Selasa, 4 November 2014

WAYANG TAK ABIS DIDUNIA...WAYANG KESUDAHAN DIAKHIRAT...MAKA JAWABLAH DIMAHKAMAH ALLAH...PELAKON2 DALAM WAYANG AKAN MATI...AKAN DISOAL DAN DIBICARA SEMUA...SILAP2 DIDUNIA SAPE SALAH ALLAH TIMPAKAN BALA'/MUSIBAH...SAMA2 KITA TUNGGU

Dah mangkuk tandas pulak terbabit sian kat mangkuk tandas tu...hahahaha
Duduk kat mangkuk tandas, lubang jobo bleh masuk DNA orang lain eh?? Aku cadang baik si Shafee ni check pulak berapa banyak pulak DNA dah tersumbat kat lubang jubor dia sendiri sebab berpuluh tahun lamanya pakai jamban duduk


DNA lelaki Y dalam rektrum Mohd Saiful milik Anwar
  • Muhammad Shafee Muhammad Shafee
1 / 1
PUTRAJAYA - Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berhujah bahawa profil DNA 'Lelaki Y' yang dijumpai di dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik bekas ketuanya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Lelaki Y adalah perayu," kata Muhammad Shafee ketika berhujah dalam rayuan akhir Anwar untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd Saiful.

Muhammad Shafee berkata, ini berdasarkan analisis DNA yang dijalankan oleh ahli kimia, Dr Nor Aidora Saedon terhadap tiga barang kes iaitu berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral yang diambil dari sel lokap, tempat Anwar ditahan semalaman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dari 16 Julai hingga 17 Julai 2008.

"Bacaan profil DNA Lelaki Y yang peroleh ahli kimia sepadan tepat dengan penyumbang sampel DNA tidak diketahui yang dijumpai pada ketiga-tiga barang itu," kata beliau ketika berhujah di hadapan barisan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Empat orang lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar serta Datuk Ramly Ali.

Muhammad Shafee berkata, berdasarkan catatan pada diari lokap, dinyatakan bahawa sel itu kosong dan bersih sebelum ketua pembangkang tiba dan Anwar juga ialah satu-satunya penghuni sel itu.

"Apabila perayu meninggalkan lokap, berus gigi dan tuala Good Morning dijumpai di atas lantai sel. Ini menunjukkan bahawa perayu memang menggunakan barang-barang itu dan membuka paket plastik mengandungi barang-barang itu yang diberi kepadanya," kata beliau dan menambah botol air mineral dijumpai di atas tembok penghadang sel.

Berhubung penangkapan Anwar bersabit dengan siasatan kes liwat, Muhammad Shafee berkata, ia sah mengikut undang-undang kerana polis telah memaklumkan kepada tertuduh mengenai alasan penangkapannya dan menunjukkan waran tangkap.

"Dia (Anwar) dimaklumkan tentang alasan penahanannya dan kertas pertuduhan juga ditunjukkan kepadanya," katanya.

Muhammad Shafee juga menarik perhatian bahawa pihak pembela hanya membangkitkan isu perolehan ketiga-tiga barang itu semasa prosiding di Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata, pihak pembela juga tidak mencabar keterangan pegawai polis yang mendengar bunyi Anwar memberus gigi di dalam bilik air lokap.

"Pihak pembela tidak mencabarnya di Mahkamah Rayuan, tetapi di peringkat mahkamah ini (Mahkamah Persekutuan), mereka membangkitkan isu itu," kata beliau.

Muhammad Shafee berkata, ketiga-tiga barang itu tidak diperoleh secara sah kerana penahanan Anwar atas pertuduhan liwat dijalankan mengikut undang-undang. Beliau berhujah bahawa sekalipun barang-barang itu diperoleh secara tidak sah, apa-apa yang relevan dengan pertuduhan masih boleh diterima mengikut Akta Keterangan 1950.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

‘Penyokong Saiful dibayar’

 | November 3, 2014
Penyokong Saiful mendakwa mereka dibayar, diberi T shirt, poster untuk datang memberi sokongan kepada Saiful yang dikatakan telah diliwat oleh Anwar.
saiful supporters1PUTRAJAYA: Hari kelima perbicaraan fitnah II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekumpulan penyokong Saiful Bukhari Azlan yang berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya mendakwa mereka dibayar keluarga Saiful hadir ke Mahkamah,
Ketua kumpulan berkenaan Mohammad Rashid Moktar berkata mereka diberi T shirt, poster, makanan dan sedikit wang saguhati oleh keluarga Saiful.
“Kalau ada pun lagi, mungkin setakat RM20 untuk duit rokok, apalah salahnya sebagai duit cenderahati kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita.
Lapor Keadilandaily, seramai 30 penyokong Saiful yang memakai baju T shirt berwana merah dan kuning terdiri daripada golongan muda yang berusia 15 hingga 19 tahun yang berdiri ditengah panas sambil mengangkat sepanduk dan poster yang dibekal keluarga Saiful.
Sementara itu, Zaiton Abdullah yang juga penyokong Saiful berkata beliau datang bagi menyatakan sokongan kepada Saiful, namun mengakui tidak tahu perkara sebenar yang berlaku.
“Saya tahu ramai yang kata Saiful diliwat, tapi tak tahu perkara sebenar apa yang terjadi,” katanya.

ISTERI SAIFUL TERUS DIHENTAM KERANA ISU LIWAT


HABIS ISTERI SAIFUL TERUS DIHENTAM KERANA ISU LIWAT |  tak sedap didengar, ada pula yang memuatkan dalam media sosial turut menghentam isteri Saiful yang kononnya tak patut berkahwin dengan lelaki yang telah diliwat."Kalau dia bohong, dialah tanggung dosa. Betul atau tidak, apa yang dia buat adalah untuk mempertahankan maruah dia.

“Lebih teruk lagi, apa kaitan kes ini dengan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman,?”

Tidak juga menyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi bagi Shamsiah Harun, orang ramai sepatutnya lebih berfikiran terbuka daripada terus menjatuhkan hukuman kononnya Saiful memfitnah.

“Bagi saya, cukup-cukuplah menghentam Saiful. Memang berat tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar tetapi pada masa sama, Saiful dan isterinya juga terpaksa menanggung malu dan cemuhan masyarakat sekeliling hampir setiap hari.

Banyaklah perkara-perkara yang tersebar untuk bacaan umum yang saya lihat hanya akan mengaibkan isteri dan keluarga mentuanya padahal mereka tidak ada kaitan dengan kes liwat tersebut,” katanya ketika ditemubual

Jelasnya, adalah tidak adil jika orang lain seperti isteri Saiful dikutuk sesuka hati sepanjang kes itu berjalan.

“Kita tak tahu siapa yang betul, siapa yang salah dan keputusan hanya akan diketahui setelah Mahkamah Persekutuan memberi kata putus.

“Ramai yang membuat andaian berdasarkan hukum logik akal. Kononnya tak masuk akal Saiful tak buang air besar dua hari selepas diliwat dan tak munasabah Saiful tak melawan ketika diliwat serta banyak lagi andaian lain.

“Logik atau tidak, semuanya keluar dari mulut Saiful dan siapalah kita yang hendak menolak kata-katanya itu,” ujarnya.

Tambahnya, kehadiran orang ramai yang menyokong Saiful membuktikan masih ada yang yakin apa yang dilalui itu adalah benar.

“Apa yang penting, kalau tidak yakin dengan kata-kata Saiful, tak perlulah membabitkan isterinya yang kini telah pun menjadi ibu hasil perkahwinannya denga Saiful setahun lalu,” katanya.
SELANJUTNYA DISINI
Hubungan seksual terdahulu boleh diterima
  • liwat anwar
1 / 1
PUTRAJAYA - Keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan hubungan seksual terdahulu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh diterima dalam rayuan kes liwat sekarang, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata, keterangan itu boleh diterima kerana menunjukkan keadaan minda dan perilaku Mohd Saiful sebelum, semasa dan selepas perbuatan liwat seperti didakwa itu.

Beliau berkata, keterangan itu relevan untuk menjelaskan mengapa tiada sebarang kecederaan atau tanda-tanda trauma fizikal pada dubur pengadu.

"Justeru, adalah jelas bukti mengenai hubungan seksual terdahulu, seperti keterangan oleh Mohd Saiful, sebenarnya diterima...dan tidak ada bahaya yang serius mengenai keterangan prapenghakiman," katanya ketika berhujah di hadapan barisan panel lima orang hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Empat orang lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri
Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Muhammad Shafee berkata, contoh keterangan Mohd Saiful yang mengaitkannya dengan hubungan seksual terdahulu dengan Anwar ialah "saya kata saya tidak mahu lakukannya pada hari tersebut."

Beliau juga berkata, Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat penilaian maksimum terhadap kes pendakwaan dan salah laku Anwar pada penggulungan kes oleh pihak pembelaan berhubung dengan apa yang dikatakan hubungan seksual terdahulu.

Beliau berkata, keterangan itu relevan mengikut Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 kerana ia memperjelaskan pertuduhan liwat.

Mengenai perkara lain, Muhammad Shafee berhujah bahawa Anwar gagal untuk memanggil saksi yang menjadi alibi beliau untuk membuktikan pembelaannya.

Beliau berkata Anwar, melalui peguam caranya SN Nair, telah menyenaraikan kira-kira 10 nama termasuk isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetapi tidak seorang pun daripada mereka dipanggil.
Pelakon Hantu Kak Limah marah penyokong Saiful
  • Pelakon Hantu Kak Limah marah penyokong Saiful
1 / 1
PUTRAJAYA - Kehadiran penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa sengaja mencetuskan provokasi rupa-rupanya menimbulkan kemarahan kepada pelakon filem Hantu Kak Limah yang memegang watak Pak Jabit.

Pak Jabit atau nama sebenarnya Man Kadir ketika ditemui Sinar Harian Online berkata, penyokong Saiful tidak sewajarnya datang ke kawasan tersebut dan sengaja mencetuskan kontroversi kerana kawasan tersebut dikhaskan untuk penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia datang kawasan kita, dia buat provokasi. Dia datang tidak beradab.

"Kita (penyokong Anwar) tidak mahu publisiti, dia (penyokong Saiful) datang hendak lagakan kita.

"Dia selalu di sana (merujuk kepada kawasan bersebelahan yang dikhaskan untuk penyokong Saiful), tetapi hari ini dia datang ke kawasan kita buat kecoh, ini tidak baiklah," katanya kepada Sinar Harian Online di sini, hari ini.

Suasana pagi tadi di pekarangan kompleks Istana Kehakiman yang mulanya tenang bertukar panas apabila penyokong bekas pembantu peribadi Anwar itu mula mencetuskan provokasi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong Saiful mula 'panaskan' pekarangan Istana Kehakiman]

Hari ini merupakan hari kelima hujahan balas kes rayuan liwat II membabitkan Anwar Ibrahim dan Saiful.
 

Saya boleh pilih Penjara Kajang atau Sungai Buloh
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa tiba pada  hari perbicaraan Kes Liwat Saiful di Istana Kehakiman. Foto oleh Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa tiba pada hari perbicaraan Kes Liwat Saiful di Istana Kehakiman. Foto oleh Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
1 / 1
PETALING JAYA - "Mereka kata saya boleh pilih sama ada mahu ke Penjara Kajang atau Penjara Sungai Buloh," demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada jenaka Anwar ketika berucap dalam Forum Demokrasi Dunia Muslim, hari ini.

"Jika saya dikatakan bersalah, maka saya perlu dipenjarakan.

"Memandangkan saya telah umumkan Langkah Kajang, saya rasa mungkin mereka akan tempatkan saya di Penjara Kajang," katanya.

Kata-katanya itu disambut oleh gelak tawa penonton.

Anwar sebelum itu menghadiri prosiding rayuan akhirnya yang memasuki hari kelima di Mahkamah Persekutuan,Putrajaya pada pagi, hari ini.

Sebaik tamat prosidingnya yang berlangsung sehingga tengah hari, Anwar hadir memberikan ucapan dalam forum tersebut.

"Saya ada menulis sebuah buku.. Sampai sekarang buku saya masih belum siap.

"Kalau saya dipenjara, saya boleh (tulis) habiskan buku saya ketika dalam penjara.

"Tapi mungkin isteri saya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak begitu gembira mengenainya," selorohnya.

Monday, 3 November 2014

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT .... SENDIRI LULUS KEMUDIAN SENDIRI BANTAH!!!!!!




Sekumpulan gabungan NGO hari ini membantah rancangan pembinaan sebuah gereja di Bandar Sunway, Petaling Jaya, yang menurut mereka kawasan itu didiami ramai orang Melayu beragama Islam.

Pengerusi Bantahan Pembinaan Gereja PJS 8, Ishak Maarof berkata, rancangan pembinaan gereja itu tidak sesuai memandangkan majoriti kawasan itu didiami kira-kira 70 peratus penduduk Melayu-Islam.

Beliau yang mengetuai kira-kira 50 penduduk dan aktivis dalam protes itu hari ini, meminta pihak berkuasa tempatan lokasi pembinaannya diubah ke tempat lebih sesuai.

"Kami penduduk sini memang membantah pembinaan gereja di kawasan ini kerana majoriti penduduk di sini 70 peratus orang Islam. Kami tak membantah pembinaan gereja cuma kawasannya tidak bersesuaian.

"Kita rasa pihak PBT (pihak berkuasa tempatan) kena cari kawasan yang lebih sesuai untuk penganut agama Kristian. Kita fikir, ini merupakan satu penghinaan jika mendirikan gereja setinggi empat tingkat di kawasan Melayu Islam," katanya dipetik sebagai berkata oleh KiniTV.

Antara NGO yang membantah ialah Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas).


Tapak gereja yang dirancang dibina di Petaling Jaya, yang menjadi tumpuan satu demonstrasi hari ini, diberi milik dan diwartakan pada 2001 sebagai tempat ibadah, semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.

Ahli majlis (exco), Cynthia Gabriel berkata, tidak ada masalah dengan pembinaan gereja empat tingkat Praise Emmanuel Assembly itu kerana semua keperluan undang-undang sudah dipenuhi. "Tanah ini diwartakan pada 2001 di bawah BN.

Oleh itu, jika semua keperluan undang-undang dan prosedur diikuti, MBPJ tidak mendapati sebarang masalah dengan pembinaan gereja itu," Cynthia memberitahu The Malaysian Insider.

Beliau mengulas demonstrasi pagi ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan Islam bergelar Pertubuhan Sahabat membantah pembinaan gereja baru. NGO itu mengatakan sudah terdapat 3 gereja di sekitar kawasan itu, dan menambah, sebuah gereja baru tidak wajar dibina dalam kejiranan yang 70% daripada penduduknya beragama Islam.


ULASAN OMAK KAU:-



Ini dinamakan lepas ludah sampai keluar kahak pekat hijau, jilat dan hirup balik .... yang luluskan kerajaan negeri Selangor zaman Khir Toyo jadi MB.

Nampaknya Pak Kulup langsung tidak buat homework sebelum menerjah ... kalau jenis ini punya gred NGO betul-betul menghabiskan boghehlah .. tidak memberi kesan langsung sama ada jangka pendek atau panjang sokongan rakyat kepada UMNO/BN malahan akan memburukkan lagi keadaan.

Hentikan segera buat kerja yang menjadi bahan ketawa rakyat.

Nak tawan jiwa dan minda rakyat dengan fakta bukannya dengan auta .. berubahlah sikap dan gaya berpolitik NGO-NGO ini jika mau Selangor berubah pemerintah.

Cara politik kuno pupus tarikh ini perlu dihentikan sebab rakyat sudah boleh mendapat informasi di hujung jari ... zaman buat laporan polis hanya sekadar buat laporan sudah berlalu .. tiada siapa yang melarang membuat laporan polis tetapi biarlah berasas.

Sebab itu Najib tanpa segan silu akui beliau berasa malu dan letih dengan gaya gerak kerja UMNO Selangor ... contoh terbaik ialah perangai NGO-NGO yang dikepalai Pak Kulup.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

Tiada ulasan: