2:18PM - 11 Nov 2014
Dr M mahu pakar buktikan LGBT salah
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar pakar dalam
pelbagai bidang tampil membantu sarjana Islam membuktikan golongan
Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah salah dan berdosa.
Katanya, para sarjana Islam perlu dibantu oleh pakar dalam bidang lain untuk membuktikan agar hukum itu dapat dibuktikan.
Pada masa sama, kita tidak membahaskan perkara itu kecuali para agamawan yang mengatakan bahawa perkara ini adalah berdosa dan orang Islam tidak boleh menerimanya.
"Pengaruh daripada barat adalah sukar untuk orang Islam menolak.
"Kita hormati cendekiawan Islam dan pengetahuan agama mereka tetapi selain itu, kita perlu pakar dalam bidang lain untuk memberikan input dan sebab selain daripada mengatakan bahawa LGBT itu adalah salah dan dosa.
“Kita perlu memiliki pakar dalam bidang lain seperti pakar dalam bidang sains dan perilaku masyarakat bagi mencabar liberalisme barat ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kuala Lumpur Summit 2014.
Dalam sidang media selepas itu, Mahathir mengakui bahawa jantina bagi setiap manusia kadangkala tidak dapat ditentukan.
Oleh itu, timbul masalah baru apabila ada golongan lelaki yang berpakaian seperti wanita dan sebaliknya.
"Kita harus ingat, ada manusia yang dilahir tak tentu jantinanya, ada nampak macam lelaki tetapi wanita. Ada nampak macm perempuan tapi sebenarnya lelaki.
“Jadi perasaan dia itu berbeza daripada rupa. Sebab itu kita dapati ada orang nampak macam wanita tapi sebenarnya lelaki, ada pula sebaliknya.
"Ini masalah semasa. Dulu tak ada masalah. Dulu perempuan macam ini, lelaki macam ini. Tetapi sekarang berbeza," katanya.
Selain itu, ketika ditanya adakah wajar sekiranya hakim mahkamah sivil dan mahkamah syariah diletakkan bersama di dalam sesebuah perbicaraan, Mahathir berkata ianya terpulang kepada kerajaan.
"Itu terpulang pada kerajaan nak fikir macam mana," katanya ringkas.
Perdebatan mengenai hak golongan LGBT dan hukum ke atasnya kembali menjadi perhatian susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengiktiraf hak golongan transgender berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Ribuan beronok terdampar di pantai
PANTAI KUALA MUDA - Fenomena ribuan beronok terdampar di Pantai Kuala
Muda di sini, berhampiran Langkawi Lagoon Hotel dan Four Point Hotel
menjadi seakan pesta kepada penduduk yang cuba mendapatkan beronok
terbabit, baru-baru ini.
Tinjauan mendapati kejadian berlaku pada tarikh sama dengan latihan simulasi tsunami di pantai berkenaan dan berdasarkan maklumat daripada pencari beronok di situ, mereka menyatakan fenomena ganjil itu hanya diketahui melalui laman sosial.
Bagi Noorsiti Harah Noor Mohamad, 35, kedatangannya ke pantai itu semata-mata mahu mencari beronok setelah membacanya daripada laman sosial.
"Ia perkara yang biasa, pernah berlaku sebelum ini di sekitar Pantai Chenang, itu pun puluhan tahun lalu ketika saya masih kecil, lagipun beronok memang banyak di kawasan sini.
"Pada pandangan saya, beronok yang terdampar berpunca daripada air surut. Apabila air kembali pasang, semuanya ditarik kembali ke laut. Kita doakan semuanya sejahtera dan fenomena ini bukannya antara petanda tsunami ataupun gempa bumi," katanya kepada Sinar Harian.
Seorang lagi pencari beronok, Mohd Shawal Mustai, 16, berkata, dia teruja dapat bersama-sama mencari beronok yang terdampar itu.
"Kami datang sini untuk cari beronok, banyak juga kami dapat dan ada juga yang minta beli tapi kami bagi percuma sahaja sebab kami pun ambil percuma.
"Kehadiran pengunjung di pantai lebih ramai berbanding biasa mungkin sebab maklumat yang tersebar di laman sosial yang menyatakan ribuan beronok terdampar di pantai ini," katanya.

Lelaki amuk, hayun parang dalam balai polis
MANJOI - Anggota Balai Polis Manjoi, di sini semalam gempar apabila
seorang lelaki dipercayai kurang siuman secara tiba-tiba meluru masuk ke
pekarangan balai dan menjerit supaya diberikan sepucuk pistol.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 petang itu, lelaki berusia 42 tahun yang juga merupakan bekas guru itu dikatakan mengamuk dan mengugut seorang anggota wanita yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan sambil memegang parang panjang.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek yang memegang parang sepanjang 0.6 meter bertindak menghayun senjata itu ke anggota wanita terbabit.
“Empat anggota MPV bertindak mengepung balai dan suspek melepaskan parang yang dipegangnya selepas dipujuk salah seorang anggota.
“Setelah beberapa minit, suspek berjaya ditangkap walaupun berlaku sedikit pergelutan,” katanya.
Chang Keong berkata, hasil siasatan mendapati suspek merupakan bekas guru sekolah menengah berhampiran telah bercuti tanpa gaji selama setahun kerana disyaki menghadapi masalah mental.
“Lelaki berkenaan telah bercerai dengan isterinya sejak dua minggu lalu dan mempunyai empat orang anak. Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.
“Suspek sekarang direman dan dihantar untuk pemeriksaan doktor. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya.

Mayat ada tatu ditemui di perairan Pulau Perhentian
pada 11-11-2014 12:11
BESUT: Dalam usaha pihak berkuasa mencari kehilangan seorang nelayan
Ali Majid, 59, di sekitar perairan Pulau Perhentian Kecil yang masuk
hari kelima hari ini, orang ramai dikejutkan dengan penemuan satu mayat
lelaki bertatu di badan petang semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata mayat lelaki yang
ditemui para nelayan kira-kira pukul 2 petang itu terapung-apung di
laut, 10 batu nautika dari Pulau Perhentian Kecil.
“Kita percaya mayat berkenaan yang hampir busuk dan beberapa bahagian
badannya telah hancur merupakan warga asing berdasarkan corak tatu
bertulisan yang banyak terdapat di badan mangsa.
“Mayat itu kemudiannya kita bawa ke jeti Kuala Besut sebelum dihantar
ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat pukul 4.30 petang tadi,”
katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sementara itu operasi mencari nelayan yang hilang dari Kampung
Pengkalan Atap, Kuala Besut di sini diteruskan yang masuk hari kelima.
Petang Khamis lepas, bot kepunyaan Ali Majid telah ditemui orang awam
di tengah laut kira-kira dua batu nautika dari Pulau Perhentian Kecil
tanpa sesiapa di dalamnya.
Susulan itu, satu laporan telah dibuat oleh orang awam di Pondok Polis
Pulau Perhentian sebelum satu operasi mencari membabitkan pelbagai pihak
termasuk Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia (JPAM) dan polis dilancarkan sehingga hari ini
Wallahua’lam.
29 Ogos 2013
10 PERKARA YANG MEMBATALKAN KEIMANAN
PERTAMA: Mempersekutukan Allah SWT (yakni syirik)
dalam beribadah.
Allah SWT
berfirman: “Sesungguhnya Allah tidak
mengampuni dosa syirik (menyekutukan) kepadaNya, tetapi mengampuni dosa selain
itu, kepada orang–orang yang dikehendakinya.“ (QS An-Nisa’: 116)
Allah SWT
juga berfirman: “Sesungguhnya orang
yang mempersekutukan Allah, niscaya Allah akan mengharamkan syurga baginya, dan
tempat tinggalnya adalah neraka, dan tiada seorang penolong pun bagi orang–orang
zalim.” (QS Al-Maidah: 72)
Di antara
perbuatan syirik adalah meminta do’a dan pertolongan kepada orang- orang yang
telah mati, bernazar serta menyembelih korban untuk mereka.
KEDUA: Meyakini bahawa ada kekuatan lain
selain kekuatan Allah SWT, berdoa kepadanya, meminta pertolongan, bahkan
bertawakkal (berserah diri) kepada perantara tersebut.
Orang
yang melakukan perbuatan sedemikian, menurut ijma’
(kesepakatan) para ulama, adalah musyrik, malah ada yang
mengatakan telah terkeluar dari Islam (murtad).
KETIGA: Tidak menganggap bahawa orang-orang
musyrik itu kafir, atau ragu-ragu atas kekafiran mereka, atau membenarkan
konsep mereka. Orang yang demikian ini adalah kafir.
KEEMPAT: Meyakini bahawa ajaran selain ajaran
Nabi Muhammad SAW lebih sempurna, atau meyakini bahawa hukum selain dari yang telah
dijelaskan oleh Baginda SAW lebih baik, seperti mereka yang mengutamakan aturan-aturan
thaghut (aturan–aturan manusia yang melampaui batas serta menyimpang dari hukum
Allah), dan mengetepikan hukum yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
KELIMA: Membenci sesuatu yang telah
ditetapkan oleh Rasulullah SAW.
Allah SWT
telah berfirman: “Demikian itu adalah
disebabkan mereka benci terhadap apa yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan
(pahala) segala amal perbuatan mereka.” (QS Muhammad: 9)
KEENAM: Memperolok–olokkan sebahagian
dari ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW, atau memperolok–olokkan pahala mahupun
siksaan yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran serta yang dinyatakan oleh
Rasulullah SAW.
Allah SWT
telah berfirman: “Katakanlah: Terhadap
Allah kah dan ayat–ayatNya serta RasulNya kalian memperolok–olokkan? Tiada erti
kalian meminta maaf, kerana kamu telah kafir setelah beriman.” (QS At-Taubah:
65~66)
KETUJUH: Melakukan
sihir, antaranya
termasuklah mengaplikasikan ilmu guna-guna yang menjadikan seorang suami benci terhadap
isterinya, atau yang menjadikan seseorang mencintai orang lain, atau sesuatu
yang dibencinya dengan cara yang zalim.
Orang
yang melakukan perkara-perkara tersebut itu adalah kafir, kerana Allah SWT
telah berfirman: “Sedang kedua
malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada seorangpun, sebelum
mengatakan: sesungguhnya kami hanya cobaan bagimu, sebab itu janganlah kamu
kafir.” (QS Al-Baqarah: 102)
KELAPAN: Membantu orang–orang musyrik
untuk memusuhi kaum muslimin.
Allah SWT
berfirman: “Dan barang siapa di antara
kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka sesungguhnya
orang tersebut termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang–orang yang zalim.” (QS Al-Maidah: 51)
KESEMBILAN:
Meyakini bahawa
sebahagian manusia dibenarkan untuk meninggalkan syari’at Nabi Muhammad SAW.
Allah SWT
berfirman: “Barang siapa menghendaki
suatu agama selain Islam, maka tidak akan diterima agama itu daripadanya, dan di
akhirat ia termasuk orang-orang yang merugi.” (QS Ali Imran: 85)
KESEPULUH:
Berpaling
dari Agama Allah SWT, tanpa mempelajari dan tanpa melaksanakan ajaranNya.
Allah SWT
berfirman: “Tiada yang lebih zalim
dari
pada orang yang telah mendapat peringatan melalui
ayat–ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling dari padanya. Sesungguhnya kami menimpakan
pembalasan kepada orang yang berdosa.” (QS As-Sajdah: 22)
Dalam
hal-hal yang membatalkan keislaman ini, tidak ada perbezaan hukum antara yang
main-main, yang sungguh-sungguh (yakni yang sengaja melanggar) ataupun yang
takut, kecuali orang yang dipaksa. Semua itu merupakan hal-hal yang paling
berbahaya dan paling sering terjadi. Maka setiap orang Islam mestilah
menghindarinya. Kita berlindung kepada Allah SWT dari hal-hal yang mendatangkan
kemurkaanNya dan kepedihan siksaanNya. Semoga selawat dan salam dilimpahkan
kepada makhlukNya yang terbaik, para keluarga dan para sahabat Baginda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan