Punca Sebenar Kenaikan Harga RON95 Naik? Kewangan Malaysia Tenat! Mahathir & Pakar Ekonomi Mahu BR1M Dihapuskan! Rakyat Malaysia?
Punca Sebenar Kenaikan Harga RON95 Naik?
Kewangan Malaysia Tenat! Mahathir & Pakar Ekonomi Mahu BR1M
Dihapuskan! : Ada sebab mengapa dan kenapa Berita Semasa berkongsi kadar
hutang negara Malaysia yang terus melonjak tinggi saban tahun tidak
berpadanan dengan limpahan kenikmatan yang dirasai oleh golongan
golongan bawah rakyat marhen di Malaysia. Seperti ada yang… tidak kena dengan pengurusan kewangan negara sekarang ini.
Berita Semasa hanya tampil sebagai wadah
bagi rakyat Malaysia melahirkan aspirasi dan impian jutaan rakyat
Malaysia yang mahu kenikmatan sebenar berada di bumi yang bernama
Malaysia ini. Berita Semasa sayangkan Malaysia, Berita Semasa tidak mahu
sebuah negara yang kaya hasil mahsul “dibinasakan” oleh tangan-tangan
yang tak layak untuk mencatur pengurusan dana kewangan negara. Berita
Semasa tampil mengingatkan…..
Perbelanjaan Besar Kerajaan Malaysia VS Rakyat Berjimat Cermat
Hari ini, rakyat Malaysia mula terasa
bahangnya. Semuanya dek kerana perbelanjaan besar kerajaan Malaysia
sepanjang 5 tahun terakhir ini termasuk menjelang Pilihanraya Umum ke 13
sebelum ini sehingga memaksa kerajaan Malaysia “merayu” di Dewan Rakyat
beberapa kali apa yang dipanggil Bajet Tambahan.
KLIK SINI : Harga Minyak RON 95 Naik Lagi? Kerajaan Dapat RM13 Bilion (Julai). Kerajaan Nak Lagi RM14 Bilion (September 2013). Rakyat? Boleh?
Dan..setelah kerajaan tercari-cari dan
teraba-raba, bagaimana cara untuk mengurangkan bajet defisit yang saban
tahun dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak akhirnya formulanya telah
dijumpai :
- Menarik balik ranting subsidi yang selama ini digayut oleh rakyat marhaen di Malaysia sekaligus kerajaan Malaysia dapat menarik nafas lega apabila dapat mengurangkan beban perbelanjaan subsidi sejumlah lebih RM1.1 bilion
- Bakal menyusul, pelaksanaan GST 6% yang bakal memberikan pulangan kepada kerajaan Malaysia sejumlah
BACA SINI : Bajet 2014 Bajet Defisit 16 Tahun Berturut-Turut. 2013 (-4.0%) 2014 (-3.5%). Pendapatan Perkapita Malaysia Naik RM34,126!
GST jangan “dipandang rendah”, GST
pernah membuatkan rakyat Singapura, Australia dan China sesak nafas
sejak mula diperkenalkan apabila inflasi di negara mereka naik mendadak
dalam tempoh 2 tahun selepas dilaksanakan GST di negara sana. Dan hanya
turun pada 2 tahun selepas itu…..
Malaysia? Wallahualam. Kita doakan yang
baik-baik sahaja. Dan Berita Semasa hanya mahu berkongsi peringatan
bersama, bersedialah menghadapi “gelombang pada tahun 2015” kelak…
Persoalannya, apa punca sebenarnya
kerajaan dilihat begitu terdesak unutk melaksanakan tindakan “tidak
popular” ini dikala rakyat dihimpit dengan gelombang hebat kenaikan kos
sara hidup di Malaysia terutamanya golongan miskin bandar dan di luar
bandar?
Hutang Negara Malaysia RM700 Bilion ++ & Nilai Eksport Malaysia Terjejas
Pakar ekonomi menjangka separuh kedua
tahun 2014 eksport negara akan mula menurun….yang mana anda boleh baca
laporan Berita semasa di bawah ini :
KLIK SINI : Punca Nilai Ringgit Malaysia Terbaru Terus Jatuh. Ahli Ekonomi Ramal Kadar BLR Terkini Tidak Bertahan Akan Lama!
Daripada perspekstif makro ekonomi,
hakikatnya kerajaan Malaysia terus bergelut untuk menguruskan negara
dengan tekanan antarabangsa termasuklah agensi penarafan antarabangsa
Fitch Ratings dengan hutang negara terus melonjak sejumlah RM717 bilion
sekarang ini. Manakala The Economist menjangkakan hutang negara akan
terus melonjak kepada RM806 bilion sekitar tahun 2015 kelak.
Dengan mempunyai hutang yang besar seperti ini :
- Pertama, Kerajaan sebenarnya menguruskan negara atas nama pinjaman
- Keduanya, Dan menjadi lebih sukar untuk mendapatkan dana tambahan
- Ketiga, apabila hutang kerajaan Malaysia dibebani hutang yang tinggi ia akan menjejaskan keyakinan peminjam
Keadaan bertambah teruk lagi apabila melihat situasi dan keadaan yang berlaku di negara matahari terbit sekarang ini.
Jepun dan Malaysia merupakan pelabur
asing yang terbesar Malaysia sejak daripada tahun 1980 yang banyak
menyumbang kepada sektor automatif, tenaga yang boleh diperbaharui,
bioteknologi, dan juga industri hijau yang menempatkan 1,400 syarikat
Jepun beroperasi di Malaysia sekaligus menawarkan 11,000 peluang
pekerjaan di Malaysia.
- Tahun 2013 : Pelaburan yang diluluskan sektor pembuatan sahaja bernilai US$1 bilion
- Tahun 2011 : Jumlah pelaburan Jepun di Malaysia bernilai RM10 bilion
- Tahun 2012 : Jumlah pelaburan Jepun di Malaysia meningkat kepada RM12.79 bilion
Tetapi tindakan Shinzo Abe pada April
2014 yang menaikkan cukai dikatakan menyebabkan ekonomi jepun agak goyah
pada ketika ini. Dalam pada masa yang sama, Shinzo Abe tiada pilihan
lain lagi, semuanya gara-gara kerana perbelanjaan besar yang dilakukan
pimpinan Sinzo Abe sejak 21 bulan yang lalu. Pastinya, ekonomi Jepun
yang tidak menentu bakal menyebabkan ekonomi serantau, termasuklah
________ gigit jari.
Dan ditambah pula, dikala United Kingdom
dan India contohnya masing menurunkan harga minyak masing-masing 65
paise (4 sen), 5 pense (27 sen), Malaysia pula menongkah arus apabila
bertindak menaikkan pula harga minyak di Malaysia apabila pasaran mula
menunjukkan trend menurun untuk beberapa tahun terakhir ini.
Sebabnya, tiada lain. kerajaan Malaysia
tidak mampu lagi menawarkan subsidi kepada anda dek kerana hutang dan
pengurusan dana negara yang agak tegang pada ketika ini.
Cadangan & Harapan Berita Semasa Menjelang Pembentangan Bajet 2015
Kenaikan harga minyak telah pun berlaku.
Kesan domino tetap akan berlaku. Hidup rakyat Malaysia tetap perlu
diteruskan seperti biasa. Walaubagaiamnapun, diharapkan kerajaan
Malaysia dapatlah pertimbangkan beberapa cadangan seperti di bawah ini
menjelang pembentangan Bajet 2015 Malaysia kelak…
- Kerajaan memberikan peluang kepada pencarum untuk keluarkan KWSP bagi tujuan membeli tanah (minimum 1 ekar) bagi akaun KWSP yang sudah melebihi 10 tahun dan simpanan minimum berjumlah lebih RM100,00. Di mana bayaran mesti dibuat terus kepada institusi yang yang memberikan pembiayaan.
- Cukai pendapatan individu diturunkan pada kadar yang munasabah. Contohnya, sara diri daripada RM9,000 kepada RM12,000 contohnya, begitu juga tanggungan untuk anak-anak. Maish lagi menggunakan kadar yang lama.
- Pembayaran bonus kepada kakitangan awam sekurang-kurangnya sebanyak 1 bulan gaji
- Membantu nelayan menjual ikan terus kepada pelanggan tanpa menggunakan orang tengah, di mana kerajaan boleh mewujudkan pasar ikan di bandar-bandar besar. Kerajaan boleh salurkan subsidi kos pengangkutan ikan untuk diedarkan kepada orang ramai
- Berita Semasa cukup bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir dan Dr Fatimah Kari & Tun Mahathir mahukan BR1M dihentikan, menjadikan rakyat Malaysia makin malas. Bagi Berita Semasa lebih baik gunakan dana BR1M untuk menampung subsidi lagi bagus. Naik minyak untuk BR1M untuk apa? Fresh Graduate baru dapat kerja pun dapat BR1M? Income tax pun tidak bayar lagi. Ok baik, Cadangan Berita Semasa adalah bagi menggantikan BR1M adalah peruntukan br1m itu lebih baik tukar menjadi “food stamp” sahaja, yang hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan SAHAJA.
- Kerajaan perlu pastikan food stamp itu bukan dalam bentuk kupon seperti baucer buku yang begitu mudah disalah guna oleh penerima tetapi dalam bentuk kad debit untuk membantu golongan penerima program “Food Stamp” ini. Setiap bulan masuk jumlah bantuan yang telah ditetapkan ke dalam kad debit penerima, bagi membolehkan penerima berbelanja barang keperluan yang telah ditetapkan juga.
- Elaun perumahan kakitangan awam dinaikkan RM180 kepada sekurang-kurangnya kepada RM400.
- Anda ada cadangan lain, mohon hantar dan kongsikan bersama…
BACA SINI : Kerajaan Malaysia Bayar BR1M 3.0 2014 RM4.5 Bilion T
Amekaw!!!!! Terdiam ustaz fathul bari,lain kali jangan buta sejarah
Written By canang on Selasa, 25 November 2014 | 11/25/2014 09:40:00 PG
Post by Amran Khairi.
Post by Amran Khairi.
Hutang dadah: Lelaki diugut, teman wanita diculik
KUALA TERENGGANU - Gara-gara hutang dadah, seorang pemuda berdepan
mimpi ngeri apabila diugut dengan satu das tembakan, dalam satu kejadian
di Kampung Dadong, Ayer Putih, Kemaman, 12 November lalu.
Tidak cukup dengan itu, dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam, teman wanitanya turut menjadi mangsa keadaan apabila diculik di depan matanya untuk dijadikan sebagai tebusan.
Bagaimanapun, ketangkasan pihak polis berjaya menyelamatkan teman wanitanya yang berusia 21 tahun itu dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum kejadian, mangsa, 20-an yang ketika itu berada di rumah bersama beberapa ahli keluarga lain termasuk teman wanitanya telah didatangi empat lelaki dikenali.
“Tiga daripada suspek telah masuk ke dalam rumah dan bertanyakan sesuatu kepada mangsa bertujuan meminta hutang, bagaimanapun beberapa minit kemudian salah seorang daripada suspek bertindak mengambil dompet sebelum merampas telefon bimbit mangsa.
“Tidak cukup dengan itu, suspek telah menarik tangan teman wanita mangsa yang kebetulan berada di beranda ke dalam kereta yang sedia menunggu di hadapan rumah mangsa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
Wan Abd Aziz berkata, sebelum meninggalkan kawasan rumah tersebut, salah seorang daripada suspek telah melepaskan satu das tembakan dengan menggunakan senapang angin ke arah rumah mangsa sebagai tanda ugutan bagi menakut-nakutkan mangsa dan
seluruh ahli keluarganya.
“Sejurus kemudian, mangsa ditemani adiknya membuat laporan polis dan susulan laporan diterima, polis terus melancarkan satu operasi khas bagi mengesan suspek yang seterusnya menyelamatkan teman wanita mangsa,” katanya.
Jelasnya, sebagai perangkap pertama, pihaknya telah mengarahkan agar mangsa memasukkan wang tebusan yang diminta suspek sebanyak RM5,000 ke dalam sebuah akaun bank salah seorang daripada mereka kira-kira jam 6 pagi, keesokan harinya iaitu 13 November lalu.
“Susulan itu, pada hari yang sama, kira-kira jam 10 pagi, polis berjaya mengesan lokasi suspek dan satu serbuan telah dilakukan di sebuah rumah di Kampung Gong Dasar, Jabi, Besut.
“Dalam serbuan itu, polis berjaya menahan tiga suspek yang berusia di antara 30 tahun hingga 35 tahun serta dalam masa sama berjaya menyelamatkan teman wanita mangsa yang disorokkan di dalam rumah berkenaan,” katanya.
Kata Wan Abd Aziz lagi, dalam serbuan itu juga, polis turut merampas dua buah telefon bimbit; lapan paket pil dipercayai dadah; dua bilah parang; sebilah pisau rambo dan sebilah kerambit.
Selain itu, turut dirampas senapang angin dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan yang disorokkan di dalam sebuah stor tidak bernombor di Paka, Dungun.
Seorang lagi suspek kini masih diburu dan polis yakin mampu menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961.

Artikel Berkaitan
- Hutang dadah: Lelaki diugut, teman wanita diculik
- Duda didakwa ugut bunuh bapa
- Tiga lelaki dicari kes culik, bunuh
- Amuk ugut cederakan ahli keluarga
- Bertindak gila hanya wang RM50
- Ibu mangsa culik akui anak berani
- Pelajar trauma senior ugut pukul
- 'Hanya fikir mahu selamatkan diri'
- Lelaki ugut bunuh abang ipar
- Belum terima aduan ugutan bunuh
Lelaki 161 tahun meninggal dunia
- Allahyarham Mat Salleh turut menyimpan tongkat yang dihadiahkan kepadanya oleh bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PASIR MAS - Warga emas yang didakwa berusia 161 tahun meninggal dunia
pada jam 9.45 malam kelmarin di rumahnya di Kampung Pohon Gelugor, di
sini, selepas demam selama tiga hari.
Anaknya, Osman Mat Salleh, 61 memaklumkan, Allahyarham Mat Salleh Ali atau lebih mesra dengan panggilan tok ayah tidak pernah menghidap apa-apa penyakit dan masih kuat menjalani aktiviti harian sebelum ini.
Menurutnya, hanya beberapa hari lalu, Mat Salleh demam secara tiba-tiba dan pada waktu malam, keluarganya melihat Mat Salleh sudah tidak bermaya.
"Sepanjang waktu ayah demam, dia hanya berzikir dan kemudiannya pergi meninggalkan kami. Ayah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu pada jam 11 pagi ini (semalam)," katanya.
Allahyarham Mat Salleh merupakan anak kedua daripada enam beradik serta merupakan salah seorang daripada tiga yang berumur panjang sebelum dia menghembuskan nafas terakhir dengan meninggalkan lebih 50 cucu, 20 cicit dan 10 piut.
Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, Allahyarham Mat Salleh mendakwa lahir pada tahun sama pahlawan Kelantan, Mat Hassan Panglima Mat Munas atau Tok Janggut dilahirkan, iaitu pada 1853 walaupun tarikh lahir dicatatkan pada kad pengenalannya ialah 18 Disember 1919.
Allahyarham Mat Salleh juga mendakwa mempunyai 12 anak dengan enam daripadanya masih hidup termasuk anak sulungnya yang dikatakan telah berusia lebih 80 tahun dan kini menetap di Kerambit, Pahang.
Allahyarham pernah menceritakan, dia sudah mempunyai tiga anak sebelum penjajahan Jepun di Tanah Melayu, empat anak semasa era penjajahan Jepun namun enam daripada mereka telah meninggal dunia.
Antara yang pernah diceritakan oleh Allahyarham adalah perkahwinannya dengan lebih 30 wanita namun tidak dapat memastikan bila kali terakhir dia mendirikan rumah tangga.
Allahyarham juga turut berkongsi rahsia kesihatannya yang sering mengamalkan minum air daripada perigi, tidak mengambil minuman berais, tidak menggunakan tilam ketika tidur dan pantang mengambil ubat sejak kecil.
Mat Salleh yang merupakan tukang rumah pada usia belianya juga dikenali dengan ketinggian ilmu agama serta amalan rohani dan telah mendapat pendidikan awal di sebuah institusi pondok di daerah ini.

2 Gambar Gadis Bertudung semakin menjadi-jadi
Mana hilangnya akhlak remaja melayu zaman kini, dah semakin menjadi-jadi.
tak kira samada di tempat yang tersembunyi atau di tempat awam, aksi remaja
ini melakukan aksi yang tidak sepatutnya terdedah di khlayak ramai.
Apakah mereka sudah hilang pertimbangan untuk memikirkan perbuatan
mereka ini sangat jijik pada pandang orang? mungkin tidak buat mereka,
hendak menunjukkan kasih sayang antara satu dengan yang lain katakan..
Apapun korangn nilai la sendiri aksi mereka ni..
WANITA MUSLIM DAN NON MUSLIM MESTI/MEMANG BERBEZA....JANGAN SAMPAI TAK DE BEZA
Apa Maknanya Bertudung Jika Begini ( 8 Gambar)
Ada pula yang bertudung, tapi tiada segan-silu membuat perkara-perkara yang
menjatuhkan maruah wanita-wanita lain yang bertudung seperti berkhalwat,
minum arak dan sebagainya..
Anak Model Popular Ikut Jejak Ibu !! 9 GAMBAR
Inilah dia anak perempuan model terkenal , Cindy Crawford, Kaia Gerber, 13, yang
dikatakan telah mengikut jejak langkah ibunya apabila menjadi penghias muka depan
majalah Teen Vogue pada masa kini. Pada sesi fotografinya juga kelihatan sangat
mudah dan dia mampu memberikan gaya terbaik dan faham dengan konsep yang
diinginkan.Kaia juga dikatakan mempunyai bakat besar sama seperti ibunya.
Jika sebelum ini, Kaia juga pernah menghiasi majalah Young Versace ketika usianya
menjangkau 10 tahun.Dalam temubual dengan Teen Vouge, Kaia juga berkata,
ibunya tahu kecenderungannya dalam bidang peragaan dan banyak memberi
nasihat bagaimana mahu berdepan dunia peragaan yang kian mencabar."Nasihat
dari ibu sudah memadai. Dia sangat terkenal dalam bidang itu dan pasti dia akan
dapat membimbing saya untuk berjaya seperti dia.

"Apabila dia menemani saya menjalani fotografi, ibu tidak dapat menahan diri
untuk berdiam saja. Kalau gaya yang saya lakukan kurang sesuai mahu pun
kelihatan kekok,ibu orang pertama yang tegur dan meminta saya mengubah posisi
tangan, kaki mahupun postur tubuh," ujarnya.Bukan hanya Kaia, malah abangnya,
Presley, 15, juga dikatakan cenderung ke arah bidang yang sama. Dalam satu majlis
peragaan pakaian,abangnya juga mengajak Kaia turut sama memperagakan pakaian
mereka.

Malah Kaia turut menggayakan rekaan Roberto Cavalli. Pakaian itu sebenarnya
ditempah khas buat Cindy. Gaun itu hanya paras betis Cindy, tetapi labuh apabila
Kaia yang menyarungkannya .
ditempah khas buat Cindy. Gaun itu hanya paras betis Cindy, tetapi labuh apabila
Kaia yang menyarungkannya .
Gempar !!! Wanita Sarat Hamil Kantoi Bersetubuh Di Hospital
Bristol – Alangkah terkejutnya seorang pekerja pencuci hospital apabila
dia mendapati seorang wanita yang sarat mengandung dan menunggu
bayinya keluar, sedang melakukan hubungan seks dengan suaminya di atas
katil di hospital.
Pekerja berkenaan menyedari mengenai kejadian itu selepas mendengar bunyi
Pekerja berkenaan menyedari mengenai kejadian itu selepas mendengar bunyi
dari sebuah bilik perseorangan di dalam wad bersalin.
Namun apa yang lebih mengejutkan pekerja itu adalah apabila dia dimaklumkan
Namun apa yang lebih mengejutkan pekerja itu adalah apabila dia dimaklumkan
oleh pengurusan Hospital St. Michael itu bahawa perbuatan berkenaan tidak
melanggar peraturan hospital. Sebaliknya pesakit digalakkan meletak tanda
`jangan ganggu’ di depan pintu bilik.
Sementara itu, jurucakap hospital memberitahu, pesakit lain di wad bersalin itu
Sementara itu, jurucakap hospital memberitahu, pesakit lain di wad bersalin itu
juga mendengar bunyi dari bilik pasangan berkenaan dan mereka nyata kecewa
serta terkejut.
“Perkerja hospital perlu memastikan privasi pesakit dan kehormatan mereka juga perlu dipelihara,’’ katanya.Nasib baik pihak hospital tidak menerima sebaran aduan mengenai kejadian tersebut.
“Perkerja hospital perlu memastikan privasi pesakit dan kehormatan mereka juga perlu dipelihara,’’ katanya.Nasib baik pihak hospital tidak menerima sebaran aduan mengenai kejadian tersebut.
-hariandotcom via mynewshub
Suspek bunuh budak berang diejek
Beaufort: Suspek pembunuhan kanak-kanak Mohd Shahriqal Sidek, 3, mengaku menampar mangsa berulang kali sehingga pengsan sebelum mencampaknya ke anak sungai di Kampung Jempangah, Beaufort, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata demikian ketika dihubungi, di sini, hari ini.
"Hasil siasatan awal, suspek berusia 30 tahun itu mengaku bertindak demikian pada Jumaat lalu termasuk mencampaknya ke anak sungai berhampiran Sekolah Menengah St John, kira-kira 7 kilometer dari lokasi kanak-kanak itu hilang.
"Suspek memberitahu mangsa yang kerap mengejeknya sebelum ini menyebabkan lelaki itu berang lalu bertindak menyerang mangsa," katanya.
Suspek kini direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 1:46 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan