Isnin, 24 November 2014

GAWATNYA PADANG MAHSYAR 1

Polis larang cari kerang di pantai sekitar Marang

pada 24-11-2014 01:11 
Post Pic
MARANG: Pantai Rusila hingga Pulau Kekabu di sini, yang menjadi tumpuan ramai berikutan 'fenomena kerang' menyebabkan empat remaja hampir lemas selepas dihanyutkan ombak.
Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman memberi amaran dan melarang orang ramai menjalankan aktiviti di sepanjang pantai berkenaan, berikutan keadaan ombak dan cuaca tidak menentu ketika musim tengkujuh yang boleh mengundang bahaya.
Larangan itu berkuat kuasa serta merta dan semua pihak diminta memberi kerjasama bagi mengelak kejadian sama berulang.
"Dalam tempoh tiga hari, empat remaja nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mengutip kerang dan kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi.
"Selain penduduk di kawasan setempat, orang ramai dari kawasan berhampiran turut ghairah mengutip hidupan itu sambil membawa anak-anak mereka.
"Malah, ada kalangan mereka turut mengambil kesempatan berniaga dengan menjual makanan dan minuman serta pakaian di lokasi berkenaan tanpa memikirkan keselamatan mereka.
"Oleh itu, kita minta mereka hentikan sebarang kegiatan di pantai berkenaan yang boleh membahayakan nyawa mereka," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, dua remaja berusia 15 tahun dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mencari kerang yang terdampar di pantai berkenaan sejak Jumaat lalu.
Malah, sebelum itu, dua pelajar sebuah pusat pengajian tinggi berusia 19 tahun dari Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu juga hampir lemas di pantai sama kira-kira jam 11.20 pagi kelmarin selepas dihanyutkan ke tengah laut.
Bagaimanapun, semua mangsa berjaya diselamatkan orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Klinik Kesihatan Marang untuk rawatan.
Risikin berkata, sejak fenomena ribuan kerang terdampar di pantai berkenaan Jumaat lalu, orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mengutip hidupan itu tanpa memikirkan keselamatan mereka.
Beliau berkata, keadaan ombak dan cuaca yang tidak menentu ketika ini tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai seperti mandi, berkelah dan mengutip kerang kerana bimbang kejadian buruk berlaku.
"Bukan niat polis untuk menghalang kerana tahu mereka mahu mencari rezeki, tetapi keselamatan dan nyawa adalah lebih penting dalam keadaan sekarang. Jadi, saya harap orang ramai dapat mematuhi arahan dikeluarkan demi kebaikan semua pihak," katanya.

Azmin ‘hadiah’ Camry untuk Ketua Pembangkang Selangor

 | November 24, 2014
Ketua Pembangkang dalam Dewan Negeri Selangor merupakan komponen kerajaan yang memainkan peranan sebagai 'check and balance' kepada kerajaan sedia ada
shamsudinliasSHAH ALAM: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias hari ini menerima kereta rasmi daripada kerajaan negeri sebagai salah satu insentif demi menjalankan tugas di negeri berkenaan.
Shamsudin yang menerima sebuah kereta Camry itu memberitahu beliau sangat menghargai pemberian dan pengiktirafan kerajaan di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor baru, Mohamed Azmin Ali.
“Saya sebagai ketua pembangkang di negeri Selangor amat menghargai di atas pengiktirafan kerajaan Selangor terhadap peranan pembangkang, dan ini diterjemahkan melalui kemudahan-kemudahan dan sokongan serta kenderaan,” ujar ADUN (BN) Sungai Burong itu.
Shamsudin turut berharap, bahawa beliau akan dapat menjalankan tugas check dan balance dengan baik.
“Saya berjanji akan memainkan peranan sebagai pemantau. Insyaallah kita akan berikan kerjasama dengan baik. Kalau ada teguran, kita akan berikan teguran secara konstruktif,” ujarnya.
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh memberitahu bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan telah bersetuju supaya memberikan keistimewaan dan kemudahan Ketua Pembangkang negeri Selangor, iaitu Datuk Mohd Shamsudin Lias.
Katanya, ia menjadi sebahagian daripada Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan 1980 dibentangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-13 pada 2 Disember 2013.
“Ketua Pembangkang dalam Dewan Negeri Selangor merupakan komponen kerajaan yang memainkan peranan sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan sedia ada walaupun tidak dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
“Keistimewaan dan kemudahan ini diberikan supaya beliau boleh menjalankan tugas-tugas beliau dengan lebih efektif,” katanya sewaktu sidang media, selepas penyerahan kunci kenderaan kepada Ketua Pembangkang DUN Selangor.
Hannah turut memberitahu bahawa pengiktirafan terhadap Ketua Pembangkang dizahirkan melalui pewujudan kemudahan elaun Ketua Pembangkang yang menggariskan keistimewaan yang diperuntukkan.
Jelasnya, ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeri dalam meraikan amalan demokrasi berparlimen di negara ini.
“Enakmen ini telah dikuatkuasakan mulai Januari 2014 yang menjadikan Selangor sebagai negeri kedua selepas Pulau Pinang yang memberi pengiktirafan kepada Ketua Pembangkang tetapi merupakan negeri Pertama yang memberi elaun tertinggi kepada Ketua Pembangkang iaitu sebanyak RM3,000 sebulan,” ujarnya.
Selain elaun sebanyak RM3,000 sebulan, Hannah turut mengumumkan bahawa RM1,367 sebulan diperuntukkan kepada bayaran gaji pemandu, dan RM2,001 kepada bayaran gaji setiausaha kerja serta sebuah kereta rasmi kerajaan (Toyota Camry) yang setaraf dengan kenderaan yang diberikan kepada pegawai awam gred 54 berserta pembiayaan bahan api dan tol.

Teguran Ibu dijadikan musuh hingga ke akhir hayat

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kisah anak merajuk kepada ayah dan ibu masih menyentuh hati ini. Tidak boleh digambarkan dengan perasaan seorang ibu yang bersusah payah mengandungkan anak sembilan bulan sepuluh hari kemudian si anak merajuk membawa diri kerana ditegur oleh ibu. Kisah benar seorang teman yang dikongsikan diruang komen entri “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” memang meruntun jiwa sesiapa yang membaca.
Salam buat semua. Setelah membaca cerita yg disampaikan diatas, saya terkenangkan ibu saya yg telah meninggal dunia pada 4 Nov 2011 (8 Zulhijjah). Saya teramat sedih kerana kakak sy (53thn) tidak pulang sejak 10 tahun lalu akibat kecil hati dgn kata2 arwah ibu saya. Bukan beliau shj dimarahi ketika itu, semua adik beradik yg lain terkena tempiasnya hanya krn tidak mengemas dapur lepas memasak (hari raya tahun 2002). Sehingga hari pengkebumian arwah ibu juga masih tidak pulang sehinggalah ke saat ini walaupun bapa sy masih ada (tempat tinggal kakak saya di Sri Hartamas, arwah ibu dan bapa di Setapak).
Jika alasan beliau krn tidak diberitahu, amatlah sedih krn sejak arwah ibu menderita sakit kanser 3 tahun lepas pun beliau tidak bertanya khabar jauh sekali pulang menjengok. Walaupun kami sudah tidak kuasa utk memberitahu walau apapun perkembangan sejak itu, setidak2nya beliau sentiasa menjenguk ibu2 saudara yg ada dan semestinya mrk ada menyampaikan apa2 perkembangan dan menegur perbuatannya. Namun itu semua tidak diendahkan. Beliau skrg hidup bahagia krn kemewahan duniawi yg dikecapi berbanding kami adik-beradik yg lain. Mungkin itu dugaan buat beliau didunia ini.
Sy berdoa semoga beliau sedar dan diberi hidayah walaupun sudah terlambat utk memohon ampun dan maaf dari arwah ibu saya. “Mak, damailah mak disana dan semoga digolong bersama para mukminin. Kasih sayang dan pengajaran serta nasihat yang mak berikan kpd anak2 mak cukup sempurna utk kami jadikan pedoman bagi mengharungi kehidupan yg serba mencabar ini. Terimakasih mak, i love you from the deepest of my heart.. Al-Fatihah buat mak…..
Baca kisah sedih ini teringat pulak kisah Si Tanggang seperti kisah mitos khayalan tetapi sebenarnya memang berlaku di keliling tanpa kita sedari. Terkedu tak terkata keras sungguh hati sehingga langsung tak sudi menjengok arwah ibu. Teringin melihat kesudahan kisah masa tua beliau adakah mungkin apa yang beliau lakukan kepada arwah ibu akan berulang sejarah kepada beliau.
Sedangkan anak kecil seperti dalam Video Iklan Raya Bernas kasih sayang pada ibu inikan kita. Ramai rakan-rakan sms meleleh air mata sebak menonton video Bernas apatah lagi membaca kisah tragis seperti ini.
Teringat kata seorang teman yang juga seorang ibu “air mata lebih banyak mengalir keluar bila anak-anak dah besar berbanding ketika mereka kecil“.
Baca juga : Rokok hukumnya haram dan antara sebab doa tak diterima
Mungkin pesanan Anuar ini boleh menjadi peringatan kepada kita :
Hargailah ibu dan bapa kita sementara mereka masih hidup lagi.. Sebenarnya kita bersyukur kerana masih mempunyai mereka untuk kita saling sayang menyayangi..
Cubalah kita selami perasaan rakan-rakan kita yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Mereka pasti berasa sedih kerana tidak ada peluang lagi untuk mereka berkongsi saat-saat indah dalam hidup mereka bersama orang yang bertanggung jawab membesarkan mereka..
Seharusnya anda patut rasa bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada anda untuk menikmati saat-saat indah dalam hidup anda bersama mereka.. Jadi hargailah mereka, sebagaimana mereka memelihara kita semenjak kita kecil sehingga sekarang..
Sempena kehadiran bulan Syawal ini, eloklah kita bermaaf-maafan sesama kita.. Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa.. Pohonlah kemaafan sebanyaknya daripada ibu dan bapa kita..
Bagi mereka yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Doakanlah kesejahteraan mereka sewaktu berada “di sana”.. Kunjungilah pusara mereka.. Semoga mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman..

Monday, November 24, 2014


Terbaik dari Azmin, beri RM2.4Juta setahun untuk adun BN


S'gor beri RM2.4 juta setahun untuk ADUN BN

Zulaikha Zulkifli | 3:15PM Nov 24, 2014


Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.

Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.

"Saya mencadangkan peruntukan ahli dewan negeri kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun.

"Mulai 2015, peruntukkan ADUN akan turut dipanjangkan kepada ADUN Pembangkang dengan peruntukkan sejumlah RM200,000 setahun.

"Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri," kata Azmin.

Sebelum mengumumkan peruntukan kepada wakil rakyat BN, Azmin sempat berseloroh untuk menarik balik peruntukan itu ketika ADUN-ADUN Pembangkang mula mengetuk meja dan ketawa.

"Kalau tak nak, saya nak tarik balik," kata Azmin berseloroh.

Sementara itu, pada sidang medianya, Azmin berkata, peruntukan kerajaan negeri kepada wakil rakyat BN itu pertama kali dilaksanakan di Selangor.

Bagaimanapun, katanya ia bukan pertama kali dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat memandangkan peruntukan itu telah dilakukan di Pulau Pinang.

"Setiap ADUN BN akan dapat RM200,000 setahun iaitu bersamaan RM2.4 juta untuk BN," kata Azmin

Ketika ditanya adakah peruntukan itu turut diberi kepada ADUN Pelabuhan Klang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (atas), Azmin hanya menjawab:

"Dia penyelaras DUN. Kita bagi. Sekarang kita pun ada penyelaras parlimen, kita juga bagi," katanya lagi

Anak Ridhuan Tee terbabit kes pemalsuan salinan slip SPM


Ridhuan tee2
Anak penceramah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah antara yang terbabit dalam kes pemalsuan salinan slip peperiksaan SPM selepas mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas individu yang memalsukan keputusan tersebut.‎
Tertuduh Mohd Firdaous Shariful Azman, 36, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memalsukan slip SPM tiga individu termasuk anak Ridhuan Tee, Mohd Syafi dan dua individu lain, Puteri Sabrina Shazlin Roslan dan Dhuratul Ain Radzali.
Bagaimanapun, Mohd Firdaous tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Zuraini Abdul Razak.
Memetik laporan Bernama, Mohd Firdaous didakwa melakukan kesalahan bagi ketiga-tiga individu tersebut dengan niat supaya rekod itu dipercayai dibuat, ditandatangani dan disempurnakan dengan kuasa seseorang bagi memperdaya Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat ITBM, Seksyen 10, Wangsa Maju di Kuala Lumpur antara 10.34 pagi 4 Jun dan 3.21 petang 13 Jun lepas.
Mohd Firdaous didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam menawarkan jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan.
Peguam Adenan Ismail memohon supaya jaminan terhadap anak guamnya dikurangkan atas alasan tertuduh perlu menguruskan syarikatnya dan perlu menanggung anak yang masih kecil.
Zuraini membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Disember untuk sebutan kes.

10:44AM - 24 Nov 2014

Shafie Ngah timbalan speaker baru DUN S'gor


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi Dr Mohd Shafie Ngah dilantik sebagai timbalan speaker DUN Selangor yang baru.

ADUN PAS itu dilantik menduduki jawatan itu selepas mendapat undian sebanyak 28 undi.

Mohd Shafie dilantik sebagai timbalan speaker selepas namanya dicalonkan oleh ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad dan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

"Dengan ini saya sukacita memasyhurkan Tuan Shafie Ngah dipilih sebagai timbalan speaker," kata Speaker Dewan Hannah Yeoh.

Selain Mohd Shafie, turut dicalonkan sebagai timbalan speker ialah ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lin.

Ng dicalonkan oleh ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan ADUN Kinrara Ng Sze Han.

Bagaimanapun, pemimpin DAP itu itu hanya mendapat 14 undi.

Pemilihan timbalan speaker yang baru dibuat susulan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatannya kerana dilantik sebagai exco kerajaan negeri yang baru.

Sebelum sesi undian dijalankan, Ketua Pembangkang Datuk Shamsuddin Lias memberitahu dewan negeri bahawa semua ADUN BN tidak mahu mengambil bahagian dalam sesi pemilihan itu.

"Berkenaan pemilihan ini, semua ADUN daripada BN tidak mahu mengambil bahagian," katanya yang juga ADUN Sungai Burong.

Selepas itu, Hannah yang juga ADUN Subang Jaya berkata terpulang kepada mereka sama ada untuk mengambil bahagian atau tidak.



Tiada ulasan: