Rabu, 3 November 2010

MASING2 NAK MENANG...BIARLAH MENANG CARA YANG JUJUR BUKAN MENIPU....KITA AKAN TANYAKAN DIAKHIRAT NANTI

Melarat tapi Kg Mangkalinau tetap sokong 'bapa'
Joseph Sipalan and Kuek Ser Kuang
Nov 3, 10
10:38am


Sekumpulan kanak-kanak dilihat membincangkan peraturan yang perlu diikuti sebelum mereka membuat garisan di tanah liat berhampiran rumah mereka.

Selepas persetujuan, masing-masing mengambil kedudukan sambil membaling guli di lubang yang digali itu. Ada yang bertempik gembira kerana guli mereka mengena sasaran.

Bagi kebanyakan orang, mereka tidak faham apa yang seronok sangat dengan permainan itu tetapi bagi kanak-kanak di Kg Mangkalinau, ia adalah syurga masa lapang mereka, tidak kira yang kecil mahupun yang agak berusia.

Seperti kenbanyakan perkampungan setinggan, Batu Sapi juga tidak terkecuali dihimpit kemiskinan tegar. Ribuan yang menghuni di kediaman yang tidak layak dinamakan 'rumah'. Pondok yang muat dengan 'sampah sarap' yang menunggu masa menyembah bumi.

Tiada bekalan elektrik atau minuman yang bersesuaian. Malah mereka juga tidak mampu menghantar anak-anak ke sekolah.

Keperitan hidupan ini boleh disaksikan hanya kira-kira 20 minit perjalanan dengan kereta dari bandar Sandakan.

Bagi rakyat Sabah, setinggan itu dihuni oleh kebanyakannya pendatang asing, hasil 'Projek IC', yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usahanya menggulingkan pentadbiran pembangkang yang diterajui oleh PBS ketika itu pada tahun 1994. Beliau didakwa memberi kerakyatan serta merta bagi menjamin sokongan kepada BN meningkat.

Penghuni setinggan itu mempertahankan klesahih kewarganegaraan mereka serta membuktikannya dengan menunjukan MyKad milik mereka dan tidak kurang juga yang mempunyai kad keahlian Umno.

Tidak kira stigma sosial dan persepsi yang menyelubungi setinggan ini, hakikatnya mereka ini adalah golongan miskin tegar dan buta huruf.

Mereka amat memerlukan pertolongan tanpa hampir langsung tidak dibantu.

Di sebalik kesengsaraan dan keperitan hidup, kebanyakan mereka mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada BN yang dianggap sinonim dengan 'bapa'.

Jaafar Lama, 60, seorang pengawal keselamatan berkata penduduk Kg Mangkalinau, yang ditubuhkan pada 1993, seringkali terpaksa mencari sisa bangunan dan apa-apa sahaja bahan buangan bagi memperbaiki rumah mereka serta jambatan usang yang menghubungkan mereka dengan dunia luar.

Katanya di sebalik kesetiaan kepada BN, mereka sebagai anak ada kalanya terasa “dipinggirkan oleh bapa”.
"Sokong, mana boleh tak sokong (BN). Itu bapa sendiri, mana boleh sokong orang lain... tapi tengok macam mana dia jaga anak. Ini bapa kita, mana boleh sokong orang lain...tapi tengok cara dia jaga anaknya,” kata Jaafar.

Pengerusi keselamatan dan pembangunan kampung, kampung bersebelahan Kg Mangkalinau Orang, Ahmad Musa, 55, bersependapat dengan sentimen Jaafar.

Katanya, penduduk di situ yang kebanyakan mereka nelayan tidak dapat menganggarkan berapa yang mereka perolehi setiap bulan kerana ramai yang tidak pasti sama ada perahu yang digunakan mampu menghadapi badai di laut





PAS: Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh merasuah
Salhan K Ahmad
Nov 3, 10
11:29am


Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya sebagai rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Tak kan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya


Galas kuat betul bau 'pitih'
Salhan K Ahmad
Nov 3, 10
9:43am


Deria bau bagi sesiapa yang menjejakkan kaki buat pertama kali ke Gua Musang pasti terangsang. Itulah salah satu ciri unik yang diperhatikan dalam kawasan pilihan raya kecil DUN Galas kali ini. Ciri ini mudah dikesan di segenap ceruk kawasan ini, termasuk di Bandar Gua Musang sendiri.

Bagi seseorang yang tidak pernah menghidu bau seperti getah skrap, bau yang tidak begitu menyenangkan itu mungkin menyebabkannya tersentak apabila disebarkan oleh lori dan trak pikap yang lalu lalang di sini.

Realitinya, bau seperti itulah yang dianggap sebagai bau 'pitih' (wang dalam loghat tempatan) bagi golongan pengusaha ladang dan penoreh getah di sini.

Golongan petani ini membentuk sebahagian besar daripada pengundi Melayu di sini dan taruhan bagi undi mereka ialah isu tanah.

Umno dilihat giat membangkitkan isu ini pada peringkat awal, namun di akhir tempoh 10 hari berkempen, PAS nampaknya turut mara dengan isu-isu tanah.

Isu tanah


Dalam satu majlis pada Isnin, menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertindak menyerahkan Sijil Penempatan Berkelompok kepada seramai 75 orang penduduk di kawasan Orang Asli di Pos Sandrop, dalam jajahan kecil Lojing.

Bagaimanapun, bagi BN, sijil berkenaan bukanlah sesuatu yang baru namun hanya satu kesinambungan kepada usaha yang dijalankan parti itu sebelum ini.

"Rumah itu memang kita sudah buat, bukan kerajaan negeri yang buat," kata ADUN Nenggiri Mat Yusoff Abd Ghani ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya rumah contoh untuk masyarakat Orang Asli di situ telahpun dibina oleh BN di atas tapak yang sememangnya disediakan.

"(PAS) cuma bagi surat saja," katanya lagi yang berpendapat bahawa BN masih mendahului PAS dalam mengutarakan isu berkaitan tanah.

PAS juga mendakwa, masih terdapat "senjata sulit" dalam soal tanah untuk memenangi pilihan raya ini.

'Senjata sulit' PAS


Pengarah pilihan raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron berkata, senjata tersebut merupakan ketetapan untuk meletakkan semua kawasan Orang Asli di dalam satu kawasan rizab, seperti yang dituntut oleh masyarakat itu.

Bercakap dalam satu sidang media lewat petang semalam, katanya, perkara itu juga menjadi "satu perjanjian" antara masyarakat Orang Asli dengan PAS.

Golongan berkenaan membentuk 17 peratus daripada keseluruhan 11,553 orang pengundi yang disebut-sebut sebagai 'kingmaker' dalam pilihan raya kecil kali ini.

Pengundi Cina juga disebut sebagai penentu pilihan raya ini, berdasarkan kejayaannya memenangi semua peti undi di kawasan bandar dengan majoriti bukan Melayu, termasuk Bandar Baru, Bandar Lama dan Kampung Baru.

Namun, di peringkat kedua kempen, penasihat pilihan raya PAS Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata keadaan itu telahpun berubah.

Undi masyarakat Cina dijangka turun berbanding sokongan sebanyak 54 peratus pada pilihan raya umum lalu, katanya.

Melayu penentu sebenar?

PAS juga hanya meletakkan sasaran untuk mengekalkan 33 peratus undi daripada masyarakat Orang Asli dan secara keseluruhannya, hanya 48 peratus undi.

Dalam keadaan ini, parti itu perlu berusaha keras bagi memastikan peratusan keluar mengundi yang besar, malah melebihi jumlah 81 peratus yang dicatat dalam pilihan raya umum lalu.

"Pengundi Cina pun ada tapi masih 60 peratus (pengundi Melayu) yang akan tentukan kemenangan," katanya," katanya lagi.

Beliau mengambil contoh kawasan Kampung Baru yang mempunyai hampir seribu pengundi Melayu daripada lebih 2,000 pengundi di daerah mengundi itu.

PAS sebelum ini berjaya memenangi semua peti undi di kawasan bandar dengan majoriti bukan Melayu termasuk di Bandar Baru, Bandar Lama dan Kampung Baru.

Di kawasan pengundi Melayu, PAS bagaimanapun hanya mendapat sokongan majoriti di Batu Papan dan Sungai Terah.

"Kita hanya dapat sikit saja undi di Batu Papan (pada 2008). Tapi kali ini kita berharap sokongan akan meningkat khususnya di Tanah Putih." kata naib yang dipertua PAS Gua Musang Husin Embong.

PAS mengharapkan undi simpati daripada kalangan pengundi di situ yang banyak menerima bantuan kebajikan daripada PAS, termasuk menerima rumah PPRT.

"Satu lagi kawasan seperti Kampung Lembaga di Sungai Terah boleh dikatakan kubu kuat kita. Kita lihat Umno sendiri beri tumpuan di Sungai Terah untuk pecahkan kubu kita," katanya lagi.

Kawasan Sungai Terah merupakan antara kawasan utama ceramah perdana Pakatan Rakyat pada hari ketiga kempen, 28 Oktober lalu.

Bagaimanapun, isu yang dibawa oleh dua pemimpin utama Pakatan – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng itu dilihat tidak banyak memberi kesan kepada pengundi di sini.

Menurut seorang pemerhati, sentimen pengundi di sini tidak lut dengan isu nasional seperti pembinaan Menara Warisan 100 tingkat, mahupun dengan isu lesen perjudian. Soal utama di hulu Kelantan ini tetap merupakan isu tanah.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Tengku Razaleigh bersama calon BN Abdul Aziz Yusof turun ke tempat ceramah yang sama tapi dengan program yang berbeza – pertandingan futsal 1Malaysia.

Fokus setempat

Pada malam Isnin pula, PAS dilihat mula menukar rentak serangannya. Parti itu membariskan beberapa tokoh untuk mengupas isu-isu tanah setempat mengikut kawasan sasaran.

Di satu pentas PAS di Kampung Panggung Lalat itu, antara yang kerap diulang-ulang dalam ceramah di termasuk oleh exco kanan Datuk Husam Musa ialah "kerajaan negeri tidak rampas tanah."

Turut hadir di pentas tersebut ialah pengerusi biro tanah dan pembangunan wilayah PAS pusat Mazlan Aliman serta bekas ketua jajahan Gua Musang Abdullah Mat Yusof.

Isu tanah Felcra seluas 1,400 ekar itu bukanlah satu perkara baru memandangkan ianya berlarutan sejak 20 tahun lalu. Ia kembali menjadi isu dalam pilihan raya 2008 apabila dibangkitkan oleh Tengku Razaleigh sejak awal tahun lagi.

Sokongan masyarakat dalam daerah mengundi Batu Papan itu bagaimanapun tetap memihak kepada PAS pada Mac 2008 walaupun dengan majoriti tipis di ketiga-tiga saluran.

PAS sebelum ini memasuki gelanggang Galas dengan keyakinan bahawa pengaruh ahli parlimen kawasan ini Tengku Razaleigh Hamzah telahpun semakin pudar di kalangan golongan peniaga, pekerja dan juga Orang Asli.

Di peringkat akhir kempen ini pula, PAS mendakwa telah menghidu bau sogokan dalam bentuk 'pitih' , yang dikatakan berpunca daripada putera Kelantan itu.

Dakwaan ini timbul dalam keadaan sentimen pengundi yang dilihat masih 'cair'. Kajian oleh Ilham Centre yang diterbitkan semalam menyebut, peratusan pengundi atas pagar di Galas masih tinggi dengan kadar 54.1 peratus.

Sekuat mana bau itu akan berlegar di peringkat terakhir kempen ini masih belum dapat dipastikan namun BN dijangka tidak akan berdiam diri sahaja dengan dakwaan seperti itu.

PAS dijangka akan menjadi sasaran kerana tanpa berselindung lagi parti itu mengumumkan untuk memberikan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar.

Bagi PAS, ini merupakan amalan biasa dan BN juga didakwa mengamalkan perkara yang sama









Hillary hubungi Anwar bertanya ke liwat II
Nov 3, 10 11:12am

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton disahkan ada menghubungi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam untuk bertanya tentang keadaan beliau, isterinya dan juga kes liwat kedua yang sedang dihadapiny, lapor TV Selangor.

Anwar juga memaklumkan tiada pertemuan empat mata dengan Clinton tetapi memberitahu, bekas wanita pertama Amerika itu meminta maaf kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana gagal bersapa dengan beliau pada satu majlis di ibu negara pagi semalam.

“Beliau bertanya tentang saya dan Azizah dan juga meminta maaf kerana pada majlis pagi ini (semalam), beliau hanya diberitahu tentang kehadiran Azizah selepas berakhirnya majlis itu.

“Dan, beliau meminta saya menyampaikan salamnya dan meminta maaf kerana tidak menyedari kehadirannya ketika dialog itu,” kata Anwar selepas satu majlis kempen di sebuah restoran di Sandakan semalam.

Tambah Anwar , Clinton juga memperlihatkan keprihatinan berhubung kes liwat II yang sedang dihadapinya sekarang dan memaklumkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mengikuti dengan rapat kes tersebut – yang kedua dalam sedekad ini.

“Beliau bercakap mengenai keadaan saya dan saya memberitahu beliau bahawa saya perlu melalui proses perundangan sewajarnya.

“Beliau mengatakan bahawa Amerika Syarikat ambil berat dan mahu kerajaan Malaysia menghormati lunas perundangan,” kata Anwar lagi yang berada di Batu Sapi.

Bernama
sebelum ini melaporkan kerajaan tidak mempunyai halangan bagi Clinton untuk menemui ketua pembangkang itu kerana sudah menjadi adat bagi para pemimpin untuk bertemu kedua-dua pemimpin kerajaan dan pembangkang dalam mana-mana lawatan negara.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagaimanapun berkata tindakan itu pada masa ini tidak akan membawa petanda baik memandangkan perbicaraan kes liwat II Anwar masih berjalan dan kerajaan tidak mahu ia memberi isyarat yang salah kepada rakyat.

“(Tambahan pula) kerajaan BN kini menghadapi pilihan raya kecil di Galas (Kelantan) dan kawasan Parlimen Sabah (Batu Sapi) jadi kita tidak mahu individu atau pihak tertentu untuk menyalah tafsir bahawa Amerika Syarikat atau Setiausaha Clinton membantu orang ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama dengan Clinton di Putrajaya, semalam.

Clinton, yang tiba malam Isnin lalu, adalah dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia. Sebelum itu, Anifah dan Clinton mengadakan mesyuarat dua hala berhubung isu antarabangsa dan serantau untuk kepentingan bersama.

Clinton, ketika ditanya sama ada beliau akan bertemu Anwar lewat hari ini berkata, para pegawai dari Amerika Syarikat dan Jabatan Negara sentiasa berhubung dengan Anwar, kami akan terus berhubung dengannya dan kami memantau kesnya dan seperti apa yang disebut Menteri Luar mengenai perbicaraan yang terbuka dan bebas, itu yang sebenarnya kami jangkakan.

Beliau berkata perkara mengenai pendakwaan Anwar, yang didakwa sebagai bermotifkan politik oleh sesetengah pihak, juga dibincangkan dalam mesyuarat.

“Sudah diketahui umum bahawa Amerika Syarikat percaya adalah penting bagi semua aspek kes ini untuk dikendalikan dengan adil dan telus dan sebaliknya yang meningkatkan keyakinan dalam kedaulatan undang-undang di Malaysia.

“Kedutaan kami mengekalkan hubungan baik dengan parti pemerintah dan pembangkang memandangkan disiplin penting dalam proses demokrasi di Malaysia dan kami akan terus menyokong pembangunan pesat Malaysia dalam mengukuhkan institusi demokrasi dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Anifah juga mengulangi bahawa beliau akan memastikan Anwar mendapat perbicaraan yang adil kerana jika wujud “pendakwaan berunsur politik'' ia boleh berlaku kepada sesiapapun



Banjir ragut mangsa pertama di Bachok
Nov 3, 10 10:01am

Seorang kanak-kanak Siti Nor Ikma Mohd Rosli, 12, dari Kampung Kubur Tok Din, Repet di Bachok ditemui mati lemas dalam tali air berhampiran rumahnya dalam kejadian petang semalam di kampung itu.

Pemangku Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Malek Che Omar berkata Siti Nor dipercayai bermain seorang diri dan terjatuh ke dalam tali air berkenaan ketika kejadian yang berlaku jam 4 petang.

"Kehilangan beliau disedari oleh anggota keluarganya selepas didapati beliau tiada di rumah dan mengesyaki terjatuh ke dalam tali air berkenaan selepas menjumpai selipar yang dipakainya di atas tebing tali air itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Malek berkata beliau bersama enam anggota melancarkan gerakan mencari sebaik sahaja menerima aduan pukul 6.14 petang dan menjumpainya di dasar tali air itu jam 6.45 petang kira-kira 40 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Beliau berkata mayat Siti Nor yang juga seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum diserahkan kepada anggota keluarga.




Insiden di Galas: Kumpulan TBH tuduh Heng berbohong
Wong Teck Chi
Nov 2, 10
8:23pm


Gerakan 'Malaysian for Beng Hock' hari ini mengeluarkan gambar-gambar untuk membuktikan bahawa salah seorang anggotanya telah dikasari oleh seorang pemimpin MCA Gua Musang Sabtu lalu.

Penyelarasnya, Ng Yap Hwa berkata, gambar-gambar tersebut
membuktikan bahawa anggotannya itu, Soh Cher Hai, jelas ditolak dengan ganas oleh seorang individu yang dikenalpasti sebagai setiausaha MCA bahagian Gua Musang.

Gerakan itu berkata, gambar tersebut merupakan bukti bahawa Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie, telah membuat kenyataan yang mengelirukan mengenai kejadian tersebut.

Heng telah mendakwa bahawa Soh tidak benar-benar jatuh ke tanah dan beliau telah memastikan keselamatan Soh sebelum beredar dari situ.

Ng berkata, gambar-gambar tersebut juga menjukkan Heng tidak sahaja menyaksikan insiden itu, tetapi beredar tanpa memperdulikan Soh, yang terjatuh di tanah, hanya beberapa kaki sahaja darinya (kanan).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibunegara, beliau mendesak MCA supaya memecat setiausaha bahagian yang bertindak ganas itu, dan mengambil tindakan displin terhadap Heng kerana didakwanya berbohong.

Soh turut hadir di sidang akhbar tersebut. Sabtu lalu, Soh cuba menemui Heng selepas satu majlis di Gua Musang, di mana timbalan menteri itu berkempen untuk BN dalam pilihan raya kecil Galas.

Ekoran insiden kekasaran terhadap Soh itu, masyarakat Cina di Gua Musang telah menyuarakan rasa tidak senang mereka terhadap MCA berhubung apa yang berlaku itu.Dalam usaha untuk meredakan keadaan, Heng mengeluarkan
kenyataan semalam untuk menunjukkan sokongannya terhadap salah satu isu yang dibangkitkan oleh gerakan tersebut, iaitu penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh

- Bernama

Tiada ulasan: