Harakahdaily | |||||||||||
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada para petugas Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara yang membantu di dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menerima kekalahan calon PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi. “Kita akui ada kelemahan dan kita sedia baiki kelemahan dan kesilapan,” ujarnya di laman twitter. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada BN yang memenangi kedua-dua PRK itu. “Bolehlah buat pilihan raya awal untuk dapat mandat baru,” ujarnya. Mahfuz seterusnya menggesa para petugas Pakatan Rakyat supaya meneruskan perjuangan. "Jadikan kekalahan Batu Sapi dan Galas seperti di Ijok dan bangkit semula pada pilihan raya 2008 dengan syarat perbaiki kelemahan dan perbetul kesilapan kita," ujarnya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang terus memberikan kepercayaan kepada PAS dan PKR di dalam kedua-dua PRK tersebut. “Tahniah rakyat,” ujarnya. Beliau turut menukilkan serangkap pantun berhubung keputusan kedua-dua PRK itu. Udang galah dibuat kari, Dicicah ketupat daun palas, BN tak kalah di Batu Sapi, PAS tak menang di Galas. Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan, kekalahan di dalam PRK jangan dibaca sebagai kalah berjuang. “Selama kita bersama kebenaran, ia adalah kemenangan. Sabar harungi medan dengan kekalkan prinsip dan akhlak,” ujarnya. Sambil menyeru petugas parti meneruskan dakwah dan penerangan, beliau menambah, tiada kemenagan percuma buat Gerakan Islam, justeru politik atau siasah pilihan raya hanyalah wasilah atau alat. Pada PRK Galas, BN menang dengan majoriti 1,190 undi. Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi sementara calon BN, Abdul Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi di mana 132 undi rosak. Jumlah pengundi yang membuang undi adalah 9,555 atau 83 peratus. Keputusan itu diumumkan pegawai pengurus PRK itu, Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Dewan Sivik Gua Musang. Bagi PKR Parlimen Batu Sapi, BN mengekalkan kerusi itu apabila calonnya dari PBS, Datin Linda Tsen yang mendapat 9,773 undi menang dengan majoriti 6,359 undi. Calon PKR, Ansari Abdullah memperoleh 3,414 undi dan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengutip 2,013 undi. Hanya 15,774 pengundi atau 61.47 peratus keluar mengundi di Batu Sapi. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan.
"Saya juga telah menasihatkan pemimpin BN supaya tidak menyentuh peribadi pemimpin lawan mereka demi menjaga pemuafakatan dalam membela hak rakyat," katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Cekati selepas pengumuman kemenangan BN malam ini. "Kalau dia nak tuduh saya, biar dia tuduh. Saya tidak perlu jawab kerana tidak benar," katanya lagi. Dalam pada itu, beliau turut ditanya sekiranya kemenangan ini menandakan sokongan masyarakat mula berubah kepada BN selepas penolakan dalam pilihan raya umum 2008. "Tak tahulah ini boleh jadi ukuran sama ada rakyat boleh terima kita balik," katanya. Namun, katanya, ia tetap menunjukkan sokongan hebat masyarakat tempatan yang mahukan "perubahan." "Ramai golongan muda beri sokongan kepada kita, menampakkan mereka mahu kepada perubahan, mereka mahukan pembangunan yang memberi makna kepada mereka seperti peluang pekerjaan dan perniagaan," katanya. Menurutnya lagi, cara lama dengan menggunakan media tradisional yang dikawal ketat oleh kerajaan, tidak lagi berkesan dalam kempen pilihan raya. Sebaliknya pendekatan melalui media baru yang lebih bebas sepatutnya digunakan bagi memikat hati rakyat, tambahnya. "Saya ingin pergi lebih jauh dari sini dan tidak lagi gunakan cara tradisi. "Masa sudah sampai untuk kita bebaskan media supaya tidak dikawal begitu ketat. "Memang wajar pertimbangkan supaya media dibebaskan supaya tidak begitu dikawal. "Kita tengok ancaman keselamatan pun dah berkurangan," katanya dan menambah, masyarakat sekarang lebih banyak memilih media alternatif," katanya lagi.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 4 November 2010
YANG MENANG TAHNIAH...YANG KALAH JANGAN PUTUS ASA...USAHA LEBIH UNTUK BERDOA DAN BEKERJA UNTUK ISLAM KERANA ALLAH BUKAN KERANA YANG LAIN
PAS ucap terima kasih pada petugas Pakatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan