Audit: Program JBSN tidak selaras objektif bantuan
Salmiyah Harun, | 03 Okt 2013 |
Menurut Ketua Audit Negara, Garis Panduan Pemberian Bantuan (GPPB) JBSN menyatakan antara permohonan yang tidak akan dipertimbangkan ialah melibatkan skop program atau aktiviti yang tidak dibenarkan iaitu berbentuk lawatan, pembelian aset, pegubahsuaian pejabat serta baik pulih bangunan dan pembinaan pejabat.
Bagaimanapun Laporan Audit mendapati Jawatankuasa Pemberian Bantuan JBSN telah meluluskan empat program pemberian bantuan yang berunsurkan lawatan dengan kos RM585,000.
Ianya melibatkan lawatan NGO Majlis Belia Negeri Pulau Pinang ke Vietnam dan lawatan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) ke Program Integrasi Belia Serumpun Malaysia dan Indonesia, Program Sembang-sembang Mesra belia luar negara di Rusia dan Jepun dan Program Pertukaran Malaysia Cina 2012.
Semakan Audit juga mendapati Jawatankuasa Pemberian Bantuan di peringkat
kementerian telah meluluskan permohonan bantuan bagi tujuan pembelian aset.
Pada tahun 2011 pembelian aset melibatkan Pembangunan Sistem Profil Belia Malaysia (Register Viters Information System (Marvis) berjumlah RM400,000 yang di salurkan melalui Majlis Belia Felda Malaysia.
Semakan audit mendapati sebahagian bantuan aktiviti diluluskan digunakan bagi tujuan pembelian aset ianya melibatkan perbelanjaan berjumlah RM2.34 juta.
Antaranya, membeli peralatan muzik seperti 'drum set', 'morrison acc gitar', 'casio keyboard', 'microphone' dan termasuk caj penghantaran dengan jumlah bantuan yang diluluskan RM753,458. NGO yang terlibat adalah Majlis Muzik msia.
Manakala pada tahun 2011 sejumlah RM700,000 bantuan diluluskan telah digunakan oleh Persatuan Belia Negeri Pahang untuk membeli peralatan sukan.
Tahun 2012 jumlah bantuan yang dluluskan untuk program Ycare Stop Centre bernilai RM 852,000 namun jumlah yang digunakan oleh MBM untuk membeli aset adalah sebanyak RM122,150 sahaja.
KBS juga didapati menggunakan jumlah bantuan RM280,000 bagi tujuan pembinaan dan pembaikan bangunan.
Dalam pada itu Ketua Audit Negara menegaskan penggunaan peruntukan di bawah program pemberian bantuan kepada NGO bagi program yang diadakan untuk pegawai kementerian atau jabatan adalah tidak selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan.
Pemberian bantuan sebanyak RM18,000 turut digunakan untuk menampung sebahagian kos program latihan kepada pengawai kementerian.
Hasil semakan Audit juga mendapati sejumlah RM43,495 telah digunakan bagi
menampung kos penginapan urus setia yang merupakan pegawai JBSN JBS Negeri dari Semenanjung Malaysia yang terlibat untuk Program Sembang-sembang Belia 1 Sarawak dan Karnival Mesra Belia 1 Sarawak bagi bulan Februari hingga April 2011.
Selain itu, sejumlah RM105,700 dan RM29,000 telah digunakan bagi menampung kos sewaan kenderaan dan peralatan bagi kegunaan pegawai tersebut.
Q&A: Keliru status zakat dikeluarkan oleh bank
Ustaz Hamizul Abdul Hamid, | 03 Okt 2013 |
Saya pernah terdengar jawapan oleh seorang penceramah, bahawa jika kita menyimpan wang di dalam bank, dan bank itu mengeluarkan zakatnya pada setiap tahun, maka sebagai penyimpan, saya tidak perlu lagi mengeluarkan zakat atas wang yang saya simpan di bank berkenaan. Adakah benar kenyataan berkenaan?
Jawapan:
Terima kasih kerana mengajukan persoalan di atas dan semoga Allah SWT sentiasa memberkahi urusan kita dan menyelamatkan kita di akhirat, atas kesungguhan kita memahami dan melaksanakan tunutan ibadah zakat, amin.
Sememangnya benar, timbul persoalan yang agak meluas dalam kalangan umat Islam yang menyimpan wang mereka di dalam akaun di bank (sama ada akaun simpanan atau akaun semasa), iaitu adakah pihak bank telah pun mengeluarkan zakat atas wang simpanan mereka? Dan sekiranya pihak bank telah pun mengeluarkannya sebagai zakat, maka apakah mereka masih lagi perlu mengeluarkannya sebagai zakat?
Demi menjawab persoalan ini, pertama sekali harus kita fahami bahawa fiqh zakat menetapkan: “Tidak ada zakat yang sama atas harta yang sama sebanyak dua kali dalam tahun yang sama.”
Maka, para fuqaha menyatakan, andainya jelas wang yang kita simpan itu, katakan di dalam Bank ABC dan ia telah pun dikeluarkan zakatnya oleh pihak bank berkenaan bagi pihak kita, maka tidak perlulah lagi kita mengeluarkannya. Kerana, jika sekali lagi ia dikeluarkan, maka kita sudah menunaikan zakat yang sama atas wang yang sama dua kali pada tahun yang sama.
Namun begitu, perkara kedua yang saya fikir harus diteliti dengan lebih mendalam dalam isu zakat wang simpanan ini ialah, apakah benar pihak bank itu telah pun mengeluarkan zakat simpanan itu bagi pihak kita sebagai pendeposit atau penyimpan? Hal ini perlulah diperhatikan, kerana dibimbangi pihak bank hanya mengeluarkan zakat ke atas perniagaan yang mereka jalankan, dan bukannya atas wang yang disimpan.
Baiklah, apabila pihak bank hanya mengeluarkan zakat atas nama perniagaan, timbul persoalan seterusnya iaitu, siapakah yang berkewajipan atas zakat perniagaan berkenaan? Pastinya yang wajib mengeluarkan zakat perniagaan atas Bank ABC adalah pemilik bank berkenaan. Maka, adakah kita ini pemilik Bank ABC?
Jawapannya, pemilik Bank ABC adalah para pemegang saham bank berkenaan; manakala para pendeposit hanyalah merupakan entiti berasingan yang bersifat penyimpan, kita bukanlah pemilik Bank ABC. Maka, apabila Bank ABC mengeluarkan zakat atas perniagaan Bank ABC, yang sudah terlepas kewajipannya adalah para pemegang sahamnya, manakala para pendeposit masih lagi belum terlepas zakatnya.
Mungkin ada orang berhujah, bukankah wang yang disimpan itu jugalah yang diperniagakan? Jika wang itu diperniagakan, bukankah sudah memadai?
Baiklah, dalam hal ini kita kembali kepada niat awal seseorang itu, adakah semasa dia memasukkan wangnya maka ia dikira simpan atau melabur? Jawapannya, ia menyimpan. Jika melabur, maka ia hendaklah memasukkan wangnya ke dalam instrumen lain yang memang bersifat pelaburan.
Maka, di sini pun sudah jelas bahawa dia menyimpan, bukan memiliki Bank ABC berkenaan. Lagi satu, pelaburan ada untung dan rugi, jika dia menyimpan RM10 ribu, tiba-tiba bank berkenaan rugi, maka adakah memberi kesan kepada simpanannya? Tidak, kerana dia hanya menyimpan bukannya melabur, maka atas sebab itu dia wajib berzakat atas simpanannya, kerana niatnya menyimpan dan bukan untuk pelaburan (perniagaan).
Maka, andai pihak bank menyatakan mereka telah pun mengeluarkan zakat bagi bank mereka, para pendeposit atau penyimpan wang hendaklah bertanya kepada pihak bank, adakah mereka mengeluarkan zakat bagi pihak bank atas nama perniagaan atau penyimpan. Setakat yang saya maklumi, bank di Malaysia mengeluarkan zakat atas perniagaan mereka, dan bukannya atas pencarum mereka. Dalam konteks ini, pencarum masih wajib mengeluarkan zakat mereka biar pun zakat perniagaan sudah pun dijelaskan oleh pihak bank.
Ketiga, mungkin juga ada pihak yang berkata, bahawa bank-bank ini mengambil model pengurusan Tabung Haji bagi melunaskan zakat pendeposit mereka, kerana pihak Tabung Haji apabila sudah mengeluarkan zakat perniagaannya, maka semua pencarum atau pendepositnya tidak lagi perlu mengeluarkan zakat mereka secara berasingan.
Baiklah, suka saya nyatakan di sini bahawa, ada perbezaan yang ketara di antara Tabung Haji dan juga pihak-pihak bank. Apakah perbezaan itu? Perbezaannya adalah pada aspek pemilikan. Di Tabung Haji, apa yang kena kita tahu dan fahami ialah, Tabung Haji tidak dimiliki oleh pihak tertentu, sebaliknya semua pendeposit adalah pemilik Tabung Haji. Tiada pemegang saham yang memiliki Tabung Haji seperti mana bank; tetapi semua pihak yang menyimpan di Tabung Haji adalah pemegang saham, yakni pemilik Tabung Haji. Yang berbeza, semakin besar simpanan maka makin besar sahamnya dan makin besar keuntungannya.
Maka, atas sebab itulah di Tabung Haji, kita akan diberikan keuntungan saban tahun atas perniagaan yang mereka lakukan. Jika Tabung Haji untung, maka kita diberikan hasil keuntungan berkenaan dalam bentuk dividen. Ia menunjukkan, kita sebenarya bukanlah penyimpan; tetapi pelabur di Tabung Haji atau dalam erti kata mudah, kita adalah pemilik kepada Tabung Haji. Maka, apabila Tabung Haji sudah mengeluarkan zakat perniagaannya, bermakna wang yang disimpan (hakikatnya dilabur) di Tabung Haji itu, sudah pun dikeluarkan zakatnya oleh pihak Tabung Haji. Maka, tiadalah lagi zakat yang perlu kita keluarkan, kerana ia sememangnya sudah pun dizakatkan.
Kesimpulannya, selagi mana pihak bank mengeluarkan zakat atas nama zakat perniagaan, maka kita masih wajib mengeluarkan zakat simpanan di bank berkenaan. Kecuali Tabung Haji, kerana kita memang melabur di dalamnya dan apabila ia dikeluarkan atas nama zakat perniagaan, ia bermakna wang yang disimpan di Tabung Haji itu pun sudah dibersihkan dengan zakat berkenaan, wallahua’lam.
http://www.hamizul.com/
ROS 'berhutang' dengan DAP - Teresa Kok
Anis Nazri, | 03 Okt 2013 |
Naib Pengerusinya, Teresa Kok berkata ROS yang mengganggu DAP sejak pemilihan Jawatankuasa Teringgi (CEC) Disember lalu, sebaliknya dilaporkan Jabatan Audit Negara sebagai tidak cekap dalam menjalankan penguatkuasaan.
Justeru, katanya sesiapa yang menyebabkan berlakunya ketidakcekapan itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya, selain dikenakan tindakan.
Dalam kenyataannya kepada media, hari ini Laporan Audit 2012 merekodkan sebanyak 90 pertubuhan di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang tidak menyerahkan laporan organisasi mereka seperti sepatutnya, tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.
Di bawah Seksyen 14 Akta Pertubuhan 1966, organisasi yang berdaftar di bawah ROS mesti menyerahkan laporan di antara 60 hari selepas mesyuarat agung tahunan diadakan.
"Namun, dalam kes CEC DAP, ROS bersikap terpilih apabila membuat pendakwaan berhubung aduan yang diterima dan sengaja membesar-besarkan perkara tersebut sehingga terpaksa diadakan kongres khas baru-baru ini," kata beliau.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan ROS bahawa jabatan itu 'berhutang' dengan DAP dan rakyat untuk memberikan penjelasan mengapa DAP digesa membuat pemilihan semula CEC, sedangkan parti itu telah memberikan kerjasama sebaiknya sepanjang siasatan.
Teresa, yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut mengecam ROS yang tidak memberikan sebarang respons terhadap permohonan yang dikemukakan Pakatan Rakyat untuk mendaftarkan gabungan tersebut, walaupun sudah melebihi tiga tahun membuat permohonan itu.
Malah, kata Teresa di dalam Laporan Audit 2012 itu, ROS dinilai secara keseluruhannya sebagai 'tidak memuaskan' oleh Jabatan Audit Negara dan Abdul Rahman perlu bertanggungjawab terhadap jabatannya itu.
Melayu Umno mana baca audit tu...
Hambali Akram, |
Namun, suka saya mengingatkan anda semua bahawa orang Melayu khususnya penyokong Umno tidak ambil kisah sangat tentang laporan audit tersebut. Bagi mereka selagi dapat cukup makan, ada tempat tinggal, setiap bulan dapat gaji dan sekali-sekala dapat BR1M – itu sudah memadai.
Orang Melayu yang menyokong Umno yang bersifat begini bukan sahaja tinggal di luar bandar, malah di bandar pun ramai juga, kalau tidak masakan Parlimen Titiwangsa dan Putrajaya Umno boleh menang!
Oleh hal yang demikian, ingin saya menyarankan kepada cerdik pandai khususnya pemimpin dan penyokong Pakatan rakyat, marilah kita bersama-sama mencari jalan untuk menyedarkan para penyokong Umno ini tentang laporan audit ini.
Beri penerangan kepada mereka bahawa negara Malaysia semakin hari semakin kronik, semakin banyak hutang, semakin itu dan semakin ini. Tidak mustahil negara akan bangkrap suatu hari nanti. Oleh itu sudah sampai masanya Umno direhatkan dan beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah.
Yakinkan mereka bahawa PR telah berjaya di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang – juga Kedah, Terengganu dan Perak – walaupun sekejap. Yang paling mudah untuk dijadikan hujah ialah di Selangor. PR berjaya melakukan perbelanjaan berhemat dan mempunyai rizab tunai kira-kira 3 bilion, bahkan mampu memberi duit raya sebulan gaji ketika kerajaan pusat hanya mampu memberi RM500 kepada kakitangan kerajaan.
Oleh itu, selain media massa, kita perlua memikirkan cara yang paling sesuai dan ampuh untuk menyedarkan penyokong Umno daripada mimpi indah. Saya mencadangkan perkara ini kerana bimbang bahawa ramai penyokong Umno tidak membaca dan tidak ambil kisah tentang laporan audit ini. Tidak ada gunanya kita berhujah dan berceramah di merata tempat jika tidak sampai kepada sasarannya – penyokong Umno.
Maka, di sinilah terletaknya tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang prihatin nasib masa depan generasi akan datang.
Anak lapor polis bimbang tanah peneroka tergadai
Hazayani Zakaria, | 03 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapatnya perancangan Felda untuk menjejaskan kehidupan peneroka tanah rancangan itu.
Pihak pengurusan Felda dalam proses memujuk peneroka Felda memajak tanah milik mereka selama 30 tahun.
Laporan polis dibuat Ketua Penerangan Anak, Nazara Muda di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Beliau dalam laporannya mengadu berasa bimbang tanahnya akan tergadai kerana berdasarkan maklumat daripada taklimat yang dihadiri, Felda akan mengambil alih tanah peneroka secara pajakan untuk tempoh 30 tahun.
Pajakan perlu didaftar di Pejabat Tanah dan geran berasingan akan dikeluarkan yang memihak kepada Felda.
Taklimat tersebut dibuat pegawai Felda kepada peneroka di Felda Kemahang 1 Kelantan, di Felda Sungai Tengi Selangor dan di Felda Teloi Kanan, Kedah.
"Kalau kita sebagai pemegang pajakan selama 99 tahun boleh gadaikan tanah untuk maksud pinjaman, begitu juga Felda boleh gadaikan pajakan dengan mana-mana bank atau pihak ketiga untuk mendapatkan pinjaman.
"Berdasarkan maklumat ini saya bimbang tanah saya akan dilibatkan dengan penggadaian," kata beliau dalam laporan tersebut.
Menurut beliau juga, Felda melanggar sekatan yang menetapkan bahawa tanah tidak boleh dijual, dipajak atau digadai kepada mana-mana pihak melainkan degan kebenaran daripada Kerajaan Negeri.
"Felda masih berdegil untuk mendapatkan pajakan tanpa menghiraukan sekatan tersebut.
"Saya yakin hasrat utama Felda adalah untuk gadai tanah peneroka kepada pihak bank untuk mendapatkan pinjaman.
"Kalau tanah sendiri telah dipajak dan perjanjian penyelenggaraan diserah hak, maka apa gunanya terus memajak tanah peneroka kalau bukan untuk salah guna?" katanya.
Justeru beliau meminta pihak polis menyiasat proses pengambilalihan tanah peneroka ini.
"Saya bimbang kesan gadaian sekiranya pinjaman dibuat daripada pihak bank dengan disandarkan pajakan peneroka, maka bank boleh sekiranya kegagalan untuk membayar pinjaman di pihak Felda, kemungkinan pihak bank melelong tanah peneroka yang dipajak kepada Felda," katanya.
Turut mengiringi beliau ialah Presiden Anak, Mazlan Aliman, penasihat ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakop dan peguam Anak, Haris Abdullah.
Bercakap kepada pemberita di luar balai polis, Mazlan berkata, siri jelajah Selamatkan Felda 2.0 akan dilancarkan di Bandar Jengka, Pahang pada 12 Oktober ini bagi memberi penerangan kepada peneroka agar tidak memajakkan tanah mereka.
"Atas tanggungjawab mempertahankan hak peneroka dari ditipu dan diperdaya, maka roadshow Selamatkan Felda 2.0 akan dilancarkan di Bandar Jengka 12 oktober ini dan akan diikuti penerangan ke seluruh Felda," katanya.
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 ...KOMEN WARDINA SAFIYYAH BUAT MACAI UMNO NAIK ANGIN SATU BADAN!!!!
Komen selebriti Wardina Safiyyah dalam akaun twitternya mengenai penyelwengan dahsyat seperti mana di laporkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menyebabkan seorang macai UMNO bertaraf sengkek naik angin satu badan.
Kalau tengok pada raut wajahnya memang banyak angin sungguh masuk dalam badanya.
Boleh nak ugut buat suatu page semata-mata nak belasah Wardina Safiyyah jika terus mencemuh dan mengkritik Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Mamat ini ingat dia siapa ek????...
Sepatutnya dia kena beri hujah dan alasan yang masuk akal bukan nak main ugut-ugut nak buat satu fan page.
Inilah mutu dan kualiti yang ada pada penyokong, pendokong dan ahli UMNO .. berhujah secara fakta dan berhemah langsung tiada kemampuan.. Jenis politik samseng sebagai amalan nak mempertahankan penyelwengan dan rasuah yang berleluasa dan bermaharajalela dalam kerajaan UMNO/BN 1M'sia kini.
HUJAH LAWAN HUJAH BUKAN LAWAN DENGAN TERJAH!! .. KINI ZAMAN POLITIK PAKAI OTAK BUKAN PAKAI OTOT!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan