TIDAK BIMBANG KE MELAYU TAK IKUT ALLAH/ISLAM LAGI...MALAH HANYA IKUT AKAL DAN MANUSIA YANG DIANGGAP MAJU/KUAT/KAYA RAYA DAN DIGERUNI
Bimbang Melayu jadi macam Red Indian
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad
memberi amaran bahawa orang Melayu di negara ini mungkin akan ditimpa
nasib seperti kaum Red Indian di Amerika Syarikat (AS) jika mereka terus
hidup dalam keadaan berpecah belah yang banyak berpunca daripada
perbezaan politik.
Menurut Abdul Hamid, jika Umno dan Pas, dua parti politik utama bagi orang Melayu tidak berupaya untuk menganjurkan perpaduan dengan mengenepikan usaha untuk bekerjasama, ada kemungkinan apa yang berlaku kepada kaum pribumi benua Amerika itu akan juga berlaku kepada orang Melayu di negara ini.
"Tanpa kerjasama Umno dengan Pas, orang Melayu sukar untuk mempertahankan kerajaan. Jika PR berkuasa, DAP akan jadi parti dominan, bukan PKR atau Pas. PKR dan Pas tidak boleh kawal cita-cita DAP seperti Umno mengawal MCA dan Gerakan.
Maka jika Pas tidak mahu hak Melayu dan kedudukan agama Islam digugat,parti itu hendaklah bekerjasama dengan Umno.
“Percayalah bahawa ancaman dihadapi orang Melayu sekarang lebih serius daripada bila-bila masa dalam sejarah bangsa Melayu,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Perpaduan Nasional di Pusat Islam, semalam.
Abdul Hamid berkata, Pas perlu sedar perjuangan asalnya adalah untuk orang Melayu dan Islam.
“DAP tidak boleh diharap untuk membela orang Melayu dan agama Islam. DAP lebih cauvinisme daripada MCA dan Gerakan.
“PKR juga tidak boleh diharap memperjuangkan kepentingan orang Melayu, kerana parti itu tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu, hanya berjuang untuk seorang Melayu,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya Pas dan parti anak Sabah serta Sarawak menyertai Umno/BN, Kerajaan Persekutuan akan selamat walaupun orang Cina bersatu di belakang DAP.
“Apabila mereka berasa keadaan itu akan merugikan mereka, mereka mungkin menukar fikiran setelah mengambil kira untung ruginya sekiranya mereka bekerjasama dengan BN.
“Rakyat Malaysia keturunan India juga patut bertanya diri mereka sama ada PR akan menjaga kepentingan mereka lebih baik daripada rekod BN selama lebih lima dekad,” katanya.
Tambahnya lagi, Umno sudah berada di landasan yang betul dan patut terus menjadi parti dominan orang Melayu serta Islam.
“Tetapi, masalahnya adalah pemimpin-pemimpinnya. Faktor nombor satu menyebabkan orang benci Umno ialah persepsi rasuah yang tinggi,” katanya.

Kematian Menyiksakan & Jasad Tidak Diterima Bumi
TAOTAUAJER - Iktibar dari
sejarah Turki Kisah Mustafa Kemal Ataturk, jasad tidak diterima bumi.
Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik
Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan
dan Presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai
panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia
I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah
Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang
dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah
memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan
Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar
sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist.
Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden,
demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang
negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem
politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki
Uthmaniyyah.
Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.
Dosa Mustafa Kemal:
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di
Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di
seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan
urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya “Siapa Tuhan dan di mana Tuhan
tinggal?”. Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk
adalah Tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan
oleh askar itu.
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada
beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan
dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh
kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan
mendengar jeritan, mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau
ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan
merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938,
beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar
selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan
akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun
yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini
diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang
meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya
di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak
menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan
putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium
yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun
1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung,
bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke
satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya
ditanam di bawah batu marmar.
Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Mustafa Kamal Ataturk selepas bumi tidak menerima jasadnya.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah
mengatakan bahawa “Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui
Pemilik BMW nikmati lebih subsidi daripada si miskin dengan motosikal, kata kajian
Menurut kajian Institut Kajian Khazanah baru-baru ini, golongan kaya menikmati sejumlah 80% subsidi minyak yang diperuntukkan untuk isi rumah Malaysia pada 2013.
Angka tersebut menunjukkan betapa terpesongnya sistem subsidi minyak di Malaysia sementara rakyat sedang cuba menyesuaikan diri dengan pengumuman yang skim tersebut akan dihentikan pada 1 Disember.
Bagaimanapun, seorang penganalisis dasar Institut Rakyat berkata, walaupun menstruktur semula sistem subsidi itu langkah yang betul, kerajaan patut terlebih dulu memperkenalkan langkah mengurangkan impak keputusan tersebut terhadap orang ramai.
Kajian tersebut yang digelar "Keadaan Isi Rumah di Malaysia" mendedahkan seorang pemilik BMW yang menggunakan minyak RON95 menikmati subsidi RM22.50 setiap 1,000km.
Manakala seorang pemilik motosikal Honda EX5 pula yang menggunakan RON95, hanya mendapat subsidi RM5 setiap 1,000km.
"Sementara kenderaan motor menjadi lebih mahal, daripada motosikal sehinggalah kereta buatan Jerman, subsidi yang diterima pemilik kenderaan itu bagi setiap 1,000km meningkat dengan drastik," kajian tersebut.
Angka itu dikira menggunakan harga RON95 pada RM2.30 seliter di mana kadar subsidinya ialah 27 sen seliter.
"Subsidi bersifat regresif. Kebanyakan subsidi hanya manfaatkan perniagaan daripada isi rumah.
"Daripada apa yang sampai ke isi rumah pula, golongan berpendapatan tinggi yang paling untung manakala isi rumah yang hanya memiliki motosikal dan kipas siling mendapat kurang subsidi dibandingkan isi rumah dengan beberapa biji kereta dan penghawa dingin di Damansara Heights," kata kajian tersebut.
Kajian tersebut menganggarkan pada 2013, kurang daripada 23.8% atau RM5.6 bilion daripada seluruh subsidi minyak akan digunakan untuk isi rumah.
Selebihnya, sebanyak 76.2% atau RM17.9 bilion, pula pergi ke perniagaan, syarikat dan sumber lain.
Berkenaan subsidi gas melalui Petronas pula, hanya 20% atau RM4 bilion yang sampai ke isi rumah.
Selebihnya, RM16 bilion atau lebih, akan digunakan dalam perniagaan, syarikat dan kegunaan lain.
"Hanya 22% daripada seluruh subsidi tenaga diberikan kepada isi rumah. Secara purata, setiap isi rumah menerima subsidi tahunan RM625 setahun bagi elektrik dan RM885 setahun bagi petrol.
"Tetapi, kebanyakannya dinikmati keluarga yang berpendapatan tinggi, yang menerima 80% daripada subsidi," kata kajian tersebut.
Putrajaya mengumumkan pada 21 November yang ia akan menghentikan subsidi petrol dan diesel bulan depan. Harga RON95 dan diesel akan ditentukan kelak mengikut kawalan pengapungan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu akan menjimatkan kerajaan antara RM10 hingga RM20 bilion yang kemudiannya akan disalurkan bagi memperbaiki pembangunan pedalaman, pendidikan dan sektor kesihatan.
Kajian Khazanah itu juga mengatakan subsidi mewujudkan gangguan dalam ekonomi dan mendatangkan kerugian besar dalam ekonomi, atau pembaziran.
"Wang yang dibelanjakan untuk subsidi lebih baik digunakan dalam sektor lebih produktif yang meningkatkan pertumbuhan ekonomi atau projek pembangunan yang lebih fokus kepada membantu golongan lemah," kata kajian tersebut.
Dibandingkan dengan satu subsidi untuk semua, laporan tersebut mengatakan, pemberian wang adalah cara paling efektif membantu golongan lemah.
Pengarah eksekutif Institut Rakyat Yin Shao Loong bagaimanapun berkata, kerajaan sepatutnya sudah meletakkan mekanisma menghadang kesan daripada keputusan tersebut sebelum mengumumkan pemberhentian subsidi secara mengejut.
Ini kerana peningkatan harga minyak selalu digunakan sebagai alasan pihak peniaga meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan, sama ada wajar atau tidak.
"Cara bagaimana kerajaan memperbaharui sistem subsidi menghasilkan inflasi yang mendadak. Kerajaan kemudiannya memberi amaran kepada peniaga supaya tidak meningkatkan harga, namun tiada sebarang tindakan penguatkuasaan dibuat kementerian,” katanya,
Yin berkata walaupun pemberian wang bersasaran adalah lebih efisyen daripada subsidi, kerajaan masih tidak mempunyai rancangan menyeluruh bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.
Buat masa kini, median pendapatan isi rumah berada pada RM4,600, bermakna setengah daripada isi rumah rakyat Malaysia berpendapatan lebih rendah daripada batasan pertengahan itu.
Hampir setengah daripada mereka yang berada di bawah median pendapatan ini layak menerima pemberian wang melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kepada keluarga berpendapatan kurang RM4,000 sebulan.
"Pada dasarnya, hampir setengah isi rumah Malaysia masih bergelut dalam menyara kehidupan," kata Yin.
"Jadi apa rancangan jangka panjang kerajaan bagi mengeluarkan mereka dari terus berada dalam kategori itu?"
Program Transformasi Ekonomi, diumumkan Putrajaya sebagai strategi melakukan pembaharuan ekonomi, masih lagi meneruskan sistem yang menghasilkan barangan berkualiti rendah bagi bayaran upah yang rendah, katanya. – 23 November, 2014.
Ali Proton Edar shared Bernama Radio24's photo.
14 hrs ·
1. Pembersih darah
Memakan petola dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk
membersihkan darah anda dari bahan tercemar. Di samping itu ia
bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati.
2. Menyembuhkan jaundis (sakit kuning) kerana keupayaannya dalam membersihkan organ hati.
3. Bermanfaat untuk penyakit kencing manis.
Kualiti tertentu terdapat pada petola membolehkan ia membantu
pesakit kencing manis. Ini kerana kewujudan insulin seperti peptida
dalam sayuran ini yang dapat mengurangkan paras gula dalam
darah. Selain itu juga ia mengawal paras tahap insulin darah ke
kuantiti yang diperlukan.
4. Membantu penurunan berat badan
Ia adalah sangat rendah dalam kandungan lemak tepu; kedua, ia
mempunyai penggunaan yang lebih rendah kolesterol ke arah
badan; ketiga, ia menawarkan jumlah yang sangat ideal lemak dan
kalori; keempatnya ia mengandungi banyak air di dalamnya. Nilai
pemakanan yang terdapat pada petola seperti serat pemakanan,
vitamin dan mineral adalah sumber penting untuk mengurangkan berat badan.
5. Mengawal keasidan serta ulser pada perut.
P/S : Selamat mencuba
#petua #jomkongsi

Sunday, 23 November 2014
@RafiziRamli Kantoi Penipuan Harga Subsidi #ron95 Kerajaan #RakyatHakimNegara
Apabila kerajaan
menggunakan Automatic Pricing Mechanisme (APM) terhadap harga RON95
& diesel menjelang 1 Disember 2014 nanti, secara tidak langsung
harga RON 95 pada ketika ini RM 2.30 akan mengikut pasaran harga dunia
pada ketika itu.
Dalam keadaan harga minyak (RON 95) konsisen mengalami penurunan (sejak beberapa bulan) sehingga RM 2.27 (sekarang), maka beberapa andaian boleh dibuat:-
(i) Harga (RON95) KEKAL RM 2.27 dan rakyat tidak perlu membayar RM2.30/Liter. Kerajaan BIJAK rakyat UNTUNG RM0.03/liter kan?
(ii) Harga (RON95) MENURUN sehingga RM 2.20 dan rakyat tak perlu membayar RM2.30. Kerajaan bijak rakyat UNTUNG RM0.10/Liter kan?
(iii) Harga (RON95) MENAIK sehingga RM 2.35 sen tetapi kerajaan tidak menaikkan sehingga RM2.35 sen melainkan menyerap kenaikan harga tersebut dalam bentuk subsidi kepada rakyat atau pemberian-pemberian insentif lain seperti rebat dan sebagainya. Kerajaan BIJAK rakyat UNTUNGkan?
Saya harap ia suatu contoh yang mudah.
Berbanding dengan cadangan YB Rafizi Ramli yang sebelumnya mahu supaya harga minyak mengikut pasaran dunia, maka tindakan kerajaan ini sebenarnya telah berbulan-bulan dikaji dan diharapkan memenuhi keperluan rakyat Malaysia dan pakatan haram.
Malangnya, tindakan yang bijak ini disanggah dengan mahukan harga syiling pula? Inilah suatu prinsip politik yang senantiasa berubah apabila sesuatu tindakan kerajaan memihak kepada rakyat yang ada pada pakatan haram.
Penetapan harga minyak pada kadar harga syiling sebenarnya tidak melindungi kepentingan syarikat petroleum nasional Petronas kerana ia akan bersaing dengan gergasi-gergasi kapitalis minyak dunia yang didokong oleh kerajaan-kerajaan kapitalis zionis.
Bayangkan hanya seorang George Soros mampu meranapkan ekonomi Asia Timur pada Jul97/98, inikan pula jika wujudkan serangan besar-besaran syarikat-syarikat petroleum dokongan negara-negara kapitalis zionia dan sekutu negara-negara Arab mereka?
Penetapan harga syiing untuk barangan kawalan dan keperluan asas yang lain tentu tak sama dengan penetapan harga syiling petroleum dan bahan bakar dunia.
Dimaklumkan bahawa Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bermula dari 1 Disember 2014, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float). Kaedah ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sedia ada sejak Julai 2010.Rujuk apa fakta dibawah:

Harga runcit produk
petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price
Mechanism (APM) sejak tahun 1983. Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan
harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak
akan mengubah harga runcit. Walau bagaimanapun, melalui pengapungan
terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk akan
menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna jika
harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan
diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.
Sebagai contoh
daripada 1 hingga 19 November 2014, purata harga RON95 di bawah APM
menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga
runcit RM2.30 seliter. Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga
pasaran pada 20 hingga 30 November 2014 dan jumlah sebenar akan
menentukan purata harga runcit pada bulan Disember. Jika trend ini
berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember
akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM.
Pada masa ini harga
runcit RON95 di stesen minyak adalah pada harga RM2.30 seliter dan
diesel pada harga RM2.20 seliter. Mulai pada 1 Disember 2014, penetapan
harga di stesen minyak akan bergantung kepada kaedah yang disebut di
atas. Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos
setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit
petrol dan diesel.
Keputusan
pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel dibuat berikutan
kejayaan pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON97. Langkah
ini membuktikan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati
manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia.
Kajian bagi
pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel ini telah
dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaan kaedah ini.
Balak bukan sebesar mancis, tak tahu pembalakan haram?
MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan amalan rasuah menjadi punca segala kerosakan alam sekitar dan gejala sosial dalam negara ini. Ketamakan mereka yang berkedudukan dan yang berkuasa yang mahu membolot kekayaan melalui rasuah tidak mempedulikan kesan yang akan dihadapi oleh rakyat sekarang dan generasi akan datang. (Foto hiasan)Dari kerosakan bukit Cameron Highlands sehingga penyeludupan barangan dan manusia ke dalam negara serta semaraknya penyakit sosial adalah musibah yang berpunca dari rasuah yang tidak dibanteras dengan berkesan dan ketamakan yang menjadi nilai yang menguasai sebahagian peneraju kuasa negara.
Akibat persekongkolan antara tauke dan segelintir pihak berkuasa serta ahli politik yang berkepentingan, rasuah nampaknya menjadi sebahagian dari urusan pentadbiran dan pengurusan negara. Khazanah negara menjadi komoditi paling direbut oleh mereka yang mencari peluang meraih keuntungan lumayan.
Pendedahan terbuka mengenai kepincangan pengawasan Cameron Highlands yang mengakibatkan bencana alam terbaru dan meragut nyawa tidak boleh dipisahkan dari gejala rasuah yang berleluasa.
Kerosakan Cameron Highlands bukan baru. Malah ia bukan tidak boleh dikesan dengan mata kepala para pegawai yang mengawasi kawasan tersebut. Sudah berapa kali tanah runtuh dapat dilihat di merata Cameron Highlands. Akan tetapi pihak berkuasa masih menganggap perlu mengumpul data untuk membuktikan kerosakan bukit tersebut sudah parah dan tidak mungkin boleh dipulih.
Malangnya sementara proses mengumpul data dilakukan, kawasan bukit yang menjadi khazanah negara itu sudah musnah dirosakkan oleh kegiatan penerokaan tanpa izin. Natijahnya bencana alam berulang lagi dan pihak berkuasa dan ahli politik mula saling menuding jari.
Demikian juga jika dilihat isu pembalakan. Ia kononnya digelar 'pembalakan haram' yang juga berleluasa. Tidak masuk akal pihak berkuasa tidak tahu, pada hal balak bukannya sebesar mancis api yang tidak boleh dikesan. Namun kerana ada pihak yang dibayar untuk menutup mata, maka hutan yang terbaki akhirnya dijadi sasaran untuk dieskploitasi dengan rakus.
Kini menteri yang berkenaan dan pihak media heboh mendedahkan satu kepincangan demi satu kepincangan dalam pengurusan Cameron Highlands. Kewujudan ratusan pekerja luar dan lereng bukit yang ditukar kepada kawasan pertanian yang sensitif telah mengakibatkan penggondolan bukit tersebut secara meluas dan berleluasa sehingga akhirnya berlaku tanah runtuh yang berterusan.
Bagaimana pekerja asing boleh berada di Cameron Highlands dengan seramai itu? Tidak munasabah pihak berkuasa tidak tahu. Kegiatan pertanian dilereng bukit itu boleh dilihat dengan jelas dan pekerja asing memenuhi kawasan itu. Kenapa kegiatan yang bertahun-tahun lamanya itu terlepas pandang oleh pihak yang bertanggungjawab?
Soalnya insiden bencana alam yang kerap berlaku bukan tidak boleh dielakkan. Pembangunan yang dihadkan, prosedur yang diketatkan serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas sepatutnya boleh mengelakkan bencana dari berlaku. Namun akibat penyelewengan dan persekongkolan antara pengusaha yang tamak dan pentadbir yang mudah disogok, kerosakan alam berleluasa dan negara kerugian berjuta ringgit.
Kini pihak SPRM telah mengumumkan akan menempatkan pejabat cawangan di Cameron Highlands yang dikatakan akan mengawasi perlakuan rasuah.
Pertanyaan kami ialah, bagaimana pula dengan sekian banyak kawasan lain yang juga sedang berhadapan dengan pemusnahan alam. Apakah tidak ada kemungkinan gejala rasuah banyak berlaku. Adakah SPRM akan menempatkan pegawai di kawasan-kawasan tersebut?
Betapa banyak aduan yang telah disampaikan kepada SPRM mengenai pelbagai kes salah guna tanah dan kelulusan yang tidak mengikut prosedur, namun rakyat yang mengadu masih menyaksi projek yang dibantah terus dilaksanakan tanpa sebarang tindakan.
Kami memang mengalu-alukan laporan audit negara yang dikeluarkan saban tahun yang mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran pelbagai agensi kerajaan. Ketua Setiausaha Negara telah mengumumkan bahawa tindakan corrective (menambahbaik) dan punitive (tindakan disiplin) sedang dilakukan.
Namun kami mendapati masih banyak kes yang terlepas dari tindakan untuk membanteras penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kecuaian. Ia bukan sahaja merugikan berbilion ringgit wang awam tetapi juga mengakibatkan kerugian harta dan kehilangan nyawa manusia.
Kami menegaskan jika kerajaan tidak serius membanteras rasuah sehingga ke akar umbi, lambat laun negara akan hancur dan tergadai di tangan pemberi dan penerima rasuah. Menjadi pengetahuan umum betapa banyak projek yang mendapat penilaian yang kritikal dari agensi kerajaan sendiri, namun akibat lobi dan pengaruh yang kuat dari pihak syarikat ke atas pihak yang memegang kuasa dan berkepentingan, projek yang membawa risiko kepada kemusnahan alam sekitar tetap diteruskan.
Pengumuman terakhir ialah apabila Perdana Menteri mengeluarkan arahan agar seangkatan anggota PDRM dan ATM dihantar ke kawasan Cameron Highlands supaya mengawasi dan mengesan pekerja asing tanpa izin (Pati) yang dikatakan berkeliaran di Cameron Highlands.
Sekali lagi kami menegaskan reaksi seumpama ini yang bersifat spontan hanya di kala media mendedahkannya secara meluas tidak akan menyelesaikan isu tersebut. Menghantar angkatan tentera bagaikan suatu operasi perang besar belum boleh dikatakan kerajaan serius.
Inti kepada masalah yang perlu diatasi sebenarnya terletak di tangan penguasa di pentadbiran Kuantan dan Putrajaya. Kesungguhan melakukan pembersihan dalam pentadbiran dan memastikan campur tangan politik tidak berlaku adalah tindakan utama jika kerajaan benar-benar serius mahu memelihara kawasan sensitif seperti Cameron Highlands. - HARAKAHDAILY 23/11/2014
Penulis ialah Presiden Mapim.
Sunday, November 23, 2014
Najib bagi mesej untuk singkir Muhyiddin?
Kalau tidak silap sudah dua kali Najib Razak menyarankan agar Umno memberi laluan kepada orang muda untuk memimpin parti Umno.
Pertama semasa beliau berucap dalam konvensyen Umno Johor baru-baru ini. Hari ini semasa berucap di konvensyen Umno Wilayah Persekutuan Perdana Menteri ke 6 itu sekali lagi menyarankan agar orang muda diberi laluan.
Jika tidak dihalusi saranan Najib itu sebagai perkara biasa sahaja. Orang Umno yang muda akan bertepok tangan kerana merasakan mereka dihargai oleh Najib. Tetapi kalau disuluh dan diselek bungkusan rahsia (perkembangan) dalam Umno, saranan Najib itu mempunyai maksud tersendiri. Najib bukan saja-saja membuat saranan itu sampai lebih daripada sekali. Setiap tutubicara dan gerakgeri orang politik membawa makna dan maksud tersendiri.
Najib tentu ada mesej dan isyarat yang hendak disampaikan dengan saranan bersahaja itu. Dan siapakah orang muda yang dimaksudkan Najib itu? Apakah ia terdiri daripada pimpinan pemuda? Atau mereka yang berusia di bawah 60 tahun?
Atau pun apakah Najib mahu Umno diimpinan oleh ahli yang berusia dibawah 40 tahun memandangkan bilangan pemilih dalam pilihan raya umum akan datang melebihi 54% dari kalangan orang muda. Begitukah?
Apabila dikaitkan dengan desas desus yang terdengar dan "disoksek-soksek" dalam Umno ketika ini, cadangan dan seruan Najib itu ada kena mengena dengan apa yang sedang diperkatakan dalam Umno kini, iaini mengenai kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri. Bagi orang yang prihatin dengan sepak teranjang politik Umno sudah dapat membaca kilau dalam kilat ketika ini. Para "pengumba" dan broker (bukan brua) dalam Umno juga sedang memainkan peranan masing-masing.
Bukankah sebelum ini sudah berhembus khabar angin mengatakan Muhyiddin Yassin tidak selesa dan tidak nggam bersama Najib. Muhyiddin yang dilihat cenderong amat kepada keMelayuan tidak bersetuju dengan tranfsormasi dilakukan Najib yang dianggap merugikan Melayu. Gara-gara itu terdengar yang Muhyiddin ingin berundur.
Dalam temuramah dengan akhbar PB semalam Muhyiddin ada menyebut perkara itu dengan berkata tidak mahu ia dipedulikan. Beliau juga cuba membaiki keadaan mengatakan dia dan Najib membahagi tugas dan tanggungjawab negara. Satu hal yang perlu diketahui apabila soalan itu diajukan oleh akhbar berkenaan, ia merupakan satu berita benar. Bahawa desas desus mengatakan hubungan Najib dengan Muhyiddin tidak serasi, benar. Akhbar itu adalah lidah Umno.
Ekoran itu juga ada nama baru sudah disebut-sebut akan mengambil alih tempat Muhyiddin. Kononnya Najib akan menukar Muhyiddin dengan nama lain. Jadi apabila Najib memberi mesej agar orang muda diberi peluang ia ada kaitan langsung dengan desas desus dan khabar angin berkenaan.
Dalam hieraki Umno atau pimpinan tertinggi Umno kini, siapakah yang termuda sekali. Sekiranya Najib mahu menggantikan Muhyiddin Yassin, sebelum berlangsung perhimpunan melibatkan pemilihan agung Umno pada tahun 2017, tokoh itu tentulah sepupunya sendiri Hishamuddin Hussein. Dari segi usia, dari kalangan Naib-Naib Presiden kini Hishamuddinlah yang paling muda.
Anak bekas Perdana Menteri ke tiga, kini berusia 53 tahun, manakala dua lagi Naib Presiden Ahmad Zahid Hamidi berusia 61 tahun sama dengan usia Najib manakala Shafei Afdal berusia 57 tahun. Muhyiddin pula kini sudah berusia 67 tahun. Jadi tokoh yang termuda ialah Hishamuddin.
Bukan itu sahaja kebetulan pula waktu ini di antara Naib Presiden Umno Hishamuddin Hussinlah yang popular dan mempunyai kelebihan dari kacata mata Najib. Tragedi kehilangan pesawat MH370 telah memberi kelabaan besar kepada Menteri Pertahanan itu. Tragedi itu menyebabkan Hishamuddin popular dan namanya dikenali dunia. Bahkan Hishamuddin dianggap lebih baik daripada Najib dalam mengendalikan sidang akhbar yang diadakan berhubung tragedi berkenaan.
Begitu juga hubungan Hishamuddin dengan Najib sebagai adik beradik sepupu memberi kelebihan kepada Najib untuk mempercayai kepada Hishamuddin berbanding dengan Zahid dan Shafei. Hubungan darah daging menjadikan "sentimental value" Najib kepada Hishamuddin tinggi.
Makanya gesaan Najib agar Umno memberi peluang kepada pemimpin muda tidak lain dan tidak bukan melainkan berharap Hishamuddin akan mengambil alih tempatnya suatu hari kelak, bukannya Muhyiddin ataupun naib presiden lain terutamanya Zahid Hamidi.
Apakah gesaan dan saraan Najib itu akan mendapat reaksi perwakilan Umno minggu depan, sama-sama kita tunggu dan lihat apakan ujikali Najib berjaya atau sebaliknya. Selalunya pokok pauh kalau berbunga ia akan membuahkan buah pauh juga. Hehe. [wm.kl.8:34 pm 23/11/14]
H u d u d hukum Allah memang terbaik.
Doktor Rawat Ketagihan Seks & Arak Pakai Rotan
Seorang doktor menemui cara rawatan yang ganjil untuk membantu penagih merotan mereka.
Pesakit yang termasuk penagih seks dan ketagih bekerja, kini boleh menemui kaunselor untuk disebat dengan rotan sebanyak 60 kali.

Kini, terapi aneh itu diisytiharkan sebagai pencapaian baru dalam
rawatan psikologi oleh pakar selepas satu cubaan merawat menggunakan
teknik itu dilakukan di Siberia, Russia.
Dalam satu temu janji, pesakit akan dirotan sebelum sesi konvensional bercakap dan meluahkan perasaan mereka.
Rawatan itu diasaskan oleh Pengarah Pengajian Biologi di Institut Perubatan Novosibirsk, Dr Sergei Speransky, yang mengaku pernah dirotan bagi mengatasi tekanan dihadapinya.
“Pesakit berpendapat rawatan itu berjaya memulihkan mereka selepas rawatan lain gagal. Saya juga berjaya mengatasi masalah yang dihadapi sebelum ini. Saya bukanlah kejam tetapi saya mengesyorkan ia cara terbaik untuk merawat ketagihan,” katanya kepada akhbar The Siberian Times..
Teori yang diasaskannya itu kini diteruskan oleh pakar psikologi, Dr German Pilipenko dan Profesor Marina Chukhrova yang mendakwa sudah merawat lebih 1,000 pesakit.
Pasangan itu mendakwa hampir semua pesakit yang mereka rawat berjaya mengatasi ketagihan masing-masing.
“Kami merotan pesakit pada punggung dengan tujuan perubatan semata-mata,” katanya.
Untuk satu sesi rawatan, pesakit dikenakan 3,000 rouble (RM275).
Mereka perlu menjalani rawatan rotan itu dua kali seminggu selama tiga bulan dan rawatan susulan setiap empat minggu pada tahun berikutnya.
Pesakit terdiri daripada lelaki dan wanita yang berusia antara 17 dan 70 tahun.
Penagih tegar, termasuk penagih heroin, biasanya dirotan 60 kali sementara kaki botol dan penagih lain, 30 kali.
Dahan pokok biasanya digunakan untuk tujuan itu kerana ia mudah lentur dan tidak menyebabkan berdarah.
Pesakit akan menjalani elektrokardiogram terlebih dulu untuk memastikan sebatan itu tidak akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.
Menurut kedua-dua pakar perubatan itu, beberapa pelanggan mereka terdiri daripada selebriti dan warga asing sudah mula datang ke Siberia untuk menjalani rawatan itu.
Rawatan itu mungkin dilihat kejam tetapi kedua-dua pakar itu menegaskan, ia bukan hukuman untuk memalukan mereka.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s : Sorry to interrupt, Islam already provided this solution. Thats we called Hudud.
Rujukan Link :
1) http://wowberita.org/doktor-rawat-ketagihan-seks-arak-pakai…
2) http://dialograkyat.blogspot.com/…/sebatan-baik-untuk-buang…
3) http://ijoks2009.blogspot.com/…/islam-terbukti-benarhukuman…
Saya hanya mengambil dari blog mengenai cerita ini. Disebabkan cerita ini membuktikan ajaran islam itu benar, saya menyebarkannya melalui Facebook (platform viral terbaik masa kini).
Semoga bermanfaat.
Rotan kata Kejam,
Doktor kata tak kejam ...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan