0:27AM - 14 Nov 2014
'Kes bayar pencen RM17j masalah jabatan'
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) mengesyaki bahawa
kes pembayaran pencen kepada anggota yang sudah meninggal dunia berpunca
daripada masalah dalaman yang berlaku di dalam Jabatan Hal Ehwal
Veteran (JHEV).
Setiausaha Agungnya Tajul Ariffin Chu Johari berkata, kes melibatkan kerugian berjumlah RM17 juta itu tidak sepatutnya timbul kerana JHEV tahu apabila anggotanya sudah meninggal dunia.
Jelasnya, JHEV, sebuah jabatan bawah Kementerian Pertahanan, akan mengeluarkan bantuan sumbangan pengebumian kepada waris apabila seseorang anggota veteran meninggal dunia.
Oleh itu, PV-ATM mengesyaki bahawa bahagian yang mengendalikan wang pencen tidak bekerjasama dengan bahagian yang bertanggungjawab memberi bantuan sumbangan pengebumian di JHEV.
"Setiap veteran yang meninggal dunia, keluarga mereka akan mendapat bantuan pengebumian sebanyak RM3000 daripada JHEV iaitu wang yang diberi kerajaan.
"Jadi, sudah tentu (bila berlaku kematian) keluarga veteran yang meninggal itu mendapat bantuan. Jabatan yang kendali pengebumian mengapa tidak ada kerjasama dengan pihak yang urus pemberian pencen di JHEV.
“Masalah ini (pemberian kepada veteran yang dah meninggal) dapat dikurangkan sekiranya masalah dalaman JHEV dapat diselesaikan.
"Sepatutnya bahagian itu (sumbangan pengebumian) maklumkan pada bahagian pencen. Masalah dalaman JHEV mesti dibetulkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Oleh itu, Tajul berkata menyarankan agar Kementerian Pertahanan mengeluarkan arahan supaya JHEV bekerjasama dengan persatuan veteran tentera dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurutnya, perkara itu bertujuan bagi memudahkan pihak JHEV mengetahui sekiranya terdapat veteran tentera yang sudah meninggal dunia.
"Saya rasa kena ada kerjasama antara JHEV, JPN dan persatuan veteran. Kita kena buat satu mekanisme. Kementerian Pertahanan mesti keluar arahan dan arahkan JHEV bekerjasama dengan persatuan dan JPN kalau ada kematian.
"Ini kerana, persatuan merupakan antara yang terawal tahu sekiranya terdapat ahlinya yang mati," katanya lagi.
Isnin lalu, Laporan Ketua Audit Negara 2013 menyebut, Kementerian Kewangan terus membayar pencen kepada veteran tentera walaupun sudah meninggal dunia, menyebabkan kerajaan mengalami kerugian hampir RM12 juta.
Menurut laporan itu, JHEV membayar RM11.94 juta pencen untuk 3,786 orang veteran yang meninggal dunia antara 2011 dan 2013.

TOKOH AGAMA TERUS DIBURU, DIBUNUH
Written By canang on Jumaat, 14 November 2014 | 11/14/2014 08:38:00 PG
Pada tgl. 12/11/14, sekitar pukul 20:30. Kyai HASAN MATAHE (43) bersama
anak lelaki suadara AIMAN MATAHE (8), ditembak oleh sekelompok kuasa
penjahat sehingga Kyai Hasan tidak dapat bertahan sakit akhirnya beliau
meninggal dengan baik.
Peristiwa tembakan kali ini terjadinya di Kampung Tha-Malit, M. 4, T.
Aiyaweng, Daerah Betong, Wilayah Yala, penembak sudah mengambil posisi
menunggu dengan mobil di depan rumah korban setelah Kyai Hasan keluar
dengan saat yang tepat, penembak langsung menembak dengan waktu singkat
saja, mengakibatkan Kyai Hasan serta anak sayanginya yang berada di
lantai 1 sakit parah.
Kyai Hasan Matahe selaku tokoh agama yang sangat berbakat, berperan di
podok kawasan Wilayah Yala mempunyai anak murid yang cukup di banggakan.
Tokoh Agama di Patani terus dibunuh tanpa adanya dosa..!! berapa lagi nyawa tokoh??
Peristiwa seperti ini mulai dari tahun 2004 M. sampai sekarang tidak
lagi berhenti, Kapan bumi ini akan wujud aman damai dan sejahtera,
dimana posisi mu sekarang pemerintah..??
_______________________________________
"1 SHARE = 1 SUARA ANDA SUDAH BANTU PENDERITAAN RAKYAT PATANI" Patani Darussalam News (Berita Rakyat Patani Melaporkan)https://www.facebook.com/patanidarussalamnews
"1 SHARE = 1 SUARA ANDA SUDAH BANTU PENDERITAAN RAKYAT PATANI" Patani Darussalam News (Berita Rakyat Patani Melaporkan)https://www.facebook.com/patanidarussalamnews
Guru Besar Universitas Hasanuddin Ditangkap "Nyabu" Bareng Mahasiswinya
Jumat, 14 November 2014 | 10:19 WIB
Kepala Satuan Narkoba Polrestabes Makassar Ajun Komisaris Besar Polisi (AKBP) Syamsu Arif menjelaskan hal itu, pagi ini. Dia mengatakan, Satuan Narkoba Polrestabes Makassar yang mendapat informasi tentang adanya pesta sabu di lokasi itu langsung melakukan penggerebekan.
Di dalam kamar 312, ditemukan Musakkir dan Ismail sedang nyabu bersama seorang mahasiswinya bernama Nilam, warga Jalan Mawar, Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan. Dalam penggerebekan itu, polisi menyita dua paket sabu, lengkap dengan alat isapnya.
Berdasarkan pengakuan ketiga orang yang ditangkap, masih ada rekan yang lain yang juga menggelar pesta sabu di kamar lain di hotel tersebut.
Polisi pun langsung melakukan penggerebekan dan menemukan Andi Syamsuddin, alias Ancu (44), warga BTN Ara Keke, Kabupaten Bantaeng, bersama seorang mahasiswi, Ainum Nakiyah (18), warga Jalan Pelita, Makassar.
Di kamar kedua ini, polisi menyita sabu seberat 1 gram, 2 butir ekstasi, dan alat pengisap sabu (bong). Berdasarkan pengakuan Ancu, barang haram tersebut diperoleh dari teman mereka yang berada di kamar 205.
Tidak menunggu lama, polisi langsung melakukan penggerebekan dan berhasil menangkap Harianto alias Ito (32), yang merupakan staf Zona Cafe, warga Jalan Kapasa Raya, Daya, Makassar. Di dalam kamar itu, polisi juga menyita satu paket sabu sisa pakai.
"Jadi, ada tiga kamar yang digerebek di Hotel Grand Malibu. Total enam orang. Kasus ini masih dikembangkan," kata Syamsu. Dia mengatakan, semua tersangka kini ditahan di Polrestabes Makassar.
Penulis | : Kontributor Makassar, Hendra Cipto |
Editor | : Glori K. Wadrianto |
Hijrah Afdlin Shauki
PELUANG menyertai misi bantuan ke Gaza pada Disember
2012, melonjakkan terus hasrat Afdlin Shauki untuk terus mengikut
pelbagai misi kemanusiaan di wilayah bergolak.
Begitu pun, dek pelbagai kekangan yang dihadapi, niat baik bintang Papadom itu sering kali saja tertangguh!.
Rentetan itu, teraju utama Soal Hati itu mewujudkan program Umrah dan Misi Kemanusiaan Syria Bersama Afdlin Shauki bertujuan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan serta sama-sama merasai keperitan hidup pelarian pada musim sejuk.
"Sebenarnya, saya agak terkilan kerana tidak dapat sama-sama menyertai Misi Bantuan Musim Sejuk anjuran Muslim Care Malaysia, itu yang saya cuba melakukan sesuatu agar dapat membantu.
"Selain menunaikan umrah, misi kemanusiaan ini turut memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Syria dan penderitaan yang dialami oleh mereka dan juga pelarian.
"Kami turut mewujudkan alternatif untuk masyarakat di negara ini dalam menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan di Syria," katanya kepada Zass ketika ditemui selepas sidang media Sebarkan Kasih Sayang 2014.
Meletakkan sasaran 55 peserta, umrah dan misi kemanusiaan ini dijangka akan berlangsung selama 15 hari pada Januari depan.
Katanya lagi, program seumpama ini dapat mengukuhkan lagi hubungan dan persahabatan serta meningkatkan kerjasama dengan rakan Pertubuhan Kemanusiaan yang berada di Syria.
"Usaha ini turut mendapat sokongan daripada agensi-agensi penting dan badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
Ketika ditanya mengapa memilih Syria, Afdlin menjawab:
"Seramai 200,000 masyarakat Syria telah dibunuh dengan kejam, tidak kiralah kanak-kanak, wanita mahupun warga tua. Mereka terpaksa menjadi pelarian malah lebih teruk lagi menderita di tanah air sendiri.
"Pengalaman ke sana nanti akan memudahkan lagi untuk bercerita apakah yang berlaku. Kita adalah pencerita dan kekuatan kita adalah apabila kita sampaikan cerita pada orang lain," katanya.
Jelasnya, setiap hidayah adalah daripada ALLAH SWT. Mana tahu, suatu hari dengan penceritaan yang dibawakan itu mampu membuatkan pintu hati seseorang itu terbuka.
Berkarya sambil berdakwah
Kepulangannya dari menyertai misi kemanusiaan juga membawa perubahan besar dalam hidup bintang Baik Punya Cilok ini sekali gus membuka pintu hatinya untuk berhijrah kepada yang lebih baik.
Malah, masanya banyak diluangkan dengan menimba ilmu keagamaan di samping mendapat tunjuk ajar daripada pendakwah supaya menjadi insan yang lebih bertakwa.
Seiring dengan penghijrahannya sementelahan pula baharu saja pulang dari menunaikan ibadah haji, Afdlin kini lebih selesa berkarya dengan cara berdakwah.
Tambahnya, dia cukup gembira dengan kejayaan aktor muda yang kini bergelar penerbit, Ashraf Muslim apabila drama terbitan syarikatnya, Al Hidayah Production Sdn Bhd iaitu Matahari Terbit Lagi berjaya diangkat sebagai Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2014.
"Alhamdulillah, saya tumpang seronok dengan kejayaan dia apatah lagi konsep dramanya itu adalah mengikut syariat Islam yang ditetapkan.
"Sekiranya terdapat garis panduan sebegitu, bukanlah bermakna karya yang dihasilkan tidak bermutu tinggi.
"Secara tidak langsung, kejayaannya itu adalah kemenangan bagi Islam dalam hiburan dan sesuatu yang patut dicontohi dan diikuti," katanya.
Jelasnya, menjadi kepentingannya kini agar setiap produk yang dihasilkan membawa pengajaran berguna kepada audiens.
Dalam perkembangan lain, Afdlin kini sedang mengarah filem pendek untuk projek Ikal Mayang dan bakal meneruskan filem Hollywood, Sandakan Tears tidak lama lagi.
Pada masa sama, Afdlin juga sedang sibuk bagi program Super Spontan Singapura di stesen televisyen Suria dan beberapa perancangan lain.

Artikel Berkaitan
- Hijrah Afdlin Shauki
- Ziana Zain tenang bertudung
- Hijrah selebriti: 'Perlu seimbang luaran, dalaman'
- Dilema artis berhijrah
- Papadom 2, filem terakhir Afdlin Shauki?
- Papadom 2, penuh kasih sayang
- Filem kurang sambutan, Afdlin rancang berundur?
- Papadom versi Cina
- Afdlin: Bukan kerja cincai!
- Gandingan Dr Azizan Osman, Afdlin Shauki luar biasa
Bekas pengurus saman Zizan Razak RM500 ribu
pada 14-11-2014 10:11
KUALA LUMPUR: Bekas pengurus, Zizan Razak memfailkan saman lebih
daripada RM500,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kepada artis popular
itu kerana telah menandatangai kontrak dengan syarikat lain sedangkan
kontraknya dengan Wire Fame Entertainment hanya akan tamat pada 5 Mei
2015.
Pada Mei 2014, Zizan telah pun menandatangani kontrak bersama Astro yang dikatakan bernilai jutaan ringgit.
Marina Juki berkata jumlah saman yang dikemukakan itu adalah
berdasarkan kerugian yang ditanggung sejak Zizan melanggar kontraknya
dan pindah ke pengurusan baru.
Marina adalah rakan kongsi Zizan untuk syarikat Wire Fame Entertainment.
"Sejak saya buat pengumuman untuk teruskan tindakan undang-undang
sekitar Jun lalu, memang pihak syarikat sudah mula mengumpulkan bukti
sokongan.
"Akhirnya bulan lalu kita berjaya kumpulkan semua bukti kukuh dan saya
menerusi peguam Tetuan Sarjit Handhu memfailkan writ saman dan
pernyataan tuntutan itu terhadap Zizan.
"Untuk selebihnya, saya minta maaf tak boleh ulas lanjut kerana ia sudah membabitkan kes mahkamah," ujar Marina.
Tuntutan saman oleh Marina ini termasuk ganti rugi khas lebih
RM500,000, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan
yang diperoleh Zizan daripada syarikat lain serta faedah lain sebanyak
lima peratus setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan.
Marina juga turut meminta injuksi menghalang Zizan meneruskan kontrak
dengan syarikat lain kerana masih ada kontrak dengan Wire Fame.
Sama-samalah kita nantikan perbicaraan kes ini.
JIHAD DI SYRIA TIDAK IKUT SYARIAT? BACA KALAU TAK SETUJU!!
Pusat Antarabangsa bagi Penyelidikan Radikal di King's College London
menganggarkan lebih daripada 12,000 rakyat asing dari 74 negara pergi
dan berjuang dengan pihak pemisah di Syria, dengan antara 60 dan 70
peratus adalah dari negara Asia Barat dan 20 hingga 25 peratus dari
negara Eropah, manakala selebihnya dari Asia Tenggara.
NI SEMUA PAKLONG KOPI DARI BERITA HARIAN, KOMEN DARI PAKLONG SENDIRI ADA DI BAWAH POST, JANGAN LUPA BACA!!!
Rakyat Malaysia juga dilaporkan terbabit dengan pejuang pemisah
berkenaan, apabila mereka pergi ke Syria kononnya atas tiket jihad.
Namun, ramai yang masih ragu dengan konsep jihad seperti yang didakwa.
Wartawan BH, Rohaniza Idris mewawancara Mufti Wilayah Persekutuan, Dr
Zulkifli Mohamad al-Bakri untuk mendapatkan penjelasan mengenai jihad
dan sama ada jihad di Syria dan Iraq dalam keadaan sekarang dibolehkan
dalam Islam.
S: Bagaimana dengan keghairahan sesetengah orang Malaysia yang berjuang dan berjihad di Syria?
J: Ramai tokoh tidak mengizinkan umat Islam dari negara lain berjihad di
bumi Syria terutama dalam keadaan sekarang, situasi huru-hara di sana.
Ketua Rabitah Ulama Idlib di Syria, Sheikh Abdullah Musthafa Rahhal
berpendapat, ramai generasi muda dari Malaysia dan Indonesia yang
terbabit berjihad di Syria tidak mengikut cara jihad dalam Islam. Malah,
Sheikh Abdullah menyatakan generasi muda juga tidak benar-benar faham
bahasa Arab dan keadaan semasa di sana sehingga mendedahkan mereka
kepada manipulasi kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (IS) yang
sebenarnya datang dari luar Syria atas sebab dan perjuangan yang kabur
walaupun mendakwa atas nama jihad.
Semangat berkobar-kobar apabila dibakar dengan jihad mendorong mereka
untuk menyertai kumpulan yang sebenarnya tidak berjihad atas nama Islam.
Generasi muda dari Malaysia dan Indonesia dinasihatkan tidak menyertai
peperangan di Syria kerana dikhuatiri terpesong. Sheikh Abdullah juga
menyatakan situasi di Syria, walaupun datang dengan tujuan yang baik dan
semangat yang berkobar-kobar, niat mungkin terpesong kerana dangkal
dengan selok-belok dan situasi di Syria sehingga mendorong mereka
terjebak dalam kancah peperangan yang tiada kaitan dengan jihad.
Malah, Sheikh Abdullah menyatakan ISIL menggunakan nama ulama palsu yang
sebenarnya datang dari negara lain termasuk Russia dan Iran atas tujuan
yang tidak jelas statusnya.
Tokoh ulama terkenal Syam, Syeikh Usamah Rifaie pula menyatakan tidak
perlu pemuda dari Malaysia menyertai misi jihad, sebaliknya lebih baik
membantu misi kemanusiaan untuk memberikan makanan, minuman dan
ubat-ubatan.
Nadir Mudir Maahad al Fatah Islami, Syeikh Muhammad Muwaffaq al-Murabi
berpendapat tidak patut pemuda Malaysia datang ke bumi Syria berperang,
tetapi lebih utama memberi bantuan kemanusiaan. Ulama Syria sendiri
iaitu Syeikh Muhammad Husin Kanu juga menyatakan pendapat yang sama
bahawa orang Islam di Malaysia bahkan dari negara lain tidak perlu
terbabit berjihad di bumi Syria.
Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuan Islam, Dr Abdul
Aziz Hanafi, menyokong kenyataan dikeluarkan Syeikh Abdullah Musthafa
dan menyeru belia Malaysia jangan ghairah mendengar seruan jihad
sedangkan mereka mungkin membunuh dan merosakkan lagi keadaan negara
sedang bergolak itu.
S: Apa pandangan Dr sendiri berhubung perkara ini?
J: Pada saya berdasarkan pengamatan dan perbincangan dengan NGO Islam
yang terbabit secara langsung membantu dan melaksanakan misi kemanusiaan
di bumi Syria, jelas menunjukkan bahawa yang utama dan lebih penting
adalah memberikan bantuan makanan, minuman dan pakaian serta ubat-ubatan
berbanding berjihad di sana.
Antara asas kukuh yang perlu difahami umat Islam adalah Fiqh Aulawiyyat
(Fiqh Keutamaan), memulakan dengan berbakti dan berkhidmat kepada ibu
bapa adalah diutamakan berdasarkan hadis bermaksud "Datang seorang
lelaki kepada Nabi SAW, lalu ia meminta kebenaran daripadanya untuk
berjihad. Maka Baginda bertanya kepadanya: "Adakah ibu bapa engkau masih
hidup? Dia menjawab: Ya! Baginda bersabda: "Maka hendaklah berbakti
kepada kedua-duanya dikira engkau berjihad."
Berbuat baik kepada ibu bapa lebih baik daripada jihad. Allah SWT
memerintahkan kepada kita untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa
seperti dinaskan dalam al-Quran, Surah al-Isra ayat 23 bermaksud: Dan
Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu
bapa.
Sayid Qutub dalam Fi Zilal al-Quran berkata: "Hubungan pertama selepas
hubungan akidah adalah hubungan keluarga. Oleh kerana itu, penjelasan
ayat ini menghubungkan kewajipan berbuat baik kepada ibu bapa dengan
kewajipan menyembah Allah SWT untuk menerangkan betapa tingginya nilai
berbuat baik kepada ibu bapa itu di sisi Allah SWT.
Suasana di Syria sekarang yang mempunyai pelbagai puak dan pertempuran
berlaku sesama sendiri, maka sepatutnya umat Islam menghindarinya dan
memelihara darah mereka.
Isu kebuluran kerana kekurangan makanan dan ubat amat mendesak kepada
jutaan rakyat Syria. Justeru, bantuan dengan menyumbangkan wang bagi
membeli barangan berkenaan lebih diutamakan.
Menimba ilmu dan membabitkan diri dalam pelbagai bidang dan cadangan
ilmu adalah penting lebih-lebih lagi untuk menyelesaikan isu kecelaruan
pemikiran hasil daripada serangan al-Ghazwul Fikri.
Ulama Syria begitu bertegas yang keperluan utama adalah bantuan kemanusiaan bukan dengan jihad.
Sejarah Rasulullah SAW di Kota Makkah dan Madinah juga cukup menjadi
bukti bahawa keputusan mengenai jihad hanya berada di bawah kuasa
pemimpin dan tidak harus untuk menjerumuskan orang Islam ke dalam bahaya
yang akibatnya tidak diingini.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menegakkan syiar Islam
dengan penuh hikmah yang disulami dengan ilmu serta dada yang penuh
dengan sifat terbuka dan toleransi. Jauhkan diri kita daripada
terikut-ikut tanpa memahami akan sesuatu dengan jelas.
S: Bagaimana pula dengan perjuangan IS, apakah pandangan Dr?
J: Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kumpulan yang menggelarkan
diri mereka Negara Islam Iraq dan Jajahannya atau Negara Islam Iraq dan
Syria (IS). Mereka ini mendakwa adalah negara Islam, negeri yang
diiktiraf dan aktif berjihad dengan kumpulan militan di Iraq dan Syria.
Kumpulan ini mengisytiharkan atas nama agama berkuasa ke atas semua umat
Islam dan bercita-cita membawa banyak negara Islam yang ada di seluruh
dunia bersama.
Mereka memperkenalkan pemusatan politik Khalifah yang bermula dengan
wilayah berdekatan di jajahan mereka termasuk Jordan, Israel, Palestin,
Lubnan, Kuwait, Cyprus dan kawasan di selatan Turki termasuk Hatay.
Kumpulan ini pada asalnya dianggotai pelbagai kumpulan Sunni termasuk
pertubuhan yang terdahulu, seperti Majlis Mujahidin Shura, Negara Islam
Iraq (IS) dan Al-Qaeda di Iraq (AQI).
Berita mutakhir melaporkan bahawa Abu Bakar al-Baghdadi kini dilantik
sebagai pemimpin Khalifah di IS. Pada 26 Jun lalu, mereka
mengisytiharkan kewujudan semula kerajaan Khalifah selepas ia
dimansuhkan sejak kewujudan Empayar Uthmaniah pada tahun 1924.
Rabitah Ulama Syam dalam reaksinya menyatakan kewujudan IS adalah fitnah
dan mempunyai agenda peribadi. Mereka mengajak umat Islam menyertai
mereka untuk setia kepada seorang lelaki.
Ulama berkenaan mahu fitnah itu dihentikan sebelum menjadi besar dan
tindakan itu bahaya pada peringkat dalaman dan imej jihad. Ini
mewujudkan musuh baharu pada peringkat antarabangsa terhadap mujahid dan
rakyat Syria.
Berdasarkan pandangan dan pendapat ulama, maka saya berpendapat yang
sama iaitu sokongan dan dokongan terhadap kelompok IS adalah bercanggah
dengan Syariah Islam yang sebenarnya.
Melihat kepada syarat Khilafah Islamiah seperti dinukilkan oleh Imam
al-Mawardi di dalam al-Ahkam al-Sultaniah jelas menunjukkan IS tidak
menepati syarat dalam pelaksanaan negara Islam atau Khalifah. Umat Islam
di Malaysia hendaklah menjauhi kumpulan ini dan tidak perlu memberikan
sebarang bantuan serta kerjasama.
S: Mengapa sokongan tidak boleh diberikan kepada ISIL dan ISIS?
J: Mengikut pendapat ulama Syam, IS bukan setakat bercanggah dengan
syariat Islam, tetapi mereka juga mencipta fitnah baharu dan melakukan
kejahatan dalam negara. Antaranya menceroboh Syria dan memperbodohkan
mereka dengan mengisytiharkan negara tanpa kehadiran sebenar mana-mana
komponen yang realistik atau mana-mana kesahihannya. Pencerobohan
dilakukan tanpa nasihat atau kelulusan mana-mana rakyat tempatan, ulama
dan tanpa menghubungi sesiapa di negara itu.
Tuntutan monopoli Islam kepada mereka dan menuduh orang lain bodoh,
pengkhianat dan menghina mana-mana orang yang tidak menyertai mereka.
Mereka juga melampau dengan menuduh orang lain kufur dan menguji orang
padanya untuk membuktikan mereka kufur sehingga mereka terpaksa mengaku
kafir.
Mereka juga menuduh sesiapa yang tidak setuju dengan mereka sebagai
pengkhianat dan kufur walaupun orang berkenaan dimuliakan dan lebih awal
berjihad.
Paling menyedihkan mereka menjadi duri dalam daging dengan bertempur di
belakang bertujuan meluaskan wilayah mereka dengan mengambil tanah
mujahid .
Jika mereka gagal menguasai satu-satu kawasan, mereka sengaja mengaku
kawasan berkenaan hak mereka dan mengalihkan arah mujahid daripada
memerangi tentera Assad.
Tokoh ulama terkemuka, Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi membuat pengumuman
bahawa pemerintahan Khalifah Islam diwujudkan IS adalah melanggar
undang-undang syariah. Seorang ulama pakar Maqasid Syariah dari
Maghribi, Prof Dr Ahmad al-Raysuni, pula menyatakan pengumuman IS
hanyalah sebuah angan-angan, fatamorgana dan mimpi yang sebaiknya perlu
ditinjau dari sudut realiti ilmiah mahupun syariah.
Pengerusi Gerakan Nahdah dan anggota Majlis Penasihat Kesatuan Ulama
Sedunia, Syeikh Rashid Ghannoushi pula mempertikaikan penubuhan negara
Islam di bawah IS kerana membawa tindakan yang zalim dan kejam tanpa
sebarang pertimbangan sehingga mengorbankan ramai orang ramai. Penasihat
Mufti Mesir, Dr Ibrahim Najm yang menjadi jurucakap Darul Ifta' Mesir
pula berkata, sesiapa yang menyertai kumpulan IS adalah haram pada hukum
syarak kerana mengakibatkan kehancuran negara dan gambaran yang buruk
terhadap Islam pada pandangan dunia. Malah, Darul Ifta berpendapat IS
tersasar dalam perjuangannya bagi menghalalkan tindakan menumpahkan
darah dan mereka dianggap golongan pengganas yang menggerunkan sehingga
boleh menyebabkan banyak kemaslahatan bagi pihak musuh Islam yang sudah
pasti mengambil kesempatan.
Berdasarkan kepada pandangan dan pendapat tokoh ulama, maka saya
berpendapat yang sama iaitu sokongan dan dorongan terhadap IS ini
bercanggah dengan syariah kerana mereka tidak menepati pelaksanaan
negara Islam.
KOMEN PAKLONG.
Apa-apapun yang kita buat dalam Islam, kita kena rujuk ulamak.
Kalau hampa tak suka apa Prof ni cakap, ketahuilah bukan dia sahaja ulamak yang komen sebegini.
Presiden ulama dunia, Yusof Alqaradawi juga berpendapat sebegini.
Macamana pula dengan Arwah Ustaz Lotfi? Shahid ke dia?
Ketahuilah walau apapun yang kita sangka pada Isis, masih ada orang yang pergi Syria untuk buat baik, tolong orang macam Ustaz Lotfi. Tuhan lebih tahu apa kebaikan Ustaz Lotfi buat daripada kita.
Tuhan tak akan sia siakan amalan baik hambaNya.
Allahu Akbar !!!

Thursday, November 13, 2014
Tak larat kena maki dah.. MP mengamuk dalam Dewan..
Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing hari ini berang dengan sikap Kerajaan Pusat yang masih tidak meluluskan peruntukan bagi mengatasi masalah banjir kilat di Sarawak khususnya di kawasan beliau.
Beliau yang kecewa dengan perkara itu berkata, sudah berapa kali membangkitkannya, namun sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan.
Menurut ahli parlimen itu, beliau tidak tahan lagi dimaki oleh rakyat yang kecewa dengan sikap kerajaan BN yang gagal menyelesaikan masalah itu.
Katanya, semalam sahaja beliau dua kali dihubungi oleh seorang wanita, dan memakinya kerana marah dengan kejadian banjir kilat yang berlaku.
Sedangkan kata beliau, kejadian banjir kilat di Bintulu katanya boleh dielak jika kerajaan pusat meluluskan peruntukan bagi mendalamkan Sungai Sebiew.
"Sebelum pilihan raya janji, bila sudah pilihan raya tak buat..ini sengaja bagi modal kepada pembangkang.
"Memang ini kong kali kong punya," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau dalam pada itu turut membidas sikap kerajaan yang dilihat lebih gemar memberi pampasan kepada mangsa banjir berbanding menyelesaikan punca kepada masalah itu.
"Bila banjir, kena bayar pampasan lagi. Bukan mereka terima kasih, lagi maki sama kita.
"Bagi RM500, RM1,000...boleh belia apa, seluar dalam saja.
"Kalau menteri tak jawab baik-baik, kali ini perang punya," katanya lapor HarakahDaily
..... Hmmm... MP sendiri pun kena kencing?.. kalau macai lagi teruklah kena kencingnya...
Pelaburan 1MDB Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang Negara!
Pelaburan 1MDB Catat Kerugian RM668.55
Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang
Negara : Hutang negara Malaysia sudah menjerut leher, masih lagi
bercita-cita besar melakukan pelaburan besar di atas nama 1MDB.
Bentangkan belanjawan negara pun dalam keadaan belanjawan defisit. (KLIK SINI)
Tetapi, bercita-cita untuk meningkat
kekayaan melalui pinjaman. Akhirnya pinjaman dan hutang yang telah
diterbitkan itu, perlu dibayar juga bukan? Siapa yang akan menanggung
beban hutang sebesar RM41 bilion ini? Nah…inilah yang berlaku sekarang ini…..satu demi satu aset mahu dikumpulkan 1MDB.
Lain Perdana Menteri lain caranya.
Jikalau berdasarkan pengamatan dan pemerhatian Tun Mahathir Mohamad
terhadap cara anak buahnya mentadbir negara melalui penubuhan 1MDB yang
dirasakan beliau tidak sepatutnya wujud sebenarnya. Hakikat dan
realitinya penubuhan 1MBD adalah “mesin” yang telah meningkatkan hutang
negara dek kerana kerugian yang ditanggung 1MDB sekaligus akan
memudaratkan negara. Siapa kata? Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir
Mohamad.
Kerugian 1MDB RM668.55 juta
- Terbaru 1MDB berjaya “mencatatkan kerugian sebelum cukai sejumlah RM668.55 juta pada tahun kewangan 31 Mac 2014
- Berbanding kerugian pada tahun sebelumnya iaitu RM778.243 juta
Inilah
pelaburan negara dilakukan berlagak seperti “berlagak sebagai dana
kekayaan negara” sedangkan ia bukan daripada lebihan kewangan negara.
Ya…semua ini adalah hutang. Hutang negara. Berbilion ringgit dihutang
yang menambah hutang negara dengan amat tinggi. Hutang negara mesti
dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina.
Siapa yang pernah pergi ke pejabat IMDB
di Menara IMC, anda akan lihat betapa ramai non bumi dalam syarikat 1MDB
ini. Mana tidak, satu demi satu syarikat disambar 1MDB termasuklah
syarikat Tanjong Energy dan Genting Sanyen yang ada ramai non bumi juga.
Hebat….Hebat…..Negara lain yang kaya
sumber alam termasuk negara pengeluar minyakcontohnya yang dilihat tidak
mampu menghabiskan pendapatan negara mereka setelah mentadbir dan
membangun negara, bertindak tubuhkan “sovereign wealth fund sebab terlebih cash” & dan merancang untuk melakukan pelaburan tunai di luar negara.
Cara Malaysia lain……lain…..sangat.
- Malaysia punya sovereign wealth fund walaupun tiada simpanan tunai tetapi masih lagi bernafsu besar untuk berbelanja dan melabur
- Akhirnya bertindak berani mengambil hutang berbilion-bilion dan melabur bagi tujuan membeli aset pada harga yang melampau dan tidak munasabah. Katanya 1MDB ni ialah pembangunan strategik syarikat.
Hakikatnya, Berita Semasa tidak nampak
apapun strategik yang mereka buat. Yang ada hanyalah kontroversi,
kontroversi dan kontroversi yang berpanjangan.
- Sebenarnya, 1MDB ini mendapat dana dari GLC. Ehem….
- Baik benar GLC-GLC Malaya, derma duit mereka untuk diberikan kepada 1MDB tanpa balasan apa yang dipanggil “cash contribution giving out money” secara berkala.
Persoalannya siapa yang bakal menanggung
hutang sebesar RM41 bilion ini? Siapa? Usahlah masalah yang pernah
melanda Renong sehingga mengheret untuk ditanggung kerajaan Malaysia
suatu ketika dahulu berulang lagi di mana akhirnya kesan dan natijahnya
akan berbalik kepada rakyat…Cukuplah!!
KLIK SINI : Hutang Negara Malaysia Terkini Bernilai RM622.022 Bilion. Kewangan Kerajaan Tenat!!Walaubagaimanapun, tidak mengapa. Ehem…..
Terima kasih kepada pelaksanaan GST pada
kadar permulaan 6% yang bakal dibayar oleh kalangan rakyat marhaen,
golongan miskin, golongan pertengahan, golongan kaya setiap kali mereka
berbelanja di atas bumi Malaysia bermula tahun 2015. Nantikan…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan