihat benar-benar tersepit sehingga sanggup mengeluarkan fitnah terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

“Selalunya Umno menuduh kita kutip derma setiap kali berlangsungnya program ceramah bagi mengisi tabung parti, tiba-tiba sekarang beliau menuduh pula kita bersekongkol dengan pihak asing.

“Dana yang kita guna hasil derma daripada rakyat dan inisiatif PAS Bachok dan Kelantan. Kita tidak pernah mendapat dana daripada pihak asing.

“Tuduhan itu sangat bahaya. Baru-baru ini beliau mendakwa muslimat PAS menyogok wang sebanyak RM500 kepada seorang wanita Umno, sedangkan tiada bukti ditunjukkan,” katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Awang mendakwa Kementerian Kewangan menerima laporan berkaitan bantuan dana asing bagi menyogok pengundi supaya mengundi parti pembangkang.

Hassan yang juga calon PAS di Dun Tawang berkata, sentimen murahan itu semata-mata hendak mengabui mata rakyat dengan mengeluarkan fitnah bagi menjaga kepentingan politiknya.

Setiausaha PAS Bachok, Huzaimy Che Husin berkata, dakwaan Awang Adek adalah fitnah dalam usahanya melemahkan semangat jentera PAS di Bachok.

“Tidak sepatutnya seorang pemimpin yang juga bekas Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan tanpa bukti. Amat malang sekali rakyat Bachok memiliki pemimpin seperti itu,” ujarnya yang juga calon PAS di Dun Perupuk.

Bukan 22 tetapi 61 calon bebas Umno

Harakahdaily, 22 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Bukan 22 tetapi 61 ahli Umno termasuk pemimpin Wanita Umno berpengaruh Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri Mohd Shariff Omar dipecat serta merta kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Perkara itu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail menggunakan fasal 20.10 Perlembagaan Umno.

Fasal itu menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

"Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya Ahmad Rithaudeen yang dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sekurang-kurangnya 22 ahli dan pemimpin Umno dipecat kerana bertanding atas tiket bebas.

Kamilia bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar manakala Shariff, bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Jawatankuasa Bahagian Tasek Gelugor bertanding di Parlimen Tasek Gelugor.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang.

Datuk Badruddin Tun Mustapha juga dipecat kerana bertanding di Parlimen Semporna dan Dun Senallang di Sabah.

Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang diberi laluan percuma untuk bertanding satu lawan satu dengan calon PAS, timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Mat, merayu agar Lembaga Disiplin Umno supaya tidak mengenakan tindakan terhadap Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Che Johan Che Pa.

Che Johan sengaja tidak menyerahkan borang ketika hari penamaan calon di Pasir Mas kerana menganggap Ibrahim sebagai ‘ayah’nya.

Ahmad Rithaudeen berkata tiga anggota Umno akan dipanggil untuk menjawab kegagalan mereka menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan borang calon pada hari penaman calon Sabtu lepas.
Umno pecat 58 ahli tanding calon Bebas
Wartawan Sinar Harian
22 April 2013
Logo Umno
Logo Umno
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno hari ini memecat seramai 58 ahli parti itu termasuk Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas berkuat kuasa serta-merta.
Menurut laporan awal Umno Online, 61 orang telah dipecat.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail berkata, keputusan pemecatan itu diambil selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

"Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamalia bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Turut dipecat ialah bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Jawatankuasa Bahagian Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang.

Datu Badruddin Tun Mustapha juga dipecat kerana bertanding di Parlimen Semporna dan Dun Senallang.

Ahmad Rithaudeen berkata, selain itu, tiga anggota Umno akan dipanggil minggu ini bagi menjawab tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan borang calon pada hari penaman calon Sabtu lepas.

Mereka akan dipanggil mengikut Fasal 20.8 Pelembagaan Umno dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli Umno (Gagal mengikut perintah-perintah parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti). 

"Lembaga Disiplin Umno sekali lagi mengingatkan anggota Umno bahawa lembaga disiplin telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana anggota Umno yang melakukan kesalahan sabotaj parti dalam waktu tempoh berkempen pilihan raya umum ke-13 ini.

"Tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci," katanya dipetik Bernama.

Ahmad Rithaudeen juga meminta semua anggota parti supaya bersatu padu dan menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN) yang dinamakan bertanding oleh pucuk
pimpinan parti.

"Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan BN," katanya.

Berikut 58 nama yang disenaraikan oleh Umno Online:
1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI MOHD SHARIFF HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)

3. PARLIMEN SEPANG – DATUK SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) –  YAACOB MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BABA

12. PARLIMEN BERA-  MOHD. WALI ALANG AHAMAD

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM IBRAHIM

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID KASSIM (KETUA CAWANGAN)

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL HANAFI

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI AHMAD

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG-  ZAINUDIN YOM

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ G.M ISMAIL MARICAR

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN MOHD ABDUL KADER

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN TAMSIR

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI LUDIN

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)-  AMEIR HASSAN

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – ROSLI OMAR

26. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF MASUD

27. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI WAHAB

28. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI IBRAHIM

29.  PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL  HAMIDSOR

30. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR SAKA

31. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD MANUKE

32. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR KAWI

33. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI EDRIS

34. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN ATANG

35. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU ENJIL

36. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE PG. HINDI @ ABDUL GHANI

37. HUSSEIN MUMAKIL

38. JULKALANI ABD RAHMAN

39. MAMAT BALHANA

40. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM TALIP

41. ABDUL MANANG HATIB LAWARI @ OS

42. ATAL MUHAMMAD K.K ABD MENANG

43. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH ABU BAKAR

44. DUN SEBATIK (KALABAKAN) –  MOHAMAD YUSUP LEWAH

45. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN HARITH

46. AK. ALIUDDIN PG. MOHD. TAHIR

47. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI SUHAILI

48. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI SAMAT

49. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH MADARAK

50. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH AGITOR @ MOHD DAUD

51. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN MUSTAPHA

52. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD ABDUL

53. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN IBNU HASSAN

54. SHARIF SHAMSUDDIN SHARIF SAGAF

55. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN TUN DATU MUSTAPHA

56. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID SAHJINAN

57. PARLIMEN TAWAU – AHMAD AWANG @ MADON

58. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA ZAINAL

Tiada ulasan: