SEORANG daripada saudara menutup Nursyakirah Izzati Nazliza yang lemas. FOTO Aminudin Ismail
Setelah
Rasulullah berhijrah ke Madinah, dan Baginda yakin dengan kekemasan
struktur masyarakat baru Islam, dengan tertegaknya kesatuan akidah,
politik dan sistem di kalangan umat Islam, Baginda mengalih pandangan
untuk menyusun hubungannya dengan golongan “bukan Islam”, tujuan Baginda
ialah untuk mewujudkan keamanan, kesejahteraan, kemuliaan dan kebaikan
kepada manusia sejagat, di samping menyusun semula daerah al-Madinah
dalam satu keharmonian hidup yang tulin, ke arahnya Baginda menggariskan
peraturan-peraturan yang bersifat anjal dan toleransi yang belum pernah
dinikmati oleh dunia, yang penuh dengan sikap kefanatikan dan ego.Golongan
bukan Islam yang mendampingi Madinah diketika itu ialah golongan
Yahudi, sepertimana yang telah kita perkatakan terlebih dahulu, mereka
meskipun memendam perseteruan terhadap Islam, namun setakat ini mereka
belum lagi memperlihatkan sebarang penentangan atau permusuhan, justeru
itu Rasulullah memeteraikan perjanjian dengan mereka dengan memberi
kemerdekaan penuh dalam soal agama dan kewangan. Rasulullah langsung
tidak mengambil tindakan politik untuk berseteru, menghalau atau
merampas harta-harta mereka. Perjanjian yang dimeteraikan itu adalah di
antara kandungan perjanjian kaum muslimin sesama mereka, yang telah pun
kita perkatakan.
BUTIRAN PERJANJIAN
1.
Bahawa kaum Yahudi dari banu Auf adalah satu umat bersama orang-orang
mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri, dan orang-orang Islam
dengan agama mereka, begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan
mereka, termasuk juga diri mereka sendiri, perkara ini juga untuk bukan
Yahudi Banu Auf sahaja.
2. Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah membiayai negara seperti mana orang-orang Islam juga hendaklah membiayai negara.
3.
Maka hendaklah mereka sama-sama tolong menolong menentang sesiapa jua
yang memerangi orang-orang yang menganggotai piagam ini.
4. Maka hendaklah mereka saling nasihat menasihati, saling membuat kebajikan dan bukan dosa.
5. Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya.
6. Dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang kena zalim.
7.
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah bersepakat dengan orang-orang
mukmin selama mana mereka tidak berada dalam keadaan perang.
8. Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sepenuhnya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini.
9.
Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertelingkahan di
antara sesama peserta piagam ini sekiranya di khuatiri membawa kepada
bencana maka hendaklah dirujuk kepada hukum Allah dan kepada
penyelesaian oleh Muhammad Rasulullah (s.a.w).
10.
Bahawa tidaklah boleh di beri perlindungan kepada Quraisy (musuh)
begitu juga tidak boleh di beri perlindungan kepada orang-orang yang
membantunya.
11.
Bahawa hendaklah ada janji bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib
daripada mana-mana pihak yang mencerobohinya. Setiap pihak adalah
berkewajipan mengambil bahagian masing-masing tentang satu-satu
perdamaian.
12. Bahawa piagam ini tidak boleh di pakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah.
Dengan
termeterainya perjanjian ini maka Madinah dan persekitarannya menjadi
sebuah negara yang aman dan damai. Ibu negerinya adalah al-Madinah,
pemimpinnya adalah Rasulullah (s.a.w.), kata-kata pemutus dan kekuasaan
yang tertinggi adalah kaum muslimin. Dengan itu maka al-Madinah menjadi
sebuah ibu negara Islam dengan erti kata yang sebenarnya. Dan untuk
memperluaskan daerah keamanan dan kesejahteraan ini di masa hadapan,
maka Rasulullah mengadakan perjanjian dengan qabilah-qabilah yang lain
berdasarkan keadaan dan suasana, sepertimana yang diperkatakan nanti.
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid @IKIM fm
Perjanjian Al-Hudaibiyah
Dalam siri lalu telah dibincangkan muqaddimah berlakunya
perdamaian Al-Hudaibiyah.
Orang tengah yang dihantar oleh kaum musyrikin untuk bertemu
Rasulullah SAW dan menyampaikan hasrat mereka ialah Urwah bin Mas’ud Al-Saqafi.
Selepas kembali daripada pertemuan dengan Rasulullah SAW, Urwah bin Mas’ud
Al-Saqafi menceritakan, “Demi Allah, saya tidak melihat Rasulullah SAW meludah,
kecuali bilamana ludah itu jatuh ke tangan salah seorang sahabatnya, maka
sahabat itu akan mengambil ludah dan mengusapnya pada wajah dan kulit badannya.
Kalau Rasulullah menyuruh sesuatu, maka mereka bersegera melakukannya. Jika
berwudhuk, mereka hampir berselisih untuk mengambil bekas air wudhuk Nabi SAW.
Jika kaum muslimin berbicara di hadapan Rasulullah, mereka merendahkan suara
mereka. Mereka juga tidak mengangkat kepala mereka ketika berbicara dengan
Rasulullah kerana mereka segan untuk memandang wajahnya sebagai tanda hormat
padanya.”
Urwah bin Mas’ud berkata lagi, “Demi Allah, saya pernah
datang kepada Raja-raja yang ada – saya pernah berjumpa dengan Kaiser di Rom,
saya berjumpa dengan Raja Kisrar di Persia,
saya berjumpa dengan Raja Najasyi. Sungguh, saya tidak pernah melihat
orang lain mengagungkan seseorang sebagaimana sahabat Muhammad mengagungkan baginda.
Saya menasihati kamu semua untuk menerima tawaran Rasulullah SAW. Sesungguhnya
dia telah memberikan tawaran yang baik.” Tawaran yang dimaksudkan ialah
rundingan damai antara kaum muslimin dan musyrikin. Pada asalnya, kaum musyrikin
bertekad untuk berperang dengan kaum muslimin. Setelah mendengar kata-kata
Urwah, barulah mereka bersetuju menerima tawaran baginda Rasulullah SAW.
Setelah itu, kaum musyrikin menghantar seorang jururunding
iaitu Suhail ibnu Amar untuk mencatit hasil rundingan. Sebelum itu, Nabi SAW
telah bertanya akan siapa yang akan menjadi jururunding dan sahabat memberitahu
bahawa Suhail ibnu Umar. Lalu baginda SAW pun berkata, “Urusan ini akan menjadi
mudah.” Suhail itu bererti mudah, daripada perkataan ‘suhaidin’. Nabi SAW
meletakkan harapan baik pada nama tersebut dan begitulah sifat Rasulullah SAW –
meletakkan harapan baik pada nama yang baik. Jika ingin berhenti di satu-satu
tempat, baginda SAW akan bertanya dahulu nama tempat itu, jika baik baru
baginda SAW berhenti, jika namanya tidak baik, baginda SAW akan meneruskan perjalanan.
Baginda SAW suka kepada menyimpan harapan baik kepada nama-nama yang baik.
Ketika Suhail datang kepada Rasulullah SAW, maka baginda SAW
pun duduk berhadapan dengannya dan memanggil Sy. Ali bin Abi Talib untuk
menulis salinan naskah perjanjian tersebut untuk simpanan pihak muslimin. Satu
lagi naskah akan ditulis oleh Suhail untuk pihak musyrikin.
Sy. Ali pun disuruh oleh Baginda SAW untuk memulakan dengan
menulis kalimah ‘Bismilahirrahmanirrahim’, maka ditulis oleh Sy. Ali. Suhail
mengatakan, “Kami tidak tahu apa itu Ar-Rahman, atau Ar-Rahim.” Maka Nabi SAW
pun menyuruh memadamkannya dan menggantikan dengan “Bismikallahumma”. Suhail
berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa kaum musyrikin mempunyai kuasa yang
lebih tinggi dan tidak mahu tertakluk kepada sistem yang digunakan oleh Nabi
SAW. Maka, Sy. Ali pun menurutnya. Baginda SAW pun menyuruh Sy. Ali menulis
lagi, “Ini adalah yang telah diputuskan oleh Muhammad Rasulullah kepada Suhail
ibnu Amar.” Sy. Ali pun menulisnya. Kemudian, Suhail berkata, “Demi Allah, jika kami tahu
dan kami yakin kamu itu Rasulullah, kami tak akan perangi kamu dan kami tak
akan halang pun kamu daripada memasuki kota Mekah. Saya tidak setuju, jadi
tulis Muhammad bin Abdullah.” Sekali lagi Suhail sengaja ingin menunjukkan
kekuatan kaum musyrikan dan menghina kaum muslimin.
Namun, belum tentu orang yang dipandang rendah itu hina, dan
belum tentu lagi orang yang dipandang tinggi itu mulia. Kaum musyrikin menganggap
diri mereka mulia dan dengan itu mengeluarkan kaum muslimin daripada kota
Mekah, tetapi Allah SWT menjawab, “Kemuliaan itu ada pada Allah, pada Rasul-Nya
dan pada kaum mukminin”. Oleh itu, jangan kita mencari kemuliaan di mata
manusia tetapi kita hancur di mata Allah. Tetapi carilah kemuliaan di mata
Allah, walaupun hina di hadapan manusia. Manusia pada hakikatnya takkan dapat
memberi apa-apa manfaat kepada kita, tetapi kehinaan di mata Allah akan membawa
hukuman kepada kita. Manakala kemuliaan di sisi Allah pula akan membawa darjat
dan pangkat yang tinggi di sisi-Nya.
Suhail ibnu Amar melihat bahawa orang muslimin ingin masuk
ke kota Mekah yang tertakluk kepada pemerintahan orang musyrikin. Oleh sebab
itu, dalam penulisan pun dia ingin orang muslimin tertakluk kepada mereka. Oleh
sebab itu dalam hal kalimah Bismillahirrahmanirrahim dan Rasulullah SAW, beliau
sengaja membiarkan Sy. Ali menulisnya terlebih dahulu, dan kemudian baru
mengatakan yang dia tidak setuju dan meminta ianya dipadam. Dia ingin menunjukkan
yang kaum musyrikin lebih berkuasa. Namun, Nabi SAW mempunyai pandangan yang
jauh dan mengetahui bahawa kemuliaan ada pada pandangan Allah dan bukan pada
pandangan manusia.
Maka, Sy. Ali pun diperintah menghapuskan kalimah Rasulullah
SAW. Namun, Sy. Ali enggan dan berkata, “Demi Allah, saya takkan memadamnya.”
Kata Rasulullah, “Saya ini tetap Rasulullah walaupun mereka mendustakannya.
Tunjukkan saya di manakah letaknya kalimah Rasulullah itu untuk saya hapuskan?”
Sy. Ali pun menunjukkan dan Baginda SAW meletakkan jarinya ke dalam air dan
kemudian memadamkan perkataan Rasulullah SAW dengan tangannya yang mulia. Lalu
kalimah itu diganti dengan ‘bin Abdullah’ seperti yang diminta oleh Suhail.
Dalam hal ini, Sy. Ali menolak permintaan Nabi SAW untuk menghapuskan
kalimah Rasulullah bukanlah kerana beliau melanggar arahan baginda Nabi SAW. Sy.
Ali merupakan orang pertama yang terdidik daripada madrasah Rasulullah SAW
kerana diambil sebagai anak angkat oleh Rasulullah dan terdidik di rumah
baginda sendiri. Beliau adalah kanak-kanak lelaki pertama yang memeluk Islam.
Beliau ialah lelaki pertama yang tahu turunnya wahyu kepada Rasulullah kerana
beliau hidup di rumah Rasulullah sehingga beberapa riwayat mengatakan, ketika
awal Islam dan tiba waktu solat, mereka melihat seorang wanita dan seorang
kanak-kanak bermakmumkan kepada Rasulullah SAW. Wanita yang dimaksudkan itu
ialah Sy. Khadijah, dan kanak-kanak itu Sy. Ali. Beliau juga digelar
‘Karamullahuwajha’ yang bermaksud ‘Supaya Allah merahmati wajah kamu’ kerana
dia tidak pernah menyembah berhala.
Nabi SAW tidak pula berkata kepada Sy. Ali, “Kamu tidak
patuh pada arahan saya.” kerana baginda memahami maksud sikapnya untuk
melindungi Rasulullah di hadapan seorang musyrikin yang sedang menhina baginda
SAW. Sahabat Nabi SAW amat setia kepada baginda SAW dan amat cemburu kepada
orang yang ingin menghina Baginda SAW.
Setelah digantikan perkataan Rasulullah seperti yang
diminta, maka ditulis beberapa isi kandungan perjanjian. Antaranya ialah:
- Orang muslimin tidak boleh memasuki kota Mekah tahun ini,
tetapi hanya tahun hadapan.
Kaum musyrikin mengatakan demikian agar kaum muslimin yang
sedang dalam dalam perjalanan tidak meneruskan perjalanan mereka kerana jika
begitu, ianya akan menampakkan yang kaum musyrikin telah tertekan sehingga
terpaksa membenarkan kaum muslimin masuk juga. Kaum musyrikin ingin menujukkan
kekuasan mereka dan Nabi SAW bersetuju dengan permintaan itu.
Perkara kedua yang dipersetujui ialah:
- Perjanjian damai untuk tidak memerangi satu sama lain, tidak
berkhianat dan tidak mendatangkan mudarat kepada satu sama lain selama 10
tahun.
Isi perjanjian ketiga yang dipersetujui ialah:
- Jika ada orang musyrikin yang datang ke Madinah dan ingin
masuk Islam, maka Nabi SAW mesti mengembalikannya kepada kaum musyrikin. Jika
ada sahabat Nabi SAW yang kembali kepada Quraisy, maka kaum Quraisy tidak perlu
memulangkan mereka kepada Nabi SAW. Baginda SAW bersetuju dengan isi itu.
Perkara-perkara yang dipersetujui ini nampak berat sebelah
dan nampak seolah-olah Nabi SAW bersetuju dengan semua permintaan kaum
musyrikin. Perkara ini menimbulkan kerisauan kaum muslimin terutamanya Sy. Umar
Al-Khattab. Sy. Umar bertanya, “Ya Rasulullah, adakah kita akan mengembalikan orang
yang beriman daripada mereka untuk disiksa dan disakiti sementara mereka tidak
berhak mengembalikan daripada kami yang datang kepada mereka?” Jawab baginda
SAW, “Ya. Siapa antara kita yang kembali ke kota Mekah, semoga dijauhkan oleh
Allah (yakni semoga Allah menjauhkan rahmat daripada mereka yang kembali kepada
agama musyrikin). Tapi yang datang kepada kita, kita akan pulangkan kepada kaum
musyrikin, dan saya berdoa semoga Allah memberinya jalan keluar.”
Maka, Sy. Umar yang risau dan tertanya-tanya apa maksud disebalik
perjanjian itu, dan jika melihat perjalanan perjanjian itu, baginda SAW tidak
bermesyuarat pun dengan para sahabat. Semasa keluar untuk melangsungkan umrah
ke kota Mekah, dan diberitahu bahawa orang musyrikin sedang berkumpul untuk
menghalang rombongan baginda, baginda SAW bermesyuarat bersama para sahabat
sama ada untuk meneruskan perjalanan atau tidak. Tetapi ketika tiba tawaran
perdamaian di Hudaibiyah, Nabi SAW tidak lagi bermesyuarat dan terus bersetuju
dengan permintaan-permintaan kaum musyrikin. Dalam hal ini – dimanakah letaknya
kebiasaan Rasulullah SAW bermusyawarrah (mesyuarat)?. Nabi ialah orang yang
paling banyak bermusyawarah, tetapi dalam hal wahyu, Nabi tidak lagi perlu
bermusyawah dengan sesiapa kerana arahan datang daripada Yang Maha Kuasa, Yang
Maha Mengetahui. Maka, dalam hal ini, arahan dari Allah tidak lagi boleh
dibahaskan sama ada untuk ditunaikan atau tidak ditunaikan. Apabila datang
arahan Allah, perlu patuh dan taat untuk menerimanya dan demikian yang dilakukan
oleh Rasulullah SAW.
Sy. Umar berkata, “Bukankah kamu ini Rasul, yang benar-benar
Rasul?”
Jawab Nabi SAW, “Ya.”
Sy. Umar berkata lagi, “Bukankah kita berada di pihak yang
benar, dan musuh berada di pihak yang batil?”
Jawab Nabi SAW, “Betul.”
Sy. Umar berkata lagi, “Bukankah kaum mukminin yang mati
daripada kami masuk syurga, dan orang-orang yang mati daripada kalangan mereka
orang musyrikin masuk neraka?”
Jawab Nabi SAW, “Ya.”
Kata Sy. Umar, “Lalu, mengapa kita memandang diri kita
rendah sementara kita berada di pihak yang benar (yakni bersetuju dengan permintaan
kaum musyrikin melalu Suhail ibnu Amar) ?”
Jawab Nabi SAW, “Saya ini Rasulullah. Saya tidak akan
bermaksiat kepada yang menyuruh saya dan Dia pasti menolong saya.”
-> Maksud Nabi SAW ialah apa yang dilakukan itu bukanlah
kehendak baginda, tetapi adalah kehendak Allah SWT.
Maka Sy. Umar yang risau dengan apa yang berlaku datang pula
kepada Sy. Abu Bakar dan mengulangi soalan yang sama:
Kata Sy. Umar, “Bukankah dia itu Rasulullah?”
Jawab Sy. Abu Bakar, “Ya.”
Kata Sy. Umar lagi, “Bukankah kita berada di pihak yang
benar, dan musuh berada di pihak yang batil?”
Jawab Sy. Abu Bakar, “Betul.”
Kata Sy. Umar pula, “Bukankah kaum mukminin yang mati
daripada kita masuk syurga, dan orang-orang yang mati daripada kalangan mereka
orang musyrikin masuk neraka?”
Jawab Sy. Abu Bakar, “Ya.”
Kata Sy. Umar, “Lalu, mengapa kita menerima penghinaan
terhadap agama kita sedangkan kita berada di pihak yang benar?”
Jawab Sy. Abu Bakar “Ya Umar, dia itu ialah Rasulullah. Dia
tidak akan bermaksiat kepada yang Allah dan Allah pasti akan menolongnya.”
-> Jawapan yang diberi Sy. Abu Bakar persis jawapan yang
diberi Nabi SAW.
Mendengar jawapan itu. Sy. Umar merasa
bersalah kerana persoalan-persoalan yang ditimbulkannya seolah-olah meragui
Rasulullah SAW walaupun itu sebenarnya tidak berlaku. Keraguannya sama seperti
keraguan Nabi Ibrahim yang bertanya bagaimana Allah menghidupkan yang telah
mati. Lalu Allah bertanya kepada Nabi Ibrahim, “Tidakkah kamu beriman?” Jawab
Nabi Ibrahim, “Ya, tetapi untuk menenangkan hati saya.” Pertanyaan Sy. Umar
juga sama maksudnya – berdasarkan kerisauan dan bukan kerana keraguan terhadap
Rasulullah SAW. Sesungguhnya, Sy Umar adalah orang yang sangat kuat imannya
terhadap Allah dan Rasul-Nya.
Soalan-soalan itu menjadikan Sy. Umar merasa bersalah dan dia
berkata, “Aku sentiasa beribadah, bersedekah, berpuasa dan sebagainya kerana
aku khuatir Allah Taala akan menurunkan ayat dan ayat itu adalah kerana
soalan-soalan yang aku tanya kepada Nabi SAW”. Yakni, Sy. Umar banyak melakukan
ibadah agar Allah tidak murka dengan perbuatannya meragui tindakan Nabi SAW dan
menanyakan banyak soalan.
Maka, dengan demikian, baginda Rasulullah SAW pada akhirnya
mendapat wahyu dalam surah Al-Fatah, ketika dalam perjalanan pulang dari
Hudaibiyah.
Apabila disuruh seseoang membacakan ayat itu di hadapan Sy.
Umar, dia bertanya, “Adakah akan dibuka kota Mekah untuk orang muslimin?” Jawab
Nabi SAW, “Ya.” Sy. Umar pun gembira dengan penurunan ayat tersebut.
Sebagai orang beriman kepada Allah, hendaklah kita lebih
percaya kepada Allah dalam perkara yang kita rasa seperti tak mungkin berlaku
atau perkara yang kelihatan samar-samar. Allah menurunkan ayat pembukaan kota
Mekah dalam keadaan orang muslimin tidak diizinkan pun masuk ke sana dan
disuruh kembali.
Sy. Umar ketika itu terus puas hati setelah mendengarkan
wahyu yang diturunkan walaupun ada antara kaum muslimin yang kecewa kerana
tidak dizinkan masuk ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah dan berjumpa kaum
keluarga di sana pada tahun itu. Namun, mereka semua tetap meletakkan keyakinan
bahawa disebalik kejadian itu, ada rahsia besar yang akan membawa manfaat
kepada kaum muslimin ketika itu dan juga sepanjang zaman.
Nabi SAW menyuruh kaum muslimin mencukur rambut dan
menyembelih haiwan kerana tidak jadi mengerjakan umrah. Kaum muslimin
kehairanan, terkejut dan kebingungan dengan arahan Nabi SAW kerana arahan itu
bermakna mereka tidak akan ke kota Mekah, sementara tujuan asal mereka keluar
daripada Madinah adalah untuk masuk ke kota Mekah. Kaum muslimin mempunyai
pelbagai kerisauan kerana tindakan/arahan Rasulullah yang diluar jangkaan
mereka. Maka, tiada seorang pun melakukan seperti yang diarahkan.
Nabi SAW pun masuk ke dalam khemahnya dan mengadu kepada
isterinya, Ummu Salamah. Ummu Salamah memberi nasihat agar Nabi SAW
melakukannya terlebih dahulu dan Nabi SAW mengikuti nasihat itu. Lalu, setelah
melihat Nabi SAW melakukannya, semua kaum muslimin juga melakukan perkara yang
sama.
Daripada apa yang disampaikan tadi, kita dapat melihat
sejauh mana seseorang itu menilai kepada sesuatu untuk dikerjakan atau melihat
sesuatu sebagai yang dianggap adalah yang terbaik dan apa yang kita rancang itu
sebagai yang terbaik, tetapi sebagai manusia kita tidak tahu perkara yang
ghaib. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan apa yang
akan berlaku setelah kita mengambil sesuatu keputusan. Kaum muslimin ketika itu
keluar untuk melakukan perkara yang baik yakni menunaikan umrah di kota Mekah,
tetapi mereka ditahan dan Nabi SAW mengajak mereka berpatah balik dan itu adalah
diluar jangkaan mereka. Tetapi, sebaliknya apa yang berlaku kesan perjanjian
Hudaibiyah itu adalah perkara yang sangat-sangat membawa manfaat kepada kaum
muslimin.
Hanya setelah 2 tahun selepas perjanjian itu berlaku,
bilangan orang yang memeluk Islam melebihi bilangan selama 16 tahun dakwah
Rasulullah di Mekah dan Madinah. Ini kerana Nabi SAW berpeluang berdakwah
dengan aman dan tiada yang menganggu. Baginda juga bebas menghantar surat
dakwah kepada Hercules, Persia, dan juga menghantar sahabat berdakwah ke
negara-negara lain. Inilah hikmahnya Rasulullah SAW patuh kepada arahan Allah
SWT yang ghaib hikmahnya kepada kaum muslimin yang mempertikaikan keputusan
Rasulullah SAW tunduk menyetujui Perjanjian Hudaibiyah. Jom, kita belajar
menerima hakikat ketentuan Allah daripada berharap pada benda yang kita nampak
baik tapi hakikatnya ianya akan membawa lebih banyak keburukan daripada
kebaikan yang kita harapkan. Mari kita belajar redha dengan ketentuan Allah,
maka kita akan mendapat rahsia redha itu.
Posted by
kasihnabi
Perjanjian Hilful Fudhul (Sokongan Rasulullah Terhadap Kafir Quraisy)
Pengenalan
Hilful Fudhul adalah
perjanjian yang paling terkenal di dalam sejarah semenanjung Tanah Arab
sebelum Islam. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa kita bererti
"perjanjian yang disertai sumpah yang utama". Nama Hilful Fudhul,
diambil dari beberapa nama orang yang mengadakan perjanjian sejenis pada
masa sebelumnya. Ketiga-tiga nama orang tersebut masing-masing bernama
Fadhal, iaitu
Fadhal bin Fudholah,
Fadhal bin Wad'ah
Fadhal bin al-Harist.
Berdasar pada keterangan kitab Siratul Halabiyah, ketiga-tiga orang
tersebut telah mengadakan perjanjian yang bertujuan membela, menolong
orang yang teraniaya. Kerana peristiwa perjanjian itu memang penting
untuk diperingati dan bagi menghormati ketiga-tiga orang tersebut, maka
para ketua Quraisy sebulat suara menamakan perjanjian itu dengan Hilful
Fudhul.
Sejarah Hilful Fudhul
Diriwayatkan, apabila meninggalnya pemimpin utama kaum Quraisy iaitu
Abdul Mutalib bin Hasyim, Bangsa Quraisy dipandang merosot oleh
kabilah-kabilah lain sesudahnya peperangan fujjar. Kelemahan ini timbul
akibat kesalahan mereka sendiri. Masyarakat arab ketika itu tidak ada
kesatuan dan persatuan yang sepakat. Ikatan kaum Quraisy dan kaum-kaum
yang lain mulai longgar. Ada di antara mereka yang cuba menguasai
kedudukan-kedudukan penting yang sebelumnya. Kedudukan-kedudukan itu
hanya dikuasai oleh kaum Quraisy yang berketurunan Abdul Manaf .
Semenjak zaman pemerintahan Qusai bin Kilab hinggalah zaman Abdul
Mutalib, Kota Mekkah tidak pernah dicerobohi oleh sesiapa. Kecuali pada
zaman Abdul Mutalib iaitu pencerobohan oleh Abrahah dan tentera
bergajahnya. Umum mengetahui Abrahah dan tenteranya sememangnya tidak
terkalahkan oleh pasukan Quraisy dan kaum-kaum yang lain.
Ketidakstabilan ini diambil kesempatan oleh Kaum Hawazin untuk menyerang
Kota Makkah. Faktor yang lain ialah di kota Makkah tiada Jabatan Polis
dan Undang-undang yang menahan dan menghukum penjahat walaupun di
kalangan pembesar yang mencabuli hak orang lain seperti orang yang
sedang bermusafir dan sebagainya. Maksudnya jenayah memang berleluasa di
Kota Makkah dan tiada pencegahan serta hukuman. Kerana itu, tidak
hairanlah jika ada pihak-pihak yang sewenang-wenangnya menindas golongan
bawahan, oleh kerana tidak ada keadilan dan hukuman bagi pelaku
penindasan dan tidak ada pula lembaga yang menguruskan masalah itu.
Atas daya usaha Az Zubair bin Abdul Mutalib, pahlawan Bani Hasyim,
beliau mengumpulkan bani-bani yang terkemuka dari kaum Quraisy di rumah
Abdullah bin Jud'an untuk bermesyuarat. Bani-bani yang terlibat adalah
seperti berikut :
Bani Hasyim
Bani Abdul Manaf
Bani Abdul Mutalib
Bani Zuhrah
Bani Taim
Keputusan Mesyuarat
Di Makkah dan kawasan sekitarnya selepas ini tiada lagi penganiayaan
walaupun ke atas hamba sahaya, orang yang bermusafir, peniaga,
penziarah, kanak-kanak, wanita, lelaki dan orang tua. Orang yang
menzalimi akan dihukum manakala orang yang dizalimi akan mendapat
pembelaan yang sewajarnya. Hukuman tidak mengira bangsa, pangkat,
keturunan dan warna kulit walaupun di kalangan kaum Quraisy. Sekiranya
mereka menganiaya, mereka akan dihukum dengan hukuman yang setimpal .
Pada ketika ini, Nabi Muhammad saw baru berusia 20 tahun dan bagindalah
peserta yang paling muda di majlis tersebut. Walaupun begitu, Nabi sudah
terkenal dengan seorang pemuda yang sangat jujur lagi amanah,
berfikiran cerdas dan tajam. Inilah faktor-faktor yang menyebabkan
kaumnya memilihnya menjadi salah seorang ahli mesyuarat yang penting ini
.
Mesyuarat ini dikenali sebagai Hilful Fudhul. Hilful Fudhul berasal dari
persetiaan 3 orang dari Bani Jurhum. Mereka adalah seperti yang
dinyatakan di atas tadi iaitu Fadhal bin Fudholah, Fadhal bin Wada'h dan
Fadhal bin Al Harist. Mereka bertiga berjanji akan membela orang yang
dianiaya dan menghukum orang yang menganiaya tidak mengira rupa, bangsa,
warna kulit dan pangkat dan sebagainya. Di atas peristiwa inilah
mesyuarat yang dianjurkan oleh Az Zubair ini dikenali sebagai Hilful
Fudhul .
Hasil daripada mesyuarat di kalangan kaum Quraisy ini tidak sekadar
teori dan retorik tetapi ia dilaksanakan dengan begitu baik sekali. Ia
berjalan selama bertahun-tahun lamanya. Rasulullah s.a.w amat memandang
tinggi perjanjian ini.
Sabda baginda, “Sesungguhnya Aku telah menyaksikan satu sumpah setia [
perjanjian ] yang dimeterai di rumah Abdullah bin Jad'an . Aku tidak
akan suka bahawa aku menerima unta yang hebat sebagai ganti untuk
menyalahi sumpah setia itu . Jika Islam mengajak dengan perjanjian yang
serupa nescaya aku menerimanya.” -Sirah Ibnu Hisyam dan turut diriwayat
di dalam Musnad Imam Ahmad
Sebab disepakatinnya perjanjian ini
Perjanjian yang menafikan semangat kefanatikan jahiliyah yang biasanya
timbul dari perasaan ashobiyah kebangsaan atau sukuisme (perkabilahan).
Disebutkan bahawa sebab disepakatinya perjanjian ini adalah lantaran
dari seorang pedagang dari Yaman bernama Zubaid, dia ditipu oleh
penduduk Makkah oleh kerana barang dagangan yang dibawa pedagang
tersebut telah dibeli oleh Al-‘As Bin Wail Al-Sahmy namun harganya tidak
diselesaikan oleh penduduk Mekkah. Ketika pedagang tersebut meminta
tolong kepada sekutunya iaitu Abdul Al Dar, Makhzum, Jumah, `Adi, dan
para penduduk Mekkah, tidak ada seorang pun yang mempedulikannya.
Oleh kerana itu, dia menulis sebuah syair dan membacanya dengan keras di
atas sebuah gunung. Kemudian Al Zubair Bin Abdul Muthalib bangun dan
bertindak, "Apa kalian ini semua bisu?". Kemudian dengan hal itu mereka
yang telah mengikat janji Hilful Fudhul segera bertindak menemui Al-‘As
Bin Wail Al-Sahmy dan mengambil barang dagangan lelaki dari Yaman
tersebut. Kemudian memulangkan kepadanya, setelah mereka menyepakati
perjanjian Al Fudhul tersebut.
Rasulullah mengungkapkan kesaksiannya pada perjanjian Hilful Fudhul, saat beliau belum diangkat Allah menjadi Rasul :
"Ketika aku bersama para bapa saudaraku turut sebagai saksi dalam
persekutuan di rumah Abdullah bin Jud'am, betapa senang hatiku
menyaksikan hal itu. Seandainya setelah Islam datang, aku diajak
mengadakan persekutuan seperti itu, pasti ku sambut dengan baik.”
(Muhammad Al-Ghazaly, dalam Fiqhus Sirah).
Penerapan Kisah "Hilful Fudhul" Dalam Dunia Islam Kontemporari
Peristiwa seperti Hilful Fudhul pernah diterapkan oleh salah seorang
ulama yang berpegang kepada manhaj yang haq, manhaj Rasulullah SAW dan
para sahabatnya. Iaitu Fadhilatus Syeikh Abdul Aziz Bin Baz Rahimahullah
dan Lajnah Ad Daimah Saudi Arabia. Ketika beliau berfatwa membolehkan
Pasukan Amerika berada di Pinggir Padang Pasir Perbatasan dengan Iraq
dan Kuwait ketika terjadi pencerobohan oleh Saddam Husein (Tokoh Parti
Baats Sosialis) Iraq ke Kuwait tahun 1992. Sebenarnya hal ini bukanlah
hanya pendapat Syeikh Abdul Aziz Bin Baz rahimahullah saja. Bahkan Imam
Syafi'e rahimahullah pernah menyatakan hal tersebut. Imam Syafi'e
Rahimahullah menegaskan bahawa yang menjadi ukuran dalam boleh dan
tidaknya tahaluf (yang ertinya secara etimologi dari kata al-hilfu yakni
ai al-`ahdu iaitu perjajian, dan sumpah) dengan non muslim adalah
kemaslahatan umat (lihat Mughni al-Muhtaj; 4/221).
Saat itu, para ulama Lajnah Ad Daimah yang diketuai beliau berfatwa
membolehkan meminta bantuan daripada non muslim dalam hal menghentikan
kezaliman yang dilakukan oleh saudara yang seagama. Apalagi negara
tetangga Saudi Arabia sewaktu itu tidak satu pun yang mendokong negeri
Saudi Arabia. Bahkan mereka memberi bantuan moral kepada presiden Iraq
yang nyata melakukan kezaliman saat itu dengan menceroboh Kuwait dan
akan menyerang Saudi Arabia.
Ibrah Hilful Fudhul
1. Keadilan adalah nilai sejagat yang harus dipertahankan. Penyertaan
dan dokongan Nabi Muhammad saw terhadap peristiwa tersebut bertujuan
untuk memperkukuh sendi-sendi keadilan. Nilai-nilai kebenaran mesti
didukung sekalipun muncul dari kaum jahiliah.
2. Hilful Fudhul adalah sesuatu yang utopia dalam kegelapan jahiliah.
Hal tersebut sebagai indikasi bahawa tersebarnya virus-virus yang
merosak tuntutan moral dan agama pada suatu masyarakat tidak bererti
mensiakan nilai-nilai kebaikan yang lain. Sekalipun masyarakat Makkah
majoritinya penyembah berhala (paganisme) dan dekadensi moral
bermaharajalela seperti zina, riba dan kezaliman tetapi terdapat juga
orang-orang yang berakhlak mulia yang mahu menegakkan keadilan dan
menolak penganiayaan.
3. Kezaliman dengan segala bentuk dan tipunya bertentangan dengan ajaran
Islam. Keadilan hendaknya ditegakkan tanpa memandang warna kulit,
agama, dan suku.
4. Pengesahan hukum bolehnya melakukan perjanjian dan kesepakatan antara
perbezaan agama dalam hal-hal yang membawa kepada kebaikan dengan
mempertimbangkan pencapaian maslahat (kebaikan) dan mafsadat (kerosakan)
dari segala aspek.
5. Seorang muslim sepatutnya memiliki nilai positif untuk merealisasikan
kebaikan lingkungan dan masyarakatnya, bukan sebagai penonton yang
kagum atau terpana melihat hasil yang muncul dari proses tersebut.
Kesimpulannya
Sikap positif Rasulullah saw terhadap Hilful Fudhul menegaskan betapa
Islam mendukung sebuah perjanjian yang sarat dengan nuansa perlindungan
dan pembelaan hak asasi manusia, walaupun inisiatif dari perjanjian
tersebut datang dari kalangan non muslim, dan bahkan sebelum masa
kerasulan nabi Muhammad SAW lagi.
Hadis tersebut menunjukkan sikap Nabi SAW yang sangat prihatin terhadap
sebarang pakatan atau tindakan untuk menentang kezaliman. Biarpun sumpah
setia ini berlaku sebelum kebangkitan Nabi SAW sebagai Rasul akhir
zaman, tetapi naluri seorang Nabi sangat terkesan dengan sebarang
tindakan yang dilakukan untuk menentang kezaliman .
Rasulullah SAW telah menjelaskan mengenai keterlibatan baginda di dalam
peristiwa Hilful Fudhul di zaman jahiliyyah, baginda menyatakan, jika
peristiwa Hilful Fudhul (dimana mereka bahu-membahu untuk kemenangan)
terjadi di masa kenabian maka Rasul memilih untuk ikut serta di
dalamnya. Dalam kesempatan lain Rasul pernah meminta pertolongan Muth’am
bin Ady seorang Nasrani untuk kemanfaatan dakwah. Gambaran tersebut
menunjukkan sejauhmana semua peluang dan kesempatan digunakan untuk
kemaslahatan dakwah.
Wallahua’lam..
Rujukan :
tinta mahasiswa
MP Pas gesa Selangor siasat pampasan RM2.6 juta
Wartawan Sinar Harian
20 November 2014
-
Khalid Abdul Samad
KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Parlimen Pas menggesa kerajaan negeri
menyiasat pembayaran RM2.6 juta kepada bekas pekerja Perbadanan Menteri
Besar Selangor (MBI) semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, ia perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, empat Exco Pas Selangor tidak pernah meluluskan jumlah pampasan yang dibayar kepada bekas pekerja MBI.
“Sebaliknya, mereka hanya dimaklumkan mengenainya oleh Abdul Khalid
tetapi kelulusan dibuat oleh Lembaga Pengarah MBI. Usaha melibatkan
empat bekas Exco Pas ini dilihat berniat jahat, (iaitu) untuk
mencemarkan nama baik mereka.
“Tindakan Abdul Khalid juga menunjukkan fakta beliau sangat kedekut
dalam membelanjakan wang rakyat cuma mitos semata-mata. Ini dibuktikan
apabila beliau memberi ganjaran yang begitu luar biasa kepada bekas
kakitangan MBI,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
AKAN MENYUSUL.
Artikel Berkaitan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan