Lelaki rugi RM30,000 tanggung kekasih mak nyah
pada 17-11-2014 07:11
SHAH ALAM: Seorang lelaki menanggung kerugian kira-kira RM30,000
selepas mendapati kekasih yang ditanggung perbelanjaan selama hampir
setahun itu merupakan lelaki yang menyerupai wanita.
Impiannya untuk bahagia dengan 'wanita' itu musnah selepas beliau
secara tidak sengaja mengetahui jantina sebenar kekasihnya ketika
berkunjung ke sebuah pusat hiburan, tiga hari lalu.
Menurut sumber, kakitangan syarikat swasta berusia 26 tahun itu
langsung tidak menyangka kekasihnya berusia 20-an sebenarnya seorang
lelaki sehingga secara tidak sengaja tersentuh bahagian sulit
pasangannya itu ketika berkunjung ke pusat hiburan itu.
Katanya, terkejut dengan perkara itu lelaki terbabit cuba mendapatkan
penjelasan dan kepastian mengenai identiti pasangannya itu sebelum dia
mengakui seorang mak nyah.
“Pengakuan itu amat mengejutkan lelaki itu kerana sebelum ini dia
langsung tidak mengesyaki identiti sebenar pasangannya berikutan
berperwatakan lemah lembut serta kecantikan dimilikinya membuatkan dia
yakin kekasihnya itu wanita.
“Lelaki itu mendakwa membelanjakan banyak wang termasuk menggunakan
simpanan sepanjang perkenalan mereka semata-mata untuk membuktikan kasih
sayangnya terhadap kekasihnya itu,” katanya.
Susulan itu, lelaki itu yang merasai dirinya tertipu membuat laporan di
Balai Polis Pusat Miri, kelmarin, selepas gagal menghubungi bekas
kekasihnya itu sebaik tembelangnya terbongkar.Sementara itu, jurucakap
polis berkata, pihaknya menerima laporan kes itu.
Adik MB Selangor, Azwan Ali Dikecam Kerana Berhijab
Pengguna laman sosial pada ketika ni gempar dengan pemakaian Azwan Ali yang memakai hijab seolah menyerupai fesyen artis tempatan terkenal iaitu Yuna.
Foto itu dipercayai dimuat naik menerusi Instagram rasmi Azwan Ali dan mendapat kencaman serta kritikan hebat oleh peminat.
Tinjaun SuaraTV mendapati, punca Azwan Ali berpakaian perempuan mungkin disebabkan keputusan Makhamah Rayuan yang membenarkan lelaki muslim berpakaian wanita dinegara ini.
Terdahulu, Makhamah Rayuan memutuskan bahawa lelaki transgender islam kini boleh berpakaian wanita atas dasar kebebasan asasi rakyat Malaysia seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
Mahkamah Rayuan, dalam satu keputusan penting sebelum ini mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.
Beliau berkata keinginan untuk berpakaian seperti wanita dan diiktiraf sebagai seorang wanita dikenal pasti sebagai sebahagian masalah dari segi perubatan dan tiada rawatan farmakologi atau terapi psikologi yang telah dibuktikan secara saintifik bagi mengatasi masalah seperti itu.
Hakim Hishamudin berkata penghidap GID akan terus hidup dalam keadaan tidak pasti, sengsara dan rasa malu sekiranya Seksyen 66 masih dikuatkuasakan, dan menurutnya ketetapan itu telah mewujudkan keadaan tidak selamat dan terdedah kepada penghinaan dalam kehidupan lelaki Islam yang menghidap GID.
“Undang-undang sedia ada menghukum golongan transeksual yang mempamerkan gender mereka, mencemarkan maruah dan nilai individu yang menghidap GID dalam masyarakat kita. Seksyen 66 secara langusng menjejaskan hak mereka untuk hidup secara bermaruah seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sekiranya nilai mereka sebagai anggota masyarakat diketepikan,” katanya.
Hakim Hishamudin berkata Seksyen 66 Enakmen Negeri Sembilan, yang menghukum lelaki Islam berpakaian atau berkelakuan seperti wanita di tempat awam, tidak memberi pengecualian kepada penghidap GID tetapi meminggirkan mereka (penghidap GID) dan secara tidak adil membolehkan mereka diambil tindakan undang-undang.
Situasi adalah berbeza bagi lelaki Islam yang menghidap GID berbanding dengan lelaki Islam normal, katanya dan menurutnya berikutan perbezaan itu, mereka tidak wajar dilayani sama seperti lelaki Islam normal.
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan, sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang tidak sah.
Mahkamah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu bagi diisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan.
Mereka mendakwa Seksyen 66 tidak terpakai terhadap mereka yang merupakan penghidap GID dan mereka telah menyerahkan laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan mereka menghidap masalah itu iaitu mereka mempunyai kecenderungan untuk berpakaian seperti wanita kerana mereka berpendapat naluri dan identiti mereka sebenarnya adalah wanita.
Hakim Hishamudin berkata Seksyen 66 menafikan hak penghidap GID terhadap kebebasan bergerak kerana mereka tidak boleh keluar daripada rumah mereka dan bergerak bebas di Negeri Sembilan tanpa terdedah kepada risiko ditahan dan dihukum mengikut seksyen itu.
Beliau berkata seksyen itu juga menjejaskan hak penghidap GID terhadap kebebasan bersuara kerana mereka dilarang memakai pakaian dan jenis pakaian pilihan mereka.
Hakim Hishamudin berkata penghakiman Mahkamah Tinggi bahawa golongan transeksual yang memakai pakaian wanita terdorong untuk manjalin hubungan homoseksual, yang menjadi punca HIV, adalah tidak disokong dan dibuktikan dan hanya berdasarkan pandangan peribadi dan prejudis.
Beliau berkata alasan hakim Mahkamah Tinggi itu adalah amat tidak adil kepada perayu dan lelaki Islam lain yang menghidap GID, dan menurutnya kes itu tidak ada kaitan langsung dengan homoseksual dan kes itu semata-mata tentang lelaki Islam yang menghidap GID.
Katanya mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujahan Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Iskandar Ali Dewa yang berkata ketiga-tiga perayu menghidap masalah mental.
“Ini tidak masuk akal dan satu penghinaan untuk mencadangkan bahawa perayu-perayu dan transgender yang lain adalah individu yang menghidap masalah mental,” katanya.
Hakim Hishamudin berkata hujahan Aston Paiva, peguam yang mewakili ketiga-tiga perayu adalah tepat apabila menyatakan kewujudan Perlembagaan Persekutuan membolehkan golongan minoriti mendapat pembelaan dan tidak menjadi mangsa diktator golongan majoriti.
Aurat Lelaki Yang Jarang Dibincangkan
Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.
Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.
Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.
Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.
Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.
Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?
Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.
Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.
Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.
Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.
Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas.
Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.
Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?
Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.
Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.
– Artikel iluvislam.com
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
10 Sifat Calon Suami Yang Baik
Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
- Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
- Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
- Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
- Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
- Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
- Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
- Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
- Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
- Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
- Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Sumber: http://www.soleh.net/
Isteri Eizlan Yusof fail pengesahan lafaz cerai
KUALA LUMPUR - Isteri kepada pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof, Datin
Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.
Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.
"Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan," katanya.
Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir.
Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.
Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku defendan tidak diwakili peguam.
Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta pihak-pihak hadir bersama saksi.
Eizlan yang juga merupakan penerbit eksekutif dan ahli pernigaan itu bernikah dengan Vie Santie pada 7 Julai 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun.
Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.
"Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan," katanya.
Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir.
Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.
Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku defendan tidak diwakili peguam.
Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta pihak-pihak hadir bersama saksi.
Eizlan yang juga merupakan penerbit eksekutif dan ahli pernigaan itu bernikah dengan Vie Santie pada 7 Julai 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun.
Artikel Berkaitan
- Isteri Eizlan Yusof fail pengesahan lafaz cerai
- Nur Liyana tarik balik permohonan fasakh
- Permohonan pengesahan lafaz cerai Abby ditangguh
- Fiza, Adam AF sah bercerai talak satu
- Aidil fail pindaan tuntutan hak penjagaan anak
- Benjy sah bercerai kali kedua
- A Aida dicerai talak dua
- Proses penceraian Noniswara tertangguh
- Jeslina sah cerai talak satu
- Proses cerai Jeslina Hashim tangguh
Ikhtiar untuk merawat demam panas
Bagi pasangan suami isteri kebanyakan pernah merasai betapa susahnya menjaga anak yang mengalami demam panas. Saat suhu badan anak melepasi paras 38 darjah celcius selepas diukur dengan alat pengukur demam maka perasaan runsing dan risau serta penuh pengharapan untuk melihat anak-anak mereka kembali normal seperti hari yang sebelumnya.
Pengalaman menyediakan ubat bontot, mengelap badan anak setiap masa, memandikan anak diwaktu dinihari adalah ikhtiar ibubapa untuk mengelakkan suhu badan anak menjangkau suhu yang terlalu tinggi. Itulah kepentingan ilmu asaS pengubatan anak-anak sangat penting kepada ibubapa.
Pengalaman ibubapa mungkin tidak sama antara satu sama lain.Namun begitu dalam bidang pengubatan Islam, terdapat cara yang boleh kita amalkan serta ikhtiarkan untuk merawat penyakit demam panas ini seperti berikut:
DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyr
4. Doa demam panas
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka”
KAEDAH RAWATAN
Bacakan kesemua doa dan ayat di atas, kemudian dihembuskan atas segelas/sebotol air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini.
As-Syifa’ Melaka
9 Foto Terbaru Farah Quinn Juri Maha Raja Lawak Mega 2014 Dari Indonesia
Title : 9 Foto Terbaru Farah Quinn Juri Maha Raja Lawak Mega 2014 Dari Indonesia
Description :
Rating : 5
Description :
Rating : 5
Luluh Hati Bila Ku Lihat Suami Projek Dengan Kekasih Gelap Atas Katil
Luluh hati seorang isteri apabila melihat suaminya memadu asmara bersama
‘kekasih gelap’ di dalam bilik tidur di kediaman mereka di Chow Kit di sini.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin. Wanita berusia 30-an itu
dikatakan baru pulang dari kerja sebelum terserempak adegan maksiat itu.
Sumber polis berkata, mangsa mulanya menyangka suami tiada di rumah
kerana lampu kediaman tidak dibuka sebaik dia membuka pintu kediaman.
“Bagaimanapun sebaik masuk ke dalam bilik dan membuka suis lampu,
wanita terbabit terkejut apabila melihat suaminya berlaku curang bersama
seorang wanita tidak dikenali.
“Tindakan lelaki terbabit membawa kekasih ke dalam bilik tidur menyebabkan
wanita terbabit berang sebelum memarahi suaminya selain menghalau mereka
keluar.“Pertengkaran mereka menjadi ganas apabila lelaki terbabit sebaliknya
bertindak ganas menumbuk muka isterinya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan