Jumaat, 7 November 2014

ORANG YANG NAK CEPAT KAYA DENGAN JALAN MUDAH SELALU TERTIPU...HATI2 PENIPU BERADA DIMANA2 TAK KIRA STATUS

Jordan sedia halang Israel
  • Penduduk Palestin membersihkan sebahagian kawasan al-Aqsa yang menjadi sasaran keganasan terbaharu, kelmarin. Penduduk Palestin membersihkan sebahagian kawasan al-Aqsa yang menjadi sasaran keganasan terbaharu, kelmarin.
1 / 1
AMMAN - JORDAN. Jordan mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk bertindak bagi menghentikan serangan Israel di Masjid al-Aqsa.

Kelmarin, Duta Jordan ke PBB, Dina Kawar turut menghantar surat kepada Presiden Majlis Keselamatan PBB dan mengutuk tindakan provokasi rejim Zionis ke atas masjid ketiga paling suci dalam Islam tersebut.

"Ia disifatkan sebagai satu perlanggaran yang serius dan tidak pernah berlaku sebelum ini," menurut Kawar. 

Difahamkan, Raja Jordan dinamakan sebagai penjaga al-Aqsa susulan daripada Perang Enam Hari pada 1967 yang telah mengubah landskap Baitulmaqdis.

Dalam perkembangan berkaitan, ratusan penduduk Palestin dilaporkan membuat rantaian manusia di Ramallah, Tebing Barat sebagai membantah insiden pencerobohan ke atas al-Aqsa yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Pegawai kanan Hamas, Hossein Abu Kweik turut mengecam tindakan keganasan yang dilakukan ke atas penduduk Palestin berikutan situasi semakin meruncing di kota suci tersebut, laporan dipetik dari Press TV.

Pasukan Khusus Inggris SAS Versus Pasukan Khusus Daulah Khilafah Di Kobane

Written By canang on Jumaat, 7 November 2014 | 11/07/2014 11:26:00 PG

LONDON, UK (Al-Mustaqbal Channel) – Tidak mampu merebut Kobane dari tangan Daulah Khilafah, Pasukan Khusus Inggris atau yang dikenal dengan SAS secara diam-diam dikirim ke Suriah untuk memerangi Daulah Khilafah Islamiyah. Sementara itu, Daulah sendiri juga telah memiliki Pasukan Khusus yang baru-baru ini dirilis keberadaannya. Apakah mereka akan saling menunjukkan kekuatannya di Kobane?

Pasukan SAS itu dikabarkan sudah menyeberang dari Irak untuk bergabung dengan pasukan Kurdi dan pasukan elite AS Delta Force untuk menyelamatkan kota Kobane dari serbuan Daulah Khilafah.

Tugas pasukan SAS di Suriah adalah memantau posisi pasukan Daulah, memberi arahan kepada pasukan Kurdi dan meminta bantuan serangan udara AS dalam upaya untuk mengakhiri pengepungan yang sudah berlangsung selama enam pekan dan menewaskan setidaknya 800 orang itu.

“Pasukan SAS sudah berada di sekitar kota Kobane selama beberapa pekan dan perlahan-lahan berhasil mengurangi ancaman Daulah terhadap Kobane,” ujar seorang sumber.

Kita lihat saja bagaimana pertempuran di Kobane setelah pasukan SAS dari Inggris ini benar-benar hadir di kota yang terletak di perbatasan Suriah-Turki ini. Wallahu a’lam bis showab!
Syok sendiri...


Hutang negara RM568.9 bilion, 52.8% daripada KDNK
  • Najib Tun Razak
1 / 1
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2014 adalah sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, 97.1 peratus atau RM552.7 bilion adalah hutang domestik, sementara bakinya RM16.2 bilion atau 2.9 peratus merupakan pinjaman luar pesisir.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kedudukan hutang kerajaan itu kekal terurus di bawah 55 peratus daripada KDNK dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Najib berkata, hutang Kerajaan Persekutuan tahun lepas adalah sebanyak RM547.6 bilion atau 54.7 peratus daripada KDNK, manakala bagi 2012 pula sebanyak RM501.6 bilion atau 53.3 peratus daripada KDNK.
"Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan pada 2010 adalah sebanyak RM407.1 bilion atau 51.1 peratus daripada KDNK (dan) 2011 sebanyak RM456.1 bilion atau 51.5 peratus," katanya.
Najib berkata sehingga kini, kerajaan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual.
Beliau berkata, ia merupakan hasil daripada pengurusan hutang secara berhemat apabila pinjaman dibuat hanya untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan setelah mengambil kira kemampuan membayar balik.
"Bayaran khidmat hutang, yang merujuk kepada bayaran faedah ke atas pinjaman merupakan bayaran tanggungan mandatori yang perlu diberi keutamaan.
"Bayaran khidmat hutang dijangka kekal terurus pada 10.3 peratus daripada hasil, masih jauh di bawah paras 15 peratus seperti yang ditetapkan dalam peraturan pengurusan fiskal," kata beliau. - Bernama

Gadai gelang untuk dapat kereta
  • Ana menunjukkan barangan elektrik yang diterimanya. Ana menunjukkan barangan elektrik yang diterimanya.
1 / 1
SEREMBAN – Tertarik dengan tawaran hadiah kereta dan beberapa hadiah mewah lain, dua beranak sanggup memajak gadai gelang tangan emas dipakai.

Namun, impian memiliki Toyota Camry hanya bertukar jadi mimpi ngeri bila menyedari diperdaya sindiket gores dan menang.
Menceritakan kejadian, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ana, 35, berkata, sebaik sahaja sampai ke sebuah pasar raya di Seremban 2 di sini, dia didatangi dua lelaki dan seorang wanita yang menawarkan hadiah menerusi kad gores dan menang.
“Ketika itu, saya dan emak masih berada di dalam kereta dan mereka begitu bersungguh-sungguh mengetuk cermin kereta saya menawarkan untuk membuka kad peraduan.

“Disebabkan hanya perlu menggores saya ikut permintaan mereka. Saya dikatakan bertuah kerana menang hadiah istimewa dan juga baucar,” katanya.
Menurutnya, dia kemudiannya dibawa ke pejabat mereka di Bukit Kepayang di sini, bagi tujuan menuntut hadiah selain diminta menandatangani beberapa borang perjanjian.
Kata Ana, dia diberi penerangan berhubung syarat menuntut hadiah dan turut ditawarkan hadiah lebih lumayan iaitu kereta dan motosikal dengan syarat perlu membayar sejumlah wang.
“Saya cakap yang saya tiada duit, tapi mereka beria-ria memujuk kononnya saya boleh dapat kereta Toyota Camry dengan harga jauh lebih murah.

“Tanpa berfikir panjang saya dan emak sepakat pergi menggadaikan gelang tangan emas yang dipakai berjumlah RM13,000,” katanya.

Ana yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan berkata, selepas itu, dia diminta menyerahkan wang berkenaan untuk catatan nombor siri.

Seperti mengantuk disorongkan bantal dia mengikut kesemua arahan yang diminta, namun semuanya sudah terlambat.

“Selepas bagi duit dia minta saya ‘scan’ satu lagi kad dan saya diberitahu akan dapat hadiah tilam yang berharga RM53,000.

“Saya cakap tidak mahu dan dia beri pula alasan jika dia dapat mencari pembeli tilam tersebut dalam tempoh lima hari, saya akan mendapat wang harga tilam yang berjaya dijual. Memang ada rasa sangsi tapi tidak tahu lagi mahu buat apa dan ikut sahaja arahan mereka,” katanya.

Tahukah Anda? : 7 Perkara Isteri Anda Tidak Akan Beritahu

7 Perkara isteri anda tidak akan beritahu. Kenali personaliti isteri anda.

Mesti anda kerap dengar si jejak mengutarakan statement seperti " Aku tak paham lah perempuan ni! " atau " Perempuan sangat complicated. " Hal ini disebabkan, kita sebagai wanita (admin pasti ramai akan agree) sekejap okay, ceria, tiba-tiba tak ada hujan, tak ada ribut kita merajuk, bengang dan sebagainya. Jejaki diluar sana, kami kaum hawa bukan lah berkelakuan seperti itu tanpa apa-apa sebab. Semua emosi yang kami luahkan bersebab, hanya kadang-kala susah kami nak luahkan.
Admin ada baca satu artikel di MuslimVillage.com tempoh hari, seorang suami menulis artikel tersebut berdasarkan apa yang beliau telah pelajari tentang isterinya. Ada 7 perkara yang isteri anda tidak akan beritahu, tetapi anda perlu memahinya.



  1. Perkara paling asas, si isteri perlukan kasih sayang anda.
    Kaum hawa segan nak cakap walaupun pada suaminya sendiri, dia sentiasa memerlukan kasih sayang anda. Dia ingin anda tunjukkan yang anda kisah dengan apa yang berlaku disekelilingnya.



  2. Si isteri bosan.
    Hari-hari rutin yang sama, manusia mana yang tidak akan naik bosan? Bangun pagi sediakan sarapan, siapkan anak dan hantar ke sekolah. Hujung minggu kemas rumah. 365 hari perkara yang sama dilakukannya. Buat lah kejutan atau sesuatu yang special buatnya. Mungkin ada satu hari, si isteri bangun sahaja dari tidur, sarapan telah pun disiapkan dan baju telah dijemur, pasti mengukir senyuman di bibirnya.


  3. Si isteri ingin dipuji.
    Siapa tidak rasa happy bila dipuji? Selepas semua pengorbanannya untuk keluarga dan anak, isteri anda yang dulu cantik berseri, makin hari makin penat dan tidak bermaya wajahnya. Pujilah dia atas jasa yang telah dia lakukan. Ada juga kes si isteri tukar fashion rambutnya semata-mata untuk memberi kelainan pada suami tersayang. Bila suami pulang dari pejabat, penat melaram buka pintu ambilkan beg, tetapi si suami terus masuk bilik baring tidak sedar pun akan effort yang si isteri lakukan. Kaum Adam, alertlah. Walaupun perkara itu kecil, ianya sangat bermakna buat isteri.



  4. Cemburu
    Ini memang tidak dapat dielakkan. Janganlah anda bandingkan isteri anda dengan perempuan lain, tidak kisahlah selebriti mahupun ibu anda. Si isteri ingin menjadi satu-satunya wanita yang anda lihat di mata hati anda. Dia ingin rasa dia lah isteri paling istimewa kerana mengahwini anda. Jadi jagalah kata-kata anda, janganlah mengores hatinya.




  5. Si isteri ingin anda menjadi ketua agamanya.
    Si isteri mahukan seseorang yang boleh memimpinnya ke arah menjadi seorang muslim yang lebih baik, dia perlukan teguran yang membina. Lagi-lagi kalau nasihat itu datangnya dari suaminya sendiri lagi lembut hatinya untuk menerima teguran tersebut.



  6. Sebenarnya, si isteri tidak suka membebel
    Mesti ramai jejaka yang tertawa bila baca point ni dan merasakan admin ni berat sebelah. Tidak. Si isteri tidak gemar untuk bebel kepada anda, tetapi ada kalanya anda membuatkan si isteri tidak senang hati bila tidak dibebelnya. Contoh, anda pasti dah biasa duduk rumah bujang, salin baju tinggal sahaja di lantai, nanti-nanti kemaslah bila ada waktu lapang. Ataupun selesai makan terus letak sahaja pinggan mangkuk di singki sampai kering sisa makanan. Wahai abang-abang diluar sana, anda telah berumah tangga, perlulah mengambil responsibilities sebagai seorang suami. Isteri anda dah penat kemas rumah, pastikan rumah kelihatan bersih dan tersusun. Benda paling kecil anda boleh tolong ialah senangkan lah sedikit kerjanya. Baju tu letaklah ke dalam laundry basket, pinggan tu si isteri tidak minta pun basuh semua, hanya basuh yang part anda pun dah cukup bagus dah untuk isteri.



  7. Dan akhir sekali, si isteri hanya inginkan sebuah keluarga yang stabil dan bahagia bersama suaminya yang tercinta.
    Bila si isteri setuju untuk mengahwini anda, mereka bukan lah ingatkan perkara ini main-main seperti masa kita kecil dahulu main pondok-pondok. Si isteri memang sudah bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai seorang isteri dan bakal ibu. Anda sebagai suami haruslah bekerja sama dengan isteri anda untuk membina mahligai cinta yang paling kukuh dan bahagia.

Bagaimanapun katanya, sebaik sahaja sampai ke rumah dia mula yakin dirinya ditipu sehingga tidak lalu makan kerana menyesal cepat mempercayai hadiah lumayan ditawarkan.

“Semuanya berlaku sekelip mata dan saya sendiri menyesal kerana tersilap langkah,” katanya.
Yang mana pilihan anda?

Rogol anak hingga mengandung
  • Lelaki berusia 49 tahun ini, mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak gadisnya sehingga melahirkan dua anak yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan. Lelaki berusia 49 tahun ini, mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak gadisnya sehingga melahirkan dua anak yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan tidak layak digelar bapa apabila sanggup bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan dua orang anak, yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.

Semalam, di Mahkamah Sesyen berasingan, dia yang berusia 49 tahun itu mengaku salah atas dua pertuduhan merogol mangsa, yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik.

Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen 2, dia yang beralamat di Marang, mengaku salah merogol mangsa yang ketika itu baru berusia 14 tahun sebulan.

Dia mengaku salah di hadapan Hakim Murtazadi Amran melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam semak di belakang sebuah sekolah di Marang, antara jam 1 petang dan 6 petang, pada September 2009.

Mengikut pertuduhan kedua pula di Mahkamah Sesyen 3 di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman pula, dia mengaku salah mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa di lokasi dan waktu yang sama, pada Disember 2013 yang mana ketika itu mangsa berusia 18 tahun.

Dengan itu, dia mengaku salah melakukan perbuatan yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, kedua-dua hakim menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula bagi hukuman sementara menunggu laporan lengkap ujian DNA. Bagaimanapun, sebarang jaminan tidak ditawarkan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nazlyza Mohamad Nazri.
Artikel Berkaitan
 

Tiada sebab untuk turunkan harga minyak, kata Ahmad Maslan


Datuk Ahmad Maslan mengatakan kerajaan masih membayar subsidi sebanyak RM0.12 sen seliter bagi RON95, oleh itu harga minyak belum boleh diturunkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2014. Datuk Ahmad Maslan mengatakan kerajaan masih membayar subsidi sebanyak RM0.12 sen seliter bagi RON95, oleh itu harga minyak belum boleh diturunkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2014. Putrajaya masih belum memutuskan untuk menurunkan harga minyak walaupun harga pasaran minyak mentah dunia terus menunjukkan trend penurunan, kata Datuk Ahmad Maslan.
Timbalan menteri kewangan itu berkata, pada ketika ini kerajaan masih membayar subsidi sebanyak RM0.12 sen seliter bagi RON95.
"‎Sekiranya harga minyak mentah turun di pasaran hingga Disember 2014, secara relatifnya purata harga minyak mentah 2014 tidak jauh dari anggaran asal tahun ini," katanya ketika penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2015 di Dewan Rakyat hari ini.
"Persoalan untuk menurunkan harga minyak  masih belum berbangkit kerana sekarang ini kerajaan masih beri subsidi 12 sen satu liter bagi RON95."
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan masih lagi mengkaji langkah terbaik sekiranya harga minyak mentah dunia terus mengalami penurunan.
"Langkah terkenal selalu dibuat adalah dengan menurunkan harga. Itu yang memang biasa dibuat, ataupun kita bercadang untuk mengenakan cukai jualan.
"Namun cukai jualan ini tidak lama kalau kalau kita laksanakan iaitu hanya sehingga 1 April 2015 kerana digantikan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana petrol dikecualikan ‎daripada cukai tersebut," katanya.
Kebimbangan mengenai penghapusan subsidi dibangkitkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pada sidang medianya semalam.
Ahli Parlimen Pandan itu juga menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan adakah beliau mahu menghapuskan subsidi tanpa menurunkan harga petrol.
"Kalau sudah mencecah AS$73, tetapi kerajaan masih enggan menurunkan harga... ini bermaksud ada satu perubahan besar dalam negara kita, kerana buat pertama kalinya dalam sejarah, kerajaan berhenti membayar subsidi kepada rakyat," katanya.
Ahmad berkata, kerajaan tidak pernah mengenakan cukai jualan iaitu sebanyak RM0.58 sen seliter untuk petrol RON95.
"Sepatutnya harga menjadi RM2.88 untuk RON95 tetapi kerana kerajaan BN amat baik pada rakyat tidak kena subsidi, tapi tidak kenakan cukai jualan," katanya.
Pada masa sama Ahmad mengakui penurunan harga minyak akan memberi kesan kepada pengurangan harga barang.
"Kita amat berharap agar harga minyak turun untuk menurunkan harga barang," katanya.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke bangun bertanyakan kepada Ahmad yang sebelum ini menafikan kenaikan harga minyak akan beri kesan kepada kenaikan harga barangan.
"Menteri kata sebelum ini apabila subdidi dikurangkan, minyak naik tapi harga barang tak naik, tapi sekarang ini mengakui ia sememangnya menjejaskan harga barangan," kata setiausaha pengelola DAP itu.
Ahmad berkata, peningkatan harga barang itu tidak selaras dengan kenaikan harga minyak apabila ada peniaga yang mengambil kesempatan daripada situasi tersebut.
"Tapi ini takkan terjadi kalau tidak ada permintaan pengguna, kalau tak nak barang naik janganlah beli, jadi peniaga tidak ada pilihan perlu mengurangkan harga," katanya. – 6 November, 2014.8:26AM - 7 Nov 2014

Lamanweb lapor buku dakwa rasuah terhadap Taib digodam

Bruno Manser Fund (BMF) mendakwa bahawa kerajaan Malaysia dikesan menggodam laman web yang memuatkan laporan mengenai buku ‘Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia’ tulisan Lukas Straumann.

Buku tersebut mndakwa berlaku amalan rasuah di pihak bekas ketua menteri Sarawak itu yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya berhubung dengan industri pembalakan di negeri itu.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BMF semalam mendakwa
Environment News Service (ENS) yang berpangkalan di di Amerika Syarikat melaporkan bahawa laman webnya diserang kerana menyiarkan laporan mengenai buku tersebut.

"Sejurus selepas siaran akhbar anda mengumumkan buku itu dihantar, server ENS dan World-Wire teruk diserang. Pasukan keselamatan kami mengesan laluan kembali kepada kerajaan Malaysia. Mereka berjaya menutup server kami selama kira-kira dua jam, "kata kenyataan itu.

Penulis buku itu, Straumann, yang yang pengarah eksekutif BMF, berkata serangan terhadap laman web ini mengejutkan kerana ia adalah haram untuk berbuat demikian.

Pihaknya menuntut penjelasan daripada kerajaan Malaysia dan jaminan bahawa pegawai-pegawai Malaysia tidak akan melakukan apa-apa langkah-langkah lanjut untuk menghalang pengedaran dan laporan mengenai buku itu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

siapa di tipu dengan gores dan menang
boleh call mr.khoo...
minta tolong dapat duit u balik
0148388572