6:35PM - 29 Nov 2014
'Presiden Umno masih PM selepas PRU14?'
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan kebimbangannya terhadap pola kemerosotan sokongan terhadap BN.
Beliau berkata kemerosotan itu perlu dihentikan jika Umno masih mahu terus kekal berkuasa selepas pilihan raya ke-14.
"Saya tak tahu kalau tiga tahun akan datang kita boleh bersidang selepas pilihan raya - sama ada kita boleh panggil presiden kita sebagai perdana menteri atau tidak," kata Muhyiddin.
Dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno ke-65 petang ini, Muhyiddin turut mengingatkan perwakilan untuk terus bertindak ke atas usul yang dibahaskan dalam perhimpunan ini.
Tegasnya, pilihan raya umum seterusnya akan berlangsung dalam masa tiga tahun dan tiga bulan sahaja dari sekarang.
"Hanya lebih kurang 39 bulan sahaja dari sekarang, pilihan raya pasti diadakan.
"Soalnya dalam tempoh sebegini singkat, apakah inisiatif baru yang boleh kita laksanakan untuk mengembalikan keyakinan, memperbetulkan persepsi yang telah dibahaskan usulnya pada peringkat Pemuda dan Wanita.
"Kalau kita tak ada inisiatif tak bawa pembaharuan dalam tempoh yang segera, kita akan berada dalam keadaan yang cukup berbahaya," katanya.

shared Asri Hamid's photo.
Cerita
lama yang sering didendangkan oleh perwakilan dari Pulau Pinang setiap
kali Perhimpunan Agung Umno...semuanya salah DAP tetapi semua orang tahu
siapa sebenarnya yang menjadi barua dan broker
Mana bijak pandai UMNO ?
Sila jawab .. jangan malu dan segan !
JANGAN ASYIK MELUCAH SAJA !
Sila jawab .. jangan malu dan segan !
JANGAN ASYIK MELUCAH SAJA !
:21PM - 29 Nov 2014
PM dakwa pembangkang 'ibu segala korupsi'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak menggelar pembangkang sebagai 'ibu segala korupsi' berhubung kes
Menteri Luar Datuk Anifah Aman yang mendakwa ditawarkan RM100 juta
sebagai dorongan untuk menyertai pembangkang.
Najib yang juga presiden Umno menegaskan walaupun ia kes mahkamah,
beliau telah menyemak dengan peguam bahawa perkara itu tidak dianggap
subjudis apatah lagi Anifah juga telah disoal balas dan ia boleh diulas
dalam ucapannya itu.
"Mereka ini the 'mother of the all corruption'. Kita dituduh macam-macam
(oleh pembangkang)," katanya dalam ucapan penggulungannya di
Perhimpunan Agung Umno di PWTC hari ini.
"Jangan ingat, fikir kita yang teruk, pembangkang lagi teruk," katanya sambil menunjukkan muka depan akhbar Utusan Malaysia berhubung kes tersebut.
Beliau mengulas laporan kes Anifah Aman yang mendakwa pernah ditawarkan
wang itu sebagai dorongan untuk dirinya agar membawa masuk beberapa ahli
Parlimen dari Sabah menyertai pakatan pembangkang.
Anifah dilapor berkata tawaran itu dibuat oleh seorang tokoh korporat di
sebuah hotel terkemuka di ibu negara sekitar tahun 2008.
Dalam ucapannya juga, tanpa menyebut nama, tetapi ternyata merujuk
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya, meminta wakil rakyat
PKR meletakkan jawatan untuk membolehkan isterinya bertanding (dalam
pilihan raya kecil di Kajang) dan seterusnya menteri besar meletakkan
jawatan.
"Ini adalah nepotisme. The biggest form of nepotisme," katanya.
Jika umno gubal akta perdagang tanah melayu....yg paling ramai dihukum ialah pemimpin umno
Harga Minyak RON97, RON95 Dan Diesel Mulai 1 Disember.
Berikutan pemansuhan subsidi minyak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan mulai 1 Disember ini, harga petrol dan diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa.
Ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti dengan harga baru yang akan diumumkan oleh kerajaan setelah pemansuhan subsidi terhadap bahan api ini.
Menurut surat pekeliling yang tersebar di internet, dipercayai pekeliling yang diberikan syarikat IPTB(Buraqoil), harga minyak RON97 akan diturunkan sebanyak 9sen, RON95 diturunkan sebanyak 4sen manakala diesel pula membuat kejutan dengan naik sebanyak 3sen.
Berikut adalah harga terkini minyak dan diesel menurut surat pekeliling tersebut. - Siakapkeli.com.my
- RON97 - RM 2.46 seliter
- RON95 - RM 2.26 Seliter
- Diesel - RM 2.23 seliter
Surat pekeliling mengenai harga terkini minyak mulai 1 Disember ini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan