• Khalid Abdul Samad Khalid Abdul Samad
1 / 1
KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Parlimen Pas menggesa kerajaan negeri menyiasat pembayaran RM2.6 juta kepada bekas pekerja Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, ia perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, empat Exco Pas Selangor tidak pernah meluluskan jumlah pampasan yang dibayar kepada bekas pekerja MBI.

“Sebaliknya, mereka hanya dimaklumkan mengenainya oleh Abdul Khalid tetapi kelulusan dibuat oleh Lembaga Pengarah MBI. Usaha melibatkan empat bekas Exco Pas ini dilihat berniat jahat, (iaitu) untuk mencemarkan nama baik mereka.

“Tindakan Abdul Khalid juga menunjukkan fakta beliau sangat kedekut dalam membelanjakan wang rakyat cuma mitos semata-mata. Ini dibuktikan apabila beliau memberi ganjaran yang begitu luar biasa kepada bekas kakitangan MBI,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

AKAN MENYUSUL.