Muhammad Yusri Amin | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
GUA MUSANG, 3 Nov: Menjelang pembuangan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, esok perjalanan kempen bagi meraih undi semakin sengit. Pemimpin, penyokong dan perayu undi bagi kedua-dua parti bertanding, PAS dan BN menjadi perhatian sama ada tindakan mereka boleh melanggar Akta Pilihan Raya 1954. Sekiranya wujud pemberi sogokan, penerima barangan sogokan serta ada penerimanya, maka tangkapan awam dilakukan berdasarkan peruntukan akta tersebut. Dalam perkembangan terbaru di Galas, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, walau pun masih belum ada laporan rasmi mengenai kes sogokan yang boleh melanggar akta pilihan raya. Namun, katanya dalam kawasan Sungai Terah adalah kawasan undi popular milik PAS, akan menjadi sasaran utama Umno BN. Katanya, menjadi amalan tradisi Umno BN melakukan penipuan dan penyamaran ketika terdesak pada kempen pilihan raya. “Apa yang akan berlaku di sini, tawarannya ialah wang RM1,000 dan sebuah televisyen. Selain dari itu, mereka akan mengambil kad pengenalan pengundi. “Dengan kad pengenalan itu membolehkan mereka menghantar ‘orang dia’ untuk pergi mengundi bagi pihak pemilik kad pengenalan itu, dan dipastikan supaya mengundi BN,” dakwanya yang mengakui itu antara benda-benda yang bukan senang untuk dibuktikan. Namun, ujarnya itulah amalan yang dibuat sebelum ini. “Dan inilah amalan yang akan dibuat pada PRK Galas,” dakwanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu. Mengulas kenyataan terbaru dikeluarkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menegaskan, PAS mempertahankan pemberian ‘duit tambang’ kepada pengundi luar bagi Dun Galas, dan bukan sogokan. “Ini kerana langkah itu dilihat boleh membantu SPR dalam usahanya meningkatkan peratusan keluar mengundi pada PRK esok,” katanya. Datuk Wan Ahmad mendakwa pemberian wang tambang pengangkutan itu boleh disifatkan sebagai pemb erian sogokan bagi tujuan membeli undi. “Perbuatan tersebut menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” dakwanya. Bagaimana pun pada Majlis Jamuan Makan Malam anjuran Puteri Umno di Batu Sapi, Sabah baru-baru ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa sukar dibuktikan sama ada bayaran RM20 yang ‘ditaburkan’ pada majlis itu bertujuan membeli undi. “Ini kerana dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan,” katanya. Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Batu Papan, Dun Galas dekat sini baru-baru ini pula didakwa menyampaikan sumbangan RM300 kepada warga emas. Majlis itu turut dihadiri Adun Nenggiri, Mat Yusoff Abd Ghani. Utusan Malaysia pada 28 Oktober 2010 (halanan 3) menyiarkan Timbalan Presiden Umno itu ketika mengunjungi Alias Junoh yang mengidap penyakit batu karang meninjau keadaan rumah warga emas itu di Kampung Batu Papan. Beliau pada masa itu didakwa menghulurkan wang sebanyak RM300 kepada Alias dan dua rakannya pada kunjungannya
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 3 November 2010
RASUAH...YANG MEMBERI DAN MENERIMA ...KEDUA2 MASUK NERAKA.....YANG MENIPU...DOUBLE STANDARD...TAK ADIL...DAN SEGALA KEJAHATAN MASUK NERAKA...
‘Sogokan’ jadi isu hari akhir kempen
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan