2:49PM - 25 Nov 2014
Aktivis ingatkan MB: Yang sombong dah tumbang
Penduduk sekitar Keramat, Kuala Lumpur hari ini menyerahkan
memorandum kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali bagi menuntut
kerajaan negeri membatalkan projek pembangunan kontroversi itu.
Bukan itu sahaja, mereka mahu projek perumahan mewah di tengah-tengah kawasan majoriti Melayu itu digantikan dengan pembangunan rumah mampu milik.
Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek Salleh Samad turut meminta supaya Azmin berjumpa dengan penduduk untuk mendengar masalah mereka.
Katanya, pada Ahad lalu, beliau telah menghantar surat jemputan dialog bersama penduduk kepada Azmin, namun ADUN Bukit Antarabangsa itu tidak kelihatan.
"Terlampau banyak persoalan yang perlu kita rungkaikan sebab itu kita perlu menteri besar yang baru yang juga bekas pengerusi (syarikat negeri) PKNS untuk berjumpa dengan penduduk.
"Kita tak mahu adanya pilih kasih. Dia (Azmin) pun wakil rakyat untuk kawasan Taman Keramat. Saya tak faham kenapa bila penduduk panggil untuk turun, dia tak turun juga. Banyak persoalan di situ.
"Sedegil-degil (Tan Sri) Khalid dulu dan sombongnya Othman (bekas pengurus besar PKNS), dengan kuasa tuhan dia tumbang. Dia sendiri jatuh disebabkan kawan dia. Sekarang kawan (Azmin) naik, kita tak mahu projek ini diteruskan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiee di perkarangan bangunan Sultan Salahuddin Idris Shah, Shah Alam.
Sebelum itu, Salleh bersama kira-kira 10 orang penduduk membawa kain rentang bertulis "Kami mahu pembangunan mampu milik" sambil melaungkan "kami tak mahu projek Datuk Jelatek".
Projek Datum Jelatek menjadi kontroversi susulan dakwaan Badan Bertindak Datum Jelatek Januari tahun lalu bahawa projek itu disokong kerajaan Selangor pimpinan Khalid ketika itu.
Projek Datum Jelatek di atas tapak 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek itu kini menumpukan kepada projek pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah dengan harga seunit hampir sejuta ringgit, hotel, pejabat dan pusat membeli-belah.
Bagaimanapun ia mendapat bantahan daripada penduduk setempat yang merasakan pembinaan di kawasan itu tidak bersesuaian.

Adun BN tolak peruntukkan RM200,000
SHAH ALAM - Semua 12 Adun BN Selangor menolak peruntukan RM200,000
setahun yang diberi oleh kerajaan negeri dalam Belanjawan 2015 yang
dibentangkan pada persidangan Dun, semalam.
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, mereka menolak peruntukan itu kerana mempersoalkan keikhlasan kerajaan negeri yang memberi peruntukan RM700,000 setahun kepada setiap Adun PR.
"Kami Adun BN menyifatkannya satu bentuk penghinaan terhadap wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Apa beza kami dengan Adun PKR, Pas dan DAP kerana kami juga dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya.
Sepatutnya, Menteri Besar meletakkan prinsip keadilan ketika menyalurkan bantuan ini," katanya pada sidang media selepas membahaskan Belanjawan Negeri 2015 pada persidangan Dun di sini hari ini.
Semalam, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2015 berjumlah RM2.4 bilion mengumumkan peruntukan RM200,000 setahun itu kepada setiap Adun BN, mulai tahun hadapan.
Mohamed Azmin berkata peruntukan berjumlah RM2.4 juta yang diberi kepada 12 Adun BN itu adalah bagi membolehkan mereka melaksanakan program mesra rakyat, selain memastikan semua wakil rakyat tanpa mengira parti politik dapat bersama-sama berkhidmat kepada rakyat.
Bagaimanapun, peruntukan bagi Adun PR untuk tujuan program mesra rakyat ditambah RM100,000, menjadikannya RM700,000 setahun.
Terdahulu, Mohd Shamsudin ketika membahaskan belanjawan itu menegur langkah kerajaan Selangor yang kononnya membentangkan bajet berimbang setiap tahun, namun pada akhirnya memohon belanjawan tambahan pada sidang dewan seterusnya.
Beliau berkata, kerajaan negeri PR membentangkan bajet defisit sejak 2009 sehingga bajet 2015 yang mencatat defisit RM450 juta.
Beliau juga mempertikaikan peranan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak memberikan sumbangan besar bagi meningkatkan kemajuan ekonomi negeri. - Bernama
SHAH ALAM - Penjawat awam di Selangor bakal menikmati bonus sebanyak setengah bulan gaji pada 18 Disember depan.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, pemberian bonus akhir tahun itu dilakukan bagi membantu penjawat awam bagi menghadapi persediaan untuk persekolahan anak-anak.
"Sebuah kerajaan yang efisyen dan kuat adalah hasil daripada sinergi dan usaha sama pentadbiran awam.
"Pemberian bonus ini dilakukan atas sumbangan mereka (penjawat awam) dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Belanjawan Selangor 2015 yang berlangsung di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.
Jelas beliau lagi, pemberian bonus tersebut dibuat bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang mengurus dan membantu menyelaras pelbagai sektor pentadbiran dan pembangunan di negeri tersebut.
KAMPALA:"Video
kanak-kanak yang dipukul ini amat menggemparkan. Sebarang perbuatan
mendera atau keganasan terhadap kanak-kanak adalah tidak boleh
diterima,” kata ketua agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) di Uganda, Aida Girma.
Ibu bapa bayi tersebut yang curiga dan bimbang telah memasang CCTV tersebut ketika mereka keluar bekerja. Mereka terkejut apabila rakaman menunjukkan pembantu rumah berkenaan menolak anak perempuan mereka ke lantai.
Dia kemudian telah menendang muka dan perut bayi malang itu sebelum memijak bahagian belakang tubuhnya. Pembantu rumah tersebut kemudiannya mengheret bayi yang tidak bermaya itu keluar dari ruang berkenaan, lapor akhbar tempatan.
Ibu bapa bayi itu memberitahu akhbar New Vision bahawa anak mereka dalam keadaan trauma dan cedera.
Video yang menyentap perasaan itu kini telah ditonton dan dikongsi ribuan kali di media sosial.
Polis Uganda menahan seorang pembantu rumah atas dakwaan percubaan untuk membunuh selepas dia didapati mendera seorang bayi berusia 18 bulan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Jurucakap polis, Fred Enanga berkata, Jolly Tumuhiirwe, 22, telah ditahan atas dakwaan percubaan untuk membunuh. Dia akan dibicarakan di mahkamah pada 8 Disember ini.
Lihat Video di Bawah ini
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, mereka menolak peruntukan itu kerana mempersoalkan keikhlasan kerajaan negeri yang memberi peruntukan RM700,000 setahun kepada setiap Adun PR.
"Kami Adun BN menyifatkannya satu bentuk penghinaan terhadap wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Apa beza kami dengan Adun PKR, Pas dan DAP kerana kami juga dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya.
Sepatutnya, Menteri Besar meletakkan prinsip keadilan ketika menyalurkan bantuan ini," katanya pada sidang media selepas membahaskan Belanjawan Negeri 2015 pada persidangan Dun di sini hari ini.
Semalam, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2015 berjumlah RM2.4 bilion mengumumkan peruntukan RM200,000 setahun itu kepada setiap Adun BN, mulai tahun hadapan.
Mohamed Azmin berkata peruntukan berjumlah RM2.4 juta yang diberi kepada 12 Adun BN itu adalah bagi membolehkan mereka melaksanakan program mesra rakyat, selain memastikan semua wakil rakyat tanpa mengira parti politik dapat bersama-sama berkhidmat kepada rakyat.
Bagaimanapun, peruntukan bagi Adun PR untuk tujuan program mesra rakyat ditambah RM100,000, menjadikannya RM700,000 setahun.
Terdahulu, Mohd Shamsudin ketika membahaskan belanjawan itu menegur langkah kerajaan Selangor yang kononnya membentangkan bajet berimbang setiap tahun, namun pada akhirnya memohon belanjawan tambahan pada sidang dewan seterusnya.
Beliau berkata, kerajaan negeri PR membentangkan bajet defisit sejak 2009 sehingga bajet 2015 yang mencatat defisit RM450 juta.
Beliau juga mempertikaikan peranan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak memberikan sumbangan besar bagi meningkatkan kemajuan ekonomi negeri. - Bernama
Penjawat awam terima bonus pada 18 Disember
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, pemberian bonus akhir tahun itu dilakukan bagi membantu penjawat awam bagi menghadapi persediaan untuk persekolahan anak-anak.
"Sebuah kerajaan yang efisyen dan kuat adalah hasil daripada sinergi dan usaha sama pentadbiran awam.
"Pemberian bonus ini dilakukan atas sumbangan mereka (penjawat awam) dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Belanjawan Selangor 2015 yang berlangsung di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.
Jelas beliau lagi, pemberian bonus tersebut dibuat bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang mengurus dan membantu menyelaras pelbagai sektor pentadbiran dan pembangunan di negeri tersebut.
Lapan jalan di ibu negara guna nama baharu berkuatkuasa esok
Penamaan semula akan melibatkan lapan batang jalan raya dan papan tanda baharu akan mula dipasang pada 26 November. Foto ITS
KUALA LUMPUR, 24 November:
Beberapa jalan utama di ibu negara
akan dinamakan semula sempena nama mantan-mantan Yang di-Pertuan Agong
berkuatkuasa Rabu (esok).
Satu pekeliling daripada Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) yang ditandatangani oleh Pengurus Perancangan
Korporatnya, Dr Ismail Stapa, papan tanda yang mengandungi nama-nama
baharu bagi jalan-jalan berkenaan akan mula dipasang pada 26 November.
Menurut jurucakap DBKL ketika dihubungi The Rakyat Post,
penamaan semula itu melibatkan lapan batang jalan raya serta telah
dimaklumkan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran DBKL untuk
tindakan selanjutnya.
Jalan-jalan yang dinamakan semula itu adalah:-
– Jalan Duta akan ditukar ke Jalan Tunku Abdul Halim (sepanjang 4.3km)
– Jalan Khidmat Usaha akan ditukar ke Jalan Sultan Haji Ahmad Shah (sepanjang 1.243km)
– Jalan Ipoh (dari Persimpangan Jalan Segambut hingga Persimpangan
Jalan Pahang) akan ditukar ke Jalan Sultan Azlan Shah (sepanjang 2.5km)
– Persiaran Duta akan ditukar ke Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin (sepanjang 1.764km)
– Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan ditukar ke Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin (sepanjang 1.132km)
– Lebuhraya Mahameru akan ditukar ke Lebuhraya Sultan Iskandar (sepanjang 3.527km)
– Persiaran Mahameru akan ditukar ke Persiaran Tuanku Ja’afar (sepanjang 1.852km)
– Jalan Semarak akan ditukar ke Jalan Sultan Yahya Petra (sepanjang 1.918km)
Maklumat yang sama turut dihebahkan oleh
syarikat Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) melalui laman
web serta twitternya pagi ini.
The Rakyat Post juga
dimaklumkan oleh jurucakap berkenaan, satu majlis perasmian sempena
penukaran nama baru untuk semua jalan berkenaan juga akan diadakan dalam
waktu terdekat.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan tarikh atau butiran lanjut mengenai rasional penamaan jalan-jalan itu.
“Buat masa ini, tarikh untuk majlis
perasmian masih belum ditentukan lagi dan berkemungkinan akan dibuat
selepas papan tanda siap dipasang,” katanya kepada The Rakyat Post.
Tidak lama dahulu media tempatan
pernah melaporkan mengenai penukaran nama lebih 500 jalan di Wilayah
Persekutian Kuala Lumpur pada tahun 1980-an.
Antara rasional yang diberikan ketika
itu ialah bagi menggantikan nama dalam bahasa Inggeris atau yang
menggunakan nama tokoh-tokoh penjajah kepada nama dalam bahasa
kebangsaan, selaras dengan dasar kerajaan Persekutuan.
Alasan lain adalah memudahkan posmen, anggota polis serta kakitangan DBKL menjalankan tugas.
VIDEO Bayi Didera Pembantu Rumah 'Binatang' Tersebar
Ibu bapa bayi tersebut yang curiga dan bimbang telah memasang CCTV tersebut ketika mereka keluar bekerja. Mereka terkejut apabila rakaman menunjukkan pembantu rumah berkenaan menolak anak perempuan mereka ke lantai.
Dia kemudian telah menendang muka dan perut bayi malang itu sebelum memijak bahagian belakang tubuhnya. Pembantu rumah tersebut kemudiannya mengheret bayi yang tidak bermaya itu keluar dari ruang berkenaan, lapor akhbar tempatan.
Ibu bapa bayi itu memberitahu akhbar New Vision bahawa anak mereka dalam keadaan trauma dan cedera.
Video yang menyentap perasaan itu kini telah ditonton dan dikongsi ribuan kali di media sosial.
Polis Uganda menahan seorang pembantu rumah atas dakwaan percubaan untuk membunuh selepas dia didapati mendera seorang bayi berusia 18 bulan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Jurucakap polis, Fred Enanga berkata, Jolly Tumuhiirwe, 22, telah ditahan atas dakwaan percubaan untuk membunuh. Dia akan dibicarakan di mahkamah pada 8 Disember ini.
Lihat Video di Bawah ini
http://ooomedianetwork.blogspot.com/2014/11/video-bayi-didera-pembantu-rumah.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan