Isnin, 17 November 2014

WAHAI MANUSIA DAN JIN MASUKLAH ISLAM SELURUHNYA...KERANA AGAMA INI SAJA ALLAH TERIMA...JANGAN KESAL DIAKHIRAT KELAK.....

Ratusan Pekerja China di Arab Saudi Jadi Muallaf Setelah Melihat Ka’bah

http://detikislam.blogspot.com | .
Telah kita tahu bahawa Kaabah merupakan kiblat bagi umat Muslim. Berkujung ke Baitullah itu merupakan kewajiban umat Muslim yang terdapat pada rukun Islam. Dengan melihat kaabah ternyata dapat menggetarkan hati seseorang sehingga orang-orang bukan Islam pun kini tertarik untuk memeluk agama Islam.

Hidayah boleh datang dari pelbagai keadaan yang tidak pernah diduga. Mungkin itu lah yang dialami oleh ratusan pekerja China di Arab Saudi yang kemudian memilih Islam sebagai agamanya yang baru.

Setelah melihat kaabah dari televisyen, tiba-tiba hati mereka bergetar. Pintu hidayah seakan terbuka. Allah SWT melapangkan jalan mereka untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Lebih dari 600 pekerja berasal dari negara China memeluk Islam.

Mereka adalah sebahagian daripada 4,600 rakyat China yang bekerja dengan projek landasan kereta api yang menghubungkan Mekah dan Madinah. Landasan kereta itu akan melalui Jeddah dan Khum. Peristiwa ratusan pekerja China memeluk Islam berlaku pada tahun lalu.

Pada awalnya, hanya 370 orang pekerja China yang Muslim daripada 4600 pekerja China berada di negara tersebut. Penduduk tempatan meminta pihak kerajaan mengupah buruh Cina yang beragama Islam. Namun Allah mempunyai rencana lain dengan kedatangan para pekerja itu.

Kedatangan ke Arab Saudi membuka peluang bagi mereka untuk melihat Islam lebih jelas dari tanah tempat agama ini diturunkan. Seperti yang dikatakan seorang pekerja yang telah menjadi Mualaf.

Pekerja yang telah menukar namanya menjadi Hamza (42) ini mengaku tertarik pada Islam selepas melihat kaabah untuk kali pertama di televisyen Saudi. "Ini menggetarkan saya. Saya menyaksikan siaran langsung solat dari Masjidil Haram dan umat Islam yang sedang berjalan mengelilingi Kaabah (tawaf)," katanya.

"Saya bertanya kepada teman yang Muslim tentang semua hal ini. Dia kemudian membawa saya ke Pejabat Bimbingan Asing yang ada di syarikat, di mana saya mempunyai peluang untuk belajar tentang pelbagai aspek mengenai Islam," katanya. Kini Hamza merasa lebih bahagia dan lebih tenang selepas menjadi seorang Muslim.

Pekerja lain, Ibrahim (51), mengalami peristiwa yang hampir sama pada September tahun lalu. Dia yang bekerja di bahagian penyelenggaraan syarikat kereta Api China menjadi seorang Muslim selepas melihat ka'bah. "Walaupun kami berada di China, kami tidak mempunyai peluang untuk belajar tentang Islam. Ketika saya tiba di Mekah, saya sangat terkesan oleh perilaku penduduknya. Perlakuan yang sama bagi orang Muslim dan non-Muslim mempunyai kesan besar pada saya, "tambahnya.

Sementara, Abdullah Al-Baligh (51), diberi petunjuk untuk memeluk Islam setelah melihat perubahan positif dari rakan-rakannya yang lebih dulu menjadi mualaf. "Enam bulan selepas saya tiba di Mekah, saya melihat rakan-rakan saya yang sudah memeluk Islam benar-benar berubah. Tingkah laku mereka boleh diteladani. Saya menyedari bahawa Islam adalah kekuatan di sebalik perubahan tersebut," ujarnya.

"Apabila saya bertanya padanya, dia mengatakan bahawa dia sama sekali tidak tahu tentang agama ini sepanjang tinggal di China. Sekarang, dia mempunyai pemahaman yang lebih tepat tentang Islam dan ingin menjadi lebih teladan."

Begitu pula dengan Yunus. Pekerja berasal China ini baru mempelajari Islam ketika berada di Mekah. "Islam di China begitu kurang. Aku baru mengetahui Islam setelah datang ke Saudi," ujarnya

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Mengapa Kapten San Jin Gu Memeluk Islam
KAPTEN San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11 SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Irak. Ini kejadian lama memang.
Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Irak Utara. Saat bertugas di wilayah tersebut, ia sering mengamati orang-orang muslim sholat berjamaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Ia sangat tertegun dengan gerakan-gerakan sholat. Karena dihinggapi rasa penasaran, ia mencoba menirukan seluruh gerakan sholat dan dipraktikkan di kamarnya sendirian. Pada saat mempraktekan itulah ia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya.
Itulah sebabnya, gerakan-gerakan sholat tersebut kemudian ia jadikan program meditasi di pasukan yabg ia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar prajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan sholat tersebut merasakan hal yang sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.
Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam.
Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada prajurit-prajuritnya, ia berkata: “Aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.
Tanpa ia duga, secara spontan 37 prajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandanya – untuk juga memeluk Islam.
SELENGKAPNYA: http://www.islampos.com/mengapa-kapten-san-jin-gu-memeluk-…/
See translation
- Buya Yahya Menjawab -
KETIKA SUAMI TIDAK SHOLAT
Assalamualaikum Wr Wb
Buya Yahya yang dimulyakan Allah, Saya mempunyai suami yang tidak sholat, saya sudah berusaha untuk mengajaknya, tapi tidak ada respon. Dalam pandangan islam, apa yang harus saya lakukan ?

Wa’alaikumsalam Wr. Wb
Anda kembalikan kepada niat pernikahan anda. Yaitu ingin bahagia di dunia dan di akhirat. Jika keadaan suami seperti itu kewajiban anda yang pertama adalah mengajak dan Alhamdulillah sudah anda lakukan semoga Allah mengampuni anda dan memberi pahala. Akan tetapi jika suami tetap tidak mau anda tidak perlu lagi melanjutkan pernikahan, sebab orang yang diajak sholat tidak mau adalah haram untuk kita beri pertolongan bahkan kitapun tidak boleh memberi setetes air sebab ia adalah orang yang tidak terhormat. Kalau anda masih lanjutkan, maka pelayanan anda semuanya adalah dosa karena menolong orang yang tidak sholat. Dan yakinlah Allah akan mengganti orang yang taat kepada Allah SWT. Asal tahu saja, sebagian ulama (dalam Madzhab Hambali) orang tidak sholat itu dihukumi murtad dan pernikahan langsung batal (harus dipisah antara suami istri). Hanya saja di dalam madzhab kita Imam Syafi’i dan jumhur, yang meninggalkan sholat tetap dianggap muslim asal masih meyakini sholat itu wajib, pun demikian kita tetap haram melayaninya dalam segala urusanya. Wallahu a'lam bishshowab
Ahmad Maslan syor harga minyak RON95 diturunkan

pada 16-11-2014 01:11 
Post Pic
 
  
ALOR GAJAH: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya harga minyak RON95 diturunkan sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara AS$70-AS$75 setong.
 
Katanya, cadangan itu bersesuaian kerana pada paras berkenaan, ia sudah melepasi kadar subsidi yang dikenakan oleh kerajaan kepada bahan api itu.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penerangan GST dan Taklimat Isu Semasa anjuran Parlimen Masjid Tanah di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Alor Gajah di sini, sebentar tadi.
 
Ketika ini, harga minyak mentah pasaran ialah AS$79.41 setong.

Monday, November 17, 2014

Ahmad Maslan sahkan tak akan hadir ke Forum 1MDB.. takut ke?


Dah agak dah!! sebagaimana yang telah dijangkakan iaitu Ahmad Maslan tidak akan berani punyalah untuk berada satu pentas dengan Tun Mahathir, Tony Pua dan Rafizi bagi mempertahankan hutang 1MDB..

Kalau berani berada satu pentas, jadi badut sajalah dia.. mampu ke dia nak menentang hujah Tun?

Hari ini Ahmad Maslan sahkan beliau tidak akan hadir ke Forum tersebut kononnya kerana tidak mendapat surat jemputan.

Alasan saja tu.. takut cakaplah takut.. Surat yang dihantar kepada Tun telah diterima oleh oleh pihak Tun.. macam mana pulak surat kepada Ahmad Maslan tu tak sampai?

Bahkan bukan beliau saja yang tidak akan hadir malah Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman juga dijangka tidak menghadiri forum berkenaan.

Alasan Ketua Eksekutif 1MDB tidak diketahui..

Jika alasan Ahmad Maslan beliau tidak mendapat surat jemputan, maka disarankan kepada Rafizi supaya fak surat jemputan kepada Ahmad Maslan sekali lagi..

Laporan berkaitan..

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tidak akan menghadiri forum berkaitan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan Rabu depan kerana beliau tidak menerima sebarang jemputan daripada penganjur.  
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman juga dijangka tidak menghadiri forum berkenaan.  
"Forum ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) NOW, yang dipercayai rapat dengan Rafizi," kata Ahmad pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.  
Ahmad berkata, forum berkenaan mula tersebar di laman media sosial dengan tertera gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dirinya, Hazem dan ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, serta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mewakili Pakatan Rakyat (PR).  
"Saya tidak menerima surat jemputan dan tidak menyatakan akan hadir. 1MDB juga tidak akan hadir.

"Ini salah satu lagi usaha, bila tidak datang kata saya penakut. Cukuplah bagi saya menjawab di Parlimen," kata Ahmad kepada pemberita.  
Forum berkenaan dijangka diadakan di The Club, Kuala Lumpur pada Rabu, bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam lapor The Malaysian Insider

Tapi menurut laporan dari blog-blog macai, Tun Mahathir juga tidak akan hadir meskipun menerima jemputan..

Sumber daripada Pejabat Tun Dr Mahathir, beliau tidak pernah memberi persetujuan untuk hadir ke Forum 1MDB anjuran National Oversight & Whistleblowers (NOW)

12:53PM - 17 Nov 2014

Gilotin: Pejabat TMB kesal laporan tak tepat

Pejabat Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan kesal dengan laporan media yang tidak tepat dan menimbulkan salah faham masyarakat berhubung kaedah penggunaan gilotin dalam pelaksanaan hudud di negeri itu.

Gilotin adalah alatan kuno untuk memotong anggota badan manusia yang kali pertama digunakan pada 1792 di Paris ke atas perompak bersenjata Jacques Nicolas Pelletier sewaktu Revolusi Perancis.

Dalam kenyataannya, Setiausaha Sulit Kanan TMB Mohd Khairil Hazmie Yusof menegur laporan mStar Online bertajuk "Hukum Hudud: Gilotin Jadi Pilihan Di Kelantan" semalam.

Beliau berkata berkata kaedah itu telah dicadangkan oleh wartawan itu berdasarkan 'pandangan awam' dalam temuramah melalui perbualan telefon.

"... suka dimaklumkan bahawa apa yang berlaku dalam perbualan telefon tersebut adalah wartawan berkenaan yang telah mencadangkan kaedah 'gilotin' berkenaan berdasarkan 'pandangan awam'.

"Datuk Mohd Amar memaklumkan bahawa cadangan berkenaan boleh dipertimbang dan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud, selepas kajian dilakukan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Khairil berkata tindakan mengaitkan Mohd Amar dengan cadangan itu adalah kesilapan wartawan itu yang dianggap boleh menjejaskan kefahaman dan menimbulkan kegusaran masyarakat.

"Seterusnya merosakkan imej kerajaan negeri yang dalam rangka mendidik orang awam bagi memahami dan menerima hukum hudud," katanya. 
 
 





Budak selamat adik dianugerah Pingat Hang Tuah
  • Penerima Anugerah Pingat Hang Tuah, Mohamad Syawal Mohd Shukri bersama ayahnya, Mohd Syukri Muhamad Nor, 37, menunjukan pingat dan replika cek sebanyak RM5,000 yang diterimanya selepas majlis sambutan Hari Warga Emas dan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat kebangsaan 2014 di Dewan Wawasan, Jitra, hari ini. - Foto Bernama Penerima Anugerah Pingat Hang Tuah, Mohamad Syawal Mohd Shukri bersama ayahnya, Mohd Syukri Muhamad Nor, 37, menunjukan pingat dan replika cek sebanyak RM5,000 yang diterimanya selepas majlis sambutan Hari Warga Emas dan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat kebangsaan 2014 di Dewan Wawasan, Jitra, hari ini. - Foto Bernama
1 / 1
JITRA - Kanak-kanak berusia enam tahun yang menyelamatkan adiknya daripada menjadi mangsa kebakaran ketika rumah mereka di kampung Kubang Depu di Besut, Terengganu dijilat api tahun lalu, hari ini menerima Anugerah Pingat Hang Tuah atas keberaniannya itu.

Mohd Syawal Mohd Shukri, pelajar Tadika Kemas Kampung Kubang Depu, menerima anugerah berkenaan sempena sambutan Hari Warga Emas dan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Wawasan dekat sini hari ini.

Hadiah berupa trofi, sijil serta wang tunai RM5,000 disampaikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd Shukri Mohamad Nor, 37, berkata, ketika kejadian pada 11.30 pagi 3 Ogos tahun lepas, Mohd Syawal yang baru berusia lima tahun, berjaya membawa keluar adiknya, Mohd Syaqir Mohd Shukri, 4, dari rumah mereka setelah menyedari api sedang marak di dalam bilik tidur.

Katanya, Mohd Syawal memaut adiknya lalu membawanya ke rumah nenek mereka yang terletak kira-kira 10 meter dari situ, sebelum berlari sejauh kira-kira satu kilometer untuk mencari Mohd Shukri.

Akibat kejadian itu keluarga Mohd Shukri tinggal sehelai sepinggang dan mengalami kerugian kira-kira RM28,000.

Mohd Shukri berkata, keluarganya sangat bernasib baik kerana mendapat sebuah rumah baharu hasil keprihatinan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Tiada ulasan: