Sepasang Kekasih Kantoi Buat Aksi Henjut Di Tempat Letak Kereta
KUANTAN : Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan
tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu
melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang
lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.
Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam
orang awam kebetulan berada di kawasan itu.
Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan
dengan bertudung dan berbaju kurung.
Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta
jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.
Menurutnya, dia kebetulan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat
mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku
kejadian jenayah di situ.
“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan
kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,”
katanya.
Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih
berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.
Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali
sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui
kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan
aksi terlarang.Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak
dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana
aksi yang dirakamkanitu.
“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan
di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.
“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka
tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya
Wanita sarat mengandung ditanam
SHAH ALAM – Mayat wanita warga Indonesia yang sarat mengandung ditemui di tanam di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Gumut Tambahan, Kelumpang, Hulu Selangor dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, penemuan mayat wanita berusia 39 tahun itu berikutan aduan anak saudaranya yang telah menerima maklumat mengenai kejadian itu kelmarin.
“Seorang lelaki Indonesia berusia 42 tahun yang juga merupakan rakan serumah si mati telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor di sini hari ini.
Bagaimanapun, Mohd. Adnan memberitahu, motif kejadian sedang disiasat, lapor Kosmo
Selasa, 18 November
2014
Putrajaya tanggung hutang 1MDB RM20 bilion, kata Rafizi
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendakwa keseluruhan hutang 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) yang ditanggung Putrajaya ialah
sekurang-kurangnya bernilai RM20 bilion dan rakyat perlu dimaklumkan
risiko tanggungan kewangan Putrajaya ini, terutamanya selepas mengambil
kira prestasi operasi dan kewangan syarikat tersebut.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, jaminan nyata ke atas hutang terbitan
pertama 1MDB yang ditanggung Putrajaya kini termasuklah bernilai RM5.8
bilion akibat surat sokongan Putrajaya kepada hutang 1MDB sebanyak RM9.7
bilion sekiranya ia tidak mampu dijelaskan. Selain itu, katanya,
tanggungan melalui hutang yang diberikan kepada anak syarikat 1MDB iaitu
SRC International Sdn Bhd sebanyak RM4 bilion yang diperolehi dari
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan dijamin Putrajaya.
"Daripada ketiga-tiga hutang yang diambil oleh 1MDB ini sahaja, jelas
Putrajaya berhadapan dengan tanggungan kewangan sebanyak RM19.5 bilion.
"Ini tidak termasuk baki hutang-hutang lain yang jumlah keseluruhannya
mencecah RM42 bilion bagi tahun berakhir 31 Mac, 2014 yang matlamatnya
belum diketahui umum," kata Rafizi pada satu sidang media di lobi
Parlimen. Beliau berkata, dalam keadaan 1MDB tidak boleh menyatakan ke
mana perginya dana-dana yang memberi tanggungan kewangan besar berjumlah
RM20 bilion ini kepada rakyat, rakyat sudah pasti akan berasa bimbang.
"Jumlah RM20 bilion boleh membina sekurang-kurangnya 40 hospital di
seluruh negara. Ia juga boleh membuka sekurang-kurangnya 15 universiti
awam baharu. "Jika dilabur dengan baik, peminjam Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu berhadapan dengan
tindakan yang membebankan mereka," katanya.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Azab Allah Kepada Yang Meninggalkan Solat
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Sumber: http://khaulah-azwar.blogspot.com/
3:39PM - 19 Nov 2014
'Perokok bermasalah mental, ada darah babi'
Golongan perokok dikategorikan dalam kelompok pesakit yang mengalami masalah mental kerana ketagihan yang sangat tinggi.
Perkara itu dinyatakan oleh Dekan Fakulti Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Prof Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed, lapor Utusan Online.
Beliau dilapor sebagai berkata, perokok mempunyai masalah mental kerana mengalami ketagihan berpanjangan yang berulang.
Sementara itu, Mohamad Haniki juga mengingatkan perokok bahawa merokok bukan sahaja membawa kesan buruk kepada kesihatan malah kajian pada 2010 mendapati ia mengandungi darah babi.
“Selain itu, sebagai seorang Islam, kita juga perlu sedar bahawa hasil kajian pada 2010 menunjukkan penggunaan darah babi dalam penghasilan rokok,” jelasnya seperti yang dilaporkan Utusan Online.
Menurutnya lagi, dalam kajian terbaru menunjukkan rokok mengandungi kira-kira 7,000 bahan kimia berbahaya dan 70 daripada bahan itu adalah penyebab bagi penyakit kanser.
Jelasnya lagi, penyakit berbahaya seperti sakit jantung, kanser dan strok juga adalah disebabkan oleh tabiat merokok, lapor akhbar Umno itu.
Perkara itu dinyatakan oleh Dekan Fakulti Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Prof Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed, lapor Utusan Online.
Beliau dilapor sebagai berkata, perokok mempunyai masalah mental kerana mengalami ketagihan berpanjangan yang berulang.
Sementara itu, Mohamad Haniki juga mengingatkan perokok bahawa merokok bukan sahaja membawa kesan buruk kepada kesihatan malah kajian pada 2010 mendapati ia mengandungi darah babi.
“Selain itu, sebagai seorang Islam, kita juga perlu sedar bahawa hasil kajian pada 2010 menunjukkan penggunaan darah babi dalam penghasilan rokok,” jelasnya seperti yang dilaporkan Utusan Online.
Menurutnya lagi, dalam kajian terbaru menunjukkan rokok mengandungi kira-kira 7,000 bahan kimia berbahaya dan 70 daripada bahan itu adalah penyebab bagi penyakit kanser.
Jelasnya lagi, penyakit berbahaya seperti sakit jantung, kanser dan strok juga adalah disebabkan oleh tabiat merokok, lapor akhbar Umno itu.
MAS perlu ubah dasar berkaitan arak
KUALA LUMPUR - MAS perlu ubah dasar berkaitan penjualan arak dalam
penerbangan mereka, jika tidak mereka harus berani untuk menanggung
akibat, kata Presiden Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid),
Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
Zaharuddin berkata, pandangan bahawa penjualan arak dalam penerbangan yang kononnya bersifat komersil perlu diubah kerana MAS tidak akan rugi jika tiada hidangan arak dalam penerbangan mereka.
"Apa yang menjadi keutamaan pengguna sewaktu hendak membeli tiket kapal terbang adalah sama ada harga tiket murah atau tidak dan adakah jadual penerbangannya tepat dan keselamatan mereka terjamin?
"Rakan-rakan bukan Islam dan kerap menaiki penerbangan mengaku bahawa mereka tidak pernah mengambil kira faktor sama ada sesuatu penerbangan itu ada jual arak atau tidak, adakah pramugarinya seksi atau tidak, ketika hendak membeli tiket. Tidak pernah ada dalam pertimbangan mereka," katanya.
Menurutnya, itu menunjukkan bahawa soal arak langsung tidak ada kepentingan untuk dihidangkan dalam kapal terbang kerana yang menjadi keutamaan pengguna kapal terbang adalah soal harga tiket serta keselamatan mereka.
"Mas perlu pertimbangkan perkara tersebut dan jika ada pengguna yang tidak berpuas hati dengan pendedahan itu dan hendak memboikot MAS, pada saya tidak salah.
"Mereka ada hak dan boleh menggunakan kuasa pengguna yang dimiliki. Jika MAS tidak berganjak dengan keputusan untuk terus menghidangkan arak dalam penerbangan mereka, mereka perlu tanggung akibat," katanya.
Katanya, kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam isu tersebut dan mencari penyelesaian kerana mereka mempunyai kuasa.
Ketika mengulas adakah pengguna Islam yang membeli tiket termasuk caj arak tersebut berdosa, Zaharuddin berkata, pembeli tidak menanggung dosa sebaliknya pengurusan MAS yang berdosa dalam keadaan tersebut.
"Niat pembeli hendak beli tiket dan bukan hendak beli arak tetapi pengurusan MAS pula menyediakan caj hidangan yang terdapat arak dalam menu mereka," katanya.
Zaharuddin berkata, pandangan bahawa penjualan arak dalam penerbangan yang kononnya bersifat komersil perlu diubah kerana MAS tidak akan rugi jika tiada hidangan arak dalam penerbangan mereka.
"Apa yang menjadi keutamaan pengguna sewaktu hendak membeli tiket kapal terbang adalah sama ada harga tiket murah atau tidak dan adakah jadual penerbangannya tepat dan keselamatan mereka terjamin?
"Rakan-rakan bukan Islam dan kerap menaiki penerbangan mengaku bahawa mereka tidak pernah mengambil kira faktor sama ada sesuatu penerbangan itu ada jual arak atau tidak, adakah pramugarinya seksi atau tidak, ketika hendak membeli tiket. Tidak pernah ada dalam pertimbangan mereka," katanya.
Menurutnya, itu menunjukkan bahawa soal arak langsung tidak ada kepentingan untuk dihidangkan dalam kapal terbang kerana yang menjadi keutamaan pengguna kapal terbang adalah soal harga tiket serta keselamatan mereka.
"Mas perlu pertimbangkan perkara tersebut dan jika ada pengguna yang tidak berpuas hati dengan pendedahan itu dan hendak memboikot MAS, pada saya tidak salah.
"Mereka ada hak dan boleh menggunakan kuasa pengguna yang dimiliki. Jika MAS tidak berganjak dengan keputusan untuk terus menghidangkan arak dalam penerbangan mereka, mereka perlu tanggung akibat," katanya.
Katanya, kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam isu tersebut dan mencari penyelesaian kerana mereka mempunyai kuasa.
Ketika mengulas adakah pengguna Islam yang membeli tiket termasuk caj arak tersebut berdosa, Zaharuddin berkata, pembeli tidak menanggung dosa sebaliknya pengurusan MAS yang berdosa dalam keadaan tersebut.
"Niat pembeli hendak beli tiket dan bukan hendak beli arak tetapi pengurusan MAS pula menyediakan caj hidangan yang terdapat arak dalam menu mereka," katanya.
MAS dakwa bekas pramugara mengaku cabul penumpang
pada 19-11-2014 05:11
Presiden Kesatuan Atendan Penerbangan Malaysia Kebangsaan (Nufam), Ismail Nasaruddin berkata, ini didedahkan oleh kakitangan sumber manusia MAS ketika pertemuan perdamaian di Jabatan Perhubungan Industri di Shah Alam, semalam.
“Kami sudah meminta bukti daripada MAS dan pegawai JPI menangguhkan mesyuarat sehingga minggu depan,” kata Ismail yang mengetuai pasukan yang mewakili atendan penerbangan berkenaan.
Nufam memfailkan aduan dengan JPI selepas MAS memecat pramugara berkenaan tanpa mengadakan siasatan dalaman.
Minggu lalu, MAS mengesahkan pekerja itu dipecat kerana salah laku.
The Malaysia Insider difahamkan, lelaki berusia 57 tahun itu dibuang kerja kira-kira dua minggu selepas kejadian terbabit pada 5 Ogos.
MAS mengirim surat bertarikh 22 Ogos ke alamat bekas kediaman pramugara itu di Shah Alam dan seorang jiran menyerahkan dokumen berkenaan kepada seorang ahli keluarga pada 15 September.
Lelaki yang sudah berkhidmat dengan MAS selama 32 tahun itu diberi 60 hari untuk merayu pembuangan kerjanya.
Tetapi kesatuan itu mempersoalkan bagaimana bekas pekerja itu hendak merayu sedangkan dia tidak tahu sudah dibuang kerja.
Kesatuan itu memfailkan aduan di JPI untuk mengarahkan MAS mengambil semula pramugara itu.
Ismail berkata, dia tidak terperanjat atau terkejut dengan pendedahan MAS itu tetapi akan memberi syarikat penerbangan berkenaan peluang bagi menunjukkan bukti pada mesyuarat akan datang.
Sementara itu, peguam Shailender Bhar yang mewakili keluarga bekas atendan penerbangan itu berkata, pelanggannya tidak menulis kepada syarikat penerbangan itu atau pada wakil syarikat yang menemuinya di Paris.
“Saya sudah merujuk kepada dia dan keluarganya. Atendan penerbangan itu tidak menulis sebarang pengakuan salah laku,” tambahnya.
Suami pitam cekup isteri curang
Seorang suami berusia lingkungan 60-an hampir pitam apabila mencekup isterinya yang sedang melakukan maksiat dengan lelaki lain di Kajang. Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi.
Anggota penguat kuasa Jais terpaksa memecahkan pintu selepas pasangan itu enggan memberikan kerjasama dan sanggup berkurung hampir setengah jam walaupun pintu diketuk beberapa kali.Pasangan berkenaan yang berpakaian lengkap, ditahan anggota penguat kuasa Jais ketika berada dalam sebuah bilik di kediaman itu.
Turut bersama dalam operasi itu, dua anggota dari Balai Polis Kajang dan beberapa penghuni di pangsapuri berkenaan selepas dikatakan tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan mungkar pasangan itu.
“Selama ini, saya hanya mengesyaki isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan selepas melihat sendiri kecurangannya di depan mata, hati saya begitu geram. Namun, biar undang-undang yang menentukan dan saya serahkan segala kes ini kepada pihak berkuasa (Jais) untuk siasatan, katanya yang sudah tidak dapat menerima lagi isterinya itu.
Dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu yang buruk daripada saya kerana sepanjang kami berkahwin, kami tidak pernah berahsia. Kelakuan peliknya ini menyebabkan saya berasa curiga, katanya. Menurutnya, sejak itu, isterinya yang juga mengajar di sebuah pusat tuisyen di Kajang itu kerap pulang lewat ke rumah walaupun kebiasaannya pusat mengajar berkenaan sudah tutup pada jam 10 malam.
Isteri saya tiba ke rumah jam 12 tengah malam dan perangainya bertambah teruk, termasuk pernah tidak pulang langsung, katanya.
Lelaki itu mendakwa, isterinya juga pernah menutup telefon bimbitnya dari pagi dan dia hanya dapat menghubungi wanita berkenaan semula pada sebelah malam. Sebenarnya, saya sangat risaukan keselamatannya ketika itu kerana telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi. Namun, dengan rasa tidak bersalah, isteri saya pulang ke rumah tanpa memberikan alasan munasabah.
Difahamkan, cinta antara wanita itu dan lelaki terbabit mula berputik selepas mereka bertemu ketika menghadiri kursus pada September tahun lalu dan ia semakin menjadi-jadi apabila lelaki berkenaan mengambil kesempatan menyenaraikan nama wanita berkenaan setiap kali kursus dianjurkan, lapor Webberita.
Harga minyak RON97 sepatutnya RM2
KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan menyifatkan penurunan harga minyak RON97 sebanyak 20 sen malam tadi langsung tidak memadai berbanding kadar penurunan harga minyak dunia.Hal ini kerana harga minyak dunia USD75.64/barrel pada 18 November lalu.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, harga minyak RON97 pernah diturunkan sebanyak 15 sen ke paras RM2.55 pada 22 Ogos 2008 ketika harga minyak dunia USD114.59/barrel.
Katanya, akal yang waras boleh membuat penilaian iaitu kelihatan kepincangan sikap kerajaan ketika menetapkan harga minyak selaras harga minyak dunia.
“Pada saat kerajaan menetapkan harga minyak RON97 di paras RM2.55 harga minyak dunia sedang menjunam ke paras yang sangat rendah.
“Kalau dilihat kepada rekod kenaikan dan penurunan harga minyak sebelum ini tidak sepatutnya sekadar turun sekadar 20 sen sahaja,” katanya di sini.
Malam tadi Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia mengesahkan harga petrol RON97 turun kepada RM2.55 seliter mulai tengah malam tadi. Penurunan sebanyak 20 sen.
Berdasar kepada harga petrol RON97 sekarang ia hanya lebih 25 sen daripada harga petrol RON95 yang mendapat subsidi kerajaan.
Ahmad Fadhli berkata, penurunan ini telah dijangka berasas fenomena penurunan mendadak harga minyak dunia.
Katanya juga kerajaan menghadapi tekanan bagi menggambarkan harga minyak RON97 diapungkan mengikut harga minyak dunia.
“Kefahaman yang cuba ditanamkan dalam minda rakyat Malaysia kerana faktor nilaian mata wang yang berbeza adalah tidak berbangkit.
“Jika dilihat kepada rekod pada 22 Ogos 2008 kadar tukaran USD berbanding Ringgit ialah USD1=RM3.33 manakala hari ini pada paras USD1=RM3.36,” katanya.
Kata beliau jika benar harga minyak RON97 diselaras mengikut harga minyak dunia, maka paras yang paling ideal ialah RM1.80 - RM2.
“Namun beranikah kerajaan Barisan Nasional meletakkan paras harga minyak RON97 lebih rendah dari RON95 yang kononnya diberikan subsidi.
“Nyatalah sekarang rakyat sedang ditipu kerajaan Umno dan BN,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/11/2014
Rumah Urut Melayu Bogel di Kuala Selangor
Memang Memalukan tetapi itulah kenyataannya apabila msalah sosial tidak dapat lagi dibendung… mereka tidak pernah akan rasa malu kerana mereka memang hendak menunjukkan kemaluan mereka kepada orang ramai dengan penuh bangganya…Bagi mereka ini adalah hak mereka sebagai manusia yang mempunyai kebebasan untuk melakukan apa sahaja tanpa ada sesiapa boleh menghalang kerana mereka ini dilindungi dai bawah akta Hak Asasi Manusia..
Mereka mahukan seperti yang berlaku di Barat dimana sesiapa sahaja boleh berbogel atau melakukan seks dii tengah jalan atau dimana sahaja dan mereka menganggapnya satu bentuk ketamadunan baru..
Kuala Selangor sebuah bandar pinggir laut satu masa dulu amat terkenal dengan Kesultanannya, sejarah kepahlawanannya dan juga terkenal dengan keindahannya..
Sejak ratusan tahun dari zaman kesultanan pertama dulu hingga ke hari terakhir pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Kuala Selangor.. Bandar itu sangat aman dan damai, tiada kekecohan, tiada kekalutan dengan rakyatnya yang saling menghormati antara satu sama lain…
Tapi kini segalanya berubah setelah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih… Masyarakatnya sudah tidak lagi hormat menghormati, masalah sosialnya kian meruncing dan keindahannya sebagai bandar bersejarah kian tercemar..
Lambakan Rumah Urut Di Sekeliling Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Selangor
Hari ini Kuala Selangor lebih dikenali dengan lambakan rumah urutnya berbanding sejarah kesultanannya yang agung… Rumah Urut dan pusat perjudian yang tidak terkawal telah menyebabkan masalah moral yang amat membimbangkan..
Berapa ramaikah penduduk Kuala Selangor yang memerlukan khidmat urutan kaki?.. Bayangkan di sekeliling 1 Kilometer Persegi Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Selangor sahaja ada 7 buah rumah urut.
Itu baru pengiraan dalam 1 kilometer persegi.. bukan keseluruhan Kuala Selangor. Yang peliknya Ahli Parlimen Kuala Selangor YB Dr Dzulkefly yang juga merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS hanya mampu melihat sahaja kebanjiran rumah-rumah urut ini di sekeliling pejabatnya..
Apa sebenarnya yang berlaku?… mungkin YB Dr Dzulkefly Ahmad takut?.. atau terlibat sekali dalam perniagaan itu?…
Persoalan ini harus dijawab oleh beliau sendiri dan buktikan beliau tidak terlibat dalam skandal perniagaan itu.. dan bukan masalah rumah urut sahaja yang harus diselesaikan tetapi semua masalah yang ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat (PR) harus diselesaikan… Masalah pusat judi, masalah sampah, masalah sosial, penempatan dan pelbagai lagi masalah lain berkaitan…
Jika terus dibiarkan masalah ini berlarutan, tidak mustahil satu masa nanti “KUALA SELANGOR BANDAR INDAH DAN BERSEJARAH HANYA TINGGAL SEJARAH”
Mungkin satu masa nanti kita akan dapat melihat anak-anak remaja berbangsa melayu ini berlari bogel di kuala selangor… siapa kisah?… -penadaritanahmelayu
Akibat Meninggalkan Solat
Di riwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
– Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
– Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
– Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Sumber: Facebook revolusi anak muda malaysia
Wednesday, November 19, 2014
Pertabalan Dajjal di Israel Raya
Israel pada hari ini
merupakan sebuah negara HARAM yang ditubuhkan oleh Golongan Yahudi dan
Kristian Zionist(Yakjuj n Makjuj) dari darah dan tanah rakyat Palestin.
Ia ditubuhkan pada 14 May 1948 dan kini telah 66 tahun negara haram ini
menjadi simbol penyatuan Ahli Jemaah Dajjal dalam menghancurkan Palestin
dan pada masa yang sama menyeksa Umat Islam di tanah suci ini.
Palestin pada mulanya
adalah dibawah mandat Empayar British selepas Empayar Turki Uthmaniyyah
dikalahkan didalam perang dunia pertama. Empayar British yang dikuasai
oleh keluarga Rothschild telah memaksa Empayar British menyerahkan
Palestin kepada pertubuhan Zionist secara rahsia..seperti penyamun di
malam yang gelap, pertubuhan penganas Zionist seperti kumpulan penganas
Stern, Haganah dan Irgun telah melancarkan beribu ribu serangan
keganansan terhadap rakyat Palestin dan juga askar askar British yang
berpusat di Palestin.
Semua ini dirancang
bersama oleh Ahli jemaah Dajjal dan kumpulan penganas zionist supaya
tekanan boleh dilaksanakan terhadap Empayar British agar meninggalkan
Palestin..Mandat British ke atas Palestin dan Baitul Maqdis berakhir
pada 15 Mei 1948 tanpa membuat apa-apa peruntukan bagi pengganti
pentadbiran di Palestin.Negara Palestin telah dibiarkan dengan begitu
sahaja oleh Empayar British.
Diizinkan berperang bagi
orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana
sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa
untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu mereka yang diusir
dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang
benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami
ialah Allah"(Al-Hajj 22:39-40)
Mengapa golongan Yahudi Eropah perlu menubuhkan negara mereka di tanah milik Umat Islam?
Dengan tipu daya mereka
,golongan ulamak Yahudi ini telah menulis semula kitab Taurat dengan
mengistiharkan bahawa tanah Palestin adalah milik mereka Yahudi secara
eksklusif, dimana mereka perlu kembali dan menduduki kembali tanah yang
menjadi hak mereka, maka pertubuhan Zionist ini telah melakukan segala
yang boleh untuk memujuk dan memanipulasikan pemikiran kaum Yahudi di
Eropah untuk kembali ke tanah Palestin.
Pada hakikatnya mereka
kembali ke Palestin adalah kerana ingin mencipta satu pusat pemerintahan
bagi Nabi mereka di Baitul Maqdis..ini adalah rancangan mereka dari
awal perang salib lagi. Nabi mereka iaitu Dajjal Laknatullah perlu
berlakon sebagai Al-Masih yang sebenar, ini adalah kerana tanggungjawab
memerintah Baitul Maqdis dan Dunia sebenarnya adalah milik Nabi ISA A.S
sebagai Al Masih yang sebenar.
*Sumber dari adam-thehiddentruth.blogspot.com
Masalah ini berpunca daripada diri saya sendiri yang terlalu ‘takut’ untuk menghadapi situasi malam pertama.
Saya tidak tahan sakit kerana saya mempunyai banyak masalah kesihatan dan sering disuntik di hospital dan klinik.
Masalah ini membuatkan saya takut untuk menghadapinya. Saya sering berfikir macam-macam ketika saya dan suami hampir melakukan hubungan seksual. Suami saya seorang yang sihat dan langsung tiada masalah untuk mengadakan hubungan.
Pelbagai usaha sudah kami lakukan termasuk bertanya kepada doktor di klinik kesihatan, tetapi masih tidak berhasil.
Bagaimanakah cara untuk menghadapi malam pertama dalam keadaan paling tidak menyakitkan?
Adakah boleh menggunakan bius kerana saya seorang yang tidak tahan sakit?
Adakah boleh suami saya melakukan penetrasi ketika saya sudah
klimaks? Adakah ini akan mengurangkan kesakitan? Bagaimanakah posisi
paling sesuai untuk mengurangkan kesakitan?
Nurul,
Pahang
Beberapa pesakit saya mempunyai masalah sedemikian selepas berkahwin selama lebih lima tahun, namun hampir semua (kecuali satu pasangan) yang tidak berjaya bersama dalam masa tiga bulan mendapatkan nasihat. Walaupun tiga bulan kelihatan jauh berbeza dengan lima tahun, perkara yang baik dan halal usahlah dibiarkan berlanjutan.
Saya tidak mempunyai teknik khas sewaktu memberikan panduan. Secara amnya, saya hanya memberikan penerangan mengenai rupa selaput dara yang sebenar kerana ramai yang menyangka ia seperti dinding yang perlu ditembusi.
Istilah ‘pecah’ atau ‘tebuk’, malah istilah ‘selaput’ itu sendiri juga mengelirukan. Saya juga akan memeriksa keadaan selaput dara kerana kadangkala terdapat selaput dara yang pelbagai bentuk yang boleh menyukarkan penetrasi zakar.
Suami juga digalakkan hadir bersama bagi mengesahkan sudut penetrasi, kadangkala kawasan tepi bahagian belakang luka melecet dan ini tambah menjadikan isteri kesakitan lantas menolak penetrasi. Posisi hubungan, belaian suami serta bantuan pelincir juga akan dibincangkan, menurut sumber Hmetro.
3 bulan nikah, tapi isteri masih ‘dara’
Saya berusia 21 tahun dan mendirikan rumah tangga hampir tiga bulan, tetapi sehingga kini saya masih bergelar anak dara.Masalah ini berpunca daripada diri saya sendiri yang terlalu ‘takut’ untuk menghadapi situasi malam pertama.
Saya tidak tahan sakit kerana saya mempunyai banyak masalah kesihatan dan sering disuntik di hospital dan klinik.
Masalah ini membuatkan saya takut untuk menghadapinya. Saya sering berfikir macam-macam ketika saya dan suami hampir melakukan hubungan seksual. Suami saya seorang yang sihat dan langsung tiada masalah untuk mengadakan hubungan.
Pelbagai usaha sudah kami lakukan termasuk bertanya kepada doktor di klinik kesihatan, tetapi masih tidak berhasil.
Bagaimanakah cara untuk menghadapi malam pertama dalam keadaan paling tidak menyakitkan?
Adakah boleh menggunakan bius kerana saya seorang yang tidak tahan sakit?
Nurul,
Pahang
Beberapa pesakit saya mempunyai masalah sedemikian selepas berkahwin selama lebih lima tahun, namun hampir semua (kecuali satu pasangan) yang tidak berjaya bersama dalam masa tiga bulan mendapatkan nasihat. Walaupun tiga bulan kelihatan jauh berbeza dengan lima tahun, perkara yang baik dan halal usahlah dibiarkan berlanjutan.
Saya tidak mempunyai teknik khas sewaktu memberikan panduan. Secara amnya, saya hanya memberikan penerangan mengenai rupa selaput dara yang sebenar kerana ramai yang menyangka ia seperti dinding yang perlu ditembusi.
Istilah ‘pecah’ atau ‘tebuk’, malah istilah ‘selaput’ itu sendiri juga mengelirukan. Saya juga akan memeriksa keadaan selaput dara kerana kadangkala terdapat selaput dara yang pelbagai bentuk yang boleh menyukarkan penetrasi zakar.
Suami juga digalakkan hadir bersama bagi mengesahkan sudut penetrasi, kadangkala kawasan tepi bahagian belakang luka melecet dan ini tambah menjadikan isteri kesakitan lantas menolak penetrasi. Posisi hubungan, belaian suami serta bantuan pelincir juga akan dibincangkan, menurut sumber Hmetro.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan