Ahad, 30 November 2014

BILA KEWAJIPAN DITINGGALKAN...BERDOSALAH...JIKA DITAKDIR JODOH TAK PANJANG...APA YANG SUAMI ADA...




Harga RON97, RON95 turun mulai 12 malam ini
  • Minyak
1 / 1
KUALA LUMPUR - Harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan kepada tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.
  
Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.
 
Menurut Hasan harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.
  
"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baharu itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Mangsa penipuan online harap polis bertindak
  • Mohd Azmi menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Sik hari ini. Mohd Azmi menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Sik hari ini.
1 / 2
SIK - Seorang pekerja swasta mengalami kerugian apabila diperdaya individu yang menjual aksesori motosikal melalui Facebook.
 
Mangsa Mohd Azmi Saidin, 23, berkata pada 13 November lalu ketika melayari laman sosial berkenaan, beliau melihat iklan mengenai rim motor yang dijual individu tersebut.
 
"Saya suka beli barang melalui online dan sebelum tidak pernah ada masalah, jadi saya percaya dia ni juga jujur seperti peniaga lain.
 
"Bersetuju dengan harga ditawarkan, saya bank in RM360 ke akaun Bank Simpanan Nasional pada keesokan harinya," katanya.
 
Mohd Azmi berkata, selepas bayaran dilunaskan, individu berkenaan memaklumkan nombor rujukan pengeposan dan berjanji barang yang dibeli akan diterima selepas empat hari.
 
"Selepas empat hari barang dijanjikan tak tiba, saya pun hubungi Poslaju dan dimaklumkan nombor rujukan itu tak wujud.
 
"Apabila saya hubungi dia panggilan dan whatsApp tidak dijawab. Facebooknya juga sudah dipadamkan," katanya.
 
Mohd Azmi berkata, dia turut melihat viral beberapa pelanggan lain turut menjadi mangsa individu itu.
 
"Saya rasa dianiaya dan harap pihak polis dapat ambil tindakan kerana saya tidak mahu lebih ramai pelanggan menjadi mangsa penipuan ini.
 
"Mungkin jumlah kerugian ini kecil bagi orang lain, tapi jika setiap hari ada mangsa baru maka jenayah seperti ini akan terus berleluasa, " katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik di sini hari ini.
 
Mohd Azmi berkata, beliau yakin pihak polis akan dapat memberkas individu terbabit dengan segera berdasarkan bahan bukti penting seperti nombor akaun bank.
  
Pada 21 November lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.
  
“Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010,” katanya.
  
"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)," katanya. - Bernama
Isteri kerja, suami lepak
  • - Gambar hiasan - Gambar hiasan
1 / 1
PERTEMUAN saya dan seorang kenalan lama berlaku secara tidak sengaja. Jujur saya katakan, impresi pertama saya adalah tidak percaya saat terpandangkan wajahnya yang hampir tidak dicam kerana kusut dan lesu.

Dia yang saya kenal seorang yang sangat cantik dan berpenampilan menarik ketika kami di kolej dahulu.

Tapi hari ini, dia saya lihat begitu lesu, tidak ceria dan sedikit gempal berbanding dahulu. Apa berlaku? Saya tertanya-tanya.

Hampir sembilan tahun kami terpisah, pertemuan itu terlalu nostalgik untuk saya huraikan. Kami berpelukan lama. Air mata mengalir tiba-tiba. Entah kenapa, saya dan Emma merasakan rindu nan syahdu.

Emma (bukan nama sebenar) menarik tangan saya ke tepi koridor pejabat pos. Niat saya untuk membayar bil serta-merta tertangguh lantaran terlalu banyak yang ingin kami perkatakan. Saya dan Emma, masing-masing punya cerita.

Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun dan bayi berusia kira-kira lapan bulan diam dalam trolly di sisi Emma. Tanpa kata, saya memahami senyuman Emma yang memaksudkan bahawa itu bayi dan anaknya.

Saya tersenyum, mencuit pipi montel bayi lelaki Emma. Sesungguhnya, Emma antara teman rapat saya di kolej dahulu.

“Kenapa muka nampak kusam ni? Macam...-

“Orang ada banyak masalah?” Emma meningkah, seperti dapat menduga yang saya hairankan keadaannya. Saya tersenyum kelat, lalu memutar soalan lain.

Bimbang sahabat yang dirindui ini terluka pula.

“Kau kahwin dengan Boy ke? Senyap tanpa berita. Aku cari nama kau dalam Facebook pun tak ada?.” Soal saya. Emma senyum lagi, sedangkan tadi air matanya mengalir sewaktu kami berpelukan. Nah, saya mula kognisi. Orang kuat senyum mahupun ketawa, pasti sedang menyembunyikan masalah.


Suami culas

Dari sekadar berdiri di hadapan pejabat pos, kami beralih ke dalam kedai makan yang terletak berhampiran. Usai membetulkan duduk anak-anak dan posisinya sendiri, Emma membuka bicara.

“Boy tak kerja. Dah dua tahun aku sara dia. Kau mesti nak kata aku bodoh kan? Memang aku bodoh tapi... Kau boleh tolong aku?” Saya terdiam. Soalan ini memang lebih susah dari soalan final exam.

“Aku tertekan sangat. Banyak perkara aku kena fikir setiap bulan. Aku kena kerja, kemas rumah, jaga anak, hantar anak ke pengasuh, hantar sekolah tadika. Dah lah aku yang bayar semua bil.

Gaji RM4,000 habis! Boy makin melampau. Dulu aku faham sebab dia susah nak dapat kerja, sekarang macam dah naik lemak. Kerja rumah satu pun tak bantu. Apa aku kena buat? Tolonglah...”

Terlalu banyak yang Emma hamburkan, dan kesemuanya berpusat kepada satu permasalahan, iaitu kerja. Suaminya tidak bekerja dan culas. Tidak menjalankan tanggungjawab dan tidak pula membantu meringankan beban Emma dalam melakukan tugas-tugas di rumah.

Saya yakin, situasi ini juga dilalui kebanyakan wanita lain di luar sana. Ada wanita yang bekerjaya, membina empayar perniagaan yang gah tetapi suaminya tidak berbuat apa-apa.

Jika situasi seperti ini, isteri mungkin terdera dari sudut emosi sebaliknya kewangan bukan beban. Tetapi bagaimana dengan isteri yang berpendapatan rendah. Ada yang sekadar meniaga kecil-kecilan, tetapi suami sibuk melepak di kedai makan main dam haji!

Fitrah wanita, selalunya bersabar dan bersabar sehingga hati sendiri terluka. Dalam keadaan apa jua pun wanita ingin melakukan dan memberikan yang terbaik buat pasangannya.

Malangnya, madu dibalas cuka. Natijahnya, jadi seperti Emma yang sudah mula tidak memikirkan penampilan diri.

Di sini, permasalahan lain pula bermula. Apabila nampak isteri sudah tidak cantik, suami mungkin terdorong mencari kekasih gelap. Isteri juga dipersalahkan kerana tidak menjaga body. Sedangkan tanggungjawab menjaga keluarga telah diambil alih oleh isteri. Itu tidak mahu diambil kira pula?

Kasihanilah si isteri. Benaknya penuh dengan masalah. Ya, otak isteri ibarat pejabat pengurusan yang paling bijak dan bersistematik. Akan tetapi, jika segala-galanya tertanggung di benaknya sendirian, fikirannya pasti lemah dan tepu. Kesan dari itu akan menular ke arah fizikalnya yang turut terdorong penat dan lemah.

Gangguan emosi dan kelemahan spiritual bergabung menjadi buntu. Bersama-samalah kita bermuhasabah diri dengan perkongsian WOW minggu ini. Isteri kerja, suami lepak.

Lantikan semula bukti Anwar masih berbisa
  • Prof Dr Azmi Hassan - Foto Bernama Prof Dr Azmi Hassan - Foto Bernama
1 / 1
SHAH ALAM – Keputusan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali melantik semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor disifatkan menongkah arus tindakan yang dilaksanakan bekas menteri besar sebelum ini.

Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, Azmin cuba membuktikan tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menutup pejabat Penasihat Ekonomi Selangor adalah sesuatu yang tidak wajar, malah ketua pembangkang itu masih relevan memegang posisi berkenaan.

“Lantikan semula ini menunjukkan Anwar masih berbisa, bagaimanapun Azmin perlu tegas dalam menjalankan pentadbiran negeri agar tidak mudah dipengaruhi.
“Tetapi Azmin tidak akan menjadi ‘remote control’, sebaliknya banyak keputusan membabitkan hal pembangunan Selangor akan mendapat tempias daripada Anwar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Azmi menambah, pelaburan luar negara mungkin tidak akan berubah namun diramalkan Anwar akan membantu merancakkan pembangunan infrastruktur.

“Sebab berdasarkan sejarah Anwar, beliau tidak banyak membantu menyuntik pelaburan besar ke Selangor. Malah keputusan Azmin kelak akan selari dengan hasrat penasihat ekonomi,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat Azmin mengambil risiko besar kerana Anwar masih menanti keputusan Mahkamah Persekutuan yang menangguhkan tarikh lain keputusan rayuan akhir terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Tindakan Azmin melantik semula Anwar dilihat sebagai menghargai hubungan akrab mentornya, bagaimanapun saya yakin beliau mempunyai rasional tersendiri.

“Umum maklum jawatan berkenaan tidak diperlukan memandangkan Anwar telah memegang banyak peranan lain, contohnya selaku ketua pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Ia dilihat  membebankan beliau,” katanya.

Kelmarin, Azmin yakin Ketua Umum PKR itu mampu memainkan peranan penting  dalam usaha menarik minat pelabur luar ke Selangor.

Katanya, Anwar boleh memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri itu.

Selasa lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias sewaktu sesi perbahasan mencadangkan kerajaan negeri menutup terus pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana dilihat hanya membazir.

Giliran Ustaz Azhar Idrus jawab Dr Mashitah [Video]

Dr_Mashitah_NGE_PAUSebelum ini bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi dan penyanyi ‘Janji Manismu’ Aishah memberi jawapan kepada Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Ketua Wanita UMNO Baling, perwakilan Kedah di PAU 2014.
Kini penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus memberi jawapan terhadap perkara-perkara dibangkitkan Dr Mashitah.






Cara jawapan seorang penceramah dihormati memberi jawapan, bukannya menyindir serta mencari perhatian pihak lain kerana laba politik.

Tiada ulasan: