Utusan kritik si 'angkuh' Adnan Yaakob
Utusan Malaysia hari ini menyerang Menteri Besar Pahang Datuk
Seri Adnan Yaakob selepas di didakwa memperlekeh akhbar itu ekoran
laporannya berkaitan kebanjiran warga asing di Cameron Highlands.
Malah, tanpa menyebut pangkat “Datuk Seri” dalam tulisan itu, Utusan mengkritik “keangkuhannya” terhadap media, malah secara tidak langsung menyarankannya bersara secara sukarela.
“Setakat ini, tiada tanda Adnan mahu bersara secara sukarela, seolah-olah tiada pemimpin lain di Pahang yang layak.
“Maka eloklah Awang peringatkan ungkapan bahasa Inggeris, Don't overstay your welcome (usah terlebih daripada yang dimahukan), yang beliau lebih arif maksudnya,” tulis Awang Selamat.
Tulisan berjudul “Hebat Sangatkah Adnan?” itu juga, tanpa menafikan peranan dan kerja keras Adnan, berkata ramai berpendapat BN di Pahang boleh menang lebih besar jika beliau umumkan berundur selepas PRU-13.
Menurut kolumnis itu, Utusan sebelum ini menerbitkan laporan khas tentang kebanjiran 30,000 warga asing terutama Bangladesh di Cameron Highlands.
Adnan kemudian dikatakan marah dan mengaitkannya dengan agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi mengelakkan syarikat akhbar rugi dan tutup.

Kutip derma guna nama madrasah Thailand palsu
- Peminta sedekah menjadikan bank sebagai tempat untuk meraih simpati masyarakat. - Gambar hiasan
SONGKHLA - THAILAND. Masyarakat di Malaysia dinasihatkan supaya tidak
mudah tertipu dengan helah sindiket kutip derma yang menggunakan nama
madrasah di Thailand.
Mudir Pondok Anak Yatim Santiwit, Abdul Rahman Ahmad berkata, taktik sedemikian biasanya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untukmendapatkan wang dengan cara mudah.
"Pihak madrasah di Thailand ini tidak akan sewenang-wenangnya mengutip derma di pasar-pasar atau di kedai makan di Malaysia ... itu hanya penipuan yang
dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
"Kalau pihak madrasah nak memohon derma, kami akan buat melalui pejabat agama Islam di Thailand dan Malaysia dan hanya mudir, pengurus atau pemilikmadrasah sahaja yang dibenarkan berbuat demikian ... tidak melibatkan anak-anak yatim dan individu lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Khidmat Komuniti dan Berkhatan Sukarelawan Orang Kuala Berang (OKB) yang berlangsung selama dua haribermula semalam anjuran Sekretariat OKB.
"Ada yang minta derma untuk baiki madrasah dengan menunjukkan gambar madrasah, minta derma untuk anak yatim dan ada yang mendakwa mereka juga pelajar madrasah yang dihantar untuk mengutip derma...ini semua sememangnya penipuan," kata Abdul Rahman.
Bagi program berkhatan, sebanyak 10 doktor dan pembantu perubatan dibawa dari Terengganu.
Turut menyertai program ialah Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang, 100 anggota sekretariatdan wakil media. - Bernama

BONGKAR !!! GAMBAR WAJAH SEBENAR NURFURYNA, PENGASAS PRODUK AURA WHITE [8 GAMBAR]
Gambar wajah sebenar Nurfuryna, pengasas produk Aura White - Pemilik nama Nurfuryna Mohd. Azmeer ialah pengasas syarikat kecantikan Aura White, produk yang pernah hangat diperkatakan beberapa bulan lalu selepas kontroversi melanda dutanya, Hanez Suraya berkaitan keretakan rumahtangga orang lain.
Tahukah anda, Nurfuryna atau Feena masih muda iaitu 29 tahun dan amat jelita orangnya namun sudah bergelar ahli perniagaan yang berjaya. Apapun, kalau ada yang mahu menaruh hati pada beliau, pintu sudah tertutup kerana Feen sudah pun berkahwin.
Dengan pengunduran diri Hanez Suraya sebagai duta, pengasas itu kini memilih dua artis terkenal lain iaitu Natasha Hudson dan Amyra Rosli sebagai duta baru.
Kata Feena, pemilihan mereka adalah disebabkan kualiti yang dimilik dua pelakon itu. Mari layan dua keping gambar wajah sebenar Nurfuryna atau Feena yang jelita dan seksi.
PUNCA SEBENAR ! PELAJAR UITM BUNUH KEKASIH DI KRISTAL HEIGHTS
SHAH ALAM – Seorang pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan pelajar yang membunuh teman wanitanya dua minggu lalu.
Tertuduh,pelajar Muhammad Fahmi Mohd. Hanafiah didakwa membunuh Haryati Harun (pelajar gambar kecil), 44, dengan menikam mangsa yang masih bujang di tangga tingkat 6, Blok A, Pangsapuri Kristal Heights pada pukul 2.10 pagi, 15 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Ke-seksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Begitupun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamaruddin.
Sebaliknya,pelajar Muhammad Fahmi yang diwakili peguam bela, S. Selvam mendakwa tertuduh itu dikasari dan dipaksa memberi keterangan secara tidak rela oleh anggota polis sewaktu berada di dalam lokap sepanjang tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan kes tersebut lapor KOSMO!Jumaat, 7 November 2014 @ 5:31 PM
Pengasuh mengaku salah aniaya kanak-kanak di taska Shah Alam
Hanifah Ngah, 35, yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Majistret Farah Azura Mohd Saad.
Farah Azura menetapkan 12 Disember ini untuk mendengar rayuan tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan forensik melibatkan kes kanak-kanak lelaki itu.
Hanifah didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di ruang tamu taska berkenaan di Kota Kemuning, Shah Alam mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Siti Rohaida Che Hamid.
Kes itu menarik perhatian orang ramai selepas rakaman yang menyiarkan kanak-kanak itu didera dimuat naik di laman Facebook.
Rakaman itu menunjukkan wanita itu memasukkan ubat demam dan batuk ke dalam mulut mangsa secara paksa dengan cara menutup mulut, memicit hidung serta menepuk di bahagian dada mangsa. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan