• Kebersihan pembuatan ais kiub mula dibangkitkan pengguna Islam. Kebersihan pembuatan ais kiub mula dibangkitkan pengguna Islam.
1 / 1
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Khamis lalu, sebuah kilang ais di Pulau Pinang diarah tutup selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan tidak mematuhi standard kesihatan yang ditetapkan.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sama ada sedar atau tidak, kebanyakan syarikat pengeluar  ais batu kiub tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sijil halal bukan hanya untuk menentukan sama ada makanan atau minuman mengandungi bahan yang dilarang dalam Islam tetapi ia juga untuk mengukur tahap kebersihan sesuatu makanan.

Ini termasuk status air yang digunakan, dari sumber mana ia diambil dan sama ada air tersebut diproses terlebih dahulu?

Sudah pasti, sijil halal adalah senjata utama bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku seperti penggunaan air kotor yang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Oleh itu, Perbadanan Bioteknologi Melaka (Melaka Biotech) menyarankan supaya semua syarikat pengeluar ais memohon sijil halal bagi melenyapkan keraguan pengguna mengenai isu ais kiub yang tidak bersih.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badrul Hisham Badrudin berkata, perniagaan pembuatan ais kiub perlu mendapatkan sijil halal dan tahap keselamatan serta kebersihan air yang digunakan bagi membuat ais perlu diuji.

"Menerusi seminar-seminar yang kita adakan sebelum ini, ramai yang mahu tahu apakah status ais  kiub ini? Ini kerana konsep makanan halal turut merangkumi kebersihan dan keselamatan sesuatu makanan dan tidak terhad kepada jenis bahan atau haiwan.

“Penguat kuasa daripada Kementerian Kesihatan seharusnya membuat pemantauan terhadap pengilang-pengilang ini dengan menjalankan ujian ke atas sumber air mahupun ais yang sudah siap,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, di Malaysia, hanya ada dua syarikat ais kiub yang memiliki sijil halal.

"Ini berdasarkan semakan yang kami buat di laman web Jakim, dan lebih mengejutkan, syarikat pengeluar ais kiub yang popular tidak ada dalam senarai tersebut.

"Syarikat ais turut bertanggungjawab memastikan proses pembuatan produk mereka bebas daripada unsur meragukan. Pengguna terutamanya yang beragama Islam sudah peka dengan barangan yang terdapat di pasaran dan mereka inginkan jawapan jika status produk itu meragukan,” katanya.

Badrul Hisham berkata, air juga antara faktor pelbagai penyakit boleh merebak.

"Walaupun isu ini dilihat remeh, tetapi ia melibatkan keseluruhan pengguna dan peniaga," katanya.

Menurutnya, harga jualan ais kiub  yang begitu murah menjadi faktor ramai peniaga tidak menghasilkan ais kiub  sendiri.

"Melaka Biotech sedia menjadi orang tengah bagi menguji sampel kiub ais jika diyakini tidak dibuat menggunakan air bersih.

"Kita tidak mahu masyarakat di negara ini menghidapi penyakit yang berpunca daripada penggunaan air kotor," katanya.

Hikmah beristeri lebih daripada satu

Written By canang on Isnin, 3 November 2014 | 11/03/2014 03:24:00 PTG

Islam membolehkan umatnya berpoligami bukanlah tanpa alasan atau tujuan tertentu. Keharusan berpoligami ini mempunyai hikmah-hikmah untuk kepentingan serta kesejahteraan umat Islam itu sendiri. Di antaranya ialah;

  1. Bahawa wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan. Jadi, dalam keadaan begini, Islam mengharuskan berpoligami sampai empat orang isteri dengan tujuan kalau tiap-tiap isteri ada yang haid, ada yang nifas dan ada pula yang masih sakit sehabis nifas, maka masih ada satu lagi yang bebas. Dengan demikian dapatlah menyelamatkan suami daripada terjerumus ke jurang perzinaan pada saat-saat isteri berhalangan.
  2. Untuk mendapatkan keturunan kerana isteri mandul tidak dapat melahirkan anak. Atau kerana isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haidnya. Dalam pemilihan bakal isteri, Islam menyukai wanita yang dapat melahirkan keturunan daripada yang mandul, walaupun sifat-sifat jasmaniahnya lebih menarik. Ini dijelaskan oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud, "Perempuan hitam yang mempunyai benih lebih baik dari wanita-wanita cantik yang mandul."
  3. Bahawa kaum lelaki itu mempunyai daya kemampuan seks yang berbeza-beza. Andaikan suami mempunyai daya seks yang luar biasa, sedangkan isteri tidak dapat mengimbanginya atau sakit dan masa haidnya terlalu lama, maka poligami adalah langkah terbaik untuk memelihara serta menyelamatkan suami dari jatuh ke lembah perzinaan.
  4. Dengan poligami diharapkan agar dapat terhindar dari terjadinya perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu tua.
  5. Akibat peperangan yang biasanya melibatkan kaum lelaki, maka jumlah wanita akan lebih banyak baik mereka itu masih gadis mahupun janda.Dengan adanya poligami diharapkan janda-janda akibat peperangan itu dapat diselamatkan serta diberi perlindungan yang sempurna. Begitu juga untuk menghindari banyaknya jumlah gadis-gadis tua yang tidak dapat merasakan hidup berumahtangga dan berkeluarga.
  6. Kerana banyaknya kaum telaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian baik ketika sihat mahu pun sakit. Maka dalam saat-saat begini lebih baik berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan wanita lain.
  7. Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita dari keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat menahannya. Andaikan poligami tidak diperbolehkan, kaum lelaki akan menggunakan wanita sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa dibebani satu tanggungjawab. Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan atau pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula mendapatkan hak perlindungan untuk dirinya.
  8. Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupannya. Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak yang dari pernikahan yang sah. Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak ditangani dengan hati-hati ia akan bakal menghancurkan umat Islam dan merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri.

Dengan keterangan-keterangan di atas, jelaslah poligami yang diharuskan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi nafsu seks sahaja bagi kalangan kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Islam juga tidak memandang mudah akan syarat-syarat yang dikenakan pada suami yang beristeri banyak. Sebab itulah bagi mereka secara tegas Allah (SWT) mengingatkan, tanggungjawab mereka bukanlah mudah. Andai kata ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah itu tidak dapat dipenuhi oleh setiap suami yang berpoligami, maka dia akan beroleh dosa. Ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam dan dilarang melakukannya.
 

Pulak dah!!! Kelab Siswi Tiada Dara Pun 

Ada ???

Written By canang on Isnin, 3 November 2014 | 11/03/2014 02:45:00 PTG

Adoiii......dah sampai macam ni kegiatan anak-anak gadis kita yang bergelar siswi? Astaghfirullah al azim....


Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.


Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.



Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.



Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.



Tidak kisah la agama mana sekalipun, rasanya masing-masing melarang pergaulan dan amalan seks bebas sebegini. Kepada ibu bapa, pantau dan awasilah pergerakan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. - Hambali Abdullah

Lagi, puting beliung melanda Kedah

 | November 3, 2014
Puting beliung itu dilaporkan oleh penduduk berlaku ketika cuaca cerah dan angin kencang yang datang dalam waktu yang singkat.
puting kedah_1ALOR SETAR : Puting beliung kecil melanda Taman Wira Mergong pada jam 1:15 tengahari semalam menyebabkan kerosakan kepada 13 buah rumah. Walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
“Ini merupakan kali yang ke tiga sejak tahun 2012 kejadian puting beliung melanda kawasan ini,” kata Ketua Cawangan Blok E Taman Wira Mergong, Ahmad Ishak, 60, sambil menambah bahawa ia adalah kejadian yang pertama pada tahun ini.
Daripada 13 buah rumah yang dilaporkan rosak, tiga buah rosak teruk manakala yang lain Cuma rosak di bahagian bumbung. “Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pelbagai pihak telah tampil untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa,” katanya kepada pemberita.
Puting beliung itu dilaporkan oleh penduduk berlaku ketika cuaca cerah dan angin kencang yang datang dalam waktu yang singkat.
Bernama juga melaporkan puting beliung melanda lima daerah di Kota Setar sebelum ini.
Pada Jumaat lepas, 71 buah rumah dan sebuah klinik desa rosak dalam kejadian puting beliung yang berlaku pada jam 5 petang, melibatkan Kampung Mergong Hilir, Kampung Batin, Kampung Sungai Baru, Taman Inang dan Taman Mergong Jaya.

Sunday, 2 November 2014


Kenapa Kenyataan Anwar Ibrahim TIDAK 

DITERIMA Di Mahkamah?

Esok dan lusa adalah penentuan sama ada Anwar Ibrahim kekal menjadi manusia bebas atau kembali menghuni lantai penjara. Kenyataan dan hujah yang dibuat oleh para peguamnya bahawa Anwar meliwat Saiful Bukhari Azlan menerusi perbuatan SUKA SAMA SUKA sebenarnya telah membawa Anwar Ibrahim separuh badan ke dalam kurungan penjara. Apatah lagi kegagalan mereka untuk menafikan air mani Anwar Ibrahim di dalam jubur Saiful Bukhari walaupun mereka terus berbelit-belit dan cuba memesongkan fakta dengan hujah-hujah yang telah dipatahkan dari sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi pada tahun 2012 lalu.

Kenyataannya kini adalah ANWAR MEMANG MELIWAT SAIFUL BUKHARI.

Para penyokongnya cuba menjadikan perbuatan liwat Anwar Ibrahim itu sebagai bukan satu kesalahan kerana ia dilakukan secara suka sama suka. Kata mereka lagi, jikalau Anwar dihukum penjara, sepatutnya Saiful Bukhari juga perlu dihukum penjara. Sudah tidak ada lagi penafian yang Anwar bukanlah seorang pengamal lubang jubur seperti sebelum-sebelum ini. Mereka sekadar berkempen agar rakyat Malaysia, khususnya Melayu-Islam menerima perbuatan liwat suka sama suka sebagai HALAL dan dibolehkan.

Ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi, ceramah yang dibuat Anwar Ibrahim selama berjam-jam, tidak terpakai langsung keran ia tidak boleh dipersoalkan oleh hakim dan pendakwaraya. Malah, Anwar sendiri tidak menunjukkan sebarang bukti dan enggan bersumpah ketika di kandang saksi. Sekaligus, apa yang dituturkan oleh Anwar Ibrahim hanya layak untuk didengar, digelakkan dan dianggap sebagai hiburan sampah semata-mata. Tiada sebarang tokok nilai dalam keterangan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim.

Dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Dari Mahkamah Tinggi sehinggalah ke Mahkamah Rayuan, kesemua hakim sependapat yang Anwar sebenarnya adalah seorang pengamal liwat. Cuma Anwar dibebaskan kerana masalah teknikal, bukannya kerana dia terbukti tidak meliwat.

Ketika pembebasannya pada tahun 2005, tiga orang Hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat, kejadian liwat antara Anwar Ibrahim dengan Azizan Abu Bakar sememangnya berlaku tetapi kelemahan Azizan untuk mengingati tarikh sebenar dia diliwat telah menyebabkan Anwar Ibrahim bebas daripada hukuman penjara 6 tahun.

Dari 27 sehingga 29 Oktober, para peguam yang mewakili Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, juga mengatakan Anwar telah meliwat Saiful. Mereka tidak menafikan perkara itu. Anwar Ibrahim yang terdesak untuk mengurangkan tempoh hukuman, telah mengarahkan barisan peguamnya untuk menggunakan hujah tersebut kerana dia juga tahu, keterangannya yang panjang lebar di Mahkamah Tinggi tidak boleh digunapakai kerana keengganannya bersumpah dan bersoal jawab.

Sebaliknya Saiful memberikan keterangan yang jelas, menerusi soal jawab melibatkan barisan peguam Anwar Ibrahim. Saiful Bukhari juga konsisten dengan jawapannya tanpa berbelit-belit seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Setengah hari sahaja Shafie Abdullah berhujah, seluruh PKR bergegar dan menggigil ketakutan. Esok, Shafie akan menyambung hujahnya untuk setengah hari lagi. 14 orang peguam yang diupah oleh Anwar Ibrahim sudah tentu terpaksa mencari-cari alasan kukuh untuk mengenepikan hukuman 5 tahun, sebaliknya mahu menyingkatkan hukuman berkenaan dengan alasan, perbuatan liwat antara Saiful dan Anwar Ibrahim adalah suka sama suka.

Buktinya kata mereka, Saiful yang jauh lebih muda, tidak menolak ajakan seks Anwar Ibrahim. Bahkan menyediakan KY Jelly bagi memudahkan tusukan zakar ke dubur Saiful.

Cuma yang mereka terlupa ialah, yang membuat laporan polis adalah Saiful Bukhari Azlan. Bukannya ada pihak ketiga yang membuat laporan atas perbuatan Anwar terhadap Saiful. Atau laporan pengakuan oleh Anwar yang dia telah meliwat Saiful.

Tiga keadaan yang berbeza itu sebenarnya tidak memberikan kelebihan langsung kepada Anwar Ibrahim walaupun para penyokongnya sekarang ini sedang giat menyerang Saiful Bukhari.



PAS parti ajaran sesat, pesongkan akidah 

umat Islam, kata Ku Nan



Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap semasa program Sarapan Rakyat 1Malaysia di Perpustakaan Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 November, 2014.Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap semasa program Sarapan Rakyat 1Malaysia di Perpustakaan Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 November, 2014.Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.
Sebaliknya, Umno ialah parti Melayu yang memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara, kata setiausaha agung Umno itu.
"Tidak ada parti seperti Umno, saya hendak beritahu. Kalau kata PAS itu Islam, pada saya, PAS itu parti mengajar ajaran sesat. Parti yang akan memesongkan akidah.
"Berapa surau, masjid yang PAS bangunkan? Yang mereka tahu, pecah belahkan kita. Memesongkan akidah kita.
"Dia yang mulakan sembahyang dua imam, mengatakan sembelihan orang Umno tidak boleh makan, (mengatakan) imam yang digaji Umno tidak sah menikahkan anak kita," katanya.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di Kuala Lumpur.
Beliau yang juga mesra dengan panggilan Ku Nan berkata, taman asuhan kanak-kanak yang dibangunkan PAS bertujuan merosakkan minda kanak-kanak di peringkat awal.
Katanya, doktrin seperti itu menjadi cabaran kepada Umno bagi menghalang usaha penyebaran fahaman PAS dilakukan dari usia muda.
"Kita jangan lupa, Umno sedang menghadapi cabaran puak PAS yang mendidik anak-anak mereka sejak kecil, dan sekarang sudah besar, mengatakan Umno ini taghut, kafir.
"Mereka tanamkan semangat ini sejak kecil. Bagaimana kita hendak kekang? Ini cabaran," katanya.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata pelbagai isu sensitif yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini berpunca dari kegagalan orang Melayu bersatu.
Katanya, ahli Umno perlu bijak menyampaikan kepada masyarakat maklumat mengenai sumbangan parti itu yang lebih banyak berjasa dari PAS.
"Kebelakangan ini macam-macam dipersoalkan, kalimah (Allah), Bible. Ini semua berlaku kerana bangsa Melayu tidak bersatu. Umat Islam berpecah belah, bawa fahaman yang songsang dalam negara. Memutar belit.
"Mereka menggunakan Islam untuk kepentingan politik. Umno sehingga ke hari ini tidak pernah menggunakan secebis ayat untuk mendapat kuasa," katanya.
Ku Nan turut mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu Fasal 3 Perlembagaan Umno dipinda.
"Perdana menteri sudah setuju supaya satu perjumpaan khas diadakan untuk tukar Fasal 3 mengikut Islam yang berlandaskan sunnah dan Al-Quran.
"Kenapa ini kita lakukan? Macam-macam ajaran sekarang datang ke negara kita, macam-macam mazhab, sehinggakan rakyat jadi kelam kabut," katanya. – 2 November, 2014.
 
11:13AM - 3 Nov 2014

Dakwa PAS sesat, Ku Nan bakal berdepan saman


PAS berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilapor mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan merujuk kepada Lajnah undang-undang PAS bagi tindakan susulan, lapor Harakahdaily.

"Kita mengecam kenyataan Tengku Adnan yang menuduh‎ PAS sebagai sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.

"Kita akan mendapatkan nasihat daripada Lajnah Undang-Undang bagi mempertimbangkan tindakan undang-undang kepada Setiausaha Agung Umno itu," katanya seperti dilapor portal itu.

Tengku Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan dilapor membuat dakwaan itu ketika menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di ibu negara, semalam.

Beliau turut mendakwa Umno merupakan parti Melayu yang dapat memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara.

Nyanyian Adik Ini Buat Semua Orang Nangis

Written By canang on Isnin, 3 November 2014 | 11/03/2014 09:39:00 PTG