Fesyen “Paling Menjolok” Izreen Dikritik Peminat [3 Gambar]
Foto dress paling bangang dedah aurat Azmida dikutuk peminat! Fesyen terbaru yang dipakai oleh artis Iizreen menerui intalgram media hiburan baru-baru ini mendapat kritikan daripada peminat kerana terlalu seksi dan mendedahkan aurat
Tidak dapat dinafikan ada yang mengomen secara positif an ada pulak yang memberi komenyang positif dengan mendoakan semoga Izreen baik-baik dalam kejayaannya sebagai pelakon.
Diharap selepas ini beliau lebih berhati-hati memilih fesyen pakaian, tak pasal-pasal pulak dikutuk.
Akibat Kecuaian Kontrak 1Bestari, YTL ‘Untung Atas Angin’ RM750 Juta
- Published on Thursday, 13 November 2014 10:24
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, unjuran keuntungan YTL tersebut dijangka dalam tempoh 15 tahun berdasarkan pendedahan dari siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara 2013 (LKAN).
Antara perkara kontroversi yang dibangkitkan adalah berhubung pemasangan menara 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS) yang berfungsi menerima dan menghantar isyarat tanpa wayar berkelajuan tinggi, di sekolah yang tidak mempunyai struktur LAN (Rangkaian Kawasan Tempatan) yang sesuai untuk isyarat tersebut.
Katanya lagi, melalui input Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Pendidikan disyorkan mengenakan sewa bulanan keatas YTL berjumlah RM1,200 bagi setiap tapak 1BRIS.
“Walaubagaimanapun, YTL enggan membayar jumlah ini malah menyatakan sebaliknya bahawa syarat kontrak membenarkan mereka untuk memasang menara secara percuma.
“Pada 14 Februari 2014, Kementerian memutuskan untuk mengenakan sewa token sebanyak RM1,000 setahun bagi setiap tapak 1BRIS.
“Berdasarkan jumlah baru ini, YTL membayar jumlah yang tertunggak, iaitu RM2,416.67 bagi setiap tapak dari 1 Mei 2012 hingga 30 Jun 2014 termasuk deposit tiga bulan,” katanya.
Namun, katanya lagi, kadar RM1,000 setahun itu sememangnya tidak munasabah berbanding kadar RM1,200 sebulan yang disyorkan, seperti yang dinyatakan dalam laporan audit itu.
“Dengan sebanyak 3,203 menara 1BRIS dipasang di seluruh negara ini, pendapatan sewa pada harga RM1,200 sebulan atau RM14,400 setahun adalah RM46.12 juta setahun.
“Pada masa ini YTL hanya membayar RM3.2 juta setahun, bersamaan kerugian pendapatan sebanyak RM42.92 juta setahun bagi Kementerian,” kata Zairil dalam satu kenyataan
Kerajaan tanggung semua caj utiliti
Tambahnya, semua caj utiliti berkaitan 1BestariNet dan 1BRIS ditanggung kerajaan sepanjang tempoh kontrak, sementara kontraktor hanya bertanggungjawab untuk kos berkaitan pemasangan, penyelenggaraan dan pengurusan 1BRIS.
"Ini kecuaian serius dalam perjanjian kontrak, seperti diakui kementerian kepada Pejabat Ketua Audit Negara bahawa pemasangan menara 1BRIS meningkatkan kos elektrik sekolah daripada RM150 hingga RM180 sebulan,” kata Zairil.
Dengan 3,203 tapak 1BRIS di seluruh negara yang meningkatkan caj elektrik antara RM5.77 juta hingga RM6.92 juta setahun, ia juga menjadi subsidi kerajaan untuk kepentingan YTL.
Menurut LKAN, kerajaan hanya melanggan perkhidmatan YTL dan tidak seharusnya dibebani caj utiliti yang sepatutnya ditanggung penyedia perkhidmatan.
Malah, laman fz.com pada 10 Mei 2013 melaporkan kenyataan pengarah YTL Yeoh Seok Hong, bahawa menara di sekolah-sekolah bukan hanya menyediakan sambungan internet tanpa wayar, tetapi untuk sekitar kawasannya
Dengan kata lain, menara 1BRIS juga menyediakan perkhidmatan komersial jalur lebar YES 4G kepada penduduk sekitarnya, sekaligus memungkinkan YTL meraih keuntungan tambahan.
”Akibat kelemahan dalam kontrak 1BestariNet yang jelas berat sebelah, YTL akan memperolehi keuntungan hampir RM50 juta setahun. Selama tempoh 15 tahun projek ini, YTL bakal mendapat keuntungan tambahan RM750 juta, itu tidak termasuk keuntungan penggunaan komersil menara 1BRIS,” katanya lagi.
Warga emas maut selepas rantai leher direntap
GUA MUSANG - Seorang wanita warga emas maut selepas tiga perompak
bersenjatakan parang merentap rantai emas di lehernya di rumahnya di
Kampung Lembaga, di sini awal hari ini.
Sabariah Yusof, 70, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dalam rompakan pada 2.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata sewaktu kejadian tiga lelaki itu dipercayai warga asing memecah masuk menerusi pintu belakang rumah sebelum memasuki bilik tidur Sabariah dan suaminya Hamzah Doll, 77.
Beliau berkata penjenayah telah mengikat suami mangsa sebelum merentap rantai leher mangsa.
Kedua-dua mangsa kemudian dapat melepaskan diri tetapi Sabariah pengsan kira-kira sejam selepas itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Saiful Bahri berkata, perompak itu melarikan barang kemas bernilai RM10,000 serta wang tunai RM3,000.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. - Bernama
Sabariah Yusof, 70, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dalam rompakan pada 2.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata sewaktu kejadian tiga lelaki itu dipercayai warga asing memecah masuk menerusi pintu belakang rumah sebelum memasuki bilik tidur Sabariah dan suaminya Hamzah Doll, 77.
Beliau berkata penjenayah telah mengikat suami mangsa sebelum merentap rantai leher mangsa.
Kedua-dua mangsa kemudian dapat melepaskan diri tetapi Sabariah pengsan kira-kira sejam selepas itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Saiful Bahri berkata, perompak itu melarikan barang kemas bernilai RM10,000 serta wang tunai RM3,000.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. - Bernama
Artikel Berkaitan
- Warga emas maut selepas rantai leher direntap
- Sembilan warga Indonesia cuba rompak kapal
- Siasat tujuan rompak di Penampang
- Dua wanita trauma dirompak ribuan ringgit
- 11 warga Indonesia dakwa kapal dirompak
- Seorang cedera dalam rompakan senjata
- RM43,000 lesap, ibu tunggal kena ikat
- RM1.217 juta lesap daripada mesin ATM
- Penganggur didakwa rogol, rompak kenalan Facebook
- Rompak, paksa lakukan seks oral
Fosil Dan Tapak Kaki Dinosaur Ditemui Di Terengganu
KUALA TERENGGANU: Beberapa orang saintis tempatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Malaysia Kelantan telah berjaya menjumpai beberapa ketul batu yang mempunyai fosil dinosaur dan kesan tapak kaki haiwan purba tersebut, di sini.
Penemuan itu telah diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, yang menyatakan perasaan bangga dengan misi Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 selepas ekspedisi itu berjaya membuahkan hasil yang amat memberansangkan.
Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 dianjurkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Kumpulan Warisan Geologi. dalam misi mencari khazanah yang penting buat negara itu. Dengan penemuan itu adaah satu bukti bahawa haiwan purba itu pernah wujud di semenanjung Tanah Melayu.
Menurut Menteri Besar, dalam ekspedisi itu saintis-saintis kita telah berjaya menemui fosil gigi, kesan tapak kaki dan tulang dinosaur spesies Theropod, Iguanodontid dan Sauropod di Sungai Chichir, Tasik Kenyir.
"Alhamdulillah, selepas berpenat lelah meredah hutan dan mendaki gunung dalam keadaan cuaca tidak menentu, akhirnya kita menemui penemuan yang menggembirakan.
"Kita sebagai rakyat Terengganu gembira dan bersyukur dengan penemuan ini dan ini akan memberi nilai tambah ke arah usaha kita mewujudkan Geopark Tasik Kenyir," dipetik dari portal berita Harian di sini.
Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Yunus Abd Razak, berkata ini telah membuktikan wujudnya dinosaur yang berusia lebih 200 tahun hingga 65 juta tahun itu, membuktikan kewujudan dinosaur di negeri ini satu masa dulu.
"Dua fosil gigi yang ditemui dianggarkan bersaiz 1.5 sentimeter (sm), manakala tapak kaki berukuran lebih 15 sm dan tulang yang tertanam di dalam bongkah batu," katanya.- Siakapkeli.com.my
(9 Gambar) Misteri Pokok Tertanam Beribu Duit Syiling...
Fenomena aneh pokok dengan syiling tertanam di seluruh kulit adalah satu misteri berjaya di rungkai, badan pokok dipenuhi duit syiling telah dikesan di hutan sekitar England terutama pada laluan dari Daerah Peak ke Tanah Tinggi Scotland.
Sebenarnya ia adalah satu kepercayaan sesetengah orang di sana bahawa mememasukkan duit syiling ke dalam batang pokok membuatkan impian mereka termakbul. Pokok-pokok tersebut lebih di kenali sebagai "Wishing Tree" yang membawa tuah apabila dimasukkan duit syiling sambil membuat permintaan.
Selain itu ia adalah sebagai tanda menghormati dewa-dewa yang telah berjuta-juta tahun tinggal di dalam pokok tersebut dan dengan harapan dewa tersebut akan membalas dengan kebaikan.
Apa yang menarik kepercayaan ini telah diamalkan sejak dulu lagi di mana dijumpai pokok-pokok yang mempunyai syiling dari tahun 1700 an lagi.
Duit-duit tersebut telah meleding dan membengkok kerana sudah terlalu lama
Ada satu kejadian berlaku di Wales dimana ada seorang pengusaha perlancongan telah menolak hutan-hutan di sekitar hutan di sana untuk dibangunkan dan beliau terkejut kerana menjumpai 7 batang pokok penuh dengan duit syiling.
Pengusaha tersebut ,Meurig Jones, berkata kepada BBC: "Kami tidak tahu mengapa ia dilakukan apabila kita mula-mula perasan batang pokok itu telah dipenuhi dengan syiling.Saya melakukan beberapa penyiasatan dan mendapati bahawa pokok-pokok digunakan digunakan sebagai "Wishing Tree"
Apabila di tanya kenapa duit tersebut tidak diusik dan dicuri baliau menjawab, "orang yang sakit memasukkan duit syiling ke dalam pokok dan penyakit mereka akan hilang. Jika seseorang itu mencabut duit syiling keluar mereka akan jatuh sakit."- Siakapkeli.com.my
Demam Melarat Buta, Penuntut UiTM Saman Hospital Dungun
KUALA LUMPUR – Seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memfailkan saman, semalam terhadap Pengarah Hospital Dungun, Terengganu dan dua pihak lagi kerana didakwa cuai sehingga menyebabkannya hilang penglihatan.
Nur Laila Md Yusuf, 21, selaku plaintif memfailkan saman melalui Tetuan T Vijay & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan menamakan Pengarah Hospital Dungun; Pegawai Perubatan, Dr Tan Kian Kheng dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dalam pernyataan tuntutannya, pada 13 November 2013, plaintif yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun telah mendaftar sebagai pesakit luar di Hospital Dungun kerana demam.
Plaintif diperiksa oleh defendan kedua yang membuat diagnosis dan memberikan enam jenis ubat iaitu Paracetamol, Piriton, Amoxycillin; Benadryl; Eye drop; dan Hydrocortisone.
Plaintif mengambil ubat mengikut nasihat diberikan, namun mendapati keadaan bertambah buruk dan mengalami tanda negatif termasuk suhu badan yang tinggi dan kesan lecuran pada kulit.
Plaintif telah pulang ke rumah ibu bapanya di Kuang, Selangor dan ibu bapa plaintif menjangkakan plaintif dijangkiti demam campak.
Bagaimanapun selepas mendapati semakin teruk, plaintif mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan didapati plaintif mengalami alahan terhadap antibiotik.
Plaintif seterusnya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ditahan selama dua minggu selepas keadaan kesihatan bertambah buruk.
Menurut pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa telah mengalami kesan reaksi alahan menyebabkan fungsi matanya terjejas akibat kecuaian defendan-defendan.
Sehubungan itu, plaintif menuntut faedah dan kos terhadap kesemua defendan.
Difahamkan, plaintif yang merupakan pelajar tahun akhir kursus diploma pengurusan awam kini terpaksa menangguhkan pengajiannya. – Sinar Harian Online
TV Rusia Dedah Gambar Dakwa Saat MH17 Ditembak Jet Pejuang
Baca : Pesawat Lain Berdekatan Dengan MH17 Ketika Terhempas - Laporan
Gambar tersebut didakwa diambil dari satelit US ataupun British.
Bagaimanpun, ramai yang mempersoalkan kesahihan gambar tersebut lebih-lebih lagi resolusi gambar berkenaan yang begitu jelas.
Seorang pemilik akaun Twitter, Brown Moses, menyatakan beberapa tekstur peta yang digunakan di dalam gambar tersebut berasal dari peta google earth pada tahun 2012.
Brown Moses juga mendedahkan peta yang digunakan sebagai latar belakang pesawat ketika 'zoom in' berasal dari peta laman web yandax.
Dan satu lagi isu yang menjadi persoalan ramai adalah jarak tembakan jet pejuang berkenaan yang berukuran kira-kira 50 kilometer. Jarak ini bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh Rusia juga baru-baru ini yang mengatakan MH17 diserang dari jarak 400 meter sahaja
Jarak yang dikira menggunakan posisi jet pejuang berada dan posisi MH17 berada adalah 50KM. Pengiraan dibuat berdasarkan struktur bumi dan bantuan Google Maps. |
Laporan yang menyatakan pesawat diserang dari jarak 400m oleh Rusia - 1TV.ru adalah media dari Rusia yang menyiarkan laporan tersebut. |
Hasil dari siasatan pengguna internet juga, gambar yang didakwa MH17 dikatakan berasal dari satu gambar yang mana asalnya merupakan gambar bagi wallpaper desktop.
Selain dari isu diatas, beberapa perkara lain juga dibangkitkan oleh pengguna-pengguna di internet seperti saiz kapal terbang dengan jarak permukaan bumi, kedudukan lambang MAS, masa yang dipaparkan dalam gambar berkenaan dan juga bahagian kapal terbang yang terkena tembakan .
Bagi yang ingin melihat gambar asal (HD) yang disebarkan oleh pihak Rusia, anda boleh mengikuti pautan ini. - Siakapkeli.com.my
5 Gambar Panas Hanez Suraya Pamer Peha Gebu Di Pavilion
Bila agaknya para netizen akan berhenti mengecam pelakon putih melepak ni ya? Ada sahaja gerak-geri Hanez Suraya yang tampak sumbang di mata mereka.
Bukannya menyebelahi Hanez tetapi kadang-kadang kami kasihan juga pada pelakon yang kini katanya dah tak berapa nak ada ‘job’ disebabkan kontroversi bercinta dengan suami orang.
Jika sekitar bulan Ogos yang lalu nama Hanez kembali menjadi ‘hype‘ apabila foto baju nampak pusatnya tersebar, kali ini kami menerima fotonya tunjuk peha gebu pulak. Siap dengan komen kritikan pula tu!
Kami rasa tujuan Hanez memuatnaik foto ini adalah semata-mata mahu menunjukkan koleksi kasut terbaru daripada Jimmy Choo.
Namun mungkin dek kerana belahan skirt itu agak tinggi, ia nampaknya mengundang perasaan tak senang dalam kalangan netizen.
Tapi, jangan ingat Hanez dah tiada peminat ya! Meskipun dikritik teruk dengan penampilannya yang dianggap over itu, masih ada individu-individu yang mempertahankan Hanez okay!
Video & Gambar : Kedah Dilanda Puting Beliung Lagi
Menurut saksi yang menghubungi Siakapkeli, beberapa kawasan berdekatan
turut terjejas akibat dari kejadian tersebut. Kejadian dilaporkan
berlaku sekitar jam 3.30 petang tadi. Kejadian ini merupakan kali
keempat fenomena ini berlaku di Kedah sejak akhir-akhir ini.
Mengambil dari gambar yang dimuat naik oleh orang ramai, beberapa buah rumah di kawasan terjejas rosak teruk akibat kejadian itu.
Mengambil dari gambar yang dimuat naik oleh orang ramai, beberapa buah rumah di kawasan terjejas rosak teruk akibat kejadian itu.
Berikut adalah rakaman video kejadian :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan