Sabtu, 29 November 2014

AGAK2 SAPE YANG KANTOI...DIDUNIA KITA BERKUASA....DIAKHIRAT PANDAI2LAH JAWAB...NERAKA DUK TUNGGU KALAU GAGAL JAWAB





31 mins ·
Perhatikan Tanah Rezab Melayu di Kelantan. Anda akan tahu, siapa sebenarnya jaga Melayu. Juga, anda tahu, tanpa Islam di depan, Melayu hilang di dunia oleh Melayu sendiri..
Dan anda tahu, bagaimana Melayu yang benar-benar jaga Melayu telah dihukum oleh Melayu 'belah sana' dengan rompakan bilionan wang hasil minyak dan gas, dianaktirikan dan dituduh dengan pelbagai tuduhan sebagai pengkhianat Melayu yang nak maju..
Lu fikir la sendiri..
26 mins ·
Jika umno gubal akta perdagang tanah melayu....yg paling ramai dihukum ialah pemimpin umno
17 mins ·
Mana bijak pandai UMNO ?
Sila jawab .. jangan malu dan segan !
JANGAN ASYIK MELUCAH SAJA !
17 mins ·
Cerita lama yang sering didendangkan oleh perwakilan dari Pulau Pinang setiap kali Perhimpunan Agung Umno...semuanya salah DAP tetapi semua orang tahu siapa sebenarnya yang menjadi barua dan broker
12:54PM - 29 Nov 2014

RM4.6j untuk laluan basikal 1.1km


Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membelanjakan sebanyak RM4.6 juta untuk membina laluan basikal sejauh 1.1 kilometer bermula dari Sungai Pinang menuju ke pusat bandar.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata projek itu melibatkan jambatan basikal serta laluan pejalan kaki merentasi Sungai Pinang meliputi jarak keseluruhan 1.5 kilometer dengan baki 450 meter bernilai RM100,000 dibiayai syarikat swasta.

"Ia adalah sebahagian daripada laluan berbasikal sejauh 12.5 kilometer yang telah dirancang MPPP dengan kerjasama pemaju-pemaju yang telah berjaya disiapkan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran laluan basikal berkenaan di Georgetown hari ini.

Katanya laluan itu telah hampir dilengkapkan dan ia bakal menghubungkan Queensbay melalui kawasan pantai timur pulau ke pusat beli belah Gama di Jalan Datuk Keramat, di sini termasuk rangkaian sistem perkongsian basikal.

Dalam pada itu, beliau mencabar pihak yang tidak berpuas hati dengan projek itu yang dijangka menelan kos RM30 juta, supaya membawa perkara berkenaan untuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lim berkata MPPP hanya mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM4.6 juta yang dibuat secara tender terbuka manakala bakinya dibiayai syarikat dan pemaju hartanah swasta.

"Mengenai macam mana baki RM26 juta itu dibelanjakan bukan hal kita...kena tanya syarikat swasta kerana bukan wang kita. Mereka bagi jalan (laluan basikal) sudah cukup gembira," katanya.

Katanya setakat ini MPPP telah menyediakan lorong basikal sama ada secara berasingan atau berkongsi dengan kenderaan lain antaranya di kawasan Zon Warisan, Persiaran Gurney ke Teluk Bahang, Teluk Bahang ke Bayan Lepas dan Balik Pulau yang meliputi laluan kampung serta tepi laut sejauh 20 kilometer.

- Bernama

Astaghfirullah ! Ustazah masyitah !























Democratic Action Party added 3 new photos.
Ahli-ahli Parlimen DAP Teo NIe Ching (Kulai) dan Kasthuri Patto (Batu Kawan), Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya serta ahli parti Syefura Othman pagi ini telah membuat laporan polis terhadap bekas Menteri di Jabatan PM, Dr Mashitah Ibrahim yang menyatakan bahawa komuniti Cina di Kedah membakar sebuah Al-Quran sehelai demi sehelai dalam suatu upacara keagamaan:
"Kata-kata ini berniat untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan orang ramai. Kata-kata ini juga berbaur berkauman berniat jahat untuk mencetuskan huru-hara dan kebencian yang menyalahi Kanun Keseksaan, Seksyen 298A dan Seksyen 505."
- - - - -
LikeLike · ·
Nak senang dunia..akhirat menderita...bkn untung...rugii rugii rugiii
LikeLike · ·



Artis Bollywood Dihukum Penjara 26 Tahun Kerana Menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Veena Malik artis terkenal Bollywood kelahiran Pakistan telah dihukum penjara selama 26 Tahun oleh sebuah mahkamah di Pakistan setelah didapati bersalah menghina Nabi Muhammad. 

Veena didakwa menghina Nabi Muhammad dalam satu program televisyen dengan mengubal semula perkahwinannya dengan suaminya berdasarkan perkahwinan puteri Nabi Muhammad S.A.W. manakala lagu agama lain dimainkan sebagai muzik latar menurut perbicaraan di mahkamah tersebut.

Veena, suaminya serta pemilik saluran televisyen itu didapati bersalah dan dihukum penjara selama 26 Tahun oleh Mahkamah Anti Terrorism di Pakistan. Veena dilaporkan akan membawa rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. 

Veena Malik atau nama asalnya Zahida binti Mohammad Ali Malik lahir didalam keluarga Islam di Rawalpindi, Punjab Pakistan. Beliau mula menjadi artis pada tahun 2000 dengan membintangi beberapa filem Punjab di Pakistan. Kerjaya di Bollywood bermula pada tahun 2012. 

Veena pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau muncul separuh bo gel dimuka hadapan sebuah majalah FHM edisi India. 

Veena mengahwini seorang ahli perniagaan bernama Asad Bashir Khan Khattak di sebuah majlis persendirian di Dubai. Pasangan ini mempunyai seorang cahayamata bernama Abram Khan Khattak yang dilahirkan pada 23 Sept 2014.
Democratic Action Party added 3 new photos.
Ahli-ahli Parlimen DAP Teo NIe Ching (Kulai) dan Kasthuri Patto (Batu Kawan), Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya serta ahli parti Syefura Othman pagi ini telah membuat laporan polis terhadap bekas Menteri di Jabatan PM, Dr Mashitah Ibrahim yang menyatakan bahawa komuniti Cina di Kedah membakar sebuah Al-Quran sehelai demi sehelai dalam suatu upacara keagamaan:
"Kata-kata ini berniat untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan orang ramai. Kata-kata ini juga berbaur berkauman berniat jahat untuk mencetuskan huru-hara dan kebencian yang menyalahi Kanun Keseksaan, Seksyen 298A dan Seksyen 505."

Tiada ulasan: