Nombor plat menteri, timbalan kena jadi contoh
- Ahli Parlimen Segambut-DAP, Lim Lip Eng (tengah) menunjukkan gambar menunjukkan nombor plat kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri tidak mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lobi bangunan Parlimen, di ibu negara, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN.
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang menggesa menteri dan timbalan
menteri supaya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan
memastikan nombor plat kenderaan rasmi mereka mengikut spesifikasi yang
ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menegaskan, pemimpin negara tidak sepatutnya mengamalkan sikap ‘double standard’ dengan mengenakan tindakan tegas terhadap rakyat sedangkan mereka sendiri didakwa ingkar kepada garis panduan nombor plat kenderaan JPJ itu.

"JPJ kata mesti mengikut Font, saiz, jarak dan tidak boleh
mengelirukan, malah kelmarin saya baca dalam surat khabar mereka
melonggarkan syarat-syarat, tapi nombor plat itu tidak boleh
mengelirukan.
"Tapi Isnin lalu saya dapati dua kenderaan milik seorang menteri dan timbalan menteri menggunakan nombor plat mengelirukan iaitu 505 dilihat seperti SOS.
"Font dan jaraknya terlalu rapat juga tidak ikut spesifikasi JPJ, perkara ini dilakukan menteri di Parlimen," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Bermula 1 November lalu, JPJ memulakan tindakan keras di seluruh negara terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan spesifikasi nombor plat dan lampu HID ‘head lamp’ yang tidak mematuhi standard.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, kira-kira 1,500 anggota akan terlibat dalam operasi itu yang akan dilaksanakan bersama-sama dengan anggota polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Saksi: Ahmad Sarbaini buntu babitkan nama rakan
- Kelihatan isteri kepada Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, Masiah@Maziah Manap bersama anaknya selepas membuat lawatan ke lokasi kejadian di mana Allahyarham itu ditemui mati tiga tahun lalu, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Pegawai syarikat logistik Wan Zainalabidin Wan Zaki,
yang kerap berurusan dengan kastam, memberitahu Mahkamah Tinggi hari
ini, bahawa Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed berada dalam keadaan
serba salah dan buntu kerana membabitkan namanya kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Wan Zainalabidin, 44, eksekutif kanan operasi eksport logistik Syarikat Schenker Logistik (Malaysia) Sdn Bhd, berkata, beliau ada menerima panggilan daripada Ahmad Sarbaini pada pukul 8.55 malam, 4 April 2011 dan daripada nada suara Penolong Pengarah Kastam Selangor itu, kedengaran seperti beliau dalam keadaan serba salah.
Wan Zainalabidin yang juga rakan kepada Ahmad Sarbaini berkata, melalui perbualan itu, Ahmad Sarbaini menyatakan bahawa beliau baharu keluar dari pejabat SPRM dan ada menyebut nama Wan Zainalabidin kepada SPRM.
"Apabila ditanya mengapa beliau (Ahmad Sarbaini) menyebut nama saya, Ahmad Sarbaini menyatakan dia jadi buntu dan tersebut nama saya. Ahmad Sarbaini juga ada menyatakan kepada SPRM yang saya ada bagi dia RM50 sebulan," katanya.
Wan Zainalabidin memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan kes tuntutan saman RM8 juta yang difailkan balu Ahmad Sarbaini, Masiah@Maziah Manap, 53, bersama anaknya, Shahril Ahmad Sarbani, 30, terhadap SPRM dan lapan lain berhubung kematian Ahmad Sarbaini di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, pada 6 April 2011.
Wan Zainalabidin berkata, rakannya itu ada menelefonnya pada keesokan hari (5 April 2011), lebih kurang 11 pagi dan meminta supaya tidak mengaku memberi wang RM50 kepadanya jika dihubungi pihak SPRM, namun belum sempat bertanyakan lebih lanjut mengenai perkara itu, Ahmad Sarbaini meletakkan telefon.
"Saya ada berjumpa dengan Ahmad Sarbaini pada pukul 5.15 petang, hari yang sama (5 April) dan dalam perjumpaan itu, Ahmad Sarbaini sekali lagi menyatakan dia buntu dan berada dalam keadaan tertekan sehingga menyebut nama saya kepada SPRM kerana hanya nama Schenker Zainal yang dia ingat dan nama itu berada dalam telefonnya," kata Wan Zainalabidin ketika disoal peguam Ho Kok Yeaw, mewakili keluarga Ahmad Sarbaini.
Wan Zainalabidin, yang bekerja selama 21 tahun di Schenker sejak 1990, berkata, selain kerap berurusan dengan Ahmad Sarbaini bagi urusan kerja harian, mereka juga banyak berbincang mengenai hal agama seperti urusan mandi jenazah.
Di awal prosiding, rakan sekerja Ahmad Sarbaini, Azman Jusoh, 48, memberitahu mahkamah, Ahmad Sarbaini pernah menceritakan pengalamannya sewaktu ditahan SPRM ketika disoal siasat berhubung dakwaan rasuah.
Azman yang juga Penolong Kanan Pengarah Kastam II Negeri Perak berkata, Ahmad Sarbaini pernah memberitahu kepadanya bahawa dia diejek, diherdik serta diugut secara psikologi oleh beberapa pegawai SPRM di pejabat SPRM, Jalan Cochrane.
"Arwah diejek dan diherdik atas sebab memakai seluar uniform Jabatan Kastam dan antara kata-kata pegawai berkenaan adalah dia tidak layak memakai uniform itu atas kesalahan yang dilakukan dan ada juga melakukan provokasi dengan menyanyikan lagu Jabatan Kastam dengan nada mengejek," kata Azman yang juga pasangan beregu Ahmad Sarbaini dalam permainan tenis.
Prosiding di hadapan Hakim Datuk Kamaludin Md Said akan bersambung esok.
Pada 4 April lepas, Masiah dan anaknya, Shahril memfailkan saman dengan menamakan SPRM, kerajaan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengarah SPRM Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai lain iaitu Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L. Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Masiah mendakwa kematian suaminya disebabkan dibunuh secara tidak sah oleh defendan-defendan sehingga menyebabkan simati mengalami kecederaan yang serius, seterusnya mengakibatkan kematiannya selain mendakwa defendan melakukan serangan mental dan serangan sentuh terhadap simati.
Pada 26 September 2011, Mahkamah Koroner memutuskan tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kematian Ahmad Sarbaini.
Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Jalan Cochrane di sini, 6 April 2011.
Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. - Bernama
Pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah
berkata, mufti adalah tokoh penting dalam hierarki masyarakat Islam
dalam memimpin mereka menjalani hidup selaras dengan tuntutan dan
kehendak syariat agama berkenaan.
“Mereka perlu bersuara dan tidak perlu berasa takut untuk menyatakan pendapat dalam isu ini. Terdapat kira-kira 30 mufti dan timbalan mereka di seluruh negara, sekiranya bersatu padu sudah pasti dapat memberi isyarat yang jelas bahawa ajaran Islam perlu dipertahankan dalam apa juga cara.
“Tindakan ini juga semestinya dalam mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat dan membantu menyekat penambahan lelaki berpakaian seperti wanita di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mahkamah Rayuan kelmarin mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh Hakim Datuk Mohd. Hishamuddin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan.
Menurut Md. Daud, tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan negara boleh mengundang laknat Allah.
Ini kerana kata beliau, perkara berkenaan adalah secara terang-terangan bertentangan dengan kehendak dan hukum agama Islam pada saat Islam merupakan agama Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai khususnya golongan muda supaya menilai isu berkenaan dengan merujuk kembali kepada ajaran Islam bagi mengelakkan kekeliruan apabila perkara tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan.
“Mereka perlu melihat daripada sudut mengeluarkan hukuman itu atas dasar apa dan perlu menolaknya jika tidak berlandaskan ajaran Islam,’’ katanya.

Jangan undang laknat Allah – Md. Daud
10 November 2014 2:39 AM
KUALA
LUMPUR 9 Nov. – Golongan agamawan khususnya mufti dan timbalan mufti di
seluruh negara perlu bersuara dengan lebih lantang bagi menyekat
undang-undang yang membenarkan lelaki berpakaian seperti wanita atau
sebaliknya kerana perbuatan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
“Mereka perlu bersuara dan tidak perlu berasa takut untuk menyatakan pendapat dalam isu ini. Terdapat kira-kira 30 mufti dan timbalan mereka di seluruh negara, sekiranya bersatu padu sudah pasti dapat memberi isyarat yang jelas bahawa ajaran Islam perlu dipertahankan dalam apa juga cara.
“Tindakan ini juga semestinya dalam mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat dan membantu menyekat penambahan lelaki berpakaian seperti wanita di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mahkamah Rayuan kelmarin mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh Hakim Datuk Mohd. Hishamuddin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan.
Menurut Md. Daud, tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan negara boleh mengundang laknat Allah.
Ini kerana kata beliau, perkara berkenaan adalah secara terang-terangan bertentangan dengan kehendak dan hukum agama Islam pada saat Islam merupakan agama Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai khususnya golongan muda supaya menilai isu berkenaan dengan merujuk kembali kepada ajaran Islam bagi mengelakkan kekeliruan apabila perkara tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan.
“Mereka perlu melihat daripada sudut mengeluarkan hukuman itu atas dasar apa dan perlu menolaknya jika tidak berlandaskan ajaran Islam,’’ katanya.
Pemain Bolasepak Berprofil Tinggi Ditangkap Khalwat
Terima kasih kepada pembaca/pengunjung blog Suara Sukan, yang senantiasa mengikuti
perkembangan blog ini walaupun sepanjang bulan November ini, belum ada apa-apa
update yang besar , al-maklumlah kerja makan gaji, jadi kesibukan kerja membataskan
masa untuk duduk berkarya.
Sebut tentang pemain bolasepak berprofil tinggi ditangkap khalwat ini, sebenarnya
perkara ini berlaku sudah agak lama, iaitu ketika peminat bolasepak tempatan masih
lagi dengan demam Piala Malaysia, ketika itu saingan baru memasuki fasa suku akhir.
Penulis sengaja tidak mahu mendedahkannya ketika itu kerana tidak mahu ia
menganggu kerancakkan saingan Piala Malaysia.

Al-kisahnya - seorang rakan menghubungi penulis dan memberitahu ada pemain
bolasepak berprofil tinggi ditangkap khalwat bersama isteri orang, dalam satu serbuan
dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi 11Oktober lalu.
Tujuan rakan itu menyampaikan kepada penulis, bukan atas kapasiti penulis ni seorang

wartawan atau blogger, tapi kerana rakan kepada suami wanita itu yang juga merupakan
ahli sukan, juga merupakan rakan kepada penulis.
Menurut sumber yang turut sama terlibat dalam operasi, pemain yang mewakili sebuah

pasukan berprofil tinggi (sekarang ni sedang dipancing sebuah lagi pasukan berprofil
tinggi) dalam saingan Liga Super, singgah di rumah pasangannya berusia 28 tahun yang
sudahpun beranak dua itu, selepas beraksi mewakili pasukannya beraksi pada
perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia.
Hubungan antara pemain berusia 25 tahun yang juga pernah mewakili skuad Shahzan

Muda dan Perlis, dan wanita berkenaan dilaporkan sudah terjalin sejak 2 tahun lepas,
dan suami wanita itu pernah beberapa kali berjumpa dengan pemain itu untuk
menasihatkannya agar tidak berskandal dengan bini orang, namun tidak diendahkan.
Pemain itu, yang juga anggota skuad kebangsaan sejak penghujung 2007, memainkan

peranan penting dalam skuad negara sebelum tersisih akibat kecederaan, yang
menyaksikannya terlepas beberapa kejohanan utama seperti Sukan Sea 2009 Sukan
Asia 2010 dan Piala AFF Suzuki 2010.
Perkembangan ini nyata suatu yang cukup mengejutkan dan mengecewakan, apatah

lagi dikhabarkan ia telah sampai ke pengetahuan Presiden Persatuan Bolasepak
diwakilinya, yang sebelum ini beria-ria memancingnya untuk beraksi bersama
pasukan itu.
Pemain itu yang dihubungi Suara Sukan, mengesahkan memang dia yang terlibat

dalam tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut dan sekadar menjawab, “takpelah
awak tak tahu cerita sebenar, nak naikkan nama susah, tapi menjatuhkan orang senang..”
Kepada pemain tersebut, ini bukan soal tahu atau tidak perkara sebenar, setiap orang

yang ditangkap khalwat akan cakap benda sama. Yang peliknya anda tanpa segan silu
mengaku mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan yang sudah beranak 2, dan
langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Patutnya malu dengan diri sendiri.
Hasil siasatan seterusnya, pasangan berkenaan mengaku bukan suami isteri. -CARI Forum
Janda Muda Tak Insaf Buat Maksiat!
KUALA TERENGGANU – Seorang janda muda yang sebelum ini pernah dijatuhi
hukuman atas kesalahan berkhalwat, dilihat seolah-olah tidak pernah insaf apabila sekali
lagi dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, kelmarin, atas kesalahan
persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.
Walaupun ditangkap buat kali kedua dengan pasangan berbeza, janda berusia 25 tahun
dan berasal dari Kuala Ibai, di sini, dengan wajah selamba mengaku bersalah melakukan
kesalahan di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)
(Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan
luar nikah dengan pasangannya, seorang juruteknik, 29.
Susulan pengakuan bersalah itu, dia yang bekerja sebagai promoter itu dijatuhi hukuman
denda RM3,000 manakala pasangannya yang berasal dari Johor Bahru pula dikenakan
denda RM2,600.Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail turut memerintahkan agar kedua-dua
mereka dipenjarakan lima bulan jika gagal menjelaskan denda.
Berdasarkan fakta kes, pada 10 Oktober lalu, kira-kira jam 11 malam, sekumpulan
anggota penguat kuasa telah membuat pemeriksaan di sebuah bilik di Hotel YT Mid
Town, Jalan Tok Lam, di sini.
Selepas beberapa kali pintu bilik diketuk, seorang perempuan yang hanya memakai tuala
menampakkan coli serta seluar dalam membukanya sebelum pemeriksaan lanjut men-
jumpai seorang lelaki berseluar dalam sedang bersembunyi di dalam bilik air.
Mengapa menipu untuk bergaya?
SAYA masih ingat lagi sebuah insiden ketika saya
menuntut di UiTM Dungun pada tahun 1975. Suatu hari, tatkala berjalan
pulang dari kampus, teman sebilik saya, Halim mengadu pening.
Lantas kami singgah ke sebuah kedai ubat lalu bertanyakan Panadol kepada taukenya.
Lelaki itu menyerahkan sepapan pil. Seketika membelek pil yang dipeolehi, Halim mengembalikan ubat itu semula. ‘Kenapa engkau tak jadi beli Panadol, tu?’ tanya saya kehairanan tatkala kami melangkah keluar dari kedai itu. Sambil tergelak besar, Halim menjawab, ‘Tauke tu bukannya beri aku Panadol… tapi Panatot!’
Saya tidak pernah terjumpa lagi produk Panatot di pasaran. Tetapi Panatot adalah contoh sebuah produk ciplak atau tiruan. Dengan menggunakan jenama yang hampir sama dengan sebuah produk yang laris, Panatot mendapat keuntungan dengan cara mengelirukan pengguna.
Dalang di sebalik produk tiruan ini hidup senang-lenang dengan cara menipu.
Selain daripada produk ciplak, kita tahu terdapat banyak lagi produk cetak rompak. Cetak rompak lebih tidak bermaruah kerana menggunakan nama produk asal, walhal barang yang dijual itu adalah barang tiruan. Di antara punca keruntuhan industri muzik dan filem di Malaysia adalah akibat cetak rompak.
Salinan asal karya muzik dan filem itu dicuri dan kemudiannya disalin, dicetak dan dijual ke pasaran. Kadangkala, hasil cetak rompak itu lebih dahulu muncul di pasaran berbanding dengan karya original. Ia menjejaskan jualan karya asal lebih-lebih lagi apabila ia dijual dengan harga lebih murah.
Jika dahulu, produk cetak rompak mempunyai kualiti yang rendah. Kini, dengan kecanggihan teknologi, produk cetak rompak juga mempunyai kualiti yang sama. Para peminat yang menyukai muzik semata-mata tetapi tidak menghormati karya seni akan memilih barangan cetak rompak.
Busana, aksesori, beg, tas tangan dan kasut juga adalah di antara barangan cetak rompak yang popular. Pembelinya memilih barangan cetak rompak itu kerana jenamanya. Selain daripada itu, banyak sekali perisian cetak rompak seperti permainan, program, operasi, sistem dan aplikasi menjadi pilihan
Apakah mereka peduli menikmati harta intelek melalui barang curi? Tidak. Apakah mereka berasa bersalah? Tidak. Mengapa? Kerana jualan barangan cetak rompak begitu berleluasa hingga penggunaannya tidak lagi dianggap sebagai suatu kesalahan.
Malah, penjual dan pembeli sama-sama faham keperluan masing-masing. Penjual mahu buat duit. Maaf cakap, pembeli pula mahu bergaya dengan cara menggunakan barangan tipu!
Begitu pun, pembeli masih punyai pilihan. Tidak semua barangan yang mereka gunakan itu barangan cetak rompak kerana bukannya semua pakaian, aksesori, perisian mahupun cakera padat muzik di dalam koleksi seseorang itu adalah barangan cetak rompak.
Mungkin tidak sampai separuh pun barangan peribadi mereka adalah barangan tiruan. Jika kempen kesedaran sentiasa dibarakan mengenai tidak baiknya menggunakan barangan tiruan, ia akan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada para penggunanya.
Bagaimanapun, apabila bercakap mengenai barangan plagiat, ciplak, tiruan mahupun cetak rompak, ada satu lagi bentuk penipuan yang dilakukan oleh sebilangan anggota masyarakat kita semata-mata untuk bergaya. Caranya ialah dengan menipu kelulusan.
Daripada semasa ke semasa, kita akan temui si penipu kelulusan ini. Ia dilakukan oleh mereka yang gagal memperoleh kelulusan mengikut jalan yang diiktiraf dunia pendidikan.
Malangnya, ia dilakukan oleh mereka yang tinggi IQnya, tetapi rendah EQ dan SQnya. Ada yang mengaku Sarjana daripada sesebuah universiti terkenal di United Kingdom.
Padahal, dia tidak pernah menuntut di sana. Ada juga yang mengaku Profesor mahupun Doktor Falsafah yang membawa gelaran pakar daripada pelbagai institusi penyelidikan yang kita tidak pernah dengar.
Oleh kerana mereka bijak menyamar seperti orang pandai, maka mereka terpilih menyampaikan kuliah serta syarahan di pelbagai konvensyen. Kajian-kajian dan penemuan-penemuan yang entah daripada mana dikatakannya sahih.
Kita percaya dengan menghebahkan kehebatan mereka, memberi penghormatan besar kepada mereka termasuk pangkat dan darjat.
Namun, apakah bentuk penipuan yang lebih hebat daripada memplagiat, menciplak, memakai barangan tiruan, cetak rompak mahupun kelulusan palsu? Yang lebih hebat daripada itu tentulah mereka yang mempunyai pangkat dan gelaran palsu.
Kalaulah mereka mengaku berpangkat Datuk atau Tan Sri, itu boleh dianggap biasa. Tetapi, jika mengaku mempunyai darah keturunan dan kerabat Raja atau Tengku orang sebegitu memang dianggap berani ~ berani menipu hingga mati.
Mengapa manusia sanggup menipu untuk bergaya? Walaupun masing-masing boleh mempesona manusia lain dengan pelbagai bentuk penyamaran itu, apakah mereka tidak berasa apa-apa apabila bergelumang dengan alam penipuan?
Apa yang seseorang penipu itu nampak tatkala menatap wajahnya di cermin? Wajahnya atau wajah makhluk lain?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan