Wanita Australia 'ditelan' tanah jerlus
- Polis dan bomba memeriksa tempat kejadian di mana seorang wanita terperangkap di dalam lubang jerlus sedalam 3 meter.
SYDNEY - AUSTRALIA . Seorang wanita berdepan detik cemas apabila
terjatuh dan terperangkap di dalam lubang jerlus ketika menjemur pakaian
di rumahnya di Melbourne, semalam.
Wanita berusia 45 tahun itu, terperangkap selama 20 minit di dalam lubang sedalam 3 meter sebelum jeritannya disedari jiran.
Jurucakap paramedik, Stephanie Palamberis berkata, mangsa bernasib baik kerana lubang tersebut tidak digenangi air sepenuhnya.
Menurutnya lagi, lubang jerlus itu terbentuk apabila salah satu saluran paip bawah tanah sekitar kawasan tersebut pecah, dipetik dari laporan DPA.
Wanita berusia 45 tahun itu, terperangkap selama 20 minit di dalam lubang sedalam 3 meter sebelum jeritannya disedari jiran.
Jurucakap paramedik, Stephanie Palamberis berkata, mangsa bernasib baik kerana lubang tersebut tidak digenangi air sepenuhnya.
Menurutnya lagi, lubang jerlus itu terbentuk apabila salah satu saluran paip bawah tanah sekitar kawasan tersebut pecah, dipetik dari laporan DPA.
Duit kami lebih banyak daripada kerajaan negeri, kata Umno Selangor
Ahli jawatankuasanya, Datuk Zein Isma Ismail berkata biarlah kerajaan negeri Selangor yang mengagihkan peruntukan berkenaan secara terus kepada rakyat kerana Umno Selangor mempunyai mekanisme sendiri bagi membantu rakyat.
“Kalau saya sendiri pun, saya tak ambil. Kenapa saya mahu ambil duit mereka? Saya ada duit. Duit bukan segala-galanya. Kita ada lebih banyak duit daripada mereka.
"Kita pun bantu rakyat. Mereka berilah pada wakil rakyat mereka. Kalau hendak bantu rakyat, bantulah cara mereka,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Semalam, Adun Barisan Nasional (BN) sebulat suara menolak pemberian peruntukan RM200,000 setahun melalui Program Mesra Rakyat seperti yang diumumkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsuddin Lias berkata, pemberian itu tidak ikhlas apabila Azmin semasa mengumumkannya menyebut "kalau tak nak, saya tarik balik" sambil memandang ke arah wakil rakyat Umno.
Katanya, peruntukan itu satu penghinaan kepada wakil rakyat Umno kerana tidak mendapat jumlah peruntukan yang sama dengan kawasan DUN Pakatan Rakyat (PR).
Zein berkata Azmin selama menjadi menteri besar Selangor cuba menunjukkan dasar populis walaupun pentadbirannya tidak mempunyai perancangan membela rakyat.
"Masalah Azmin ini, semuanya tentang retorik dan populis. Dia tak ada perancangan bela rakyat. Kenapa nak tunjukkan gimik? Kenapa seorang menteri besar beriya tunjuk hantar kunci (kereta) kepada masyarakat?
"Itu pemimpin apa? Itu gimik, masuk longkang, nak orang lain ambil gambar dekat dia. Ini semua politikus kencing,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Shamsudin pada Isnin menerima kereta rasmi daripada kerajaan negeri Selangor sebagai satu insentif menjalankan tugas ketua pembangkang.
Kereta Toyota Camry itu setaraf dengan kenderaan yang diberikan kepada pegawai awam gred 54 beserta pembiayaan bahan api dan tol.
Beliau juga diberikan elaun sebanyak RM3,000 sebulan, RM1,367 bayaran gaji pemandu dan RM2,001 bayaran gaji kepada setiausaha kerja.
Mengulas mengenai hasrat Datuk Seri Najib Razak yang mahu Datuk Seri Noh Omar dikekalkan sebagai pengerusi badan perhubungan negeri, Zein berkata Umno Selangor tidak mempunyai masalah.
“Ikut Perlembagaan parti, kuasa melantik pengerusi perhubungan terletak pada presiden. Bila presiden lantik, kita terimalah. Tidak timbul soal terima atau tidak.
“Soalnya dia kena menjalankan tugas. Kita sokong. Bukan kita hendak berbalah. Tiada perbalahan,” katanya.
Ketua Bahagian Umno Subang itu juga mempertahankan Noh untuk menerajui Umno kerana masa yang lebih perlu diberikan kepada ahli Parlimen Tanjung Karang itu.
Katanya, ura-ura yang melabelkan pergolakan sedang berlaku dalam Umno Selangor satu fitnah kerana gerak kerja parti tetap berjalan seperti biasa.
“Cakap memang senang. Adakah mereka benar-benar menjiwai perjuangan parti yang mahu bercakap tentang parti? Nak komen, semua boleh komen. Saya boleh komen mengenai (Barack) Obama, (Vladimir) Putin. Lihat pada realiti.
“Bagaimana mereka boleh menghakimi seseorang dengan hanya beberapa bulan diberikan? Kita memang tidak uar-uarkan program. Kita buat gerak kerja parti.
"Ini bukan soal ngam atau tidak. Tetapi perbezaan pendapat. Ia memang digalakkan dalam perjuangan kita. Apabila keputusan dibuat, kami bekerja sebagai satu pasukan. Tidak timbul semua itu. Ini semua dakyah dan fitnah,” katanya. – 26 November, 2014.
Mas Kahwin Menurut Pandangan Islam
Perkara yang harus diperhatikan bila memilih jodoh (yang berkaitan dengan persoalan wanita) demi untuk mencapai kehidupan yang tenteram supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu ialah ringan mas kahwinnya.
Hendaklah maskahwin si isteri tidak memberatkan kerana memang dilarang oleh agama untuk memahal-mahalkan maskahwin. Setengah para sahabat berkahwin dengan maskahwinnya emas seberat biji kurma yang dianggarkan berharga tidak lebih dari dari lima dirham.
Ada sebuah Hadis yang mengatakan bahawa antara keberkahan seorang wanita ialah melekaskan perkahwinannnya sehingga ia dapat melahirkan anak dan ringan pula maskahwinnya.
Sebagaimana makruh hukumnya memahalkan maskahwin wanita ke atas lelaki, demikian pula makruh hukumnya bertanyakan harta kekayaan wanita oleh lelaki. Tidak sewajarnyalah bagi lelaki untuk menikahi seorang wanita, kerana tamak pada harta kekayaannya semata-mata. Jika lelaki memberikan hadiah kepada keluarga si wanita, maka janganlah ia mengharapkan balasan dari pihak wanita dengan hadiah-hadiah yang lebih banyak lagi.
Demikianlah pula halnya dengan pihak wanita, kerana niat menginginkan balasan adalah suatu niat yang tidak baik, dan termasuk ke dalam larangan maksud ayat berikut:
“Janganlah engkau memberikan lantaran menginginkan balasan yang lebih banyak.” (al-Muddatstsir: 6)Source: Bimbingan Mukmin
Maut jatuh tingkat 16 hotel
- Noraizah menunjukkan gambar Shahrin yang tidak pulang ke rumah hampir dua minggu lalu bersama poster mengenai kehilangan anak kelimanya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asistan Komisioner Sulaiman Salleh berkata, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 8.10 pagi daripada orang awam yang melihat kejadian berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa, Choy Hou Mun, 38, yang terlibat dalam jualan langsung dipercayai berhadapan dengan masalah peribadi.
“Mangsa yang memakai baju-T lengan pendek berwarna biru gelap dan berseluar jeans panjang biru ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang awam, di samping kasut dipercayai miliknya dijumpai berhampiran mayat mangsa.
“Siasatan awal mendapati mangsa telah mendaftar masuk ke hotel berkenaan seorang diri sehari sebelum kejadian sekitar jam 2.23 petang selama sehari,” katanya.
Sulaiman berkata, mangsa yang beralamat di Setia Tropika, di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami cedera parah di bahagian kepala.
Menurutnya, pemeriksaan di bilik hotel mangsa menemui dua keping surat dalam tulisan cina yang ditinggalkan kepada kakak dan isterinya berserta gambar mangsa bersama isterinya.
“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat darah keluar dari telinga sebelah kanan dan hidung, selain kesan luka calar pada lengan dan bahagian belakang badan mangsa.
“Surat berserta gambar mangsa bersama isteri yang diletakkan di atas meja bilik hotel untuk kakak dan isterinya mengucapkan selamat tinggal dan meminta mereka menjaga diri masing-masing.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.
Katanya, saksi-saksi bebas yang melihat kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.
Mayang Sari shared Shaari Anuar's video.
8 hrs ·
Pkai
kapcai ?? . Hendas lu. Diorng simpan audi kot kat rmah. . Porsche tu
buat angkat padi je . Bmw tu just bwak gi ternak ayam aje. Ko pe tau.
Hal rkyat bukan ko nk turun. Puihh. Mnghina xberagak. Siut btul
130,247 views
Ingatkan orang ramai fitnah kat PM kesayangan kata petani pakai Kapchai..
So, tak rugi tak ada subsidi minyak, katanya..
Tapi bila buka video ni..
Takan edit kot..,?
Btw, susah kan, bila orang bangsawan yang tak pernah bergaul dengan masyarakat bawahan jadi pemimpin,,
Hakikatnya, ramai petani yang mampu berkereta mewah..
So, tak rugi tak ada subsidi minyak, katanya..
Tapi bila buka video ni..
Takan edit kot..,?
Btw, susah kan, bila orang bangsawan yang tak pernah bergaul dengan masyarakat bawahan jadi pemimpin,,
Hakikatnya, ramai petani yang mampu berkereta mewah..
7 JENIS ISTERI YANG SELALU DICERAIKAN ?
Di
dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita
solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.
Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu
keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu
wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila
kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu
menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)
Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian
bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang
terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.
Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya
pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.
Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar
kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya.
Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan
harta suaminya.
Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan
yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi
seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian
menceritakannya.
Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di
dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut.
Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .
Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.
1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh
dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas
melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya
sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.
4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang
baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap
melakukan maksiat.
5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan
mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan
makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan
kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia
mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.
6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat
baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak,
dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga,
keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan
sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu \
duniawi maupun ukhrawi .
6 Ciri-Ciri Wanita Yang Tidak Boleh Dijadikan Isteri
Berikut merupakan 6 ciri-ciri wanita yang tidak boleh dijadikan isteri. Lelaki seharusnya mengambil berat dalam pencarian pasangan hidupnya
manakala si perempuan pula perlu menjaga tatatertib dan sopan santunnya. Ikuti 6 wanita yang tidak boleh dijadikan isteri di bawah ini :
1. Wanita “Ananah” : wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.
2. Wanita “Mananah” : wanita yang suka meniadakan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita “Hananah” : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu)yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita “Hadaqah” : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mau. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk.
5. Wanita “Basaqah” : ada 2 makna:
a. Pertama : wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. Uangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengungguli dirinya.
b. Kedua: dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan bagiannya.
6. Wanita “Syadaqah” : Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.
Sumber dari Ihya Ulumuddin – Imam Al Ghazali
Fasakh buat isteri yang dianiaya suami
Soalan:SAYA dan suami bekerja sebagai guru dan sudah berkahwin 14 tahun serta mempunyai enam anak. Sepanjang perkahwinan kami, semua gaji saya akan diperuntukkan untuk membeli keperluan rumah tangga dan sekolah anak, sedangkan suami tidak pernah ambil peduli keperluan anak. Suami lebih mendahului orang luar dan jarang berada di rumah. Balik dari sekolah, beliau akan tidur dan apabila bangun, menghabiskan masa di kedai kopi sepanjang hari sehingga lewat malam. Rutin hidup beliau setiap hari benar-benar mengecewakan saya menyebabkan jiwa saya tertekan. Kami sering bergaduh dan saya meminta suami menceraikan saya tetapi tidak dipersetujuinya. Saya sedih apabila suami mengatakan dia tidak mahu melepaskan saya kerana katanya susah mencari isteri yang baik. Disebabkan tindakannya, saya sudah tiada perasaan sayang lagi terhadapnya malah timbul benci, tertekan dan saya sering terfikir untuk membunuh diri. Saya sangat mengharapkan suami berubah dan berada bersama kami sekeluarga di rumah serta mendidik anak yang sedang membesar. Tetapi apabila saya cuba berbincang, beliau akan menolak mentah-mentah semua pendapat saya, umpama menyiram air ke daun keladi. Saya mohon pendapat tuan, apakah yang perlu dilakukan dan apakah ada cara untuk keluar daripada ikatan perkahwinan begini?
Guru tertekan
Pahang
Jawapan:
SAYA simpati dengan apa yang puan lalui disebabkan tindakan suami yang kurang bertanggungjawab. Saya melihat setiap individu adalah salah satu juzuk daripada keluarga (usrah) mempunyai peranan masing-masing yang tersendiri.
Individu adalah batu bata dalam pembentukan sesuatu keluarga. Batu bata yang sudah diikat dalam keluarga itu pula adalah sel penting dalam pembentukan masyarakat.
Jika ikatan batu bata individu dalam keluarga itu longgar, maka goyahlah bangunan masyarakat.
Dalam berkeluarga, semua pihak perlu bekerjasama untuk menjadikan perkahwinan berjaya. Islam menetapkan tanggungjawab dan hak suami serta isteri seperti berikut:
Tanggungjawab dan hak suami.
Antara tanggungjawab suami menyediakan nafkah kepada isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan bagi isteri-isteri kamu, hendaklah kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik.” (Hadis riwayat Muslim).
Suami juga mesti bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Firman Allah yang bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik.” (Surah an-Nisa’, ayat 19)
Tanggungjawab dan hak isteri.
Isteri wajib mentaati suami dalam perkara yang bukan maksiat.
Isteri juga tidak boleh membenarkan orang lain memasuki rumah tanpa kebenaran dan keredaan suami.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). (Hadis riwayat Muslim)
Begitu juga dengan maruah, setiap isteri mesti menjaga kemuliaan, kehormatan dan harta benda suami. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang salihah; apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Tanggungjawab bapa terhadap anak.
Islam juga mewajibkan bapa secara khusus memberi nafkah kepada anak. Menjaga kebajikan anak, termasuk menyediakan dalam kadar munasabah keperluan untuk hidup, belajar dan kesihatan.
Begitu juga anak wajib dididik supaya sentiasa beribadat dan berakhlak mulia. Tugas mendidik berada di atas kedua ibu dan bapa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Didiklah anak kamu dengan tiga perkara; cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi kamu dan membaca al-Quran.” (Hadis riwayat Dailami)
Kini kita selalu berjumpa dengan masalah hampir sama seperti puan hadapi. Suami tidak bersungguh menjaga kebahagiaan dan menunaikan tanggungjawab dalam keluarga.
Perkembangan ini sangat menyedihkan kerana apabila bapa tidak menjalankan tugasnya dengan baik, anak kurang terbentuk dan hilang hormat kepadanya. Sedangkan anak adalah zuriat dan menjadi pelapis masa depan yang perlu diberi perhatian, didikan serta kasih sayang.
Kadangkala ada suami yang memberi wang sebagai nafkah tetapi tidak mendidik anak dengan baik.
Walaupun bapa memberi nafkah kepada anaknya sekalipun, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk melepaskan terus tanggungjawabnya mendidik anak kerana semua ibu bapa adalah penjaga dan mereka akan dipersoalkan di akhirat kelak mengenai orang di bawah jagaannya.
Jika suami puan masih berterusan mengabaikan tanggungjawab nafkah terhadap anak, puan boleh mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah supaya suami diperintahkan membayar nafkah anak dalam jumlah sewajarnya.
Perintah pembayaran nafkah anak juga boleh dibuat dengan cara potongan gaji suami.
Tetapi perlulah diingatkan bahawa campur tangan mahkamah adalah jalan atau pilihan terakhir. Cubalah berbincang dengan cara baik dan penuh hikmah.
Sekiranya nasihat atau kata-kata puan terhadap suami bagai mencurah air ke daun keladi, sebaiknya puan berusaha mendapatkan nasihat atau pertolongan daripada ahli keluarga lebih tua dan matang yang disegani suami.
Individu itu mestilah seorang yang tidak memihak kepada mana-mana pihak, kata-kata dan nasihatnya didengar dan diterima oleh suami.
Jika usaha ini juga tidak berjaya, puan panjangkan perkara ini ke Bahagian Perundangan Keluarga Jabatan Agama Islam tempat puan tinggal.
Biarlah pegawai kaunseling di jabatan berkenaan berjumpa dan menasihatkan suami.
Kadangkala suami akan mendengar nasihat dan teguran yang dibuat pegawai kaunseling ini.
Jauhkan fikiran puan daripada memikirkan perkara yang menyesatkan seperti membunuh diri.
Membunuh diri bukan saja berdosa besar, malah puan tidak akan mencium bau syurga. Membunuh diri juga bukan penamat masalah.
Fikirkanlah nasib anak puan yang masih memerlukan belaian seorang ibu yang penyayang dan mulia.
Sebagai orang Islam, kembalilah kepada ajaran Islam yang syumul dan lengkap.
Banyakkan berdoa, sembahyang hajat dan memohon keampunan daripada Allah. Mudah-mudahan Allah membuka hati suami untuk menjadi suami yang baik yang akan dikenang baik sepanjang hayat oleh isteri dan anak.
Apabila segala ikhtiar gagal dan puan tidak mahu lagi berada dalam ikatan perkahwinan, maka puan boleh menuntut fasakh atau cerai taklik atas alasan pengabaian nafkah oleh suami terhadap diri puan.
Jawapan disediakan Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar dan soalan boleh dikirim ke exco_pgsm@yahoo.com
HUKUM ISTERI MINTA CERAI
(berdosa atau haram?). semoga jawapan ustaz dapat menenangkan hati dan perasaan saya. terima kasih
Jawapan;
Terdapat sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau Syurga(yakni akan ditegah dari mencium bau Syurga)" (HR Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Tsauban RA. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan. al-Jami' as-Saghier, no. hadis; 2944).
Dari hadis di atas kita memahami bahawa; sengaja meminta penceraian dari suami hukumnya adalah haram dan berdosa. Namun jika ada ada desakan atau sebab yang munasabah, hukumnya adalah harus. Menurut ulamak; contoh desakan ialah; suami yang zalim, suka mendera isteri, tidak memberi nafkah dan mengabaikan tanggungjawab atau sebagainya. Atau isteri merasakan tidak upaya lagi menunaikan tanggungjawab kepada suami jika kekal bersama. Kerana itu, diharuskan khulu' (tebus talak) iaitu isteri meminta suami menceraikannya dan berjanji memberinya suatu bayaran atau mengembalikan mas kahwinnya.
Ibnu 'Abbas RA menceritakan; Isteri kepada Tsabit bin Qies telah datang kepada Nabi SAW (untuk menyatakan hasratnya meminta cerai dari suaminya). Ia berkata kepada Nabi SAW; "Ya Rasulullah SAW, aku ingin meminta cerai dari Tsabit (suamiku) bukan kerana aku mencela agamanya dan akhlaknya, akan tetapi aku bimbang menjadi kufur (engkar)(*yakni kufur dalam pengertian engkar hak/kewajipan terhadap suami atau memilih untuk kufur (murtad) supaya terfasakhnya nikah)". Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya; "Sanggupkah kamu mengembalikan tanah kebun yang ia berikan kepadamu sebagai mas kawin ketika perkahwinan kamu dulu?". Ia menjawab; "Ya, aku sanggup". Ia pun mengembalikan tanah kebun itu. Rasulullah lalu berkata kepada Tsabit; "Ceraikanlah dia". (HR Imam al-Bukhari. Soheh al-Bukhari, 5276).
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan