• Sekadar gambar hiasan. - Foto Internet Sekadar gambar hiasan. - Foto Internet
1 / 1
SINGAPURA - Singapura mengharamkan pengedaran dan penjualan shisha berkuat kuasa esok, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

Pengharaman tersebut adalah mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau di bawah Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan).

Bagaimanapun, sebagai langkah peralihan, lesen pengimport tembakau dan peruncit yang mengimport dan menjual tembakau shisha akan diberi kebenaran meneruskan import dan jualan tembakau shisha sehingga 31 Julai, 2016.

Kementerian itu berkata, ia bagi memberi masa yang secukup untuk mereka menghabiskan stok serta menstrukturkan semula perniagaan, sekali gus meninggalkan perniagaan shisha.

Sesiapa yang melanggar larangan itu, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksium S$10,000 (RM25,763) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali dan atas kesalahan susulan, denda maksimum adalah $S20,000 (RM51,561) atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali.







12:53PM - 26 Nov 2014

Yuran universiti dijangka naik hingga 20%


Dalam sesi perbahasan Kementerian Pendidikan semalam, saya telah membangkitkan potongan bajet yang dahsyat terhadap 60,000 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Jumlah keseluruhan potongan bajet 2015 adalah sebanyak RM 1,046,630,000 atau bersamaan dengan 12.36 peratus berbanding bajet 2014.

Daripada 20 IPTA, 18 IPTA mengalami potongan bajet, antaranya Universiti Putra Malaysia (UPM) mengalami potongan setinggi 35.35 peratus.

Saya amat terkejut dan berasa kesal atas pemotongan yang mendadak ini.
Pada masa yang sama jumlah pelajar dalam IPTA berkembang kepada 39,999 pelajar atau bersamaan dengan 8.03 peratus.

Daripada 20 IPTA semua universiti mengalami peningkatan jumlah mahasiswa, kecuali UTM.
Ini bermaksud, IPTA mengalami dua masalah, potongan bajet dan peningkatan mahasiswa.

Dalam keadaan yang begini, kewangan universiti akan terjejas teruk.

Kalau kita ambil contoh UPM pelajar naik 11.15 peratus tetapi potong bajet 35.35 peratus, ini bermaksud defisit UPM mungkin mencapai 46.5 peratus.

Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yuran pelajar naik 15.61 peratus, bajet dipotong 35.08 peratus akan mencapai defisit 50.7 peratus.
Dalam keadaan demikian, pihak universiti hanya mempunyai 2 pilihan: Naikkan yuran pelajar atau potong bajet penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan perkhidmatan pembelajaran.

Atau kedua-duanya sekali. Kami menjangkakan pihak universiti akan melaksanakan kedua-duanya sekali.

Maka, kami menjangkakan yuran universiti akan dinaikan pada tahun depan. Ini akan melibatkan 538,077 mahasiswa dalam IPTA.

Peratusan kenaikan yuran dijangkakan dalam lingkungan 18 hingga 20 peratus untuk menampung defisit yang dialami oleh IPTA.

Pihak universiti juga mungkin menaikkan yuran bukan akademik seperti yuran asrama, yuran pendaftaran dan fi perkhidmatan.

Dalam keadaan pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dipotong, kenaikan yuran universiti akan menjadi sangat tidak popular di kalangan mahasiswa.
Dalam keadaan potongan bajet yang begitu besar, pihak universiti juga dijangka akan memotong bajet perkhidmatan pembelajaran dan R&D.

Perkhidmatan pembelajaran seperti peralatan makmal sains, jurnal sains dalam perpustakaan, lesen perisian komputer juga dijangka akan dikurangkan.

Geran R&D juga dijangka akan dipotong. Ini akan mengakibatkan banyak projek R&D yang kritikal terjejas. Ini tidak bantu pembangunan Negara.

Dalam keadaan sedemikian, kedudukan universiti tempatan dalam ranking pendidikan tinggi sedunia juga akan jatuh lagi.
Pemotongan bajet ini sejajar dengan kajian Higher Education Complaint and Advisory Panel (HEAP) oleh PKR.

Kami mendapati penurunan pengambilan pelajar sebanyak 9.87 peratus pada bulan Ogos oleh Kementerian Pendidikan (MOE).

Mungkin pihak MOE telah merancang untuk mengurangkan pengambilan pelajar kerana menjangka pemotongan bajet IPTA 2015.

Akibat tekanan pihak pelajar dan Pakatan Rakyat, ketua pengarah pendidikan tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Prof Datuk Dr Asma Ismail mengumumkan penambahan pengambilan pelajar seramai 5,328 ke IPTA pada bulan September.
Kami mendesak pihak MOE kembalikan bajet sebenar kepada IPTA.

Bajet sebenar bermaksud sejajar dengan peningkatan 8.03 peratus mahasiswa, bajet 2014 harus ditambah 8.03 peratus atau lebih.

Maka bajet IPTA untuk tahun 2015 seharusnya lebih daripada RM 9,146,244,142.

Pendidikan universiti adalah sektor yang kritikal untuk memacukan Negara untuk mencapai Negara maju. Kerajaan BN tidak haruslah memotong bajet IPTA semata-mata kerana gagal menangani masalah rasuah dan pembaziran dalam pengurusan bajet. Kalau boleh melabur dalam 1MDB, mengapa tidak boleh melabur dalam pendidikan rakyat Malaysia?

Dalam manifesto Pakatan, kami mengetahui betapa pentingnya mahasiswa dalam pembangunan Negara.

Kami telah menjanjikan pendidikan percuma kepada semua mahasiswa Pengajian Tinggi.

Pakatan tahu betapa pentingnya melabur dalam pendidikan tinggi rakyat Malaysia.

Dalam sesi perbahasan semalam, Menteri Pendidikan II YB Datuk Idris Jusoh tidak menjawab soalan saya.

Maka saya memohon menteri respons dan beri jawapan kepada para mahasiswa.


SIM TZE TZIN ahli Parlimen Bayan Baru.
Kalau Duit UMNO Lebih Banyak Dari Kerajaan Negeri, Yg Hairannya,
Kenapa Hendak kenakan Cukai GST ??
Kenapa hendak Naikkan Harga Minyak ??? Elektrik ?? Tol ??
Kenapa Tiada Pembangunan Keretaapi Laju Macam Jepun Seluruh Malaysia ??






Aikk Bung, Takkan suruh raba Teresa Kok!!


kok teresaAhli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mukhtar Radin tonjolkan diri lagi kali ini. Ketika membuat perbahasan tentang Rang Undang-Undang Malaysia Airline System Bhd (Pentadbiran) 2014, Bung mengulas tentang situasi tidak selesa yang dihadapi ketika pemeriksaan oleh pihak keselamatan.
“Saya tidak mahu mereka pegang saya kerana saya sensitif. Bila mereka pegang saya, macam mereka meraba. Malah, bahagian sulit juga diraba. Mana boleh. Jika mereka pegang saya walau sekali pun, saya akan saman mereka.
Bung kemudiannya berkata, beliau tiada masalah andai anggota keselamatan ingin memeriksa Teresa Kok dengan kaedah tersebut.
“Saya mahu beritahu MAS, jangan pegang saya. Saya tidak mahu. Jika mereka mahu pegang Seputeh, boleh, tapi bukan saya.”
7:28PM - 27 Nov 2014

PERKASA cadang sebatan, tahanan tanpa bicara


Pertubuhan pro-Melayu, PERKASA menggesa agar kuasa penahanan tanpa bicara dimasukkan dalam peruntukan Akta Hasutan untuk memperkukuhkan lagi undang-undang itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata langkah itu boleh digunakan oleh pasukan keselamatan untuk mempertahankan negara.

Beliau turut mencadangkan agar Akta Hasutan diperkukuhkan bagi melindungi Islam dan agama lain, dan juga hukuman yang lebih keras.

Ibrahim mencadangkan hukuman dua kali sebatan dan hukuman penjara tidak lebih lima tahun.

“Ikut tauladan hukuman yang dibuat oleh Thailand jika menghina raja-raja Melayu,” katanya lagi.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Najib atas pengumuman bahawa akta tersebut akan dikekalkan dan diperkukuhkan.

Tambahnya lagi, isu berkenaan penguatkuasaan Akta Hasutan tidak harus timbul.

Tuesday, November 25, 2014


Saya tahu kena kutuk, tapi saya peduli apa? Hassan Malek kata..


Saya sedar ramai orang tak suka cara saya kerja. Semua yang saya buat tak pernah betul tapi saya peduli apa? Saya tetap menjalankan kerja saya sebagai menteri macam biasa."

Itu jawapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek kepada MalaysiaGazette berhubung kritikan yang diterima sepanjang menjadi menteri yang antara lain menjaga kenaikan harga barangan.

Apa sahaja yang dibuat semua tak kena malah ramai yang menghentam Ahli Parlimen Kuala Pilah itu sebagai seorang menteri yang tak ada idea.

“Orang boleh cakap apa sahaja yang mereka suka. Kalau pandai sangat dan ada idea yang bagus, kenapa tidak dikongsi bersama saya? Saya terima semua kutukan dengan hati terbuka kerana sebagai menteri, saya akan cuba buat yang terbaik. Orang mungkin tak suka tetapi saya berusaha untuk membuat yang terbaik untuk rakyat,” katanya ketika di temui di Pusat Dagangan Dunia Putra petang tadi.

Katanya lagi, bukan senang hendak puaskan hati semua orang.

“Orang hanya pandai komen itu dan ini. Semua yang saya buat semua tak betul dan saya baca hampir semua kutukan yang disiarkan dalam lama sosial. Saya nak kata apa? Itu hak mereka nak hentam saya sedangkan saya sendiri hairan kenapa orang yang pandai menghentam itu tidak mahu menyumbang idea dengan saya untuk ditaburkan demi kebaikan rakyat?” soalnya.

Jelas Hassan lagi, dia tidak pernah berasa hati terhadap komen buruk yang diterima malah menjadikan itu semua sebagai landasan untuk memberikan yang terbaik di bawah kemeteriannya.--MalaysiaGazette.

Kesan Sampingan Menggunakan Gambir Sarawak Untuk Tahan Lama

Adakah penggunaan gambir Sarawak akan memberi kesan yang buruk walaupun jarang menggunakannya? Saya masih bujang tetapi rakan ada menceritakan perihal gambir Sarawak.

KHAI

Serdang, Selangor

Gambir Sarawak atau nama saintifiknya Uncaria Gambir adalah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak ditemui di dalam hutan Sarawak.

Untuk makluman anda, gambir Sarawak digunakan untuk sakit gusi. Apabila serbuk gambir disental di gusi, bahagian itu akan rasa pijar dan sakit gusi akan rasa lega.

Jadi, gambir Sarawak sebenarnya memanaskan, memijarkan kulit atau mukosa dan boleh membakar serta meradangkan kulit yang sihat menjadi sakit dan melecur.

Kulit zakar dan kulit anggota kelamin perempuan dari jenis kulit lembut yang mengandungi banyak urat saraf. Apabila gambir Sarawak disapu di bahagian itu dan anggota kelamin perempuan menerima kesan dari zakar yang disapu Gambir Sarawak, kulit anggota itu akan radang.

Jika kebetulan bahan itu mengakibatkan alahan kepada kulit, bahagian itu akan bengkak dan melecur. Kawan anda tidak memberi maklumat ini kerana mereka tidak tahu atau mereka mahu menganiaya anda.

Berwaspada apabila anda diberi gambir Sarawak untuk tujuan melambatkan ejakulasi. Kesan sampingan yang berlaku boleh membantutkan hubungan intim dan me­ngeruhkan keceriaan. Elak guna gambir Sarawak.






'Makcik' mahu satu kerusi Naib Presiden, Naib Ketua Bahagian - Shahrizat

KUALA LUMPUR: "Bagilah makcik-makcik ini peluang. Kalau tak ada (makcik) tak adalah Pemuda dan Puteri, hancurlah UMNO," kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Mengulangi permintaan supaya satu kerusi tambahan diwujudkan bagi jawatan Naib Presiden UMNO dan Naib Ketua UMNO Bahagian diberi kepada anggota sayap itu, Shahrizat menegaskan ia bertujuan memperkasa pembabitan wanita dalam politik, juga sebagai pengiktirafan, tanpa ada niat untuk mencantas sesiapa.
"Boleh tak? Bagilah satu tempat kepada kami (Wanita UMNO). Kita tak singsing tangan tapi kita hulur tangan sebab kita sayangkan parti ini," katanya dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Shahrizat berkata hasil mesyuarat perwakilan Wanita UMNO bahagian tahun ini, 171 bahagian dan 12,483 cawangan menyokong usul berkenaan. Wanita UMNO dianggotai 1.3 juta orang, hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 3.5 juta anggota UMNO.
Cadangan itu mendukung kehendak Fasal 3.4, Peraturan Pergerakan Wanita UMNO iaitu membangunkan wanita ke arah mencapai 30 peratus dalam bidang pembangunan dan pembuat dasar negara, katanya.
"Saya berharap pucuk pimpinan UMNO akan membuat keputusan bijaksana dalam hal ini apabila masanya tiba untuk Perlembagaan UMNO dipinda," katanya.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menghangatkan suasana di dalam Dewan Tun Ismail apabila berkata alasan kononnya 'kaum Hawa' dalam sayap UMNO itu tidak sesuai untuk jawatan Naib Presiden dan Naib Ketua Bahagian kerana sudah tua sangat tidak masuk akal.
"Selagi saya jadi Ketua Wanita UMNO, saya tidak akan biarkan mana-mana pihak kecilkan usaha wanita. Langkah mayat saya dulu kalau nak biarkan wanita diperkecilkan," katanya disambut tepukan gemuruh daripada 993 perwakilan Wanita.
Usul ucapan dasar ketua itu dicadang Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Surayah Ibrahim dan disokong Ketua UMNO Bahagian Ampang, Prof Madya Datuk Dr Rozaidah Talib. - BERNAMA


KETUA Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berucap di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - Foto BERNAMA