Dewan Rakyat kecoh isu gesa PM lepas jawatan Menteri Kewangan
Kekecohan berpunca
apabila ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong menyatakan beliau
menyokong cadangan yang meminta Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan
jawatan Menteri Kewangan - Foto Arkib TRP
KUALA LUMPUR, 11 November:
Sesi perbahasan rang
undang-undang Perbekalan 2015 pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari
ini kecoh apabila ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat
(PR) berdebat berkenaan jawatan Menteri Kewangan yang disandang oleh
ahli Parlimen BN Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong
ketika mengambil gilirannya berbahas berkata, beliau menyokong cadangan
Ahli Parlimen BN Gua Musang, Tan Sri Razaleigh Hamzah yang pernah
meminta Najib yang juga Perdana Menteri, melepaskan jawatannya itu.
Tindakan Liew itu menjadi punca
tercetus kekecohan apabila ahli Parlimen BN Lenggong dan Bintulu bingkas
bangun membidas kenyataan beliau, manakala ahli Parlimen PAS Shah Alam
serta DAP Bukit Mertajam turut berdiri bagi menambah pandangan.
“Saya rasa cadangan untuk menggantikan
Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan adalah satu cadangan yang
penting dan saya rasa isu ini boleh dibincangkan di dalam Perhimpunan
Agung UMNO (PAU).
“Isu
ini bukan dibangkitkan oleh Gua Musang dan Tun Daim,” katanya ketika
membahaskan usul Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat hari ini.
Bingkas bangun bagi membidas Liew, ahli
Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan bahawa
kedudukan ekonomi negara berada pada tahap yang membanggakan di bawah
pimpinan Najib.
“Dan pencapaian ekonomi kita membanggakan, itu padangan daripada Gua Musang, tapi tidak semestinya betul dan tepat.
“Sekarang ini banyak juga pelabur asing masuk ke negara kita,” kata Shamsul.
“Dia (pembangkang) pun buat juga, tapi dia pandai spin (putar belit). Kita punya puak (BN) salah, dia punya puak tak tak salah.
“Kalau rasa BN buat salah, sepatutnya
mereka (pakatan pembangkang) buat lebih baik. Mesti tengok diri sendiri
dulu, baru tengok orang,” tambah Ahli Parlimen BN Bintulu, Tiong King
Sing.
Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk
Mahfuz Omar turut menjampuk dengan menyatakan kerajaan BN perlu
menerima padangan “orang lama” seperti Razaleigh, bekas menteri
kewangan, Tun Daim Zainuddin dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad kerana mereka mempunyai pengalaman luas dalam hal pentadbiran
negara.
“Dalam BN kita hormati pandangan. Tak sama macam PR, di Pulau Pinang kalau pimpinan PAS cakap, kena pecat.
“Macam ahli PAS Johor bercakap di Muktamar PAS, kena gantung sebab bercakap,” kata Shamsul menjawab hujah Mahfuz.
Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.
Tags: Parlimen, perbahasan, Perdana Menteri
Selangor dua kali kaya
Pada suatu masa dalam 1960-an dan 1970-an, dua pertiga pemain bola Malaysia terdiri daripada pemain Selangor.
Kebanyakan orang paling kaya dan berbakat juga terdapat di Selangor.
Sebaliknya dalam politik, kerusi Menteri Besar Selangor terbukti panas sejak pilihan raya negeri dimulakan pada 1959. Datuk Abu Bakar Baginda,
Datuk Harun Idris, Datuk Hormat Rafei, Datuk Ahmad Razali, Tan Sri Muhammad MuhammadTaib, Dr Khir Toyo dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir semua mereka mengalami bahang kepanasan kerusi ini, kalau tidak di awal atau di tengah penggal, ia berlaku di penghujung.
Disebabkan ciri-ciri pembahagian dan tebaran kaum dalam kalangan penduduknya, maka hasil pilihan raya di Selangor sering susah diduga. Pilihan raya 1969 bukan saja mencetuskan letusan 13 Mei tetapi juga mengeluarkan keputusan kusut: Parti Perikatan (pendahulu BN) mendapat sama banyak kerusi dengan parti bukan Perikatan.
Disebabkan keengganan Tan Sri Tan Chee Khoon dan partinya, maka pakatan menubuhkan kerajaan alternatif kepada Perikatan terkandas. Justeru, Harun kekal menjadi MB dan memimpin kerajaan Perikatan.
Apa yang disebutkan di atas mendefinisikan ‘kaya’ seerti dengan banyak harta, dan 'kaya' yang seerti salutan penyedap roti, sekeluarga dengan mentega dan jem.
‘Kaya’ yang kedua ini kerap membuatkan perut sakit. Akibatnya kehidupan dalam sehari dua atau beberapa hari menjadi terjejas, tidak normal. Ini saya sedari sejak kecil.
Jem dan mentega yang diimport terbukti kebersihannya, tetapi ‘kaya’ yang dibuat pekedai Malbari dan Pulaikat, kini dipanggil Mamak, tidak. Tanpa pengawalan kualiti, ‘kaya’ begini boleh dibolot bakteria dan boleh mengakibatkan keracunan. Maka inilah ibaratnya yang dilalui Selangor: kemajuan yang sentiasa berisiko keracunan.
Lebih 40 tahun dulu saya bertugas sebagai eksekutif di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang beribu pejabat di Jalan Sultan, Petaling Jaya. Ketika itu rata-rata Shah Alam merupakan senario tanah merah.
Membuka Shah Alam adalah tugas utama dan terpenting PKNS. Pada 1971, bangunan paling besar tersergam ialah Institut Teknologi Mara atau ITM (kini UiTM). Solo.
Tersendiri. Dalam kekosongan itu ternampak di kejauhan bangunan Kilang Wang Bank Negara atau The Mint, kini bersebelahan dengan Kompleks PKNS, sebuah pusat beli-belah yang terkenal.
Memandang ke arah Kuala Lumpur, tempat paling membangun ialah di sebelah kanan Lebuh Raya Persekutuan di mana kilang-kilang bertapak. Paling terserlah, kilang bir Carlsberg.
Kebetulan tahun itu MSA (kependekan Malaysia-Singapore Airline) berpisah menjadi Malaysia Airline (MAL) dan Singapore International Airline (SIA).
Setahun kemudian MAL menjadi MAS (Malaysia Airline System) memandangkan ‘mal’ bererti rosak atau cacat dalam bahasa Perancis. Orang Malaysia yang bekerja di ibu pejabat MSA dan lapangan terbang Singapura terpaksa pindah ke Kuala Lumpur.
Tanggungjawab menyediakan perumahan untuk mereka terjatuh ke atas bahu PKNS – dan petugasnya ialah penulis sendiri. Sebagai pemaju terbesar di Malaysia, PKNS mengambil inisiatif membina rumah teres yang selari dan tidak jauh dari Lebuh Raya Persekutuan.
Siapnya rumah itu berkebetulan dengan kepulangan mereka. Mereka ditawarkan rumah itu dengan sewaan RM120 untuk rumah tengah dan rumah tepi RM140 sebulan.
Daripada sewaan itu, 25 peratus dikira wang muka, kiranya mereka membuat keputusan membeli rumah yang mereka duduki. Justeru dalam satu jangka yang pendek perumahan itu dipenuhi kakitangan MAS.
Saya tidak tahu siapa dan berapa orang yang terus kekal dan memiliki rumah di situ hingga sekarang. Wallahualam.
Demikianlah peranan Selangor menerusi kerajaan dan lokasi yang amat baik. Dengan dua bandar raya (city), Petaling Jaya dan Shah Alam, Selangor menghasilkan GDP (keluaran kasar) berjumlah sesuku GDP Malaysia.
Pendapatan per kapitanya sama ada sama atau mengatasi sesetengah negara di Eropah, seperti Greece dan Portugal. Itu sebabnya Selangor dirujukkan sebagai dunia pertama dalam dunia ketiga.
Kepanasan kerusi MB mencerminkan bebanan tuntutan ‘dua kali kaya’ yang dianalogikan di atas. Dua pilihan raya dulu, kaya yang beracun meranapkan kerajaan BN.
Melihat apa yang berlaku kepada kerusi MB akhir-akhir ini, nampaknya kaya ini sedang keracunan dalam anatomi kerajaan PR pula.
Mujahidin Anshar Baitul Maqdis mengaku bertanggung jawab atas serangan mematikan di Sinai yang menewaskan 30 tentara Mesir
Sabtu, 22 Muharram 1436 H / 15 November 2014 17:47
SINAI (Arrahmah.com)
– Mujahidin Anshar Baitul Maqdis, kelompok yang aktif di Semenanjung
Sinai Mesir mengaku bertanggung jawab atas serangan syahid pada bulan
lalu yang menewaskan 30 tentara Mesir, ujar laporan AFP pada Sabtu (15/11/2014).
Kelompok yang telah mempelopori perlawanan di Semenanjung Sinai ini menyatakan pengakuannya dalam sebuah video yang diposting di media sosial.
Mujahidin Anshar Baitul Maqdis telah menewaskan ratusan polisi dan tentara sejak kudeta militer dilancarkan untuk menggulingkan kekuasaan Mohammad Mursi pada tahun lalu, namun serangan pada 24 Oktober yang menghantam pos pemeriksaan di Sinai utara dengan menggunakan bom mobil adalah insiden paling mematikan dalam beberapa tahun terakhir.
Mereka menyatakan bahwa serangan itu sebagai pembalasan atas tindakan keras rezim Mesir terhadap para pendukung Islam.
Dalam video tersebut, Mujahidin menjanjikan serangan lebih lanjut terhadap pasukan keamanan dan pesan tersebut ditujukan langsung untuk Abdel Fattah al-Sisi yang saat ini menjabat sebagai presiden menggantikan Muhammad Mursi yang digulingkan dari kekuasaan. (haninmazaya/arrahmah.com)
Kelompok yang telah mempelopori perlawanan di Semenanjung Sinai ini menyatakan pengakuannya dalam sebuah video yang diposting di media sosial.
Mujahidin Anshar Baitul Maqdis telah menewaskan ratusan polisi dan tentara sejak kudeta militer dilancarkan untuk menggulingkan kekuasaan Mohammad Mursi pada tahun lalu, namun serangan pada 24 Oktober yang menghantam pos pemeriksaan di Sinai utara dengan menggunakan bom mobil adalah insiden paling mematikan dalam beberapa tahun terakhir.
Mereka menyatakan bahwa serangan itu sebagai pembalasan atas tindakan keras rezim Mesir terhadap para pendukung Islam.
Dalam video tersebut, Mujahidin menjanjikan serangan lebih lanjut terhadap pasukan keamanan dan pesan tersebut ditujukan langsung untuk Abdel Fattah al-Sisi yang saat ini menjabat sebagai presiden menggantikan Muhammad Mursi yang digulingkan dari kekuasaan. (haninmazaya/arrahmah.com)
Topik:
16 November 2014
Teori Akhir Zaman (Kiamat) Antara Barat & Timur
Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891. Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' telah ditayangkan di pawagam. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi. Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah. Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.
Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang. Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta. Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara,
Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.
1) HENTAMAN OBJEK
"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.
"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa. "Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya. Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri
bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.
"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036. "Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.
KHALIFAH LINK- http://khalifahalhidayah.blogspot.com
2) PERLANGGARAN GALAKSI
Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku. "Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya. Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya. Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya."Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.
3) FENOMENA ALAM BERANGKAI
Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut. "Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi. Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat. "Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya. Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan. "Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.
KESIMPULAN
Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'. "Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way. "Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.
BY ISLAMIC VIEW :
wahai manusia,adakah iman kamu kuat atau lemah. adakah kamu berani untuk melawan DAJJAL.iman kamu hendaklah kuat dan hendaklah kamu jangan memikirkan kamu kuat.surat-surat berantai,mesej palsu,mesej nasib adalah semua tidak bagus.mempercayai nasib adalah fasik.hendaklah kamu membaca surah al-kahfi setiap masa yang lapang.
dajjal akan keluar apabila MasjidilAqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari. kemungkinan pada 21/12/2012??? ramai orang fikir itu tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun utuk berdakwah lagi selama 7 tahun!! dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan dajjal benar2 akan berkuasa selama 44 hari atau tahun. jangan takut.. dajjal tidak boleh masuk baitul maqdis,mekah dan madinah.
ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi. kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga. haiwan yang aneh,ad-dabah,tidak keluar lagi.haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka.
kekurangan gempa bumi dan gunung berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu meletus menjadi bencana terbesar di dunia. laut akan kering dan menjadi gurun. neraka jahannam akan terbuka pintunya. kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut nama ALLAH lagi di muka bumi ini.
sesunguhnya di zaman RASULULLAH SAW baginda menunjukkan jarak kiamat dgn zaman baginda adalah antara jari hantu dengan jari telunjuk.betapa dekatnya kiamat itu. baginda telah meninggalkan kita beribu2 tahun lamanya..agaknya hampir2 sangatkah kita dengan kiamat??? ya..semakin hampir..tp tarikh itu adalah dlm pengetahuan ALLAH..jangan sesekali kita mempercayai ramalan org..cuma kita harus bersedia untuk menemui hari kiamat itu dgn melengkapkan diri dengan ilmu agama & amal..kita bekerja bersungguh2 seolah2 esok masih hidup, dan kita beramal soleh bersungguh2 seolah2 esok akan mati..bila dah mati/kiamat, hanya iman & amal yg menentukan di mana tempat kita, SYURGA atau NERAKA???? sebarkan kepada orang lain terutamanya umat islam..
15 November 2014
KISAH RAKYAT NEGERI NAJIB DAH TAK MAMPU BELI BERAS!!!
Kisah WARGAKILANG Masuk Kg di Pahang
Hari tu saya ada post dalam FB kisah kaum NGO "Noreh Getah Orang" khususnya di Kedah negeri kelahiran saya yang dihimpit derita kerana harga jatuh dan hari menoreh yang tidak menentu, hinggakan ada yang tak mampu nak beli beras. Nor, adik ipar saya di Balok, Kuantan Pahang reply balas, dia tulis lebih kurangnya:
"Abang Munir, kisah kaum penoreh yg dihimpit derita ini bukan setakat di Kedoh aje, ini di Pahang ini pun ade. Kawan Nor dari kawasan pedalaman Pahang yang ramai penoreh getah tu cerita, dia orang teruk sangat dah, bukan setakat nak beli beras, ada yang nak beli GULA pun tak mampu !!"
Bila saya cerita kat kawan-kawan di Kedah ini, depa buat lawak kata memang lah tak mampu, harga sekilo getah RM1.80 tapi harga gula sekilo RM2.85, mana ada orang jual gula setengah kilo? - hmm, ada logik jugak lawak depa tu.
Maka, dalam agenda menjejak cerita adik ipar saya tu dan teringin nak jumpa orang yang cerita penoreh tak mampu beli gula ini, minggu lepas bersama-sama dgn rakan-rakan dari NGO Wargakilang, kami halakan expedisi masuk kg yg biasanya terhad di kawasan utara dan sesekali turun ke Kelantan dan Terengganu ini, kali ini menghala ke pedalaman Pahang.
(Konvoi 15 buah kereta lebih kurang membelah kg-kg di pedalaman Pahang)
(3 pax beras 10 kg dan sedikit barang-barang keperluan harian yang dikirim kwn-kwn kami bawa jauh dari Penang/Kedah dan ada yang bawa mai dari Kuala Lumpur terus ke Jerantut dan pedalaman Kuala Lipis)
Expedisi kami ini lebih kepada untuk mewujudkan kesedaran kpd masyarakat tentang Dilema keluarga penoreh getah yg sedang dihimpit derita ini - bukan tertakluk kpd negeri2 tertentu sahaja tetapi di seluruh negara ada, maka dlm satu hari perjalanan yg singkat itu, kami hadkan kepada 160 orang penerima sahaja: 80 di kawasan Jerantut dan 80 di Kuala Lipis.
Mula-mula pening juga duk fikir mcm mana nak bawa brg2 sumbangan dari Kedah/Penang dan KL ini, yang kalau muat pick up mau kena bawa dekat 10 bijik 4WD, jenuh nak merangkak naik Genting Hi-land turun LPT exit Temerloh hala ke Jerantut.(Alhamdulillah, Tuhan hantar mai seorang hamba Allah, Tauke Ladang Itik di Kulim - dia off sat business dia dua tiga hari, tolong bawa beras dan brg2 makanan untuk 160 family ini terus dari Kedah.)
Dia bertolak mai sehari awal dari kami - IKUT CAMERON HIGHLAND.
Saya mai ikut PLUS-Genting-LPT-Jerantut. Balik pula saya saya ikut Cameron Highland. Tak berapa tau jalan sebab tak pernah lalu, inilah seumur hidup pertama kali sampai ke Jerantut dan Kuala Lipis. On the way balik, bila lalu jalan K Lipis Cameron Highland dan exit di Simpang Pulai, saya teringat lori sahabat ini. Dua tiga hari lepas saya mesej dia, saya kata hang buat kerja GILA bawa lori sarat dgn barang lalu jalan Cameron Highland tu, dia reply balik dia tulis "Hat bawa aku gi K Lipis bukan aku...Allah !!"
Fuh - kagum sungguh saya dengan manusia-manusia yang tamak PAHALA ini.
Sebetulnya sahabat-sahabat yang ikut serta dan yg selalu ikut expedisi JJMK Jln2 Masuk Kg NGO Wargakilang bagi sumbangan kpd keluarga miskin/susah ini mereka jadi ketagih bila melihat kegembiraan dan kesyukuran pada wajah para penerimanya.
(Melihat orang2 kampung menadah tangan berdoa untuk kami ini - dia punya feeling tak tau nak habag mcm mana)
(Si kecil di atas kerusi kat depan tu, yg belum mengerti apa-apa itu pun turut sama menadah doa. Moga kami semua dan juga rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dlm kerja amal kami ini sama-sama mendapat manfaatnya, insyaallah)
(3 kampit beras ditanggung dan dikepit sekali gus - nak habag kata pentingnya BERAS buat kaum penoreh ini)
(Tak tau nak habag mcm mana seronoknya kami rasa bila lihat penerima duk
tanggung beras angkut balik. Perasaan ini tak boleh dibeli di
mana-mana)
Sebetulnya, di samping pi bagi sumbangan, kami amik kesempatan di majlis sumbangan ini juga untuk bercerita tentang tujuan kami datang dan menyatakan jangan ingat di luar sana tiada pihak yang peduli dengan deritanya mereka ketika ini. Kami datang tanda ada yang simpati dan ada yang mengerti.
(Di setiap tempat yang kami pergi, saya perasan mcm para penerima duk
gelak bila saya kata minta maaf saya org Kedah, cakap bunyi org Kedah,
kalau bunyi mcm MAHARAJA LAWAK, gelak ajelah)
Sebetulnya, di samping pi bagi sumbangan, kami amik kesempatan di majlis sumbangan ini juga untuk bercerita tentang tujuan kami datang dan menyatakan jangan ingat di luar sana tiada pihak yang peduli dengan deritanya mereka ketika ini. Kami datang tanda ada yang simpati dan ada yang mengerti.
(Rasa puas hati bila melihat mereka gelak dan ketawa dengar saya duk
melawak. Untuk seketika terlupa sekejap mereka tentang cerita getah
turun harga)
On serious note, perjalanan kami masuk kg di pedalaman Jerantut dan Kuala Lipis ini - untuk saya secara peribadi - meninggalkan kesan yang mendalam yang tak akan mampu saya lupakan sampai bila2. Bukan hanya kerna mencabarnya jalan2 untuk masuk ke kg2 di situ tetapi juga saya tak sangka kisah derita para penoreh getah yang kami temui dlm kembara amal kami masuk kg di pedalaman Baling dan Sik Kedah, Gerik dan Ijok Perak, KualaKrai dan Tanah Merah Kelantan, ia nya turut wujud ADA di pedalaman negeri Pahang. Macam kes denggi lah pula, di mana-mana pun ada.
(Konvoi kereta lawa-lawa dari Utara, Tganu, Pahang dan KL terpaksa mengharung jln kg pedalaman ala-ala trek 4WD)
(Di sebuah kampung tu, saya kereta no 5, bila saya stop nak amik gambar, kereta no 1 hingga no 4 dah bergerak jauh ke depan ke dalam hutan)
Bila saya lead semula konvoi belakang saya tu, dah tak jumpa dah 4 buah kereta tadi. Dah la kat dalam hutan, depan tu ada simpang-simpang, line telepon pula tak ada - main redah aje, nasib baik bertemu juga hampir 20 minit kemudian. Fuh!
On serious note, perjalanan kami masuk kg di pedalaman Jerantut dan Kuala Lipis ini - untuk saya secara peribadi - meninggalkan kesan yang mendalam yang tak akan mampu saya lupakan sampai bila2. Bukan hanya kerna mencabarnya jalan2 untuk masuk ke kg2 di situ tetapi juga saya tak sangka kisah derita para penoreh getah yang kami temui dlm kembara amal kami masuk kg di pedalaman Baling dan Sik Kedah, Gerik dan Ijok Perak, KualaKrai dan Tanah Merah Kelantan, ia nya turut wujud ADA di pedalaman negeri Pahang. Macam kes denggi lah pula, di mana-mana pun ada.
(Konvoi kereta lawa-lawa dari Utara, Tganu, Pahang dan KL terpaksa mengharung jln kg pedalaman ala-ala trek 4WD)
(Di sebuah kampung tu, saya kereta no 5, bila saya stop nak amik gambar, kereta no 1 hingga no 4 dah bergerak jauh ke depan ke dalam hutan)
Bila saya lead semula konvoi belakang saya tu, dah tak jumpa dah 4 buah kereta tadi. Dah la kat dalam hutan, depan tu ada simpang-simpang, line telepon pula tak ada - main redah aje, nasib baik bertemu juga hampir 20 minit kemudian. Fuh!
(Di setiap center, saya akan interview para penerima terlebih dahulu
untuk rekod kami, rata-ratanya membawa kisah yang sama, Drama Hidup kaum
NGO Noreh Getah Orang di pedalaman yang rata-ratanya berpendapatan dlm
RM400-RM500 sebulan, itu pun kalau boleh menoreh tak hujan)
(Puan Ina dlm gambar ini, dia pegang BERAS ini mcm tak mau lepas. Ikut
rekod saya, beliau suami isteri kerja NGO noreh getah orang. Pendapatan =
RM10 ke RM12 sehari. Sebulan kalau boleh menoreh 20 hari, dapatlah
RM200 sebulan. Bila saya tanya sebulan dapat RM200 ke, dia cakap tak
sampai!!)
No wonder lah, bila saya tanya makan minum anak-anak mcm mana, dia cakap kena lah BERJIMAT. Terputus beras perkara biasa, dan pi kedai hutang BERAS juga perkara biasa. 3 kampit beras 10kg ini bernilai EMAS buat beliau.
(Kak Ros kiri bertudung hitam, contact kami waktu majlis sumbangan di pedalaman Kuala Lipis)
Bila saya sembang dengan Kak Ros kes Puan Ina dll yang saya interview itu, Kak Ros cakap, itu ok lagi, Ada satu kes itu dia tengok sendiri - sekali jual dapat RM50. Sebulan dua kali jual, dapat RM100 atau pun tak sampai RM100 sebulan. Lagi parah!
No wonder lah, bila saya tanya makan minum anak-anak mcm mana, dia cakap kena lah BERJIMAT. Terputus beras perkara biasa, dan pi kedai hutang BERAS juga perkara biasa. 3 kampit beras 10kg ini bernilai EMAS buat beliau.
(Kak Ros kiri bertudung hitam, contact kami waktu majlis sumbangan di pedalaman Kuala Lipis)
Bila saya sembang dengan Kak Ros kes Puan Ina dll yang saya interview itu, Kak Ros cakap, itu ok lagi, Ada satu kes itu dia tengok sendiri - sekali jual dapat RM50. Sebulan dua kali jual, dapat RM100 atau pun tak sampai RM100 sebulan. Lagi parah!
(Yang ini pun lebih kurang jugak. 2 minggu jual getah sekerap dapat RM80. Sebulan dapat RM160)
Bila saya interview lagi, kakak ini cerita terputus beras itu perkara biasa. Sekali itu pernah 2 hari tak makan nasi sebab beras habis. Kutip-kutip duit yang ada, dapatlah lebih kurang RM10 - gi kedai beli Maggie. Dia cakap bila masak maggie bagi anak-anak makan, bolehlah tahan anak-anak itu tak lapar (mungkin sebab maggie kembang dlm perut kot), lepas dua hari cuaca elok semula, ayahnya dapat noreh dapatlah makan nasi semula (mungkin hutang beras kot, tak tanya pula).
Duk ingat kan yang dikatakan maggie ini ration budak asrama atau budak U atau pun geng bujang hat duk tunggu gaji hujung bulan aja. Rupa-rupanya Maggie pun ada peranannya utk keluarga penoreh. Lain kali nak kena masukkan Maggie dalam list sumbangan.
Bila saya tanya tak pinjam beras kat jiran ke? dia habag kadang2 pi minta juga kat kakak ipar, dapat la satu bekas kecik cukup-cukup untuk masak hari tu.
Yang bestnya bila saya tanya, 30 kampit beras ini agak-agak boleh tahan lama mana. Kakak ini cakap:
"Insyaallah tahan lama sebab saya masak nasi sehari SEKALI saja, waktu tengahari saja."
Malam tak masak ka?
Tak masak - anak2 kena belajar berjimat, kalau habis yang siang malam dah tak ada dah.
Kelu lidah saya, tak tau nak kata apa.
Pun begitu, dalam banyak-banyak kes NGO dihimpit derita tak ada beras nak makan ini, saya tak dapat lupakan kisah yg contact kami (Ustaz dlm gambar) ini cerita kat saya.
Dia cerita, beliau dan rakan-rakannya kerap juga buat kerja amal mcm yang NGO Wargakilang buat ini kat area Jerantut dan sekitar. Dia kata, sekali tu depa pi satu rumah yang dimaklumkan keluarga itu terputus beras. Bila masuk rumah bagi salam, bila tanya ada makanan ke, tuan rumah (pompuan) cakap kata ada. Bila depa minta izin nak pi masuk dapur, bila angkat tudung saji, Ustaz ini cerita kat saya:
"Masyaallah - bawah tudung saji itu cuma ada PISANG REBUS untuk makan anak2 dia!!"
Fuh - sampai makan Pisang rebus saja!! - haiyyoo tak tau nak tulih apa dah la.
(Ustaz cerita kakak itu ada dalam antara ramai-ramai penerima kat depan ini, dia cerita itu pun bila majlis sudah berakhir, kalau tidak pasti saya pi interview kakak tu)
Bila saya interview lagi, kakak ini cerita terputus beras itu perkara biasa. Sekali itu pernah 2 hari tak makan nasi sebab beras habis. Kutip-kutip duit yang ada, dapatlah lebih kurang RM10 - gi kedai beli Maggie. Dia cakap bila masak maggie bagi anak-anak makan, bolehlah tahan anak-anak itu tak lapar (mungkin sebab maggie kembang dlm perut kot), lepas dua hari cuaca elok semula, ayahnya dapat noreh dapatlah makan nasi semula (mungkin hutang beras kot, tak tanya pula).
Duk ingat kan yang dikatakan maggie ini ration budak asrama atau budak U atau pun geng bujang hat duk tunggu gaji hujung bulan aja. Rupa-rupanya Maggie pun ada peranannya utk keluarga penoreh. Lain kali nak kena masukkan Maggie dalam list sumbangan.
Bila saya tanya tak pinjam beras kat jiran ke? dia habag kadang2 pi minta juga kat kakak ipar, dapat la satu bekas kecik cukup-cukup untuk masak hari tu.
Yang bestnya bila saya tanya, 30 kampit beras ini agak-agak boleh tahan lama mana. Kakak ini cakap:
"Insyaallah tahan lama sebab saya masak nasi sehari SEKALI saja, waktu tengahari saja."
Malam tak masak ka?
Tak masak - anak2 kena belajar berjimat, kalau habis yang siang malam dah tak ada dah.
Kelu lidah saya, tak tau nak kata apa.
Pun begitu, dalam banyak-banyak kes NGO dihimpit derita tak ada beras nak makan ini, saya tak dapat lupakan kisah yg contact kami (Ustaz dlm gambar) ini cerita kat saya.
Dia cerita, beliau dan rakan-rakannya kerap juga buat kerja amal mcm yang NGO Wargakilang buat ini kat area Jerantut dan sekitar. Dia kata, sekali tu depa pi satu rumah yang dimaklumkan keluarga itu terputus beras. Bila masuk rumah bagi salam, bila tanya ada makanan ke, tuan rumah (pompuan) cakap kata ada. Bila depa minta izin nak pi masuk dapur, bila angkat tudung saji, Ustaz ini cerita kat saya:
"Masyaallah - bawah tudung saji itu cuma ada PISANG REBUS untuk makan anak2 dia!!"
Fuh - sampai makan Pisang rebus saja!! - haiyyoo tak tau nak tulih apa dah la.
(Ustaz cerita kakak itu ada dalam antara ramai-ramai penerima kat depan ini, dia cerita itu pun bila majlis sudah berakhir, kalau tidak pasti saya pi interview kakak tu)
Akhir kata, saya tulis cerita ini bukan nak habag kata di negeri Pahang ada warga penoreh getah yang hidup susah. Kami dah masuk merata kampung di seluruh negara terutamanya di negeri2 yang ramai kaum NGO penoreh getah orang ini seperti di Kelantan, Perak dan Kedah negeri kelahiran saya - semuanya serupa, cerita dan skrip dramanya sama sahaja. Harga getah merudum dan hari menoreh yang tidak menentu, nak masa nasik pun berkira.
Derita Penoreh Getah ini sudah jadi wabak, sudah jadi epidemic, sudah jadi BENCANA ALAM menghimpit satu negara.
Pasai apa bila ada Tsunami di Kuala Muda, Kedah hari tu berpusu-pusu orang mai bantu?
Bila jadi Banjir Besar di Kemaman pula, satu negara turun hantar bantuan, dah tak kira dah hang parti PAS ka parti UMNO. Tak ada siapa salahkan kerajaan atau parti pembangkang, semuanya bersatu hati hantar bantuan. Pasai apa? - pasai itu adalah BENCANA ALAM, bila bencana alam semua orang kesian sebab ada orang tak ada kain pakai dan nasi nak makan.
Habis tu, kes warga penoreh getah dihimpit derita di merata kampung di seluruh negara ini bukan BENCANA ALAM ka? Tak dak beras nak makan sampai berlapar anak beranak bukan bencana alam ka?
Tak ada orang nak bantu depa ka? Ka biaq ada yang mati kebuluq tak makan dulu baru kalut nak hantaq bantuan ??
Tepuk dada tanya selera.
(Kami di Wargakilang hanyalah POSMEN. Kami dah buat kerja kami, dan kami
dah kongsi cerita apa yang kami nampak. Kami harap orang lain, group
lain boleh buat benda yang sama yang kami buat ini. Insyaallah kalau
semua orang amik peranan, derita warga NGO ini dapat dikurangkan)
Ada masa - masuk lah kampung pi bantu mereka.
Insyaallah besar manfaatnya.
Sekian secebis lagi kisah NGO WARGAKILANG masuk kampung.
Sehingga ketemu lagi.
(Opss, lupa nak tulis, rupa-rupanya Kak Ros di Kuala Lipis itulah yang bagitau kat adik ipar saya tu kisah orang noreh getah tak mampu beli gula. Alhamdulillah, tercapai juga misi peribadi saya nak cari sahabat adik ipar saya ini).
Terima Kasih
moniermatdin@yahoo.com
Ada masa - masuk lah kampung pi bantu mereka.
Insyaallah besar manfaatnya.
Sekian secebis lagi kisah NGO WARGAKILANG masuk kampung.
Sehingga ketemu lagi.
(Opss, lupa nak tulis, rupa-rupanya Kak Ros di Kuala Lipis itulah yang bagitau kat adik ipar saya tu kisah orang noreh getah tak mampu beli gula. Alhamdulillah, tercapai juga misi peribadi saya nak cari sahabat adik ipar saya ini).
Terima Kasih
moniermatdin@yahoo.com
Emma Maembong 'serang' pereka fesyen di Facebook
pada 14-11-2014 08:11 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamed Azhar
SHAH ALAM: Pelakon Emma Maembong bertindak memuatnaik status
mempertahankan adiknya Chacha Maembong di laman sosial Facebooknya,
selepas 'diserang' seorang pereka feysen baru-baru ini.
Emma berkata pihaknya sudah pun meminta maaf dan menerangkan kepada
pereka fesyen terbabit mengapa adiknya tidak dapat memakai baju
rekaannya pada malam Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada Jumaat lalu.
Namun, pereka fesyen itu tetap memilih untuk memperbesarkan isu itu yang mengaibkan Chacha, ujar Emma.
Pereka fesyen yang dimaksudkan adalah Ezuwan Ismail.
"Selama ini saya diam sebab saya hormat dengan pereka itu dan nak jaga
nama dia. Sebab itu saya malas masuk campur. Tapi bila asyik nak tuduh
adik saya sahaja salah, (itu) melampau, takkan salah sendiri tak
nampak?
"Saya ada dengan Chacha sewaktu dia nak pakai baju pereka itu. Dan
ukuran badan pada baju tersebut lari (tidak tepat). Ada gelembung di
belakang dan ukuran di ketiak pun lari (tidak tepat). Masa 'fitting'
Chacha ada beritahu bahu senget, tapi dia (pereka) cakap 'awak jangan
tengok sekarnag, belum siap lagi'. Jadi Chacha tak sangka waktu hari
majlis akan dapat baju begitu juga sebab dia (pereka) sudah ambil pin
cucuk dimana kena betulkan.
"Bila dapat baju dua-dua belah tangan tak sama. Pelik juga baju artis
lain dia buat kemas. Jangan disebabkan adik saya artis baru awak boleh
buat sesuka hati. Majlis nak mula dalam masa setengah jam, kelam-kabut
dengan baju tak muat, jadi Chacha terpaksa pinjam baju pereka lain,"
ulas Emma panjang lebar.
Ezuwan beberapa hari lalu meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan
Chacha dan menuntut pelakon itu memulangkan semula baju yang tidak
dipakainya itu.
Beliau mendakwa baju bewarna merah jambu itu masih berada di dalam
simpanan Chacha sejak diambil sehari sebelum majlis tersebut
berlangsung.
Ezuwan turut menyifatkan keengganan Chacha menggayakan rekaannya
sebagai satu penghinaan, lebih-lebih lagi apabila Chacha tidak
menghubunginya untuk menyelesaikan hal itu atau meminta maaf secara
peribadi.
Mengulas hal itu, Emma mendakwa sudah meminta maaf kepada Ezuwan sebaik
sahaja majlis anugerah itu selesai dan mahu menyelesaikannya secara
tertutup namun bertambah berang apabila pereka itu meluahkan rasa kurang
senangnya secara terbuka.
"Lepas habis majlis, saya sendiri ada Whatsapp Ezuwan minta maaf dan
berikan penjelasan sebenar kenapa baju beliau tidak dapat dipakai.
Tetapi dia tidak boleh terima hakikat. Ingat sudah selesai tapi beliau
masih nak besarkan cerita. Jika baju itu tidak sempat dipakai pada
majlis itu, majlis lain masih boleh pakai. Kadang-kadang hal ini ada
juga terjadi kepada Emma dan kebiasannya pereka akan faham dan
profesional.
"Tetapi ini macam keterlaluan sangat. Jangan nak cakap waktu taja okay
sahaja. Tetapi kalau dah salah pereka, ukuran tak sama dan tak dapat
seperti yang dijanjikan, kita tidak boleh bersuara? Perlu adillah,
pereka buat baju untuk kita promosikan, sama-sama untung. Chacha sudah
minta maaf secara terbuka tentang isu ini, awak nak dia buat apa lagi?,"
soalnya di Facebook lagi.
Pada malam anugerah itu, Chacha memperagakan baju ganti rekaan Fazil daripada butik Diandra Couture.
10 Artis Tercantik Malaysia
1. Carmen Soo
2. Juliana Evans
3. Diana Danielle
4. Maya Karin
5. Julie Woon
6. Hannah Tan
7. Nur Fazura
8. Belinda Chee
9. Nora Danish Hanif
10. Lisa Surihani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan