Hadi sekeluarga enggan pindah
- Hadi sekeluarga tidur di tandas awam terbiar ini selepas tapak rumah yang mereka duduki sebelum ini diambil semula pemilik asal
DUNGUN - “Kenapa saya tidak layak mendapat rumah seperti orang lain, sedangkan saya juga ada tapak?”
Demikian luahan Hadi Al Hafiz Musa, 30, yang sudah lima hari bermalam di tandas awam terbiar bersama isteri dan lima anaknya selepas rumah mereka dirobohkan kerana tanah diduduki secara haram itu diambil semula pemilik asal.
Menurut Hadi, dia kesal kerana karenah birokrasi menyebabkan namanya tercicir daripada senarai penerima bantuan rumah murah, sedangkan dia sudah lama tinggal di situ bermula daripada datuk, Sini Mohd diikuti ibunya, Aishah yang membesarkan sembilan anak di perkampungan terletak bersebelahan pekan lama Kuala Dungun itu.
Malah, kata Hadi, dakwaannya selama ini adalah benar dan dia tidak pernah melindungi sebarang fakta dan mempunyai sebarang agenda tersembunyi, melainkan hal berkaitan kehidupannya yang daif itu.
"Selepas kisah kami tersiar dalam Sinar Harian, banyak pihak datang bertanya khabar, namun setakat bertanya khabar tanpa memberikan jaminan apa-apa.
"Jadi, kami terpaksa terus tinggal di tandas yang jijik ini untuk berlindung daripada panas dan hujan," katanya.
Menurutnya, mungkin ramai yang tidak percaya bahawa mereka tujuh beranak tidur di tandas awam terbiar, namun selepas datang sendiri melihat keadaan di situ, baru mereka akui kisah berkenaan ternyata benar.
"Selagi saya tidak jumpa rumah, selagi itulah saya akan tinggal di sini. Biarlah apa orang nak kata, apa yang terjadi, saya yang menanggungnya, orang lain tak duduk tempat saya, mereka tak rasai keperitannya,” katanya.
Hadi berkata, pendapatannya sebagai pengangkat tong ikan di Pasar Dungun hanya cukup untuk perbelanjaan harian termasuk menanggung dua anak yang bersekolah, iaitu Nurul Alia Natasha, 11, di SK Gong Pasir dan Puteri Shahida Amalin, 9, di SK Kuala Dungun.
Menurutnya, buat sementara waktu demi keselamatan anak-anaknya, pada waktu siang, dia menempatkan mereka di rumah ibu mentuanya di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Gong Pasir, namun pada waktu malam, semua anak tinggal bersamanya dan tidur dalam tandas berkenaan.
Katanya, pihak berkenaan ada menawarkannya untuk tinggal di Flat Desa Bijangga yang terletak kira-kira 50 meter dari tandas awam berkenaan, namun dia enggan berpindah kerana masih mempersoalkan mengapa dia sekeluarga dipinggirkan daripada menerima bantuan sebelum ini.
“Nak buat macam mana, saya tak mampu. Mungkin inilah tempat tinggal saya dan anak-anak buat masa ini. Saya bukan minta apa-apa, cuma mahukan keadilan.
"Saya perlu sebuah rumah, kecil pun sudah mencukupi. Apa yang orang lain dapat, ia juga menjadi hak saya,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian kelmarin melaporkan kemelut penempatan dihadapi penduduk Kampung Bijangga selepas lebih 20 keluarga termasuk Hadi yang mendiami tanah secara haram sejak lebih 30 tahun lalu, terpaksa berpindah kerana pemilik asal mahu mengambil semula tanah berkenaan melalui notis mahkamah.
Justeru, kerajaan negeri berusaha menempatkan sebahagian daripada penduduk terlibat di Rumah Murah Kos Rendah dekat Bukit Tebuk, manakala sebahagian lagi dipindahkan ke Flat Desa Bijangga.
Bagaimanapun, terdapat beberapa keluarga masih belum ditempatkan di mana-mana lokasi disebabkan penempatan yang terhad, biarpun difahamkan, notis pengosongan tanah berkenaan sudah berkuat kuasa.
Difahamkan, selepas kisah keluarga malang ini tersiar, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengadakan lawatan ke tandas awam berkenaan yang dijadikan tempat tinggal sementara Hadi sekeluarga.
Malah, JKM juga mengarahkan Hadi ke pejabat berdekatan untuk tindakan lanjut.

Ibu dakap erat mayat anak
IPOH – Suasana pilu menyelubungi lokasi kemalangan di persimpangan
Jalan Raja Dihilir-Taman Canningberhampiran sebuah stesen minyak di
sini, semalam apabila ibu mangsa yang maut mendakap erat mayat anak
bongsunya yang terbaring di tengah jalan.
Ketika kejadian pada kira-kira jam 1.20 petang itu, mangsa, Mohd Syuqri Rusli, 21, yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC dipercayai dalam perjalanan pulang untuk makan tengah hari bersama ibunya di Taman Rapat Setia.
Ibunya, Mazlah Meor, 45, berkata, anaknya yang bekerja sebagai kerani di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak tidak pernah pulang pada waktu tengah hari kecuali pada Jumaat.
Katanya, dia segera ke lokasi kemalangan setelah menerima panggilan daripada seseorang menerusi telefon bimbit anaknya itu.
“Dia mungkin dalam perjalanan pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Selalunya dia jarang pulang ke rumah kecuali hari Jumaat.
“Saya terkejut lihat anak terbaring dan luluh hati saya apabila dimaklumkan anak saya sudah meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, mangsa maut di tempat kejadian setelah motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW 320i.
Menurutnya, pemandu kereta berusia 72 tahun itu membelok masuk ke Taman Canning untuk pulang ke rumahnya.
“Apabila tiba di tempat kejadian, lelaki warga emas terbabit membelok ke kanan simpang Taman Canning dan tiba-tiba mangsa dari arah bertentangan melanggar bahagian hadapan sebelah kiri kereta terbabit.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Wan Sharuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan keterangan pemandu berkenaan telah diambil.
6:40PM - 13 Nov 2014

'Tanah di JB cuma dibayar pampasan RM500'
NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak pejabat menteri besar
Johor segera menangani isu bayaran pampasan yang "tidak munasbah"
daripada pemaju ekoran pengambilan tanah pada 1997.
Penyelaras SAMM Johor Hadzril Rizal berkata, pihaknya difahamkan, pampasan terhadap tanah pengadu di Kampung Bakar Bata, Plentong di Johor Bahru hanya dibayar RM500, setelah 17 tahun cuba mendapatkannya.
“Tidakkah menteri besar Johor juga memahami tidak mungkin pengadu dapat mencari tanah yang baru dengan nilai pampasan RM500 itu?” soal Hadzril.
Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, Hadzril berkata, bayaran melalui cek pada 25 April lalu dipulangkan kembali kepada pemaju, sebuah firma milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.
Dalam kenyataannya hari ini, Hadzril menggesa pejabat Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin segera mengarahkan pemaju memberikan pampasan setimpal.
Hadzril juga menyatakan kekesalannya terhadap tindakan pejabat menteri besar bagi menangani isu itu.
Dakwanya, setelah pengadu menulis surat dua pucuk surat, terakhir pada 21 Oktober lalu, barulah pejabat menteri besar memberi maklum balas dengan mengarahkan Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru memberi respon.
"Seharusnya, menteri besar Johor tidak perlu menunggu untuk surat kedua sebelum tindakan diambil kerana ini melibatkan penindasan terhadap hak pengadu oleh pemaju," katanya.

Berat badan tinggal 24kg akibat sakit misteri
HULU TERENGGANU - Usianya sudah 33 tahun, namun beratnya cuma 24
kilogram (kg). Begitulah nasib seorang ibu tunggal dua anak, di sini,
apabila tubuhnya berubah menjadi kurus kering dipercayai akibat penyakit
misteri.
Malah, sejak empat bulan lalu, Wan Rohana Wan Mohamad hanya mampu menghabiskan masanya di atas katil dan terpaksa bergantung harap kepada ibunya, Siti Aminah Yaacob, 63, untuk menguruskannya.
Berkongsi penderitaan, Wan Rohana berkata, sebelum ini beratnya sekitar 42 kg, namun selepas hilang selera makan secara tiba-tiba selepas Aidilfitri lalu, beratnya semakin menyusut sehingga keadaan fizikalnya hanya tinggal tulang dan kulit.
“Sebelum ini saya sekeluarga tinggal di Temerloh, Pahang tetapi sebulan setelah suami (Mohd Azmil Faizat Samsudin) meninggal tahun lepas, saya dan anak-anak pulang ke kampung tinggal di rumah keluarga di sini.
"Hasrat saya untuk bantu ibu bapa tetapi keadaan berlaku sebaliknya," katanya kepada Sinar Harian sewaktu menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas negeri merangkap Adun Ajil, Ghazali Taib, di rumahnya, di sini, kelmarin.
Tidak tahu punca
Wan Rohana berkata, dia tidak tahu punca beratnya susut kerana pihak hospital memaklumkan dia tidak mempunyai sebarang penyakit.
Namun katanya, sebelum suaminya meninggal akibat koma setelah dua hari diserang angin ahmar, Allahyarham menunjukkan perangai pelik.
“Pernah dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ke tempat kerja pakai sebelah kasut sahaja... keadaannya tidak terurus seolah-olah dalam kebingungan. Malah, ada ketika rakan sekerjanya hantarnya pulang ke rumah pada waktu bekerja.
“Saya ada bawanya berubat dan ada yang mengatakan arwah suami terkena buatan orang dan keadaan saya sekarang ini adalah tempias daripada perlakuan tersebut," katanya.
Kata Wan Rohana, hatinya kini meronta-ronta mahu sihat semula, seterusnya dapat membesarkan dan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada dua anaknya, Amirul Faizi, 10, dan Fatin Nabila, 7.
Rawatan tradisional
Sementara itu, Siti Aminah berkata, jauh di sudut hatinya sering kali menangis apabila melihat keadaan anaknya itu, namun sebagai ibu, hanya kata-kata semangat dapat diberikan agar Wan Rohana sentiasa kuat menempuh ujian daripada Yang Maha Esa.
“Makcik perasaan dia tidak lalu makan selepas raya puasa lalu, bila makan dia muntah balik, tak sangka keadaannya boleh jadi seperti ini.
"Tambah hairan bila pihak hospital beritahu dia tidak ada penyakit dan kerana itulah juga makcik berusaha ubatinya guna cara kampung," katanya.
Selain berusaha berubat secara kampung, Wan Rohana juga mengambil vitamin dan kalsium dibekalkan pihak hospital.
Siti Aminah berkata, harapannya sekarang mahu melihat anaknya itu kembali pulih walaupun kini, semuanya bergantung harap kepadanya kerana suami, Wan Mohamad Wan Jusoh, 68, juga mengalami masalah penglihatan.
“Mahu atau tak, makcik perlu kuatkan semangat hadapi keadaan ini. Makcik tinggal di rumah ini bersama tujuh ahli keluarga lain, syukurlah ada bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) RM200 sebulan dan Perkeso RM450.
“Sekurang-kurangnya boleh buat belanja harian. Makcik juga bersyukur kerana cucu makcik ini (anak Wan Rohana) tidak pernah bertanya tentang keadaan ibu mereka seolah-olah memahami penderitaan dialami,” katanya.

Murid prasekolah cedera dicampak dari tingkat dua
SEREMBAN - Seorang murid prasekolah di Taman Tasik Jaya cedera akibat
dicampak oleh murid lain dari tingkat dua sekolah berkenaan tengah hari
semalam.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 petang itu, mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Adam Fikri, 6, mengalami cedera di dahi, patah tangan kiri, paha dan pangkal tulang pinggul.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku sewaktu murid berkenaan dalam perjalanan ingin berjumpa ibunya di bilik guru yang terletak di tingkat 2.
Katanya, semasa dalam perjalanan itu, mangsa dikatakan melintasi sekumpulan pelajar, sebelum diangkat oleh seorang murid lain, lalu dicampak ke bawah.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan dan patah tangan serta kaki kanan.
“Ibu mangsa yang menyedari kejadian itu hanya mampu meraung sebaik sahaja mendapati anaknya itu berada dalam keadaan lemah, namun semasa kejadian mangsa masih dalam keadaan sedar,” katanya.
Mangsa kini dirawat dekat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan berada dalam keadaan stabil.
Difahamkan murid yang melakukan perbuatan itu merupakan seorang pelajar dari Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut sebelum tindakan susulan dilakukan.

Ibu mahu terjun bangunan dengan anak
- Anggota PPKM cuba memujuk wanita yang mahu terjun dengan anaknya dari tingkat dua bangunan di Jalan Keladi.
KULIM - Cubaan seorang wanita berusia 30-an untuk terjun dari tingkat
dua sebuah bangunan di Jalan Keladi, di sini bersama bayinya berusia
tujuh bulan gagal apabila mereka diselamatkan ahli Pertubuhan Prihatin
Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) serta anggota dari Balai Bomba dan
Penyelamat Kulim.
Bekas Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, ketika kejadian kira-kira jam 6 petang itu dia menerima panggilan orang awam menyatakan terdapat seorang wanita bersama anaknya cuba terjun dari sebuah bangunan.
"Saya kemudiannya mengarahkan ahli PPKM yang berada di sekitar Kulim ke tempat kejadian dan membantu menyelamatkan wanita berkenaan," katanya.
Difahamkan, wanita terbabit berdepan masalah rumah tangga.
"Apabila dipujuk, ahli PPKM, dua beranak itu dapat dibawa turun sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut.
"Sebelum ini, wanita berkenaan juga difahamkan pernah beberapa kali bertindak sedemikian bagaimanapun diselamatkan orang ramai," katanya.

Kasih ibu sampai ke mati
Kuala Terengganu: Demi kasih sayang ibu, seorang wanita sanggup
mengorbankan nyawanya dengan menolak anak lelakinya ke tepi jalan dan
membiarkan dirinya dirempuh sebuah motosikal di Jalan Pasir Panjang di
sini, pagi ini.
Dalam tragedi menyayat hati itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, yang bangkit dari jatuh hanya mampu melihat jasad ibunya Dayang Che Abdul Kadir, 54, terbaring kaku di atas jalan tar.
Ketika kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke SK Pasir Panjang selepas singgah minum di sebuah warung berhampiran.
Bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju ke arah mereka.
Difahamkan, mangsa yang menyedari kedatangan motosikal itu menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dirinya sendiri dirempuh.
Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal, seorang pelajar tingkatan empat hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu.
Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 2:53 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan