Pengawal maut tertembak diri sendiri
Georgetown: Seorang pengawal keselamatan maut apabila tertembak diri sendiri ketika sedang mengosongkan pump gun di sebuah pejabat keselamatan di Bayan Baru, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu, mangsa M Pusbanathan, 52, maut di tempat kejadian akibat tembakan terkena bahagian dada kanannya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner PR Gunarajan berkata, sebelum kejadian mangsa baru selesai tugasan mengawal keselamatan di sebuah bank di Sungai Dua.
"Sebelum itu mangsa sudah mengeluarkan empat butir peluru di tempat kerjanya manakala sebutir lagi dipercayai terlekat pada senjata api berkenaan.
"Mangsa kemudiannya pulang ke pejabat untuk mengeluarkan baki peluru yang masih tersangkut, namun malangnya dia terlepas tembakan lalu mengenai dada kanannya.
"Siasatan mendapati mangsa mati dalam keadaan terduduk di atas kerusi dan ketika kejadian ada seorang lagi rakan sekerjanya sedang mengosongkan senjata api untuk disimpan di dalam peti keselamatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu, rakan mangsa yang berada di pejabat berkenaan ditahan untuk disoal siasat.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinan g(HPP) untuk bedah siasat.
Akhirnya Terjawab ! ‘Empat Budak Yang Merayau’
Mesti anda ada terbaca kisah empat kanak yang ditemui merayau-rayau di Sibu hingga mencetus kemarahan orang ramai hingga menjadi viral di laman sosial gara-gara didakwa dihalau oleh ibu bapa angkat mereka dan hanya membekalkan RM70 untuk kanak-kanak tersebut meneruskan hidup.
Insiden yang berlaku Sabtu lalu ini akhirnya terungkai apabila ibu angkat kanak-kanak tersebut membuat laporan polis Ahad lalu berkenaan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.
Makanya, tiadalah isu yang kononnya keluarga angkat tersebut tidak berkeperimanusian seperti yang didakwa oleh masyarakat yang begitu mudah mempercayai tanpa mengetahui hal yang sebenar.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri berkata, ibu angkat mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal, di sini, membuat laporan polis Ahad lalu memaklumkan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.
Menurut laporan ibu angkat tersebut, ketika kejadian itu, wanita tersebut keluar sementara anak-anak angkatnya ditinggalkan di rumah, namun sebaik pulang beliau mendapati mereka tiada di rumah dengan mangga kunci jeriji telah dipecahkan.
Bagaimanapun, wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, kesemua anak angkatnya ditinggalkan di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga.
Bagaimanapun, pelik juga mendengar laporan wanita tersebut kerana dia dengan mudah meninggalkan mereka tanpa penjaga, meskipun semua keperluan makanan disediakan seperti yang didakwa wanita tersebut.
Ibu angkat tersebut turut memberitahu pihak polis yang tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang lagi yang berusia tujuh tahun diambil sejak lahir. MYNEWSHUB
Gelapkan wang hampir RM1 juta tapi terlepas
Posted on Monday, November 10 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Seorang pegawai kerajaan yang menggelapkan hampir RM1 juta daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dilepaskan tanpa sebarang tindakan jenayah, menurut laporan Ketua Audit Negara 2013.
Sumber KINITV
Posted on Monday, November 10 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Seorang pegawai kerajaan yang menggelapkan hampir RM1 juta daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dilepaskan tanpa sebarang tindakan jenayah, menurut laporan Ketua Audit Negara 2013.
Sumber KINITV
Maklum balas Malaysia antara pusat penyeludupan manusia terburuk di dunia
Posted on Monday, November 10 @ 11:37:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
KUALA UMPUR: Menteri Dalam Negeri diminta menyatakan maklum balas pihak Kementerian terhadap laporan yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia sebagai antara pusat penyeludupan manusia terburuk di dunia.
Pertanyaan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang lain seperti di bawah.
Posted on Monday, November 10 @ 11:37:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
KUALA UMPUR: Menteri Dalam Negeri diminta menyatakan maklum balas pihak Kementerian terhadap laporan yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia sebagai antara pusat penyeludupan manusia terburuk di dunia.
Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Pertanyaan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang lain seperti di bawah.
Raja
Datuk Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Sumber Asli
Dan Alam Sekitar menyatakan apakah pihak Eastern Steel telah
mengemukakan laporan terperinci kajian alam sekitar (EIA) bagi tujuan
pembinaan kilang mereka di Teluk Kalung, Terengganu dan apakah statusnya
sekarang.
Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau
Panjang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha Kerajaan untuk
mengatasi masalah pemerdagangan manusia yang melibatkan wanita dan
kanak-kanak yang semakin berleluasa.
Dr Siti
Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kewangan menyatakan
kejayaan-kejayaan 1MDB semenjak ditubuhkan dan apakah kesan jangka masa
panjang spesifik yang diharapkan oleh Kerajaan Malaysia.
Datuk
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Kewangan
menyatakan perbandingan harga tanah (nilai satu kaki persegi) di Kuala
Lumpur, Johor Bahru, Seremban, Ipoh, Kuantan dan Pulau Pinang dari tahun
2010 hingga Jun 2014.
Ahmad Marzuk Shaary
[Bachok] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan
jenis-jenis dan bahaya racun yang terkandung dalam sayur-sayuran yang
dibawa masuk dari Thailand. Apakah langkah-langkah Kementerian dalam
memastikan rakyat mendapat sayur-sayuran yang bebas racun. -
HARAKAHDAILY 10/11/2014
Datuk antara dua individu didakwa SPRM buat tuntutan palsu RM1.1 juta
Posted on Wednesday, November 12 @ 13:18:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
Bekas Pengarah Urusan Gadang Engineering Sdn Bhd, Datuk Koay Teng Keong, dituduh menerima rasuah daripada ahli perniagaan dan pemilik Deutsche Direct Sdn Bhd, Teh Yean Teong.
Posted on Wednesday, November 12 @ 13:18:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
KUALA
LUMPUR: Dua individu dengan salah seorang daripadanya bekas Pengarah
Urusan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini
atas dua pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan invois berjumlah
RM1.116 juta.
Bekas Pengarah Urusan Gadang Engineering Sdn Bhd, Datuk Koay Teng Keong, dituduh menerima rasuah daripada ahli perniagaan dan pemilik Deutsche Direct Sdn Bhd, Teh Yean Teong.
Suapan itu sebagai balasan kerana melantik
syarikat tersebut dalam urusan kerja-kerja logistik dan bagi 200 unit
lori (tipper truck) yang dibeli dan diterima oleh syarikatnya daripada
Shandong Jixin Auto Sale Company Limited, China.
Teng Keong, 57, dan Yean Teong, 51, dituduh melakukan kesalahan tersebut pada Mac 2010 di pejabat Gadang Engineering Sdn Bhd.
Hakim Allaudeen Ismail menetapkan jumlah jaminan RM80,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.
Selain itu, pasport antarabangsa tertuduh juga perlu diserahkan. Kes disebut semula pada 18 Disember.
Pendakwaan
SPRM diwakili Penguasa Kanan Wan Ahmad Nidzam Wan Omar manakala
kedua-dua tertuduh diwakili barisan pembelaan diketuai Peguam Kanan, Tan
Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Pendakwaan
dilakukan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
2009 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di
bawah Seksyen 24 (2)(b) Akta yang sama.
Sekiranya
sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih
20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan. - astro
Pengusaha gerai makanan cabut nyawa sendiri
Seremban: Seorang pengusaha gerai makanan ditemui mati dipercayai membunuh diri dalam sebuah kereta di Taman Bukit Mutiara, dekat sini, jam 6 petang tadi.
Difahamkan, lelaki berusia 31 tahun itu menetap di Sri Pulai 3, Temiang dekat sini.
Menurut sumber, mangsa ditemui dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang kebetulan mahu memeriksa pencawang TM di lokasi kejadian terletak kira-kira 300 meter dari jalan utama.
Dua pekerja terbabit berasa pelik apabila mendapati sebuah kereta diparkir di tepi pagar kawasan itu yang agak sunyi.
"Mereka kemudian memeriksa kereta jenis Honda CRV dan mendapati terdapat seorang lelaki di tempat duduk pemandu.
"Mangsa didapati tidak memberikan sebarang tindak balas sebelum mereka menghubungi pihak polis," katanya.
Sementara itu, sepasukan lapan anggota bomba dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 6.58 petang.
Pegawai Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jefry Mohd Uzus berkata, pihaknya tiba di lokasi jam 7.20 malam dan terus melakukan pemeriksaan dan mendapati seorang lelaki meninggal dunia di dalam kereta terbabit.
Beliau berkata, mangsa dipercayai membunuh diri dengan menyalurkan asap dari ekzos ke dalam kereta.
"Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat terhidup asap berkenaan. Pihak kami menyerahkan kes untuk siasatan lanjut oleh pihak polis," katanya dihubungi di sini.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 11:20 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan